CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27382|Reply: 25

MAKLUMAT TENTANG PEMAKANAN

[Copy link]
Post time 26-1-2008 08:33 AM | Show all posts |Read mode
                                         

VITAMIN           FUNGSI
Larut Lemak
A                      Kulit sihat; ketahanan terhadap infeksi; antioksidan
D                      Tulang dan gigi yang kuat
E                      Antioksidan
K                      Pembekuan darah

Larut Air
C                      Antioksidan; pembaikan salur darah; penyembuhan luka; tulang dan gigi yang kuat;
                        penyerapan zat besi daripada makanan
B1 (Tiamin)       Fungsi sistem saraf; meningkatkan selera dan penghadaman
B2 (riboflavin)    Kulit dan mata yang sihat; metabolisme protein, lemak dan karbohidrat
B6                    Metabolisme protein; penghasilan sel darah
B12                  Meningkatkan tumbesaran yang normal; mencegah anemia
Asid Folik          Penghasilan sel darah; ketahanan terhadap infeksi; perkembangan janin yang    normal
Niasin               Kulit dan lidah yang sihat; fungsi sistem saraf dan penghadaman

MINERAL         FUNGSI
Kalsium            Tulang dan gigi yang kuat; fungsi sistem saraf; jantung dan otot
Kuprum            Penghasilan sel darah merah
Zat besi            Mencegah anemia akibat kekurangan zat besi
Magnesium       Pengecutan saraf dan otot
Kalium              Pengecutan otot jantung; keseimbangan cecair
Zink                  Penyembuhan luka; tumbesaran normal; ketajaman rasa

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com



[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:20 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2008 07:28 AM | Show all posts

KAROTENOID: FITOKIMIA BERKUASA

Karotenoid adalah elemen-elemen pemakanan yang memberi warna, bau dan rasa tersendirinya kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebatian-sebatian yang khusus ini telah menjalankan peranannya untuk tumbuhan dan haiwan selama berjuta-juta tahun. Malah, kita masih lihat ia bekerja setiap hari dalam warna jingga-merah makanan tumbuhan seperti aprikot, tomato, karot, dan tembikai. Karotenoid menjalankan fungsi pentingnya dalam tumbuhan seperti membantu fotosintesis ?dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindunginya terhadap kesan-kesan yang merosakkan.

Karotenoid yang paling dikenali berkemungkinan ialah beta karotena, satu antioksidan yang boleh ditukar kepada vitamin A. Penyelidikan yang dijalankan mendapati diet yang kaya dengan dengan karotenoid dan antioksidan yang lain boleh membantu melambatkan atau mencegah bermulanya serangan sesetengah penyakit degeneratif yang dikaitkan dengan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas mempunyai potensi untuk menyebabkan kerosakan selular yang serius. Berita baiknya pula ialah ia boleh dikawal oleh antioksidan.



FUNGSI-FUNGSI KAROTENOID
  • 揚recursor抳itamin A ?Karotenoid seperti beta karotena dan alfa karotena boleh ditukar secara metabolik kepada provitamin A dalam tubuh.
  • Antioksidan ?Karotenoid berfungsi sebagai antioksidan perungkai rantai, mengurangkan serangan radikal bebas.
  • Penglihatan mata ?Lutein dan Zeaxanthin adalah karotenoid yang hadir dalam kawasan makular retina, yang membantu dalam penglihatan yang tajam dan jelas.
  • Meningkatkan respons imun ?kajian terhadap manusia telah menunjukkan peningkatan parameter imun oleh karotenoid.
http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:21 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 08:53 AM | Show all posts

AIS DAN SERANGAN JANTUNG

Artikel ini berguna untuk semua.


