CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: zamzuri

MAKLUMAT TENTANG PEMAKANAN

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2008 03:53 PM | Show all posts

ANTIOKSIDA DALAM TEH HIJAU MAMPU MERENDAHKAN KOLESTEROL

Oleh: JULIE ROSHANA AKMA BT SHAFEE

Pokok teh atau nama saintifiknya camilla sinensis banyak ditanam di untuk tujuan dijadikan sebagai minuman. Terdapat pelbagai jenis teh yang menjadi pilihan iaitu teh hitam, teh oolong atau teh merah, teh hijau dan teh putih. Setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Tidak dapat dinafikan,walaupun pengguna mempunyai pilihan meminum teh yang digemari, namun begitu teh hijau tetap menjadi pilihan utama. Apakah keistimewaan teh hijau ini sehingga ia diminati ramai?

Teh dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi halus pada pinggirannya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.
Daun segar mengandungi kira-kira 4 peratus kafein. Daun yang muda dan bersinar menjadi pilihan penghasilan teh. Teh hijau disediakan daripada daun yang tidak menjalani proses penapaian. Tidak seperti teh hitam dan oolong, penghasilan teh hijau tidak melibatkan oksidasi daun teh muda. Teh hijau dikeringkan untuk jangka masa singkat dan dipanaskan dengan cepat bagi mencegah penapaian. Disebabkan teh hijau dibuat daripada daun yang tidak menjalani proses penapaian, is mengandungi kandungan polyphenol yang tinggi. Polyphenol merupakan bahan kimia yang bertindak sebagai antioksida yang kuat.

Teh hijau turut mengandungi minyak asas (aldehydes, phenylethyl alcohol, phenol, hexenal, hexenol, linalool, dihydroactinidiolide dan p-vinylphenol), vitamin (vitamin B dan asid askorbik), mineral (florida, aluminum), tannin dan kafein. Tetapi kandungan utama adalah polyphenol.

CEPAT KEHILANGAN BERAT BADAN

Teh hijau telah digunakan selama beribu tahun di China dan negara Asia yang lain. Sejarah penggunaan teh hijau termasuklah mengurangkan tekanan darah tinggi, menyekat bakteria patogenik yang menyebabkan keracunan makanan dan menghalang tindakan karsinogen, cahaya ultraungu dan metastasis. Kegunaan tradisional lain termasuklah merawat kesenakan, mengawal suhu badan dan gula darah, membantu penghadaman dan memperbaiki pemprosesan mental. Kelebihan teh hijau daripada segi kesihatan pula adalah berkaitan dengan kandungan flavonoid yang tinggi dari jenis catechin.

Catechin dikatakan lebih berkuasa daripadc vitamin C dan E dalarr memberhentikan kerosakan oksidatif kepada sel-sel. Dikatakan dengan meminum teh hijau dengan kerap mampu mencegah pelbagai jenis barah, menjaga tindakan terhadap masalah kardiovaskular, mengelakkan kerosakan gigi, membantu menyembuhkan jangkitan gusi dan pelbagai kelebihan lain.

Teh hijau juga dikatakan mampu mempercepatkan metabolisma dan mempercepatkan kehilangan berat badan, meningkatkan tahap tenaga dan kuasa minda, malah is juga bertindak sebagai antioksida kuat.

Antioksida dalam teh hijau dikatakan mampu mencegah dan mengurangkan keterukan osteoartritis. Pengambilan teh hijau telah dikaitkan dengan pengurangan risiko bagi kebanyakan barah termasuklah barah kulit, barah payu dara, barah paru-paru, barah kolon, barah esofagus dan barah hempedu. Dikatakan polyphenol dalam teh hijau bertindak sebagai antioksida boleh menyekat pertumbuhan sel-sel barah yang wujud.

BUNUH BAKTERIA PENYEBAB BAU BUSUK DALAM MULUT
Teh hijau juga dikatakan mampu membantu masalah kardiovaskular dan membantu merendahkan serum kolesterol, mencegah pengoksidaan LDL dan meningkatkan HDL dalam darah. Antioksida dalam teh hijau juga dikatakan mampu merendahkan kolesterol dan mencegah pengerasan arteri dan penyakit jantung iskemik.

