CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36935|Reply: 95

Animasi BARAT berbahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 27-1-2008 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 12-11-2009 09:52

kalau anime dialihsuara ke bhs kebangsaan kita, ramai gak forumer yg kutuk
tp kalau kartun barat yg asalnya BI, lain plak ceritanya, pdhal kerajaan bersungguh2 memupuk BI melalui m/p sains + matematik di sekolah

Mula2nya tgh 90an kat Astro dan RTM, kecil2an
Kemudian, 2006: Spongebob dan geng Nick ckp BM di TV9, Astro siarkan Robots dlm dwibhs (BI/BM)
Pastu, 2007: Disney Channel siarkan HSM dlm dwibhs (BI/BM)
Jan 2008: Giliran KP dan geng berbahasa M'sia di Disney (tp siaran dwibhs)
Sept 2008: Ben 10 dan kawan2 pulak! di Cartoon Network

Nak buat mcm mana, pasaran berbhs Inggeris di Malaysia bukannya sgt besar, pawagam dan TV seolah2 "bertarung sengit" utk meraih perhatian golongan ni, jd bila demografi ni tepu [saturated], dan pulangannya x memberi kepuasan sepenuhnya, para pembekal terpaksa membuat pengorbanan demi mendekati demografi lain. subs tu x membawa kesan yg ketara, terutamanya utk golongan kanak2 yg mudah pening baca subs.

Lagipun, di antara semua animasi yg ada di tv mesia, keseluruhannya kartun barat lebih sihat utk kanak2 berbanding anime (no offence guys)

Persoalannya: Adakah pengalih suara kita lebih baik tumpukan kpd kartun Barat drpd anime? Kadang2 sy rasa gitu. Anime dan kartun barat tu berbeza kehendak mutunya apabila alihsuara dibincangkan. Lagipun kita kena ingat, sykt alihsuara kita bukannya satu buah je esp sejak 2 thn lalu. Saya...mula2nya sy x brp suka idea tu, ingat dub anime dah cukup, tp lama-kelamaan banyak yg tlh sy terima akal mengenai situasi pasaran ngr kita.

Tp pembekal anime krg yakin dgn pasaran anime dlm b jepun di sini, gara2 majoriti peminat sebegini dpt fansub/dvd yg kononnya ori tp asal-usulnya agak meragukan. jd, localization is their only hope to tap the local mkt tp skrg boleh pilih studio dubbing dgn lebih teliti, itupun kalau BM derang fasih dan anime yg dibawa menepati budaya tempatan

Oh ya 1 lagi soalan: siapa d cni yg sudah pandai BI tp tetap nak tgk SpongeBob dan rakan2nya berbhs Malaysia/atau adakah anda kenal sesiapa yg mcm ni?

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 29-3-2009 18:19 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 08:33 PM | Show all posts

Reply #1 scorpio_mmiv's post

Tak nak! Ore tak rela dgr Spongebob ckp BM!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 09:13 PM | Show all posts
best ape spongebob ckp mlayu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 02:41 PM | Show all posts
perasankah anda kartun nick @ 9 (dan anime dlm BM jg) mmg x kedengaran bhs rojak, kalo ya pun minimum je. kan tv9 ni utk demografi melayu "tradisional", yg xleh tahan bhs rojak tu

adakah boleh diperkatakan bhw pengalih suara lebih rajin memartabatkan bhs kebangsaan berbanding penerbit rancangan buatan tempatan? (sbnrnya sy bukan kisah sgt bhs rojak kat tv esp drama BM 8TV)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 04:45 PM | Show all posts
tengok alihbahasa transformer kat astro ceria best ler pula....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 06:50 PM | Show all posts
btw...ada satu soalan yg pernah sy tanya tp belum jwb, krn rumah sy xde astro

siapa yg melakukan alihsuara kartun disney channel dan astro ceria tu (terutamanya kartun yg xpernah disiarkan di tv percuma)? astro buat sendiri ke? setahu saya alihsuara robots dan hsm2 prasaranya disediakan pihak astro. sedap tak? kalau yg selalu kerjakan kartun barat tu sesuai x utk anime?

setahu saya, di sesetgh ngr lain spt indon dan HK, stesen tv buat alihsuara sendiri, sementara di amerika, taiwan dan m'sia, kerja alihsuara dilakukan oleh sykt luar - biasanya sykt luarlah yg memegang lesen bahan asing utk pasaran tempatan. satu kelebihan stesen buat sendiri ialah mudah mengawal kualiti alihsuara...renungkanlah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2008 01:51 AM | Show all posts
bukan aku rasa benda nih pernah bincang ker dlu?