                                               


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik, mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan dan bukannya air berAIS.  Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!Kita tidak akan kehilangan apa-apa malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG:
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:22 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2008 11:19 AM | Show all posts

APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN APABILA MEMBELI SUPLEMEN

Belajar membaca label pada botol suplemen ada perkara pertaman yang perlu diberi perhatian apabila membeli suplemen di farmasi atau agen individu. Kaedah-kaedah di bawah boleh anda gunakan sebagai panduan:

  • Periksa nilai 揇aily Value?atau DV. DV adalah amaun yang diperlukan untuk keperluan tubuh, tumbesaran dan penjagaan kesihatan tubuh. Pengambilan suplemen boleh memenuhi standard DV seharian kerana keperluan nutrien oleh tubuh yang tidak dapat dipenuhi oleh diet seharian. DV sepatutnya terdiri daripada 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Kira bilangan nutrien yang tertulis pada label agar kesemua 19 nutrien yang diperlukan dapat dipenuhi. Periksa peratus DV yang dapat dibekalkan oleh suplemen. Kesemua vitamin sepatutnya dapat membekalkan 100 peratus keperluan DV. Peratus yang dapat dibekalkan oleh mineral juga sepatutnya 100 peratus kecuali kalsium, magnesium dan phosporous.
  • Pastikan tulisan pada label adalah jelas dan dapat dilihat dengan mudah.Dapatkan satu salinan maklumat dan katalog produk. Sekiranya ada, dapatkan juga data klinikal berkaitan produk yang dijual.
  • Berhati-hati dengan dakwaan yang melampau seperti dapat menghilangkan kedutan atau dapat menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet. Baca label secara teliti.
  • Jangan tertipu dengan nama produk dan gambaran keterlaluan seperti 揻ortified? 揺xtra packed?atau 搈ega-packed? Penggunaan perkataan seperti ini adalah bertujuan sebagai pelaris penjualan. Fokus kepada kandungan produk dan ketelusan syarikat yang menjual produk berkenaan.
http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:23 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:31 AM | Show all posts

PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK

                                                     
KEPENTINGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk tumbesaran
dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara - mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku
hiperaktif, tenaga berkurangan dan penyakit.

KALSIUM adalah pentinguntuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku semasa remaja. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai jisim tulang matang di peringkat
dewasa dan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di lewat usia.

ASID LEMAK PERLU wujud dalam susu ibu, ikan, walnat, biji flaks dan sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang betul. Kekurangannya boleh menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit.

ZAT BESI diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim badan tanpa lemak,
isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.

VITAMIN B adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam pembelajaran dan
bagi memberi tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif.

ZINK adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan dan mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh.

Pada dasarnya, diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh selera yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak perlukan semua bantuan yang boleh didapati untuk
membesar dengan kuat dan sihat.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:25 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:17 AM | Show all posts
thanks...good info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2008 02:30 PM | Show all posts

DOS SUPLEMEN YANG DICADANGKAN


Senarai nutrien di bawah adalah dos yang dicadangkan untuk tahap kesihatan yang optimum. Sebelum
mengambil suplemen anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. Dos yang dicadangkan dibawah adalah untuk indvidu 100lb (45kg) dan ke atas. Dos untuk kanak-kanak yang mempunyai berat di antara 70lb (32kg) dan 100lb (45kg) adalah tiga per empat dos orang dewasa; manakala dos untuk kanak-kanak di bawah 70lb (32kg) dan 100lb (45kg) adalah separuh dos orang dewasa. Dos untuk kanak-anak di dawah usia 6 tahun mestilah menurut  formula khas kanak-kanak. Ikut dos yang dicadangkan pada label yang terdapat pada botol.

Beli suplemen yang organik dari sumber-sumber yang dipercayai. Elakkan membeli suplemen yang sintetik. Biasanya
suplemen yang murah mempunyai kualiti yang rendah; suplemen yang murah biasanya mengandungi pengisi atau likatan
yang banyak. Berikan pemakanan yang terbaik untuk tubuh anda.

VITAMIN                                                                   DOS SEHARI*
Vitamin A (retinol)                                                      5,000-10,000IU
A carotenoid complex yang mengandungi

