CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Coretan Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor

[Copy link]
 Author| Post time 8-6-2008 06:31 PM | Show all posts
Coretan Angkasawan: Kayuh basikal ke kuliah



DR Sheikh Muszaphar (depan dua dari kiri) bersama rakan di Manipal, India.

Sukar lupakan pengalaman ketika belajar di Manipal, India terutama guru Biologi yang sangat garang

MENGAPA doktor dan bukan kerjaya lain? Begitu juga mengapa angkasawan menjadi cita-cita saya. Sebenarnya minat menjadi doktor tidak muncul tiba-tiba, tetapi lahir sejak saya berumur enam tahun. Dorongan abah memperkuatkan cita-cita ini.

Mungkin kerana impian abah sendiri untuk menjadi doktor tidak tercapai, lantas ayah menyemaikan impian itu kepada anak-anaknya.

Sejak kecil, abah sering membelikan buku bertemakan sains dan perubatan. Memotong katak dan tikus juga menjadi lumrah ketika itu. Latar belakang ini sudah pasti menyebabkan saya berani dan tidak takutkan darah.

Ketika berumur 10 tahun, menyembelih ayam untuk dijadikan hidangan sudah menjadi kebiasaan. Secara tidak langsung ayah memberi asas yang tidak ternilai kepada saya sebagai persediaan menjadi seorang doktor.

Pada masa sama, saya bercita-cita menjadi seorang angkasawan. Saya sering mendongak ke langit, mengelamun, melihat bintang berkelipan dan sentiasa ingin mengetahui mengenai kehidupan di angkasa lepas.

Kedua dua impian ini tersemat kukuh dalam dada. Syukur kerana pada umur 35 tahun, kedua-dua impian ini berjaya dicapai. Inilah ketentuan dan takdir Tuhan.

Sudah tentu pembaca ingin mengetahui perjalanan saya menjadi seorang doktor. Selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bersama 23 pelajar lain ditawarkan melanjutkan pelajaran ke India di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kami adalah kumpulan pertama dihantar ke Manipal, India, untuk mengikuti kursus A Level dan seterusnya meneruskan pengajian di Kolej Perubatan Kasturba (KMC) di Manipal. Sudah tentu, saya sangat seronok apabila ditawarkan mengikuti kursus yang diidamkan ini.

Abah dan umi turut berbangga terhadap kejayaan ini kerana adik-beradik lain kurang berminat menjadi seorang doktor.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia biasa dengan nama KMC. Kolej ini terletak di sebuah perkampungan Manipal berhampiran bandar Mangalore di selatan India. Berbeza dengan Malaysia, cuaca di sini terlalu kontras. Enam bulan panas dan enam bulan hujan.

Walaupun ramai rakyat India adalah golongan miskin, KMC dipenuhi ramai pelajar luar negara berketurunan India. Ibu bapa mereka bermastautin di Amerika Syarikat atau rantau Arab, tetapi menghantar anak belajar di Manipal.

Walaupun kami adalah kumpulan pelajar tajaan JPA pertama di Manipal, sebenarnya ramai rakyat Malaysia mendapat pendidikan di sini sejak tahun 1960-an. Saya memilih KMC kerana di India, terdapat banyak penyakit yang boleh dipelajari. Selain itu, banyak mayat yang dapat dibedah ketika ujian praktikal berbanding negara sendiri.

Di Manipal, saya dan tiga pelajar lain tinggal di rumah sewa. Perbelanjaan di sini agak murah kerana taraf kehidupan yang rendah. Walaupun biasiswa hanya RM270 sebulan, jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi ketika itu.

Basikal menjadi kenderaan saya ke kuliah setiap hari dan ini amat menyeronokkan. Puri dan capati menjadi makanan kegemaran untuk bersarapan. Di sini juga, saya belajar masakan Malaysia daripada kawan-kawan.

Keadaan menjadi sukar apabila musim hujan tiba. Bayangkan hampir setiap hari hujan antara tiga hingga empat bulan.

Saya belajar di Kolej Rendah Manipal (MJC) antara 1989 hingga 1991, sebagai persediaan A Level selama dua tahun sebelum memulakan kursus perubatan di KMC.

Pelbagai memori manis tidak dapat dilupakan ketika belajar di sini. Pernah kelas kami dibanjiri seramai 120 orang dan kadang-kadang kelas terpaksa dibatalkan kerana banjir. Guru pula amat garang, terutama Guru Biologi.

Kami bukan saja harus memahami setiap mata pelajaran, tetapi terpaksa menghafal setiap baris perkataan ketika menjawab soalan yang dikemukakan.

Saya mengambil bahasa Perancis sebagai mata pelajaran tambahan selama dua tahun. Saya tidak pasti mengapa kerana sepatutnya lebih elok jika kami mempelajari bahasa Hindi. Paling melucukan apabila ujian pertama, saya terkedu apabila soalan dikemukakan dalam bahasa Perancis.

Saya termenung seketika kerana tidak memahami soalan yang dikemukakan. Mungkin kerana terlalu fokus pada mata pelajaran biologi, fizik dan kimia yang menjadi kegemaran.

Kepada adik-adik, untuk menjadi doktor tidaklah sukar seperti disangkakan. Mungkin kerana tempoh yang agak lama membuatkan ramai takut meneruskan cabaran menjadi doktor. Percayalah, anda hanya memerlukan kerajinan dan ketabahan.

Bagi saya, doktor adalah kerjaya mulia dan memberi kepuasan tidak terhingga apabila dapat merawat pesakit yang memerlukan pertolongan. Saya menggalakkan anda menceburi bidang sains, termasuk perubatan agar lebih ramai doktor yang dapat dilahirkan pada masa depan.

SOALAN:

Apakah cabaran yang paling sukar dan mudah ketika ujian pemilihan program Angkasawan Negara?

Balkish Aiman

JAWAPAN

Setiap cabaran yang dilalui ketika program pemilihan seperti centrifuge (emparan), aerochamber (kebuk penerbangan), winter survival (ikhtiar hidup musim sejuk) di Siberia, sea survival (ikhtiar hidup di laut) di Ukraine dan pelbagai lagi memang sungguh mencabar dan pada masa sama menyeronokkan.

Bagaimanapun, tidak ada yang sukar jika kita mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Saya juga sedar ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia menyebabkan saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk mencapai objektif dalam program penghantaran angkasawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 06:49 PM | Show all posts
soalan aku tu tak cukup inteligent ke or very the not common sense ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by nazzazos at 22-1-2008 02:24 PM
itu tandanya student USM gatai booret..


Adohhh.......ringkas dan padat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:19 PM | Show all posts
tak patut betul digelar angkasawan.....langsung takda physics knowledge.....hanya bazir duit untuk buat pelancongan ke angkasa lepas.....kan baik guna duit itu untuk subsidi patrol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 03:36 PM | Show all posts
Coretan Angkasawan: Tersentuh lihat warga emas hidup sendirian
Oleh Dr Sheikh Muszaphar

WARGA emas tidak dilupakan dalam lawatan Dr Sheikh Muszaphar di Tawau.