Polyphenol dalam teh hijau dikatakan mempunyai kandungan anti bakteria topikal dan boleh membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria E.coli dan streptococcus. Pengambilan kerap teh hijau dikatakan mampu mengurangkan risiko bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Kandungan tannin dalam teh hijau juga dikatakan mampu mencegah plak melekat pada gigi. Tindakan antibakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat teh, namun begitu teh hijau hanya selamat diminum apabila digunakan dalam jumlah yang sederhana. Teh hijau juga mengandungi kafein dan kafein boleh menyebabkan insomnia, kegelisahan, kerengsaan, sakit perut, loya, diarea atau kencing yang kerap di kalangan sesetengah individu. Kafein juga dalam jumlah yang banyak boleh menaikkan tekanan darah dan dalam jumlah dos yang amat tinggi boleh menyebabkan sawan, meracau atau ritma jantung yang tidak tetap. Oleh itu mintalah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum meminum teh hijau bagi mengelakkan perkara yang mudarat di kemudian hari.


http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 18-6-2009 23:48 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2008 11:47 PM | Show all posts

MENGAPA PERLU SARAPAN?

Kita seringkali diingatkan supaya jangan sesekali memulakan hari tanpa sarapan. Meskipun sedang berdiet namun sarapan tetap diwajibkan. Tapi tahukah anda mengapa saranan bagitu dibuat? Info berikut mungkin memberikan jawapannya kepada persoalan anda.

Lebih bijak
Dikatakan mereka yang bersarapan secara teratur setiap hari memiliki prestasi yang lebih baik dari mereka yang tidak bersarapan. Hasil daripada kajian Universiti Havard dengan kerjasama Massachusetts General Hospital mendapati bahawa mahasiswa yang bersarapan setiap hari akan memiliki kemampuan fokus, komunikasi dan sosiol yang lebih baik.

Mood lebih stabil
Rutin bersarapan setiap pagi akan membantu anda memulakan hari dengan hati dan mood yang baik. Hasil kajian dari Chicago Medical School menunjukkan bahawa perasaan lesu, malas dan mudah putus asa akan dapat diatasi dengan makan pagi. Sarapan akan menjaga mood anda selama 16 jam ke depan.

Kekal langsing
Kajian daripada National Weight Control Registry ke atas 3000 orang menunjukkan bahawa 80 peratus daripada mereka yang bersarapan secara rutin dengan kawalan kalori, berjaya mempertahankan berat badan. Mereka yang bersarapan akan berasa lebih kenyang dan selesa. Keadaan ini membolehkan mereka tidak tergoda untuk mengambil makanan ringan yang tidak sihat di antara waktu makan. Namun pilihan menu ketika sarapan memainkan peranan besar dalam memastikan anda kekal langsing. Mereka yang mengambil sarapan dengan kalori terlalu tinggi seperti nasi goreng, roti bermentega atau me segera akan lebih cenderung meningkatkan berat badan.

http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:29 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 03:27 PM | Show all posts

SUPPLEMEN & IQ

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh University College Swansea di United Kingdom seramai 47 pelajar berusia enam tahun dipilih dari 2 buah sekolah untuk menentukan kesan pemakanan tambahan multivitamin dan mineral keatas tahap IQ dan kemampuan mereka menumpu semasa belajar. Pelajar-pelajar tersebut telah diuji tahap IQ mereka sebelum dan selepas tempoh 6 dan 8 minggu kajian tersebut dilakukan. Semasa tempoh kajian pelajar-pelajar mengambil samada pemakanan tambahan multivitamin dan mineral atau pil placebo (dummy pill).