     beta carotene                                                       5,000-25,000IU
Vitamin B1 (thiamine)                                                 50-100mg
Vitamin B2 (riboflavin)                                                15-50mg
Vitamin B3 (niacin)                                                     15-50mg
        (niacinamide)                                                    50-100mg
Vitamin B5 (pantothenic acid)                                     50-100mg
Vitamin B6 (prydoxine)                                               50-100mg
Vitamin  B12                                                             200-400mcg
Biotin                                                                       400-800mcg
Choline                                                                    50-200mg
Folic acid                                                                 400-800mcg
Inositol                                                                    50-200mg
Para-aminobenzoic acid (PABA)                                 10-50mg
Vitamin C dengan mineral ascorbates (Ester-C)           1,000-3,000mg
Bioflavonoids (pelbagai)                                            200-500mg
Hesperidin                                                               50-100mg
Rutin                                                                       25mg
Vitamin D3 (cholecalciferol)                                       400IU
Vitamin E (d-alpha-tocopherol)                                  400-600IU
Vitamin K (ambil dari sumber asli seperti alfalfa,
     sayur-sayuran berdaun hijau)                               100-500mcg
Essential fatty acids (EFAs) (sumber yang baik:
     minyak primerose, flaxseed, salmon, dan

     minyak ikan)                                                       ikut arahan seperti dalam label

MINERAL                                                                DAILY DOSAGES*
Boron (picol atau citrate)                                          3-6mg
Calcium (citrate, ascorbate atau malate)                    1,500-2,000mg
Chromium (GTF, picolinate atau polynicotinate)           150-400mcg
Kuprum                                                                    2-3mg
Iodine (sumber yang baik ?rumpai laut)                     100-225mcg
Besi (sumber yang baik: ferrous gluconate, fumarate,
     citrate atau amino acid chelate; elakkan sumber

     tidak organik seperti ferrous sulfate, boleh
     mengoksidakan vitamin E)                                     18-30mg
Magnesium                                                               750-1,000mg
Manganese                                                               3-10mg
Molybdenum (ascorbate, aspartate atau picolinate)      30-100mcg
Potassium (citrate)                                                    99-500mg
Selenium                                                                 100-200mcg
Vanadium (vanadyl sulfate)                                        200-1,000mcg
Zinc                                                                         30-50mg

ASID AMINO                                                           DOS SEHARI*
L-Carnitine                                                               500mg
Acetyl-L-Carnitine                                                     100-500mg
L-Cysteine                                                                50-100mg
Acetyl-L-Cysteine                                                      100-500mg
L-Lysine                                                                   50-100mg
L-Methionine                                                            50-100mg
Taurine                                                                   100-500mg
L-Tyrosine                                                               500mg

SUPLEMEN TAMBAHAN                                          DOS SEHARI*
Chondroitin sulfate                                                  ikut arahan seperti dalam label
Coenzyme Q10                                                       30-100mg
Cryptoxanthin                                                         110mcg
Flavanoids (buah citrus dan beri)                             ikut arahan seperti dalam label
Garlic                                                                    ikut arahan seperti dalam label
Gingko boloba (herba)                                            ikut arahan seperti dalam label
Glucosamine sulfate                                               ikut arahan seperti dalam label
Lecithin                                                                 200-500mg
Lutein/lycopene                                                      ikut arahan seperti dalam label
Pectin                                                                   50-100mg
Phosphatidyl choline                                               ikut arahan seperti dalam label
Phosphatidyl serine                                                ikut arahan seperti dalam label
Pycnogenol or grape seed extract (OPCs)                 ikut arahan seperti dalam label
Quercetin                                                              70-140mg
RNA-DNA                                                              100mg
Silicon                                                                  ikut arahan seperti dalam label
Soy isoflavones (genistein)                                     ikut arahan seperti dalam label
Superoxide dismutase (SOD)                                  ikut arahan seperti dalam label
Zeaxanthin                                                            90mcg

*Milligrams (mg) dan micrograms (mcg) adalah dua unit yang berbeza. 1 mcg adalah 1/1000 mg.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:26 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2008 03:06 PM | Show all posts

MAKANAN UNTUK MINDA

FAEDAH GINGKO BILOBA
  • menambah bekalan darah ke otak untuk meningkatkan memori dan keupayaan mental
  • mengangkut nutrien, hormon, enzim dan oksigen yang penting ke otak
  • mengangkut hasil buangan toksik dengan lancar dan efisien
    meningkatkan peredaran darah ke hujung anggota badan (tangan, kaki dan jari jemari)
  • meningkatkan bekalan oksigen ke jantung dan organ-organ lain
    meningkatkan pertumbuhan sel-sel saraf penerima di bahagian otak
    melindungi sel-sel saraf daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • meningkatkan penggunaan glukos dalam otak yang menambah tenaga untuk aktiviti mental yang lebih