Walaupun sibuk, luangkan masa untuk melawat atau sekurang-kurangnya menelefon ibu bapa

MINGGU ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman dan mengadakan ceramah motivasi bersama penduduk Sabah, terutama di Tawau.

Ini adalah kali kedua saya dijemput ke Tawau sejak kembali dari angkasa lepas. Kehadiran saya di Tawau juga bagi memenuhi janji untuk menjelajah seluruh negara, terutama kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Tawau sentiasa mendapat tempat di lubuk hati saya kerana penduduk yang sentiasa ramah dan mesra. Dari sudut pembangunan angkasa lepas, Tawau juga adalah tempat yang strategik dan sesuai untuk pelancaran roket.

Saya berharap anak Sabah juga akan mencapai impian untuk ke angkasa lepas pada masa depan. Saya berada di Tawau selama empat hari mulai 6 hingga 9 Jun lalu dan sempat beramah mesra bersama penduduk kampung di Pasir Putih.

Paling menggembirakan saya ialah apabila melihat ramai anak kampung yang bersemangat untuk menjelajah angkasa lepas. Ramai yang ingin menjadi angkasawan. Nampaknya kesan program angkasawan tercapai hingga ke pelusuk pedalaman.

Bagaimanapun, saya mengingatkan mereka bahawa tidak semestinya menjadi angkasawan. Sumbangan kepada pembangunan angkasa lepas boleh dilakukan dengan menjadi doktor, saintis dan jurutera angkasa lepas. Ini memerlukan tumpuan diberikan kepada bidang sains dan matematik. Saya berdoa impian mereka akan menjadi kenyataan.

Di Tawau, saya tidak melupakan golongan warga emas. Angkasa lepas mengubah persepsi saya mengenai erti kehidupan.

Fokus saya kini bukan hanya terhadap kanak-kanak, tetapi meliputi belia, wanita dan warga emas yang sering tidak diberi perhatian.

Setelah bekerjasama bersama Avon untuk memberi kesedaran kepada wanita mengenai penyakit kanser payudara, saya merasakan amat penting untuk lebih prihatin terhadap warga emas.

Kesempatan berjumpa warga emas di Tawau sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya. Ada yang menangis dan menitis air mata ketika pertemuan itu. Ini sungguh menyayat hati dan saya meminta anak-anak supaya sentiasa memberi perhatian kepada ibu bapa.

Jika tidak tinggal serumah, walaupun sibuk macam mana pun, luangkan masa untuk melawat atau sekurang-kurangnya menelefon mereka. Jagalah ibu bapa hingga ke akhir hayat mereka.

Misi utama saya ke Tawau sebenarnya untuk berjumpa seramai 312 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Tawau. Mereka, termasuk yang datang dari Semenanjung berada di PLKN selama tiga bulan dan akan menamatkan tempoh latihan tidak lama lagi.

Pelatih PLKN menunjukkan tahap disiplin yang tinggi, bersemangat patriotisme, semangat daya juang dan fokus yang menggalakkan. Walaupun hujan lebat, mereka tetap berbaris selama dua jam di padang luas yang basah.

Malangnya ada pihak mendakwa PLKN membazir, perlu ditamatkan dan pelbagai kenyataan negatif yang dilemparkan kepada kerajaan.

Selepas melihat dengan mata sendiri anak muda yang berkeyakinan tinggi dan bersemangat waja, saya menyokong 100 peratus PLKN dan berpendapat program ini perlu diteruskan untuk membentuk perwatakan dan minda generasi muda yang sejajar dengan wawasan negara.

PLKN memang memberi manfaat kepada belia sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Saya juga berkesempatan untuk kali kedua ke Pulau Sipadan selama dua hari bagi mengikuti aktiviti selam skuba yang telah lama ditinggalkan sejak menyertai program Angkasawan Negara. Pengalaman di dasar laut yang yang kaya dengan pelbagai hidupan dan fauna cukup menakjubkan.

Di Semporna, saya memberi ceramah motivasi kepada anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang saya pandang tinggi kerana berjuang demi keselamatan dan kedaulatan negara.

Sudah tentu saya tidak akan melupakan memori manis ketika menjalani latihan ala komando untuk pemilihan sebagai Angkasawan Negara selama tiga hari di Lumut. Di sana, rakan Paskal membimbing saya hingga berjaya menjadi angkasawan.

Insya-Allah jika diberi peluang, saya berharap dapat membalas jasa mereka dengan membuat lawatan ke Lumut dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada Komander Ridzuan (Paskal) dan Mejar Jeffri dari Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memberi kawalan keselamatan sepanjang berada di Pulau Sipadan.

Terima kasih Sabah. Saya pasti akan kembali lagi dan merancang untuk melawat MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Tawau dalam masa yang terdekat ini.

Wassalam.

ISS bising, tapi tak ganggu tugas

Soalan

Adakah keadaan dalam ISS bising seperti yang disiarkan secara langsung dalam televisyen dan tayangan video. Saya juga mendapati bahawa ISS kelihatan sama pada setiap sudut. Tidak adakah tempat khusus untuk angkasawan melakukan rutin harian.

Mengapakah Dr sanggup membahayakan diri untuk berkhidmat dengan Mercy di tempat yang bahaya?

Hassan Hamlussalam, Kangar.

Jawapan

Bunyi di ISS boleh dikatakan agak bising dengan bunyi peralatan di ISS yang mencecah hingga 70 decibels. Mungkin sudah kebiasaan, ia tidak mengganggu kerja seharian mahu pun ketika tidur.

Di ISS memang disediakan tempat khas untuk tidur, makan dan aktiviti lain. Saya memilih tempat tidur di Soyuz kerana lebih sejuk dan kurang bising. Ada tiga bilik kecil yang disediakan, tetapi diberikan kepada mereka yang tinggal selama enam bulan di ISS.

Saya mengikuti misi Mercy ke Afghanistan dan Kemboja untuk menjalankan kerja amal seperti merawat pesakit yang memerlukan pertolongan, terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Saya sentiasa mendapat kepuasan apabila melihat senyuman yang terpancar pada wajah kanak-kanak yang penuh dengan penderitaan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan keadaan di Malaysia yang berada dalam keadaan aman dan makmur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 11:05 AM | Show all posts
Coretan Angkasawan: Setiap hari badan berbau mayat


Pelajar perubatan di Manipal dapat satu mayat seorang khusus untuk subjek anatomi

SEBELUM ini, saya pernah menceritakan pengalaman di India ketika mengikuti kursus A Level di Manipal Junior College selama dua tahun. Itu hanya permulaan.

Pengalaman sebenar mengikuti kursus perubatan peringkat universiti bermula apabila diterima memasuki Kasturba Medical College (KMC) di Manipal. Bermula 1991, saya belajar di sini hingga tamat pengajian pada 1997.

Memasuki universiti ibarat suatu dunia baru. Segala perkara berbeza. Bagaimanapun, saya juga datang dengan semangat baru. Ramai pelajar warga asing dari setiap pelusuk dunia mengikuti kursus perubatan di sini. Saya bersyukur diterima sebagai antara 180 mahasiswa tahun pertama.

