View: 4648|Reply: 41
|
Arwah ibu melawat anak
[Copy link]
|
|
[size=85%]Kisah ini diceritakan oleh seorang ustadz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, ustadz menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya ustadz dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Ustadz membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba ustadz lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya ustadz tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati ustadz mula bertanya-tanya. Ustadz terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Ustadz keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustadz; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran ustadz.
Sedang ustadz termenung tiba-tiba ustadz dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah ustadz. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan ustadz. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Ustadz dengar anak ustadz meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi ustadz nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati ustadz ada sedikit tanda tanya,namun ustadz membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Ustadz tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya ustadz. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata ustadz. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Ustadz tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar ustadz bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada ustadz apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya ustadz. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Ustadz ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,ustadz tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata ustadz untuk menggertaknya. Bila ustadz berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak ustadz ni memang baik, patuh dan taat kepada ustadz. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam
hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan ustadz.
Teringat ustadz kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian ustadz pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, ustadz kembali ke rumah semula. Ustadz perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati ustadz begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ustadz hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, ustadz berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan ustadz itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Ustadz ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Ustadz terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui ustadz pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, ustadz yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan ustadz.
Ia mengingatkan ustadz kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
[ Last edited by leogal_1428 at 17-1-2008 08:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Rabbi.. Allah boleh wat apa jua dengan izinNya, boleh kita lihat perkara2 yg sukar masuk akal .. utk dipikirkan bersama..
org yg melengahkan solat pun akan diazab.. apa lagi meninggalkan solat.. Janganlah kita tinggalkan solat dengan sengaja.. org nak mati pun diwajibkan solat.. dan bila mati pun itulah yg mula2 ditanya dialam kubur..
moga2 kita semua tidak terleka ngan duniawi dan dpt bukan hanya menunaikan solat.. TAPI MENJAGA solat... Insyaallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke riwayat ni, musykil jugak kalu imam masjid besar boleh buat kerja mandi jenazah?
Adakah benar roh orang yang telah mati boleh kembali kedunia? tidak ke bercanggah dengan kenyataan al-quran? |
|
|
|
|
|
|
|
masam dalam mastika ja ni..hmm..menginsafkan..menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah ampunilah dosa2 aku...
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
mintak2 aku sentiasa dikurniakan hidayah allah untuk terus menunaikan solat..amin
tapi aku sedih gak ader kwn2 aku..aku tlg kejutkan subuh..
dh sedar pun xnak bangun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 17-1-2008 09:03 AM
Betul ke riwayat ni, musykil jugak kalu imam masjid besar boleh buat kerja mandi jenazah?
Adakah benar roh orang yang telah mati boleh kembali kedunia? tidak ke bercanggah dengan kenyataan al- ...
segalanya berkemungkinan
|
|
|
|
|
|
|
|
takuttt...... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan ustaz ni mandikan mayat sorang diri. Ketika arwah ayah meninggal dulu, saya kena bantu pak bilal mandikan jenazah. Mana boleh buat kerja sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kesah lah citer nih betul ker tak tp yg penting mmg boleh menginsafkan kita |
|
|
|
|
|
|
|
i think the logic/illogical of the story should be put aside, the pengajaran yg lebih penting. jangan tinggal kan solat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 17-1-2008 09:55 AM
Boleh jadi...
Tak berapa jelas masksud "boleh jadi"..
Setuju memang baik kalau boleh mendatang insaf. Boleh kita bincang sikit tentang ini:-
Adakah benar roh orang yang telah mati boleh kembali kedunia? tidak ke bercanggah dengan kenyataan al-quran?
Tentang "barzakh" benteng kukuh ciptaan Tuhan siap yang boleh melepasinya?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 kupia's post
In lebih bersetuju dgn kupia...
nak menginsafkan org pun biarlah dengan cerita benar.... bukan direka2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 zulyusoff's post
bukan saya punya.......ambil dari satu artikel dekat buku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 17-1-2008 09:25 AM
takkan ustaz ni mandikan mayat sorang diri. Ketika arwah ayah meninggal dulu, saya kena bantu pak bilal mandikan jenazah. Mana boleh buat kerja sorang.
salam zerozone..........mmg tak mustahil utk mandikan jenazah ni sorang diri.....Imam surau tpt haku mmg keje dia menguruskan jenazah kat HBTAR Klang...........dier kater kalo tak der org mmg dier mandi dan menguruskan jenazah sorang diri jerk.......terutama kes2 yg orang tak mo dok dekat ngan mayat nih.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 17-1-2008 10:46 AM
In lebih bersetuju dgn kupia...
nak menginsafkan org pun biarlah dengan cerita benar.... bukan direka2.....
The Moral of the Story???
- jangan tinggalkan solat or jangan 'ringan ringankan' solat
Betapa ramai nyer oghang yg tak ambik peduli hal hal solat ini.
90% oghang Islam tak dapat solat 5 waktu secara tunai.
Firman Allah swt ,
"Di hiaskan (dan dijadikan indah) kpd manusia, kesukaan kpd benda benda yg di ingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yg banyak berpikul pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yg bertanda lagi terlatih, dan binatang2 ternak serta kebun2 tanaman, semuer nya itu adalah kesenangan hidup di duniya. Dan ingatlah, pada sisi Allah ada tempat kembali yg sebaik baik nya. " - Ali Imran: 14 |
|
|
|
|
|
|
| |
|