SIMPTOM YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN GINGKO BILOBA
  • mudah lupa
  • hilang ingatan
  • ketakutan
  • mengantuk
  • keupayaan fizikal yang terhad
  • sakit kepala
  • kemurungan
  • kekurangan tenaga
  • kesukaran member tumpuan
  • telinga berdengung



http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:27 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2008 03:14 PM | Show all posts

PENGHAPUS ZAT MAKANAN

Setiap kepulan asap rokok mengeluarkan sebatian kimia ke mulut, leher, paru-paru dan saluran darah. Para perokok menghidap penyakit kardiovaskular pada kadar yang lebih tinggi dan nikotina dipercayai merupakan penyebab utama.

Kebanyakan unsur-unsur asap tembakau diketahui mempunyai kesan karsinogenik atau menyebabkan barah. Mulut, tekak dan paru-paru bersentuhan secara terus dengan karsinogen dan tidak hairanlah para perokok lebih cenderung mendapat barah di tempat-tempat ini. Para perokok juga mengalami kadar barah perut, pankreas dan saluran kencing yang lebih tinggi, besar kemungkinan akibat dari sebatian asap tambahan yang diserap ke dalam saluran darah dan diedar ke seluruh tubuh. Merokok juga menyebabkan pelbagai penyakit paru-paru, menghalang sistem pelali dan cenderung menyebabkan ulser perut.

Di samping memberikan kesan yang berbahaya kepada paru-paru dan keseluruhan sistem kardiovaskular, merokok juga boleh mengganggu penggunaan vitamin C dan vitamin-vitamin B. Perokok mempunyai tahap vitamin C yang yang lebih rendah dalam darah mereka berbanding dengan bukan perokok, dan ini dianggarkan bahawa keperluan vitamin C meningkat sehingga 50%. Sesungguhnya, Sukatan Pemakanan yang Disyorkan Amerika Syarikat (RDA AS) yang disemak mencadangkan bahawa perokok memerlukan sekurang-kurangnya 100mg vitamin C setiap hari, meningkat 66% bagi bukan perokok. Dan bukan hanya mereka yang merokok sahaja yang mengalaminya ?jika anda menghabiskan masa dalam persekitaran orang yang merokok, anda perlu memastikan pengambilan vitamin B dan C adalah mencukupi.

ZAT MAKANAN HILANG DALAM KEPULAN ASAP ROKOK!!
Mereka yang merokok dikenalpasti mengalami kekurangan beberapa zat makanan:

Vitamin C ?Perokok perlukan lebih banyak vitamin C berbanding bukan perokok. Perokok didapati mempunyai paras vitamin C yang lebih rendah dalam darah mereka, dan mereka tampak menyerap kurang vitamin C dari diet mereka. Adalah dianggarkan bahawa perokok memerlukan dua kali banyaknya vitamin C berbanding bukan perokok demi mengekalkan paras normal di dalam tubuh mereka.

Vitamin E ?Merokok juga boleh menjejaskan vitamin E tubuh. Sebagai pengantioksida, vitamin E membantu melindungi kerosakan paru-paru. Pendedahan yang tetap terhadap bahan-bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok boleh mengatasi keupayaan pengantioksida paru-paru. Adalah dilaporkan bahawa para perokok mempunyai paras vitamin E yang lebih rendah di dalam bendalir paru-paru mereka berbanding dengan bukan perokok.

Beta karotena ?Beta karotena adalah dalam bentuk vitamin A yang terdapat dalam karot, sayur-sayuran dan buah-buahan lain seperti juga vitamin E, di mana ia bertindak sebagai pengantioksida di dalam tubuh. Para beta karotena darah yang lebih tinggi berkemungkinan boleh mencegah perkembangan barah paru-paru. Namun, perokok yang besar kemungkinan mendapat barah paru-paru diketahui mempunyai paras beta karotena yang lebih rendah daripada mereka yang tidak merokok.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:28 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 07:23 AM | Show all posts

ALFALFA

Alfalfa bukan vitamin atau mineral, tetapi ia adalah sumber vitamin dan mineral yang paling kaya di dunia. Perkataan alfalfa datang dari perkataan Arab yang membawa maksud 揜aja Tumbuhan?dan sememangnya gelaran itu adalah layak untuk alfalfa.