Anatomi, fisiologi dan biokimia adalah mata pelajaran yang diajar pada tahun pertama. Mata pelajaran kegemaran saya sudah pasti adalah anatomi. Saya bersama sembilan mahasiswa lain diberi satu mayat. Setiap hari, kami berhempas pulas memeriksa dan membedah mayat yang kami namakan sebagai Max.

Setiap petang sebelum pulang, badan kami melekat dengan bau formalin yang datang dari mayat itu dan terpaksa bergegas pulang untuk mandi bagi menghilangkan bau itu.

Kami mempelajari setiap lapisan otot, urat dan salur darah tubuh manusia. Paling menyeronokkan apabila membedah jantung dan otak. Kalau dulu sudah biasa dengan katak dan tupai, kini tubuh manusia sebenar dijadikan subjek setiap hari.

Terima kasih kepada abah yang sering menggalakkan saya membaca buku bertemakan sains dan biologi sejak kecil. Pengalaman dan minat yang mendalam sejak awal sudah pasti membantu saya melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang doktor perubatan.

Di Manipal, saya aktif dalam sukan renang. Apatah lagi KMC mempunyai kolam renang saiz Olimpik dan setiap petang, saya tidak melepaskan peluang berlatih berenang.

Apabila memasuki tahun ketiga dan keempat, mata pelajaran yang perlu dipelajari semakin banyak seperti farmakologi, forensik, perubatan dan surgeri. Apabila memasuki peringkat klinikal, keadaan menjadi semakin rumit kerana perlu berinteraksi dengan pesakit yang kebanyakannya adalah penduduk kampung yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris.

Penyelesaiannya? Kami terpaksa mempelajari bahasa tempatan serba sedikit untuk membantu memberikan rawatan terbaik kepada mereka.

Bukan hanya di India, saya percaya mahasiswa perubatan tanah air yang belajar di Mesir dan Russia juga terpaksa mahir dalam bahasa tempatan untuk lulus dalam peperiksaan klinikal.

Untuk menjadi seorang doktor, tidak semesti hanya duduk di perpustakaan seperti anggapan kebanyakan pihak. Saya memastikan setiap hari menghabiskan masa selama dua jam mengulang kaji pelajaran.

Saya juga bersosiol dan menyelami kehidupan penduduk tempatan. India adalah sebuah negara yang besar, kaya dengan sejarah dan sungguh menyeronokkan dijelajahi. Saya menaiki kereta api dan mengembara hingga New Delhi, melawat tempat bersejarah seperti Kashmir, Hyderabad, Goa dan semestinya keajaiban Taj Mahal di Agra.

Kesempatan tinggal bersama keluarga India sebagai anak angkat saya gunakan untuk mempelajari dengan lebih mendalam budaya mereka. Di sini, saya melihat jurang antara golongan kaya dan miskin sangat besar. Perasaan sayu apabila melihat kanak-kanak kecil yang mengemis di bandar.

Saya akhirnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Ijazah perubatan kelas pertama dan akhirnya kami bergelar doktor. Perjalanan yang jauh dan penuh berliku, tetapi kaya dengan pengalaman tidak dapat dilupakan.

Bagaimanapun, saya tidak terus pulang kerana perlu mengikuti setahun lagi `housemanship
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2008 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by kekbelacan at 5-6-2008 12:55 PM
masa hang di sana selama 11 hari tu, bagaimana anda melepaskan hajat? atau anda simpan untuk kasi balik kat bumi....
ialah, memandangkan camna najis anda terapung2, ada bau tak?
cuci ke atau ehem2 je...

he he he...aku tanya aku jawab
semlm tengok history channel 555, modern marvels tak salah pasal space tech, astronauts pakai pampers
so dia org pakai buang saje lah...
teringat kisah satu astronaut pompuan pakai pampers dari houston ke texas semata2 nak cari love rival dia...
jilted love, can drive humans do drasctic actions...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 01:24 PM | Show all posts
Coretan Angkasawan: Malu biar bertempat
Bersama Dr Sheikh Muszaphar


Pelajar mesti berani untuk tampil sebagai anak Melayu yang berjaya di peringkat antarabangsa

SELEPAS melawat lebih 150 sekolah dan universiti di seluruh negara, baik di kawasan bandar mahu pun luar bandar, banyak perkara yang dapat saya lihat dan ingin dikongsi bersama pembaca Berita Minggu.

Memang tidak dinafikan terdapat perbezaan ketara di kalangan pelajar yang saya temui, tetapi secara umum, kesan program angkasawan di kalangan pelajar amat menggalakkan.

Mereka bertanya pelbagai soalan mengenai kehidupan di angkasa lepas dan paling penting adalah soalan yang dikemukakan berkualiti. Perasaan ingin tahu ini membuktikan minat yang sangat mendalam di kalangan pelajar.

Saya dapati semua pelajar yang ditemui sangat meminati bidang angkasa lepas. Ramai yang mempunyai impian untuk menjadi angkasawan, tetapi saya sering menekankan bahawa anda tidak semesti menjadi angkasawan.

Anda boleh menjadi doktor, saintis dan jurutera angkasa lepas untuk memberi sumbangan memajukan industri angkasa lepas. Oleh itu, pelajar perlu memberi tumpuan terhadap pelajaran, terutama bidang sains dan matematik.

Kepada pelajar, negara dan semesti ibu bapa menaruh harapan agar mereka menjadi modal insan berilmu dan intelektual yang membawa Malaysia ke era baru lebih gemilang.

Saya mendapati pelajar bandar mempunyai kelebihan dari segi kemudahan dan infrastruktur yang boleh membantu mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Buku astronomi dan angkasa lepas hanya boleh dibeli di kedai buku ternama di bandar besar. Penguasaan bahasa Inggeris juga membantu membuat kajian lebih mendalam, selain dibantu kemudahan internet dan e-buku yang mudah didapati.

Pelajar bandar lebih berani bertanyakan pelbagai soalan. Ini mungkin hasil pendedahan yang diberikan ibu bapa sejak kecil. Saya sering memberitahu pelajar supaya tidak mempunyai perasaan malu atau takut untuk bertanya sebarang soalan.

Perasaan malu dan takut menyukarkan kita mencapai kejayaan. Untuk bersaing, kita tidak boleh segan silu, sebaliknya mesti berani untuk tampil sebagai anak Melayu di peringkat antarabangsa.

Setakat jaguh kampung tidak memadai dan harus menjadi yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi. Malu biarlah bertempat.

Sebagai perbandingan, pelajar luar bandar nampak lebih bersikap malu dan segan. Ini mungkin kerana kurang pendedahan, tetapi semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mempelajari perkara baru dapat dirasai.

Raut wajah menampakkan mereka begitu berminat dan tekun mendengar setiap pengalaman yang dikongsi bersama. Tersentuh hati apabila ramai pelajar naik ke pentas untuk mendapatkan pelukan dari angkasawan negara. Ini membuatkan diri ini lebih berusaha berjumpa pelajar di kawasan luar bandar untuk menyuntik inspirasi kepada mereka.

Kekurangan infrastruktur dan kemudahan juga membuatkan pelajar luar bandar amat dahagakan ilmu . Saya berpendapat kerajaan perlu menitikberatkan serta memberi perhatian terhadap pelajar luar bandar supaya impian mereka juga menjadi kenyataan.