Keputusan kajian tersebut mendapati tahap IQ pelajar yang mengambil pemakanan tambahan multivitamin dan mineral meningkat sebanyak 7.6 markah manakala tahap IQ pelajar kumpulan kawalan yang mengambil pil placebo (dummy pill) telah menurun sebanyak 1.7 markah. Kajian tersebut juga mendapati kumpulan pelajar yang mengambil pemakanan multivitamin dan mineral menunjukkan peningkatan tahap keupayaan bukan lisan (kebolehan memberi tumpuan, mengingat dan sebagainya) yang lebih ketara. Mereka didapati mampu memberi tumpuan yang lebih baik dikala berdepan dengan cabaran ketika belajar.

Email penulis untuk pertanyaan lanjut: zamzuri_a@yahoo.com
http://www.jasadminda.com
http://www.kesihatansosial.blogspot.com

[ Last edited by  zamzuri at 13-3-2009 08:30 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 10:24 AM | Show all posts

OMEGA 3 & 6 BAIK UNTUK OTAK

TIADA apa yang lebih membanggakan selain melihat anak berjaya ke menara gading. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan ini termasuk dalam memikirkan cara serta pilihan pemakanan betul dan sempurna supaya boleh membentuk fizikal dan mental anak.

Secara umumnya, selain teknik pembelajaran yang betul, pemakanan sihat dan seimbang adalah alternatif asas membantu kesihatan otak.

Pakar pemakanan Jabatan dan Khidmat Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata, makanan yang mengandungi Omega 3 dan 6 dari minyak ikan dan kekacang adalah baik untuk perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan ibu.

“Kajian dari Jepun, Australia dan Amerika menunjukkan bahawa omega 3 dan 6 membantu meningkatkan sel otak manusia.”
“Selain itu susu ibu juga adalah sumber makanan terbaik bayi dalam membantu proses perkembangan otak mereka selepas dilahirkan.

“Apabila bayi mencapai usia kanak-kanak, beri mereka makanan mengandungi potasium contohnya pisang. Selain potasium, pisang juga mengandungi glukos dan vitamin B yang dapat mengimbang otak kanak-kanak supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di dalam kelas dengan baik,” katanya.
Beliau berkata, kopi juga baik untuk otak kerana mengikut kajian, ingatan individu yang minum kopi adalah lebih baik dari individu yang tidak.

“Kopi mengandungi asid aminol yang diperlukan otak. Oleh itu cukup cuma sekadar mengambil secawan kopi sehari untuk mempertingkatkan memori ketika menjangkau usia remaja dan ke atas.

“Keajaiban daun pegaga dan jintan hitam juga dapat membantu mempertingkatkan daya ingatan bagi mereka yang sudah menjangkau usia dewasa,” katanya.

Katanya makanan tambahan yang dijual melalui jualan langsung yang diperakui dapat membantu mempertingkatkan kesihatan mental juga adalah baik untuk dimakan. Ini kerana makanan tambahan berkenaan sudah dicampur atau diestrak dengan nutrisi yang diperlukan otak seperti vitamin B, glukos, potasium dan asid aminol.

“Bagi membentuk otak yang sihat dan cergas sekurang-kurangnya pengambilan vitamin B amat diperlukan. Ini kerana vitamin B adalah baik kerana ia berpotensi meningkatkan kadar penyerapan mesej kimia kepada otak. Vitamin B boleh didapati melalui kekacang, sayuran dan juga pati ayam. Ia mudah diperolehi dan murah.

“Buah-buahan terang seperti buah beri juga dapat memperbaiki sel otak yang mati sekali gus mempertingkatkan perkembangan otak,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut tentang artikel di atas sila hubungi (019)261 4742 (Zamzuri) atau email penulis di zamzuri_a@yahoo.com
Untuk topik-topik berkaitan kesihatan layari www.aqifstrategi.com


[ Last edited by  zamzuri at 18-6-2009 23:47 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 12:12 AM | Show all posts

ARTHRITIS

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan pada sendi. Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah: osteoarthritis (OA), arthritis rheumatoid, arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan gout.
Antara sebab-sebab ianya berlaku arthritis adalah:
(a) kerosakan sendi
(b) Jangkitan kuman
(c) Penyakit yang diwarisi
(d) lain-lain sebab.
OSTEOARTHRITIS (OA)
Osteoarthritis (OA) adalah arthritis yang paling lazim dihidapi oleh pesakit. Ia disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan. Tulang rawan di bahagian sendi menjadi haus dan akhirnya menyebabkan tulang saling bergesel di antara satu sama lain. Ia lebih kerap berlaku di kalangan warga tua dan pesakit merasa lebih sakit apabila melakukan pergerakan. Penghidap juga merasa sakit di hujung jari.