Alfalfa adalah sumber nutrien yang paling lengkap yang pernah dijumpai dari alam semula jadi. Ia mengandungi 15 mineral, 10 nutrien dan serat. Kandungan seratnya adalah unik dan tidak dijumpai pada tumbuhan lain. Ia juga dapat membekalkan 8 jenis enzim yang penting dalam penghadaman lemak, karbohidrat dan protein. Alfalfa kaya dengan klorofil, satu sumber nyah-toksin dan pewangi. Ia juga mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mengandungi asid amino penting yang badan perlukan.

Rahsia keistimewaan alfalfa adalah kerana sistem akarnya yang panjang. Akar alfalfa boleh menjalar jauh sehingga 26 kaki ke dalam tanah. Ia mampu menyerap nutrien yang pada kebiasaannya tidak mampun diserap oleh tumbuhan lain.

Alfalfa sangat terkenal sebagai sumber nutrien penting (major dan minor) dan dikenali sebagai suplemen semulajadi. Ia sangat kaya dengan nutrien dan telah dijadikan sajian oleh manusia dari banyak tamadun.

Banyak dakwaan telah dibuat tentang alfalfa. Tumbuhan itu telah digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk mengatasi kepenatan, masalah penghadaman, masalah kurang selera makan, dan lain-lain. Alfalfa adalah makanan suplemen yang tertua di dunia dan telah digunakan pada zaman Hippocrates, China purba dan malah zaman pra-sejarah. Pada zaman dahulu alfalfa sering dikaitkan dengan arthritis, asma, allergi dan sembab (water retention). Malah kajian moden telah membuktikan bahawa alfalfa mampu mengatasi masalah tersebut.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:45 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:24 AM | Show all posts

Satu artikel tentang kajian vitamin C bertajuk 揘utritional Status of Aging?telah diterbitkan dalam American Journal of Public Health. Seramai 577 individu berusia 50 tahun dan ke atas telah ditemu bual dan diselidik. Mereka ditanya tentang pengambilan makanan mereka dan 25 faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan mereka.

Selepas 7 tahun rekod kematian mereka telah diselidik dan rekod kematian mereka telah dibandingkan dengan beberapa faktor kesihatan. Suatu pemerhatian penting telah ditemui. Daripada ke semua faktor kesihatan yang dipertimbangkan pengambilan vitamin C telah didapati menjadi penyumbang utama kepada penurunan kadar kematian. Dalam ayat yang lebih mudah pengambilan vitamin membantu memanjangkan usia seseorang. Ini adalah kenapa lebih 50 juta penduduk AS mengambil vitamin C sebahagian daripada diet mereka.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:43 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:35 AM | Show all posts

SIMPTOM YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN B COMPLEX


SIMPTOM-SIMPTOM YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN B COMPLEX ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  • kemurungan
  • lupa
  • rasa takut yang tidak jelas
  • rasa runsing dan panik
  • mood yang tidak menentu
  • sifat mudah berang atau bengis
  • imaginasi yang mengerikan atau menakutkan
  • perasaan suka bermusuh
  • keresahan atau kegelisahan
  • kebimbangan
  • perasaan sesuatu yang buruk akan berlaku
  • syak wasangka atau curiga
  • ketidakstabilan fikiran
  • ketakutan
  • kecelaruan mental
  • sensitif pada bunyi bising
  • kegagalan mengawal stress
  • telinga berdengung
  • kegagalan memberi penumpuan
  • tahap intelek yang rendah
  • hilang memori
  • rasa gementar
  • keletihan dan kepenatan
  • rasa mengantuk
  • masalah penghadaman
  • tahap asid perut yang rendah
  • sembelit atau cirit birit
  • sakit perut
  • selera yang tidak menentu
  • keinginan yang tinggi kepada makanan manis
  • rasa berdebar atau jantung berdebar
  • sakit dada
  • penyakit yang berkaitan saraf
  • bengkak otot
  • rasa sakit atau kebas
  • tangan dan kaki yang terasa sejuk
  • terlalu sensitif pada sentuhan dan sakit
  • sakit semasa haid
  • bengkak di mulut
  • dermatitis
  • jerawat
  • sakit mata
  • kesukaran semasa menelan makanan
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • kesukaran untuk tidur atau ganguan tidur
http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:42 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:37 AM | Show all posts