Sebagai alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), saya dapati MRSM mempunyai sistem pendidikan yang unik dan perlu dibanggakan apabila berjaya melahirkan golongan bijak pandai di kalangan pelajar luar bandar.

Syabas kepada Mara (Majlis Amanah Rakyat) terhadap usaha mereka yang kini membuahkan kejayaan. Selain itu, saya perhatikan kebanyakan pelajar yang cemerlang dalam keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) datang dari sekolah agama di seluruh negara.

Ini jelas menunjukkan keberkesanan sistem pendidikan yang diterapkan oleh guru mereka yang bertauliah dan berkebolehan.

Pendek kata, kejayaan pelajar akhirnya bergantung kepada keinginan mereka sendiri untuk berjaya. Berusahalah bersungguh-sungguh, gigih dan sentiasa dahagakan ilmu.

Pelajar sendiri harus mengambil inisiatif untuk melakukan yang terbaik bagi mengejar impian mereka. Guru dan ibu bapa pula sentiasa bersedia membimbing mereka ke arah kejayaan dan merealisasikan impian Wawasan 2020.

Sebelum berpisah, saya menggalakkan pembaca Berita Minggu mengemukakan soalan mengenai pelbagai perkara dan tidak semestinya hanya mengenai angkasa lepas. Sebagai contoh, soalan boleh ditanya mengenai pelajaran dan motivasi diri. Jumpa lagi.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2008 11:11 AM | Show all posts
Kerjaya doktor bukan untuk jadi kaya
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


DR Sheikh Muszaphar memangku seorang kanak-kanak Afghanistan ketika berada di negara itu.

Pelajar perubatan mesti bersikap tabah, tidak pernah mengaku kalah

INGAT zaman kecil-kecil dulu? Kebanyakan orang dewasa sekarang pasti tidak dapat melupakan apabila ditanya mengenai cita-cita mereka ketika itu.

Itu kisah zaman dulu! Saya perhatikan berlaku anjakan paradigma terhadap pemikiran kanak-kanak sejak penghantaran seorang anak Malaysia ke angkasa lepas. Kini ramai memberitahu mahu menceburi bidang sains dan teknologi.

Ramai yang menamakan angkasawan, doktor dan saintis sebagai kerjaya dan ini cukup membanggakan.

Kini kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sudah diketahui. Kepada yang berjaya, apatah lagi mengikuti kursus diminati, saya mengucapkan tahniah.

Setiap tahun, antara bidang yang menjadi pilihan ramai ialah perubatan, tetapi tempat adalah terhad. Ini menyebabkan sesetengah pelajar dan ibu bapa sendiri kecewa kerana walaupun keputusan cemerlang, masih gagal memasuki Fakulti Perubatan.

Adakah keputusan akademik yang cemerlang saja mencukupi? Anda harus memiliki pelbagai kriteria lain untuk menjadi doktor yang berjaya.

Memang keputusan cemerlang, terutama dalam subjek sains adalah asas pemilihan untuk memasuki bidang perubatan kerana ini menunjukkan pelajar mempunyai minat mendalam dan kerajinan yang tinggi.

Bagaimanapun, ada yang terkandas separuh jalan apabila menarik diri atau gagal dalam peperiksaan, apatah lagi tempoh kursus perubatan adalah panjang, iaitu antara lima hingga enam tahun.

Oleh itu, mereka yang bergelar mahasiswa perubatan harus tabah bagi memastikan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Untuk menjadi seorang doktor, anda harus sentiasa bersikap tabah, penuh perasaan, penyayang, minat mendalam merawat pesakit dan tidak mempunyai sikap mengaku kalah.

Kepada yang sudah memilih doktor sebagai kerjaya, syabas kerana kerjaya ini yang membantu mereka yang memerlukan bantuan adalah mulia. Keinginan menjadi doktor juga harus datang dari diri sendiri dan bukan orang lain, walaupun ibu bapa.

Secara peribadi, saya bercita-cita menjadi doktor sejak berumur enam tahun kerana sering diberi galakan 憄sikologi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2008 11:12 AM | Show all posts
Semai sikap 'ulat buku'
Bersama Dr Sheikh Muszaphar

DR Muszaphar melayan peminat kecil di Singapura.

Dr Muszaphar galak ibu pupuk hobi membaca anak sejak kecil

SINGAPURA adalah negara keempat selepas Amerika Syarikat, Indonesia dan Brunei yang membolehkan saya berkongsi pengalaman ketika di angkasa lepas. Sebenarnya, banyak jemputan diterima dari negara lain, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana tumpuan utama adalah kepada negara sendiri.

Walaupun hanya di seberang Selat Tebrau, kali terakhir saya ke Singapura ialah kira-kira 15 tahun lalu, suatu tempoh yang cukup lama. Sudah tentu, banyak perubahan yang berlaku di negara jiran sepanjang tempoh itu.

Saya dijemput oleh Jamiyah Singapura, sebuah organisasi yang memperjuangkan hak bangsa Melayu dan Islam di negara itu. Saya diberi peluang berucap dalam 'Forum Kepimpinan Komuniti' dengan harapan untuk menyuntik inspirasi kepada belia agar lebih berjaya.

Bagi saya, kesempatan ke Singapura adalah suatu kepuasan kerana dapat membantu melakukan perubahan dalam kehidupan setiap insan. Insya-Allah dengan harapan, mereka juga mampu mengejar impian masing-masing.

Saya berada di Singapura selama dua hari dan berasakan tempoh itu amat singkat kerana terpaksa bergegas pulang untuk memberikan ceramah motivasi di Kuala Lumpur pada keesokan hari.

Walaupun singkat, saya berkesempatan melawat sebuah rumah anak yatim orang Islam yang ditinggalkan oleh ibu bapa kerana pelbagai faktor. Anak-anak ini dijaga oleh pegawai Jamiyah yang terlatih bagi menjamin pendidikan dan masa depan mereka lebih terjamin.

Saya juga berkesempatan berkongsi pengalaman dan memberi ceramah motivasi kepada belia yang kebanyakan mereka bersemangat untuk mengetahui penjelajahan ke angkasa lepas. Tidak ada beza antara anak Singapura dan anak Malaysia.

Orang Islam di Singapura adalah golongan minoriti, iaitu kira-kira 220,000 orang berbanding jumlah keseluruhan penduduk Singapura seramai lima juta orang, tetapi mereka mendapat sokongan kerajaan Singapura untuk mempertingkatkan taraf hidup.

Orang Melayu dan Islam patut berasa bertuah tinggal di Malaysia kerana kerajaan kita memperjuangkan hak mereka. Oleh itu, kita harus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya mengejar impian berbanding negara lain.

Kini saya giat bekerjasama dengan perpustakaan seluruh negara setelah dipilih menjadi 'Ikon Membaca' untuk memupuk minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Program 'Setiap Bayi Satu Buku' yang dilancarkan di seluruh negara amat baik untuk memupuk sikap membaca di kalangan rakyat. Kita bukan hanya perlu menggalakkan sikap suka membaca di kalangan remaja, tetapi sikap ini harus bermula dari ibu yang bakal melahirkan anak.

