CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5035|Reply: 34

Combat is back...........

[Copy link]
Post time 17-1-2008 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Info TV: RTM siar semula drama bersiri klasik
Oleh Rozdan Mazalan

BAGI memenuhi cita rasa penonton dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik, bermula Januari 2008 setiap Rabu, Khamis dan Jumaat, RTM menyiarkan semula rancangan bersiri popular seperti Mission Impossible, Combat dan Macgyver.

Ia disiarkan mengisi slot baru Best Of Retro di RTM2 bermula jam 12.30 malam.

Ketiga-tiga drama yang popular sekitar tahun 1962 hingga 1992 ini dilihat pengukur kepada mencetus kepuasan dan citarasa penggemar siri klasik hebat Inggeris ini.

Usaha dilakukan pihak RTM dalam mengimbas kembali nostalgia siri klasik ini nyata dianggap imbuhan istimewa kepada khalayak penonton setia siaran RTM di atas sokongan yang diberikan.

Justeru, Mission Impossible, drama bersiri 36 episod ini akan memulakan siaran setiap Rabu, mulai 16 Januari lalu. Antara daya penarik berkaitan siri ini pastinya tumpuan terhadap temanya yang cukup tersohor ciptaan Lalo Schifrin yang cuba ditampilkan sehingga dikenali ramai sekali gus diangkat sebagai ikon muzik tema televisyen.

Siri ini mengisahkan satu kumpulan ejen risikan elit yang yang dilantik kerajaan Amerika Syarikat dalam mencapai misi untuk menghalang kerajaan luar dan pertubuhan jenayah daripada menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Kumpulan ini mengetengahkan kepelbagaian skil mereka menerusi lakonan hebat aktor Barney Collier yang bertindak sebagai dalang penyamaran, Rollin Hand, Cinnamon Carter dan Willy Armitage beraksi mengawal ancaman keselamatan negara.

Sekali pun sebelum ini Steven Hill pernah melakonkan watak Dan Briggs pada musim pertama, namun watak itu berjaya dibawakan Jim Phelps (Peter Graves) pada musim berikutnya. Selain itu ia turut dibarisi aktor Barbara Bain, Martin Landau, Leonard Limoy, Peter Lupus dan ramai lagi.

Siri Combat yang akan disiarkan 32 episod pula menyaksikan babak hebat peperangan yang akan disiarkan setiap Khamis, bermula hari ini.

Penonton bakal dihidangkan dengan kehebatan lakonan Vic Morrow dan Rick Jason sebagai Sarjassn Saunders dan Leftenan Hanley. Drama perang ini bakal menyaksikan keupayaan skuad infantri Amerika bertempur di seluruh Eropah. Malah ia berkait pergolakan watak manusia mempertahankan identiti kemanusiaan ketika berdepan situasi peperangan.

Siri hebat ini dibintangi oleh Piere Jalbert, Jack Hogan, Dick Peabody dan Conlan Carter.

Macgyver pula akan disiarkan setiap Jumaat bermula esok sebanyak 33 episod. Siri drama ini dilakonkan Richard Dean Anderson sebagai adiwiranya. Macgyver berlegar sekitar latar cerita seorang lelaki yang bekerja di Yayasan Pheonix yang berjaya melepasi pelbagai halangan daripada pihak musuh yang sentiasa mengikut gerak-gerinya.

Kehebatannya terserlah kerana kejayaannya mempertahankan diri tanpa berbekalkan sebarang senjata selain alat perkakasan harian yang diciptanya. Turut menerajui siri ini ialah Dana Elcar, John Anderson dan Teri Hatcher.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan tiga drama bersiri siri klasik yang akan disiarkan setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 12.30 malam di RTM2.

[ Last edited by  tangopapa at 17-1-2008 04:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 04:08 PM | Show all posts
combat 2 menatang yg busukkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 04:10 PM | Show all posts
combat tu ape??
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 04:20 PM | Show all posts
citer yg ditunggu tunggu sejak sekian lame... last tayang kalo tak silap thn 80an dulu... pastu ade lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #3 kroit92's post

Combat tuh asykar US zaman dolu2 la dik, yg g perang pakai helmet kure2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 05:34 PM | Show all posts
ini yg aku minatni...mengembalikan nostagia zaman budak2 dulu.....rasa aku perkataan "Combat" dan "Macgyver" dah sinonim dgn rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2008 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by BeskotCekelat at 17-1-2008 04:59 PM
Combat tuh asykar US zaman dolu2 la dik, yg g perang pakai helmet kure2 tuh...


owh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 17-1-2008 04:10 PM
combat tu ape??


Nengok ler nanti..............

Asokar German selalu sembang bising bising....
Asokar US senyap sopi......terror-risk.

Then perkataan 'AMERIKANA' , 'KRAUTS' .......

p/s ghaser mcm baru semalam teman nengk ceghiter nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 08:41 AM | Show all posts
cerita combat ni macam pernah ku tengok dulu.....arwah nyer Vic Morrow ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 08:48 AM | Show all posts
huh3... sedih gak tengok last episod yang menamatkan riwayat vic morro coz kena blade helicopter...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:01 AM | Show all posts
lebam bijik mata aku layan awal pagi tadi...0030hrs, oklah, mengembalikan hero2 lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:21 AM | Show all posts
Dulu2, dekat jalan Banting-Dengkil, ada warong Vic Morrow..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:25 AM | Show all posts
heheheheh best gak layan cite combat semalam... kat ner yerk nak dpt vcd ker dvd cite combat nih?
nak wat koleksi lah...
ermm siri semalam.. patutnye mase dorang tolak meriam tu naik bukit, dorang turunkan dulu barang lain cam peluru dll.. baru ler meriam tu ringan sket..
kan dah melelas tangan... heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 01:28 PM | Show all posts
Cuba cari kat "Mitsuri Entertainment Sdn. Bhd." No. 19, Jalan Indah 16, Taman Cheras Indah, KL., Alamat Ni tercetak kat kotak VCD ceta Combat yg aku beli taun lepas, tapi cuma ada 20 series. Tajuknya 'COMBAT In Color' subtitles dlm bahasa cina,harga asal RM99 tapi mungkin tak laku diturun ke RM50 jadi aku kebaslah . Tak taulah kalo sykt ni masih hidup lagi sebab aku beli kat S'wak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #13 muor76's post

Dan kalau real life...dah lama bunker tu kena bom P-47...takyah nak usung meriam...dah le meriam ciput...(tu meriam 6-pounder/57mm)
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:57 PM | Show all posts

Reply #15 alphawolf's post

itu nak menunjukkan baru nampak susah payahnye mereka demi keamanan dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 10:43 PM | Show all posts
cerita insurgensi biler lak nak tayang balik??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 08:41 AM | Show all posts
hehhehehe .. sapa dulu-dulu pernah tengok cerita ni .. gerenti dah tua !!!!

Americana .. dimana .. disana !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #18 mdmee's post

Bukan tua tapi more mature and wiser...ewahhhh

Termasuk hang la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by mdmee at 22-1-2008 08:41 AM
hehhehehe .. sapa dulu-dulu pernah tengok cerita ni .. gerenti dah tua !!!!

Americana .. dimana .. disana !!!!


Ekeleeehhhhh................ke situ pulak dier.
Maner ada Oghang Tuer kat sini?? mdmee

Semuer muder muder belaker...
Yg tuer di sini ialah Mod Yipun n yg seangkatan dgn nyer.

TEman pung muder gak..............walaupun dah nengok ceghiter Combat nie semasa tb itam putih.
Ghaser mcm baru semalam abih sekolah rendah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.088166 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list