APA ANDA PERLU LIHAT APABILA MEMBELI VITAMIN C

Suplemen vitamin C mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Ia membekalkan lebih kurang 500mg vitamin C dalam setiap tablet

2. Ia mestilah semulajadi dan organik.

3. Ia mengandungi bioflavinoid yang terdiri dari lemon, anggur, oren dan lain-lain. Bioflavinoid membantu vitamin C dengan 2 cara: pertama, ia meningkatkan penyerapan vitamin C; dan kedua, ia membantu vitamin C bekerja dengan lebih effisien dalam tubuh.

4. Paling penting. Kadar penyerapannya mestilah telah dibuktikan secara klinikal. Dalam erti kata yang lain, pengambilan vitamin C mestilah terbukti meningkatkan paras vitamin C dalam darah.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com





[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:41 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 09:05 AM | Show all posts

NUTRIEN UNTUK KEJAYAAN ANAK DI SEKOLAH

Diet adalah keperluan penting anak-anak. Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutrien-nutrien berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak:

Glukos

Otak seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif. Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakan-rakan sekelas yang mendapat makanan yang baik.

Zat Besi

Anemia kekurangan zat besi adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif terhadap paras zat besi yang rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya. Zat besi memainkan dua peranan penting: ia mengangkut oksigen dalam darah dan mengangkut oksigen itu de dalam sel-sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia mempunyai tempoh perhatian yang berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam tugas yang mencabar intelektual. Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan. Masukkan daging merah, tuna atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hidangkan banyak sayuran berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang.

Asid Folik

Asid folik adalah penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Seorang pelajar yang kekurangan asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli, perengus dan pelupa. Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, terutamanya jus oren dan bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.

Vitamin-vitamin B

Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan dalam vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian adalah penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang bagus.

Vitamin A

Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam janin yang sedang membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk fungsi otak yang optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam buah-buahan berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua.

Zink

Zink adalah bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kacang tanah, germa gandum, bijiran penuh dan biji labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:40 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 10:55 AM | Show all posts

APAKAH ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan adalah bahan-bahan yang mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh kita daripada kesan merosakkan akibat radikal bebas. Tubuh kita bersentuhan dengan radikal bebas akibat proses biologi kita sendiri, juga melalui pencemaran, tabiat merokok, pendedahan terhadap cahaya matahari, bahan kimia, memakan makanan digoreng minyak penuh, jenis ubatan tertentu dan sebagainya.

Antioksidan berfungsi dengan bertindak balas terhadap kesan yang merosakkan akibat radikal bebas ini. Contohnya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin E boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan mengekalkan penampilan kulit yang awet muda manakala beta korotena boleh membantu dalam pencegahan katarak.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:38 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 11:09 AM | Show all posts

SIAPA MEMERLUKAN SUPLEMEN?

1. Individu yang mengalami kekurangan nutrien

2. Wanita (termasuk gadis remaja) di peringkat umur yang boleh melahirkan anak yang memerlukan lebih banyak asid folik berbanding yang dibekalkan daripada makanan sahaja

3. Wanita hamil atau yang menyusui anak mungkin perlukan zat best dan asid folik

4. Individu yang tidak minum susu memerlukan kalsium tambahan untuk mengurangkan risiko osteoporosis

5. Mereka yang biasa mengamalkan tabiat berdiet yang membuat pilihan makanan yang tidak seimbang

6. Warga tua yang kurang efisien dalam menyerap dan memetabolisme nutrien atau mereka yang sukar mengunyah

7. Penghidap AIDS yang mengalami kehilangan nutrien lebih cepat daripada yang dibekalkan daripada makanan

8. Penagih dadah atau peminum arak yang menyerap begitu sedikit nutrien


9. Individu yang sembuh daripada pembedahan, melecur, kecederaan atau kesakitan yang memerlukan nutrien tambahan untuk membantu menjana semula tisu-tisu