Melalui kempen itu, buku yang dibuat dari kain diberikan kepada bakal ibu bagi menggantikan 'bantal busuk' dengan harapan pertalian antara buku dan kanak-kanak akan dijadikan satu keperluan yang berterusan untuk memupuk sikap membaca di kalangan anak-anak.

"Budaya Membaca Budaya Berjaya" yang dipilih sebagai tema kempen membaca pada tahun ini amat tepat untuk menyampaikan mesej bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang intelektual dalam tempoh terdekat ini.

Saya sudah melawat Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang bagi menjayakan program 'Setiap Bayi Satu Buku' bersama Datin Seri Zainab Abdul Kader, yang mengilhamkan program ini sejak awal lagi dan berharap dapat meneruskan program yang bermanfaat ini ke seluruh negara dalam tempoh terdekat ini. Insya-Allah.

Selain itu, saya kini bergiat aktif bekerjasama bersama Pride dan Avon mengetengahkan 'Program Kesedaran Kanser Payu Dara' di kalangan wanita negara ini. Kempen ini bertujuan menyedarkan wanita supaya menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan barah payu dara yang lazimnya dapat mengelakkan penyakit berbahaya itu.

Kekuatan minda kunci kejayaan

SOALAN

Bagaimana Dr membuatkan diri supaya sentiasa bermotivasi tinggi?

Aainaa Nur Raihana Abdullah,
Petaling Jaya, Selangor.

JAWAPAN

Banyakkan membaca buku yang berunsurkan motivasi dan bergaul dengan kawan berfikiran positif yang sentiasa mempercayai kemampuan anda. Elakkan berkawan dengan mereka yang berjiwa negatif.

Kekuatan minda untuk berjaya adalah kunci kejayaan seseorang. Kekuatan minda yang membuat saya terpilih sebagai Angkasawan Negara.

Info

Pembaca yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program angkasa lepas dan penghantaran angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, boleh berbuat demikian dengan menghantar soalan ke alamat e-mel Berita Minggu, iaitu bminggu@bharian.com.my atau melalui surat, iaitu Soalan Kolum Coretan Angkasawan - Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 10:27 AM | Show all posts
Gelaran Datuk beri inspirasi
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my

KUALA PILAH: Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha, berkata gelaran Datuk tidak akan mengubah dirinya, sebaliknya menguatkan tekad untuk memberi inspirasi kepada generasi muda meminati bidang sains dan teknologi.

"Saya amat berbangga dan gembira dengan pengiktirafan ini, namun saya masih seperti dulu," katanya selepas menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana Seri Menanti, dekat sini semalam.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 dan Tokoh Maal Hijrah 1429 Negeri Sembilan itu ditemani temannya, Dr Halina Mohd Yunus.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga berjanji akan menjalinkan hubungan lebih rapat dan erat dengan kerajaan negeri, terutama dalam membimbing serta mendorong lebih ramai pelajar dari negeri ini berjaya dalam bidang akademik.

Katanya, beliau sudah melawat lebih 200 sekolah dan universiti di seluruh negara bagi memberi ceramah motivasi serta berkongsi pengalaman ketika berada 12 hari di Stesen Angkasa Antara-bangsa (ISS), Oktober tahun lalu.

揟iada apa yang lebih menggembirakan saya apabila ramai generasi muda, malah kanak-kanak yang baru berusia lima tahun sudah menanam azam mahu menjadi angkasawan negara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 11:18 AM | Show all posts
Nama berubah jadi Yuri Muszaphar


Latihan di Russia mengubah persepsi dan cara kehidupan

SETAHUN di Russia ketika menjalani latihan untuk menjadi angkasawan adalah suatu pengalaman yang sungguh berharga dan tidak akan saya lupakan.

Negara terkemuka dalam teknologi angkasa lepas itu mengajar saya mengenal erti kehidupan serta bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan negara serta berdikari apabila jauh dari negara tercinta.

Walaupun sudah biasa dengan kehidupan di luar negara ketika mengikuti pengajian perubatan di India selama tujuh tahun, Russia adalah negara yang unik, berbeza dan penuh misteri. Tidak banyak perkara yang kita ketahui mengenai negara ini yang pernah bergelar `Tembok Besi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 11:19 AM | Show all posts
Penganjur ambil kesempatan


DR Sheikh Muszaphar menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar di Istana Seri Menanti, baru-baru ini.

Guna nama Dr Muszaphar untuk kumpul orang ramai hadir majlis dianjurkan

TERIMA kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan atas anugerah bintang kebesaran Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk yang saya terima daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana Seri Menanti, baru-baru ini.

Saya berasa sungguh terharu di atas pengiktirafan itu sekali gus membuat diri ini bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih menyuntik inspirasi golongan belia dan kanak-kanak agar mampu mengejar impian masing-masing.

Sebagai anak Negeri Sembilan, saya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membuka minda golongan belia supaya dapat melonjakkan nama negeri ini ke peringkat antarabangsa.

Kepada anak Negeri Sembilan yang berjaya, kembalilah ke kampung halaman masing-masing untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada negeri yang banyak berjasa selama ini.

Saya baru kembali dari Port Dickson selepas dua hari terbabit sama dalam acara Triathlon Antarabangsa PD yang dianjurkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan. Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta dari pelbagai negara menyertai kejohanan itu.

Port Dickson memiliki pantai yang begitu cantik lagi bersih dan pelbagai lagi program menarik dijalankan demi mempromosikan keindahan yang dimiliki pantai berkenaan.

Berada di Port Dickson selama dua hari membawa pelbagai memori manis yang tidak dapat dilupakan. Ketika kecil, kami sering datang ke Port Dickson kerana ayah sendiri dilahirkan di sini.

Saya kini dilantik sebagai duta Cares Cervical Cancer Awareness Association dalam memberi pendedahan kepada wanita mengenai penyakit barah serviks. Tidak banyak yang diperkatakan mengenai penyakit itu, tetapi yang pasti wanita wajar mengetahui dengan lebih mendalam mengenainya.

Saya juga adalah duta kepada Avon dalam membanteras penyakit barah payudara dan akan mengadakan Avon Walk pada 10 Ogos untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita supaya lebih prihatin mengenai penyakit ini.

Angkasa lepas mengubah minda persepsi diri ini. Saya tidak lagi menghiraukan perkara yang remeh temeh tetapi lebih mementingkan isu global seperti peperangan, kesengsaraan wanita, penderitaan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) saya dapat melihat betapa kecilnya bumi ini diselubungi oleh galaksi yang begitu luas. Amat menyedihkan apabila manusia sering bergaduh sesama sendiri menghancurkan bumi dan pelbagai kesengsaraan yang berlaku.

Pencemaran dapat dilihat dengan begitu jelas terutama di lautan dan hutan kerana itu saya berjanji untuk bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadikan bumi ini lebih hijau dan selamat.

Sekiranya dulu fokus saya hanya kepada kanak-kanak, tetapi kini saya lebih bersemangat dengan memberi tumpuan kepada penderitaan wanita, penyakit barah dan pencemaran dengan harapan untuk menjadikan dunia ini lebih selamat.