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)
Ia lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita. Ia disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Pesakit mengalami kekejangan sendi di waktu pagi dan ia mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi . Sendi-sendi yang terlibat adalah jari, pergelangan tangan, dan kaki.

ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN
Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman. Pesakit selalunya demam dan menggigil dan biasanya akan menyerang satu sendi sahaja.

GOUT
Gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang mendap di sendi-sendi pesakit. Ia lazimnya menyerang kaum lelaki di pertengahan umur. Ia lazimnya menyerang pangkal ibu jari kaki.

TANDA-TANDA ARTHRITIS
Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
Sendi bengkak
Kekejangan sendi
Susah untuk bergerak seperti biasa
Sakit apabila bergerak
Perubahan kepada sendi
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
Sakit bila sekeliling sendi ditekan

BERIKUT MUNGKIN BOLEH MENAMBAHKAN RISIKO ARTHRITIS
Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk (bagi penyakit osteoarthritis lutut)
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis
Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Jenis pekerjaan (Osteoarthritis lutut bagi pekerja buruh dan osteoarthritis punggung bagi peladang)

PEMAKANAN TAMBAHAN YANG DICADANGKAN
SUPPLEMEN
FAEDAH
Protein
Membekalkan protein untuk membaiki tisu-tisu sel. Protein juga merupakan komponen penting tulang.
Omega 3
Asid lemak yang penting untuk kesihatan dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
Meningkatkan aktiviti anti-radang. Ia melegakan symptom berkaitan arthritis.
Calcium & magnesium
Diperlukan untuk mengelakkan kerapuhan tulang. Bekerja bersama-sama untuk
melegakan keresahan, tekanan, kegelisahan, kekejangan otot.
B Complex
Diperlukan untuk penghadaman, pembentukan tisu-tisu sel, myelin dan lapisan untuk melindungi saraf. Ia melindungi daripada kerosakan saraf.
Lecithin E
Antioksidan yang ampuh yang melindungi sendi dari kerosakan oleh radikal bebas. Meningkatkan pergerakan sendi. Tahap vitamin E adalah rendah di kalangan pesakit arthritis dan lupus.
Vitamin C dengan flavanoid
Antioksidan yang ampuh menghapuskan serangan radikal bebas yang membantu dalam melegakan kesakitan dari radang. Bioflavanoid meningkatkan aktiviti Vitamin C.
Glucosamine HCI
Sangat penting dalam pembentukan tulang, tendon, ligamen, tulang rawan dan cecair sendi.


Untuk pertanyaan lanjut berkaitan artikel di atas sila hubungi zamzuri_a@yahoo.com
Untuk artikel berkaitan kesihatan layari www.aqifstrategi.com

[ Last edited by  zamzuri at 18-6-2009 23:45 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 12:13 AM | Show all posts

MINUMAN BERKABONAT JEJASKAN KESIHATAN

Di musim perayaan, boleh dikatakan semua rumah menghidangkan air minuman berkarbonat. Waktu inilah pelbagai jenama yang tidak pernah ditemui sebelum ini muncul dan sedia dihidang kepada tetamu.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

OBESITI MEMBIMBANGKAN

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry keluaran Julai/Ogos 2004 di Washington mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.

Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.

Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.



Untuk pertanyaan lanjut berkaitan artikel di atas hubungi zamzuri_a@yahoo.com
Untuk artikel berkaitan kesihatan layari www.aqifstrategi.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list