10. Vegetarian yang memerlukan vitamin B12, vitamin D, zat besi dan zink

11. Individu yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penggunaan nutrien oleh tubuh

12. Perokok dan mereka yang terdedah kepada asap rokok yang memerlukan vitamin B dan C yang lebih tinggi untuk menentang radikal bebas daripada asap rokok.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com










[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:35 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2008 11:47 PM | Show all posts

GOUT

GOUT
Pembengkakan tulang dan ligamen dalam sendi-sendi menyebabkan pembentukan asid urik kristal. Penyakit ini disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak daging, alkohol, organ haiwan, dan makanan laut. Nisbah 97 lelaki kepada 3 wanita mengalaminya. Pesakit biasanya berusia lebih 45 tahun, gemuk, makan berlebihan dan tidak bersenam.

TANDA-TANDA GOUT
Tanda-tanda awal penyakit ini adalah bengkak serta sakit secara tiba-tiba di jari kaki dan sendi. Sendi akan mengalami kesakitan secara tiba-tiba (terutama lutut) dan akan menjadi merah dan lembut. Terdapat demam saraf dan berpeluh. Bahagian sakit tidak boleh disentuh kerana akan menyukarkan pergerakan ketika bangun dari katil. Air kencing akan mengandungi asid urik dan membentuk batu asid urik dalam buah pinggang.

PENYEBAB
Penyebab gout ada kerana pemakanan yang tidak seimbang. Ia juga boleh dikaitkan dengan penggunaan dadah untuk penyakit darah tinggi dan barah. Penyakit gout bertambah buruk apabila seseorang itu mengalami tekanan perasaan (stress). Gangguan metabolisma akan mengakibatkan buah pinggang menjadi lemah. Makanan yang kaya dengan "purine" ?seperti organ haiwan, makanan laut, minuman keras ?akan memburukkan penyakit ini.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:34 ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:21 AM | Show all posts
Wow!!! Good effort! Very informative. Thanks!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 09:30 PM | Show all posts
KALSIUM DAN MAGNESIUM UNTUK KESIHATAN TULANG ANDA

Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting kerana tubuh manusia  tidak boleh menghasilkannya. Malah selepas mencapai pertumbuhan tulang rangka sepenuhnya, pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting kerana tubuh kehilangan kalsium setiap hari apabila kulit mengelupas, kuku terkopek, rambut gugur, badan berpeluh dan juga melalui air kencing dan najis. Kalsium yang hilang ini mesti diganti setiap hari melalui diet. Apabila diet tidak mengandungi kalsium yang cukup untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini, kalsium diambil daripada tulang, kawasan penyimpanan untuk kalsium.

Agar tubuh anda berfungsi dengan sempurna, tahap kalsium dalam darah mesti sentiasa konstan. Oleh itu, anda perlu memakan cukup kalsium sepanjang hari- jika tidak, darah anda akan 'mencuri' kalsium daripada tulang anda untuk mengekalkan paras yang ia perlukan. Fikirkan tulang anda sebagai 'bank'. Jika diet anda rendah dalam kalsium, darah anda 'mengeluarkan' kalsium yang ia perlukan daripada tulang anda. Apabila diet anda kaya dengan kalsium, anda membuat 'simpanan' dalam 'bank' kalsium anda. Lama kelamaan, jika pengeluaran anda melebihi deposit anda, tulang anda boleh mula menjadi lemah dan menjadi lebih mudah reput.

GUDANG
Dalam tubuh anda, 99% daripada kalsium disimpan dalam tulang dan gigi an

da. Baki 1% ada dalam darah dan tisu lembut dan ia perlu untuk kehidupan dan kesihatan. Tanpa jumlah kalsium 1% yang sedikit ini, otot anda tidak akan mengecut dengan betul, darah anda tidak akan membeku dan saraf tidak akan menyampaikan mesej. Dengan perkataan lain, secara praktikalnya setiap sel dalam tubuh anda, termasuk yang terdapat dalam jantung, saraf dan otot anda, bergantung pada kalsium adalah perlu untuk berfungsi dengan sempurna. Secara ringkasnya, kalsium adalah perlu untuk banyak fungsi tubuh, termasuk pengawalan degup jantung, pengaliran denyut saraf, rangsangan rembesan hormone dam pembekuan darah, juga untuk membina dan mengekalkan tulang rangka yang sihat.