Jadual saya kini padat dengan memberi ceramah dan motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami berkongsi pengalaman di angkasa lepas termasuk pada Sabtu dan Ahad. Paling menyeronokkan apabila melihat senyuman gembira di bibir kanak-kanak yang begitu bersemangat untuk mengetahui kehidupan di angkasa lepas.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda bahawa jadual saya padat sehingga Oktober. Saya berasa kesal apabila sesetengah pihak penganjur menggunakan nama saya untuk menjalankan pelbagai program walhal saya tidak tahu menahu akan program itu.

Ini menyebabkan ramai hadirin yang hampa apabila saya tiada bersama seperti yang dijanjikan dan sebilangan daripada mereka yang datang dari jauh bersama keluarga. Perkara ini berlaku dengan begitu kerap sekali dan sudah pastinya merosakkan imej sebagai seorang angkasawan.

Kepada penganjur dan sekolah serta universiti, pastikan anda mendapat pengesahan saya sendiri dan bukan dari agensi lain. Saya juga akan senaraikan setiap minggu di kolum ini jadual mingguan saya untuk memudahkan pembaca mengetahui kehadiran saya untuk sama-sama berkongsi pengalaman mengenai angkasa lepas.

Ingin tahu kisah hidup di KMC

SOALAN

Pernahkah Dr mengalami kegagalan ketika mengikuti jurusan perubatan di Kasturba Medical College (KMC)? Saya teringin mengetahui kisah-kisah Dr ketika mengambil jurusan perubatan ini kerana sememangnya ia adalah bidang yang amat mencabar?

Aainaa Nur Raihana Abdullah,
Petaling Jaya, Selangor.

JAWAPAN

Setiap manusia pernah melalui kegagalan dalam kehidupan dan ia mengajar kita untuk menjadi lebih baik

sekiranya kita mempelajari daripada kegagalan itu. Jangan sekali kali berputus asa tetapi kita

seharusnya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Dr Sheikh Muszaphar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 02:30 PM | Show all posts
Kongsi pengalaman di Universiti Brunei Darussalam
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Dr Sheikh Muszaphar mencerita pengalamannya di angkasa lepas kepada Sultan Hassanal Bolkiah di Brunei.

Jemputan sempena 'Minggu Ilmu' dapat sambutan luar biasa daripada pelajar sekolah, universiti

AKHIR bulan lalu, saya berada di Brunei Darussalam buat kali kedua. Kali pertama adalah dua bulan lalu apabila saya berkongsi pengalaman bersama 600 rakyat Thailand yang begitu bersemangat untuk mengetahui penjelajahan dan kehidupan di angkasa lepas.

Rakyat Thailand? Ya! Memang pelik kerana saya berada di Brunei, tetapi memberi ceramah motivasi kepada rakyat Thailand. Saya terpaksa menggunakan khidmat penterjemah untuk bermesra bersama rakyat negara itu dan sudah tentu, saya menggunakan peluang itu untuk mempelajari serba sedikit bahasa Thai yang dianggap begitu lembut dan merdu.

Antara 23 hingga 26 Julai lalu, saya dijemput oleh Jabatan Pejabat Mufti Brunei sempena 慚inggu Ilmu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 09:35 AM | Show all posts
ANGKASAWAN Bangga jadi anak Malaysia
Bersama Dr Sheikh Muszaphar

Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat negara berjaya tawan puncak Everest, Kutub Utara dan Selatan serta penjelajahan ke angkasa lepas

AKHIR bulan ini, semua peringkat rakyat akan menyambut 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Mengimbau kembali sepanjang 51 tahun lalu, pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh negara membuat kita berbangga menjadi anak Malaysia - menawan puncak Everest, merentasi Kutub Utara dan Selatan serta penjelajahan ke angkasa lepas.

Semua kejayaan itu membuktikan rakyat Malaysia mampu menyahut cabaran Malaysia Boleh sekali gus membuktikan kita boleh mencapai apa juga impian jika berusaha dengan tekun dan tidak mengenal jemu.

Bagaimanapun, adakah memadai dengan pencapaian itu semata-mata? Apakah erti kemerdekaan dalam konteks sebenar, terutama selepas 50 tahun merdeka? Jika pada 31 Ogos 1957, kemerdekaan membawa erti kebebasan dari penjajah British, tetapi kini apakah erti kebebasan di kalangan rakyat terutama golongan remaja?

Ketika saya berlatih selama setahun di StarCity, Russia, saya sedar bahawa saya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Apa saja yang saya lakukan akan mencerminkan kedaulatan negara.

Seluruh dunia memerhati seorang anak Melayu melengkapkan diri selama setahun di negara yang jauh lagi asing untuk membuat pelbagai persediaan sebelum ke angkasa lepas. Saya berasa sungguh patriotik dan bersemangat untuk menonjolkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Detik mengibarkan Jalur Gemilang di angkasa lepas ditontoni jutaan manusia di seluruh pelusuk dunia membuatkan saya sungguh terharu dan bangga menjadi anak Malaysia. Saya yakin suasana dan emosi ini juga dapat dirasakan oleh setiap rakyat Malaysia yang menonton secara langsung selama 12 hari di angkasa lepas.

Angkasa lepas mengubah persepsi diri untuk menjadi lebih prihatin terhadap isu global dan inilah yang dijanjikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kemerdekaan buat diri ini, terutama pada era sains dan teknologi setelah 50 tahun merdeka adalah lebih kepada kebebasan minda, melahirkan lebih ramai modal insan yang kompetitif dan berilmu tinggi.

Kita harus mempunyai fikiran terbuka, daya saing yang tinggi dan bukan setakat 慾aguh kampung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 09:38 AM | Show all posts
Olimpik menyatu padu manusia



Walaupun pelbagai rintangan seperti demonstrasi mempersoalkan hak asasi manusia, China berjaya anjur temasya Olimpik dengan baik

SUKAN Olimpik datang lagi! Sukan terulung empat tahun sekali yang kini berlangsung di China menarik perhatian seluruh dunia. Seperti rakyat Malaysia lain, saya juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan sukan ini.

Sungguh membanggakan apabila melihat kontingen delegasi Malaysia berarak di stadium sarang burung yang mempamerkan kehebatan China sebagai tuan rumah buat kali pertama temasya bersejarah ini.

Walaupun pelbagai rintangan seperti demonstrasi yang mempersoalkan hak asasi manusia, China berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa negara itu mampu menganjurkan temasya Olimpik dengan baik.

Saya masih berpegang kepada prinsip bahawa sukan tidak harus dicampur aduk dengan politik. Sukan sudah pasti dapat menyatu padu manusia tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Ramai yang terpegun menonton televisyen melihat persembahan upacara pembukaan yang disertai ribuan rakyat China yang kaya dengan tradisi dan sejarah itu.

Bagaimanapun, saya agak terkilan kerana tidak menonton upacara pembukaan secara langsung kerana pada hari yang sama, adik kesayangan, Sheikh Arwiz, memilih tarikh itu, 8.8.08, untuk melangsungkan perkahwinan.

Antara perkahwinan adik kesayangan dan Sukan Olimpik, sudah tentu saya memilih adik kesayangan.