aku suker jer spongebob ngan patrik berbahsa melayu.. best.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2008 12:07 PM | Show all posts

Reply #7 JUSTcircle's post

er...ya, kat tred lain

tapi bukak tred baru lagi bagus ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2008 01:32 PM | Show all posts

Reply #8 scorpio_mmiv's post

hahahah.. byk2 thread jer.. bazir page tau?

aper2 jerlah..
asalkan dapat info..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #9 JUSTcircle's post

tred lain x berapa rapat dgn kartun barat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 07:45 PM | Show all posts

Reply #10 scorpio_mmiv's post

sou ka?
hait2.. wakarima#a..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 29-1-2008 01:51 AM
bukan aku rasa benda nih pernah bincang ker dlu?

aku suker jer spongebob ngan patrik berbahsa melayu.. best.. hehehe

Ya betul, aku sokong... suara SpongeBob n the gang memang kena sesangat, hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 27-1-2008 07:53 PM
Lagipun, di antara semua animasi yg ada di tv mesia, keseluruhannya kartun barat lebih sihat utk kanak2 berbanding anime (no offence guys)

Persoalannya: Adakah pengalih suara kita lebih baik tumpukan kpd kartun Barat drpd anime? Kadang2 sy rasa gitu. Anime dan kartun barat tu berbeza kehendak mutunya apabila alihsuara dibincangkan. Lagipun kita kena ingat, sykt alihsuara kita bukannya satu buah je esp sejak 2 thn lalu. Saya...mula2nya sy x brp suka idea tu, ingat dub anime dah cukup, tp lama-kelamaan banyak yg tlh sy terima akal mengenai situasi pasaran ngr kita.

Kat barat, kartun dan animasi lebih sinonim dgn citer superhero dgn citer untuk budak2 kecik, so jarang laa yang ada profanity (kecuali South Park yang terang2 banyak profanity). In contrast, anime lak tema dier lebih matang dan jalan cerita dier kompleks laa. Disebabkan target yang berbeza tu la yang menjadikan kartun barat macam lebih sihat utk bebudak kecik.

Biasanya tema kartun barat ni mudah, lebih kepada good moral values, sebab tu la senang nak dialih suara tanpa banyak masalah. Korang paham2 je la, kat Mesia ni banyak golongan konservatif yang skema dan sengal, nak cakap "bodoh" atau "celaka" pun tak boleh... tu yang asyik2 "tak guna", abis tu berapa darjah ke-takguna-an dier tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 12:54 AM | Show all posts

Reply #12 Squall-Leonhart's post

cakap betul.. spongebob msia pun best per... x kan tuh pun sesumer nak salahkan pengalih bahasa gak..
kira baguslah tuh dorg nak alihkan. k\ingat senang ker alih2 bahasa nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2008 02:42 PM | Show all posts

Disney bahasa Malaysia (petikan KOSMO!)

(Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm)

Bermula Januari lalu, sejarah tercipta apabila Saluran Disney di Astro yang bersiaran di saluran 651 telah memperkenalkan penggunaan bahasa Malaysia dalam slot waktu perdana pada hari Isnin hingga Jumaat.

Menurut Laura E. Wendt, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International (Asia Tenggara), pemilihan waktu perdana dari pukul 4 sehingga 7 petang itu menunjukkan komitmen Saluran Disney dalam memupuk hubungan dengan penonton Malaysia.

"Saluran Disney masih boleh didapati dalam pilihan dwi bahasa. Jadi, mereka yang ingin menonton dalam bahasa Malaysia boleh menukar bahasa dari bahasa Inggeris dengan menekan butang bunyi dwibahasa pada alat kawalan jauh Astro," jelas Wendt yang ditemui di ibu kota baru-baru ini.

Difahamkan usaha untuk menyediakan program dalam bahasa Malaysia adalah langkah selanjutnya bagi inisiatif berbilang fasa oleh Walt Disney Television International (Asia Tenggara). Inisiatif tersebut turut melibatkan saluran prasekolah, Playhouse Disney pada masa akan datang.