MAGNESIUM
Magnesium adalah mineral yang diperlukan oleh setiap sel tubuh anda. Kira-kira separuh daripada simpanan magnesium tubuh anda ditemui di dalam tisu tubuh dan organ, dan separuh daripadanya dengan kalsium dan fosforus dalam tulang. Hanya 1% daripada magnesium dalam tubuh anda ditemui dalam darah. Tubuh anda berkerja sangat keras untuk menjaga tahap magnesium dengan konstan.

PASANGAN YANG SEMPURNA
Maka anda boleh melihat dengan jelas, bahawa kedua-dua mineral bekerja secara sinergi untuk mengekalkan kesihatan yang baik, terutamanya untuk tulang dan gigi. Mengikut pakar, makanan adalah sumber terbaik kedua-dua mineral ini. Jika ini memberi cabaran kepada orang yang alah pada produk tenusu atau adalah mereka yang pemilih, pertimbangkanlah mengambil suplemen untuk mengisi kekurangan.



http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:33 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 07:35 AM | Show all posts

SERAT

Disebabkan pada hari ini makanan yang diproses dan makanan segera menjadi tumpuan, pemakanan anda mungkin kekurangan kompleks-kompleks serat dietari yang anda perlukan. Sudah tentu cara yang terbaik untuk anda memperolehi serat adalah dengan memasukkan lebih banyak makanan kaya serat yang pelbagai jenis ke dalam pemakanan anda. Buah-buahan segar, bijirin dan roti bijirin penuh merupakan sebahagian daripada penyelesaian tersebut. Lentil dan kekacang bukan sahaja banyak mengandungi serat malahan juga mengandungi jumlah protein yang cukup banyak. Kekacang, bijian dan buah-buahan kering boleh menjadi makanan snek berserat tinggi. Namun begitu, ramai daripada kita tidak dapat membekalkan serat yang mencukupi untuk tubuh kita dengan memberikan pelbagai jenis alasan.

Suplemen serat atau fibre boleh membantu meningkatkan pengambilan serat anda jika anda tidak berupaya atau tidak mahu mengubah cara pemakanan anda. Ia membekalkan campuran seimbang serat larut dan tak larut daripada pelbagai sumber semula jadi.

Apa itu serat dietari?
Serat dietari ialah bahagian-bahagian tumbuhan yang tidak dapat dicerna. Serat hanya terdapat dalam makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin.

Apakah dua jenis kategori serat?
Serat boleh diklasifikasikan secara meluas kepada dua kategori serat larut dan serat tak larut. Sayursayuran, gandum dan kebanyakan bijirin mengandungi lebih banyak serat tak larut sementara buah-buahan, oat, barli dan legume mengandungi lebih banyak serat larut Setiap jenis serat mempunyai faedah yang berlainan.

Serat tak larut menyerap banyak air, iaitu kira-kira 15 kali lebih berat danpada berat setiap serat tersebut, bagi melembut dan membanyakkan najis. Gandum penuh, barangan bran gandum dan kulit buah-buahan serta sayur-sayuran merupakan sumber serat tak larut yang utama.

Serat larut melekit dan memerangkap air bagi membentuk gel. Serat larut termasuklah pektin, guar, 8 musilaj dan serat di dalam bran oat, barli, kekacang kering dan legume-legume yang lain.

Apakah faedah-faedah serat?
Serat menyerap lembapan, menambahkan berat pada makanan agar is dapat bergerak dengan lebih mudah melalui salur usus. Oleh kerana ia mempunyai ciri yang menambahkan berat, rasa kenyang terhasil. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang berdiet kerana pengambilan serat yang mencukupi dapat mengurangkan rasa lapar dan dengan itu mengurangkan pengambilan makanan.Serat dipercayai dapat membantu meredakan sembelit kerana ia dapat melembutkan najis ketika menyerap lembapan. Hasilnya, pengeluaran najis dilakukan pada masa yang tetap semasa melalui salur usus.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:32 ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.126296 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list