Untuk kejohanan itu, sudah pasti tumpuan diberikan kepada badminton yang mempunyai peluang paling cerah meraih pingat emas. Sayang sekali acara skuasy dan boling tidak disenaraikan dalam Sukan Olimpik, jika ada kemungkinan kita boleh meraih pingat emas kerana negara mempunyai kekuatan dalam dua sukan ini.

Yang pasti, saya dan rakyat Malaysia tetap mendoakan kejayaan atlit agar dapat mengharumkan nama negara.

Sementara itu, pada 9 Ogos lalu, saya melawat Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) di Putrajaya untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah itu. Di sini, saya sungguh terharu apabila SSAS mengadakan solat tahlil buat adik tersayang, Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie, yang saya panggil Ajil.

Ajil pernah belajar di SSAS selama lima tahun. Lebih menyentuh hati apabila ada tayangan video memaparkan Ajil bersama rakan lama dan temu bual bersama guru yang pernah mengajar dan mendidiknya. Terima kasih SSAS kerana mengenang Allahyarham Ajil. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Sebelum itu pada 7 dan 8 Ogos, saya berada di Kuching, Sarawak, bersama Maxis menjayakan program Cyberkids kepada pelajar terpilih.

Mereka diajar menggunakan komputer riba dan mengendalikan pelbagai aspek Teknologi Maklumat (IT) seperti laman web dan blog. Ini adalah perkara yang perlu digalakkan, terutama kepada pelajar mulai peringkat awal supaya meminati bidang sains dan teknologi.

Syabas Maxis terhadap usaha anda membantu pelajar di kawasan pedalaman memenuhi impian mereka.

Saya juga kini dalam proses menghasilkan sebuah cakera padat dokumentari berbentuk motivasi mengenai pengalaman saya dipilih menjadi angkasawan hingga pelancaran ke angkasa lepas.

Ini termasuk ceramah motivasi di sekolah agar dapat diedarkan kepada pelajar seluruh Malaysia dengan harapan pelajar dapat melihat dengan mata mereka sendiri dan meningkatkan semangat untuk berusaha lebih gigih mengejar impian masing-masing. Insya-Allah, dokumentari ini akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Jadual kehidupan saya masih padat dengan ceramah motivasi seluruh negara dan saya akan meneruskan usaha ini, terutama di Sabah dan Sarawak. Saya akan kembali ke Kuching pada 22 dan 23 Ogos serta di Sibu pada 29 Ogos ini.

Nampaknya sepanjang Ogos, saya menziarahi Sarawak sebanyak tiga kali dan pelbagai memori manis berlaku setiap kali saya memijakkan kaki di Bumi Kenyalang. Akhir kata, salam sayang buat anda semua.

Wassalam
Dr Sheikh Muszaphar

Petua menghadapi peperiksaan

Soalan:
Bagaimanakah Dr membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan ketika di bangku sekolah dan apakah motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan?

Nurhamizah Amalina Ismail,
Mersing, Johor

Jawapan:
Saya pastikan membaca terlebih dulu subjek yang akan diajar sehari sebelum itu dan menumpukan sepenuh perhatian ketika dalam kelas sambil mengambil nota. Jangan baca sekali imbas, tetapi setiap perkataan difahami, terutama subjek fizik, kimia dan biologi.

Luangkan masa bersama guru dengan bertanyakan pelbagai soalan dan tubuhkan kumpulan belajar untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Akhir sekali, tampal formula pada dinding bilik untuk memudahkan kita menghafal sebelum tidur.

Untuk berjaya, anda harus mempunyai impian yang tinggi dan berusaha dengan gigih tanpa mengenal makna penat atau putus asa. Berkawan bersama mereka yang berfikiran positif. Kekuatan mental adalah kunci kejayaan dalam apa juga bidang. Yakin pada kemampuan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

Dr Sheikh Muszaphar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2008 09:39 AM | Show all posts
Awasi kanser payu dara
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


Dr Sheikh Muszaphar mahu wanita peka terhadap bahaya kanser payu dara.


Ramai penghidap datang ke hospital ketika kanser di peringkat parah

BERGELAR Angkasawan Negara menyebabkan pelbagai perkara ingin saya lakukan untuk membawa perubahan bukan saja untuk diri ini, tetapi kepada setiap lapisan masyarakat.

Saya pasti ramai yang ingin melakukan perubahan dan membuat sumbangan, tetapi tidak pasti cara untuk melakukannya.

Ini yang menyebabkan saya bersyukur dan bertuah kerana sebagai Angkasawan Negara, ini memudahkan perjalanan untuk melaksanakan pelbagai program kesedaran dengan harapan dapat mengubah minda di kalangan remaja dan kanak kanak untuk mengejar impian mereka.

Ketika di angkasa lepas, saya sering merenung di luar jendela ISS (Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa) memerhati keindahan dan kecantikan bumi yang amat kecil dalam keluasan galaksi dengan bintang yang menyelubungi cakerawala ini.

Diri ini berasa amat sedih mengenangkan peperangan serta pencemaran yang sering berlaku di bumi. Saya juga dapat melihat kebakaran hutan di California dan pencemaran di lautan yang membuatkan saya berazam untuk melakukan apa yang termampu memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

Bagaimanapun, saya sedar ada perkara sebagai individu tidak mampu melakukan, tetapi ini tidak bermakna kita menyerah kalah.

Setiap individu boleh memberi sumbangan mengikut keupayaan masing-masing, malah banyak kejayaan yang besar bermula dengan usaha seorang individu.

Apabila dipilih sebagai Duta Avon untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kanser payu dara, saya sebagai seorang doktor dan angkasawan, berasa ini adalah saluran yang sesuai untuk memenuhi impian saya selama ini memerangi kanser ini di kalangan wanita.

Ramai yang bertanyakan mengapa memilih kanser payu dara. Sebenarnya kanser payu dara bukan hanya membabitkan wanita, tetapi juga lelaki walaupun dari segi peratusan adalah kecil, iaitu hanya satu peratus.

Kesedaran mengenai kanser payu dara harus membabitkan penyertaan setiap lapisan masyarakat, termasuk lelaki kerana dalam kehidupan setiap lelaki ada wanita yang disayangi, sama ada ibu, isteri, adik mahupun anak.

Saya sendiri pernah melalui pengalaman pahit apabila saudara-mara sendiri tewas ketika menghadapi kanser payu dara.

Walaupun kanser ini merbahaya, ramai wanita mengambil sikap tidak peduli dengan alasan terlalu sibuk dalam kehidupan seharian atau menganggap mereka tidak akan mengalami penyakit ini.

Saya berpandangan bahawa manusia tidak harus menempa maut kerana penyakit, terutama kanser payu dara yang dianggap `silent killer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 09:46 AM | Show all posts
Malaysia, negara kecil yang dihormati dunia
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Perhatian perlu diberikan terhadap usaha memajukan ekonomi dan teknologi, terutama sains dan angkasa lepas untuk mencapai status negara maju

MASA berlalu dengan begitu pantas. Hari ini, kita menyambut kemerdekaan negara ke-51. Pelbagai kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh negara seperti menawan puncak Everest hingga menerokai angkasa lepas.