"Langkah untuk menekankan ciri-ciri tempatan di saluran itu bermula dengan tayangan filem hit kami, High School Musical 2 dalam bahasa Malaysia dengan menggunakan suara bakat-bakat besar dan pelakon tanah air yang disegani seperti Rosyam Nor dan Fauziah Nawi. Menyediakan pilihan bahasa Malaysia pada waktu puncak, lima hari seminggu ini adalah fasa seterusnya yang pasti menyeronokkan dalam usaha kami untuk terus relevan dengan penonton kami di Astro," tambah Wendt.

Program-program Saluran Disney yang terlibat dalam alih bahasa ini termasuk American Dragon: Jake Long, Lilo & Stitch: The Series, Shaun the Sheep, Totally Spies, Kim Possible dan siri animasi Mr. Bean.

Saluran Disney boleh didapati di 12 buah negara seperti Brunei, Kemboja, Hong Kong, Korea, Indonesia, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

"Di negara lain, program-program Saluran Disney juga dialih bahasa kepada bahasa Thai, Kantonis dan Vietnam," ujar Wendt yang menyatakan pihaknya sememangnya serius memperkenalkan bahasa lain dalam salurannya.

Bukan sekadar mengalih bahasa, Wendt turut menjelaskan bahawa pasukan yang terlibat dalam tugas itu turut bekerja keras memastikan kualiti program dikekalkan dan runut bunyi selari dengan gambar.

"Kawalan kualiti amat ditekankan dalam proses ini. Kami berasa amat teruja dengan inisiatif ini kerana ia mendekatkan penonton, khasnya kanak-kanak dengan bahasa yang mereka fahami. Ini bukan satu eksperimen. Disebabkan itulah, pejabat kami di Singapura sedang mempelajari bahasa Malaysia dan cuba membawa masuk ahli linguistik sosiol bahasa ini," ujar Wendt.

Tambah beliau: "Kami ingin melihat betapa menariknya gandingan bahasa dan masyarakat."

"Rating pada dua minggu pertama pengenalan bahasa Malaysia dalam Saluran Disney amat memberangsangkan. Ini menunjukkan langkah yang diambil adalah baik. Ia adalah komitmen Saluran Disney kepada kanak-kanak di Malaysia," ujar Wendt yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media.

__________________________________________________________________________________________________________

Apa yg dibayangkan dlm perenggan yg ditebalkan ni? Kerja alihsuara dibuat kat seberang tambak?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2008 04:58 PM | Show all posts

Animasi Barat 'bertutur' bahasa Melayu

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Curren ... 0126110252/Article/)

MELIHAT watak kampung dalam rancangan kartun wajah Malaysia seperti Kampung Boy bercakap dalam bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang baru dalam penyiaran animasi tanah air. Namun, siri animasi Barat yang watak di dalamnya berdialog dalam bahasa Malaysia tentunya sesuatu yang menarik untuk ditonton penggemar animasi tempatan.

Saluran kegemaran kanak-kanak di Astro, Disney Channel kini lebih `berciri tempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2008 08:30 PM | Show all posts
Di negara lain, apabila kartun asing dialih suara lagunya turut dialih bahasanya, malah tajuk dan nama watak turut diubah agar lebih senang masuk dlm otak kanak2.

SpongeBob SquarePants (Bhs Perancis) - Bob l'蓀onge


SpongeBob SquarePants (Bhs Jepun) -スポンジ・ボブ


SpongeBob SquarePants (Bhs Itali) -Spongebob

Bkn main MALAS lagi...

SpongeBob SquarePants (Bhs Jerman) - Spongebob Schwammkopf


SpongeBob SquarePants (Bhs Mandarin) - 海綿寶寶

The funny thing abt Mandarin dubs - biasanya kartun barat kena lalui alih bahasa lagu, tp lain plak bg anime...itu baru jarang.

di M'sia plak, cuma filem Tarzan aje...Sailormoon R kat RTM dulu tu diambil dr versi Indon.

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 16-2-2008 12:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:52 PM | Show all posts
lawak gak dengar sore spongebob cakap melayu
aku memang suka tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:41 PM | Show all posts

Reply #18 kaixa913's post

hmm...kan best lagi klu kita tahu nama pengalih suaranya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:52 PM | Show all posts

Cont. #17 scorpio_mmiv's post

Adakalanya, studio dubbing x sadur, sebaliknya buat lagu serba baru!


Ninja Turtles (Bhs Itali: Tartarughe Ninja)


Ninja Turtles (Bhs Jepun: Mutant Turtles)

Ada anime juga yg kena...tp di sini fokus pd kartun barat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.229170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list