Datuk moyang kita pasti berbangga dengan kejayaan ini. Siapa sangka Malaysia mampu menerajui kejayaan. Kini negara kita dikenali di pelusuk dunia kerana walaupun sebuah negara yang kecil, mampu mencapai pelbagai kejayaan, sekali gus membuktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Ketika berlatih di Russia dan Amerika Syarikat selama setahun sebagai persiapan ke angkasa lepas, nama Malaysia sudah dikenali dan diberi perhatian oleh seluruh dunia.

Kita tidak perlu lagi menjalankan pelbagai promosi untuk memperkenalkan Malaysia kepada seluruh dunia, tetapi perhatian perlu diberikan terhadap usaha memajukan ekonomi dan teknologi, terutama bidang sains dan angkasa lepas supaya Malaysia berjaya mencapai status negara maju dan bersaing dengan negara maju lain.

Untuk mencapai matlamat ini, perpaduan kaum tidak mengira bangsa mahupun agama harus diutamakan.

Esok, umat Islam menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kesyukuran kerana sekali lagi dapat berpuasa dan melakukan pelbagai amalan ibadat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri.

Tahun lalu, saya sempat berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, suatu pengalaman yang menakjubkan.

Ketika berpuasa, saya langsung tidak berasa penat, dahaga atau lapar ketika terapung apung dalam kapal Soyuz sebelum berlabuh di ISS (Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa). Pengalaman berhari raya bersama krew dan berkongsi makanan Malaysia bersama mereka adalah saat indah yang tidak dapat dilupakan.

Sudah setahun masa berlalu. Ramai bertanyakan cara berpuasa di angkasa lepas kerana matahari terbit setiap 45 minit dan terbenam setiap 45 minit.

Walaupun saya adalah orang Islam ke-9 ke angkasa lepas, ini adalah kali pertama pemergian angkasawan menekankan cara beribadah. Kami bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ulama seluruh dunia menghasilkan panduan beribadah di angkasa lepas.

Sebagai umat Islam, saya berpandangan amat penting menunjukkan kepada dunia bahawa ibadat boleh dilakukan tanpa mengira sama ada di bumi atau angkasa lepas. Saya berkesempatan berpuasa selama dua hari di kapal Soyuz.

Berpuasa di angkasa lepas adalah mengikut waktu tempat pelancaran. Oleh itu, waktu berpuasa adalah sama seperti waktu Kazakhstan walaupun saya berbuka puasa enam jam lewat kerana masih terikat pada tempat duduk hingga tiga jam selepas pelancaran.

Berpuasa sebulan sepanjang Ramadan hanya setahun sekali. Oleh itu, umat Islam harus mengambil kesempatan ini untuk membersihkan diri, jasmani dan rohani.

Banyak kebaikan dari sudut kesihatan yang dapat dimanfaatkan ketika berpuasa. Kita dapat menurunkan kandungan gula, lemak, membersihkan darah dan usus, jantung serta paru paru jika dilakukan dengan betul.

Bagaimanapun, pastikan anda berbuka puasa dengan berpada-pada. Kebanyakan kita berbuka puasa secara berlebih-lebihan, mengikut nafsu yang sudah pasti membawa kemudaratan dalam jangka masa panjang.

Berpuasa juga menguji ketabahan serta kesabaran seseorang. Gunakan peluang ini untuk banyak beribadat dan berzikir kepada Allah semoga kita berada di dalam golongan orang yang beriman. Insya Allah.

Minggu lalu, saya berada di Kuching (22 dan 23 Ogos) untuk berkongsi pengalaman bersama penduduk di situ. Ini adalah kali keempat saya berada di ibu negeri Sarawak. Kemudian transit selama dua jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Pulau Pinang (24 Ogos) untuk bersama anak Melayu Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM).

Saya juga sempat ke Permatang Pauh untuk merasai suasana politik yang boleh dikatakan begitu meriah dengan bendera pelbagai parti. Bagaimanapun, saya tidak berkempen tetapi memberi ceramah motivasi mengenai angkasa lepas.

Suasana politik memberikan suatu keseronokan buat diri ini. Manalah tahu卻uatu hari nanti akan berkecimpung dalam dunia politik.

Keesokan hari terus menuju ke Kuantan (25 Ogos) beramah mesra dan berkongsi pengalaman bersama pelajar Kolej Shahputra dan sekolah berdekatan. Paling tidak dapat dilupakan apabila melawat Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas pada keesokan hari (26 Ogos).

Convent Bukit Nanas memang terkenal melahirkan ramai pelajar terbilang dan ini dapat dilihat di kalangan pelajar yang begitu fasih dalam bahasa Inggeris dan mempunyai minat mendalam terhadap angkasa lepas.

Saya berada di Sibu pada 28 hingga 30 Ogos dan gembira dapat berjumpa penduduk bandar yang terletak di kuala Sungai Rajang dan Igan. Pada malam Merdeka, sudah pasti saya berada di Kuala Lumpur untuk menyambut bersama seluruh negara .

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke -51.

Hidup Malaysia! dan Syabas Malaysia!

Wassalam

SOALAN

Adakah Dr mempunyai perancangan untuk menulis buku berbentuk motivasi?

Anis Raihana Abdul Aziz,
Puchong, Selangor

JAWAPAN

Saya masih menumpukan sepenuh perhatian terhadap ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman bersama seluruh rakyat Malaysia. Saya telah menghadiri program di lebih 200 buah sekolah dan universiti yang memberikan kepuasan yang begitu bermakna apabila melihat minat yang begitu mendalam di kalangan golongan muda.

Insya Allah jika berkesempatan, saya berharap akan menghasilkan buku berbentuk motivasi agar impian mampu menjadi kenyataan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 01:21 PM | Show all posts
Angkasawan mahu derma hasil jualan buku

PUTRAJAYA 30 Jan. - Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berhasrat untuk menyumbang sebahagian daripada hasil jualan bukunya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi kepada rakyat Palestin.

Menurutnya, idea itu tercetus selepas melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis semasa menjadi doktor perubatan secara sukarela di Gaza baru-baru ini

"Buku yang saya tulis sendiri bertajuk My Journey To Space akan dilancarkan pada bulan Mac ini.

"Saya bercadang untuk menderma sedikit daripada hasil jualan setiap buku ini bagi mengurangkan beban serta penderitaan rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berada di Gaza selama lima hari bermula 21 Januari lalu bersama dua orang doktor dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Dewan Pemuda Masjid Malaysia bagi memberikan rawatan perubatan secara sukarela kepada mangsa serangan rejim Zionis.

Sepanjang berada di sana, Sheikh Muszaphar berkesempatan bertemu ramai rakyat Palestin yang mahukan beliau memainkan peranan sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk meraih sumbangan pelbagai pihak bagi membantu mereka membangunkan semula negara.

Sheikh Muszaphar menambah, beliau juga berjumpa Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Basem N. Naim yang memohon bantuan mana-mana pihak agar dapat menaja pelajar-pelajar Palestin untuk meneruskan pengajian di Malaysia berikutan universiti di negara tersebut telah musnah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 06:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.321828 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list