CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scorpio_mmiv

Animasi BARAT berbahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 14-6-2010 12:44 PM | Show all posts


Meraih tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian no.1 negara "Akademi Fantasia" bukanlah beerti dia hanya berada dikelas ketiga. Jika mahukan yang lebih baik lagi hanya dengan kesungguhan yang optimum mampu menempatkan seseorang itu pada peringkat lebih selesa dan itulah yang dilakukan Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad. Setelah meletup dengan lagu "Bengang" dan terbaru pula "Inilah Cinta" yang dicipta sepenuhnya oleh Akim sendiri, tidak disangka rupanya Akim punya bakat dalam lakonan. Tidak mahu hanya berkelompok dalam 1 bidang kini Akim mencuba pula dalam bidang yang lain iaitu lakonan. Bijak mengatur jadual membuatkan Akim mampu meraih peluang yang ada. Akim mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan melalui drama muzikal "Kau Dan Aku" disaluran Astro Ria bersama Mila Af5 dan Aril Af7, Akim mengasahkan lagi bakat sebenar lakonannya yang dipelajarinya dalam Akademi Fantasia dari tenaga pengajar seni persembahan iaitu Ida Nerina dengan menyumbangkan suaranya untuk sebuah watak kartun dalam filem "Monster House".




Akim sebagai Chowder



Zoey sebagai DJ


Pertama kali penulis mendengar suara Akim dalam watak Chowder memang mengkagumkan. Akim cemerlang menjiwai watak dengan pembawakan mood watak yang pelbagai. Sangat seiring dan tiada sedikit pun kepincangan berlaku. Akim sememangnya berbakat besar dan tidak mustahil Akim adalah pelapis baru yang dinanti2 sekian lama. Jutaan terima kasih juga harus diberikan kepada pihak Astro kerana berjaya mencungkil bakat terpendam Akim hingga pada saat ini dia sudah mula menjadi siulan ramai. Filem "Monster House" yang telah dialih ke bahasa malaysia  itu telah ditayangakn di Astro Ceria bersempena musim cuti sekolah. Turut bersama Akim dalam menyumbangkan suara adalah pengacara dan pelakon muda yang berbakat besar iaitu Zoey memegang peranan utama untuk watak bernama DJ. Zoey juga tiada kurangnya, hebat menjiwai watak DJ hingga membuat penulis leka menghayati watak DJ. Syabas buat Akim dan Zoey diatas kejayaan anda berdua membawakan watak kartun tersebut dengan sepenuh jiwa raga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 11:01 PM | Show all posts
khas: video proses alih suara dibintangi oleh mazlan mahdi



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 11:05 PM | Show all posts
Maklumat terkini animasi barat berbahasa Malaysia:


Filem seterusnya yang akan disiarkan pada 25 Julai, Planet 51 ialah filem animasi yang diilhamkan oleh penulis filem Shrek. Filem ini mengisahkan seorang angkasawan, Kapten Charles Chuck Baker, yang mendarat di Planet 51 dan menganggap dirinya warga bumi yang pertama menjejaki kaki di planet itu. Filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu ini juga boleh ditonton dalam bahasa Inggeris.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 01:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 6-8-2010 01:14

Berita terbaru alih suara selebriti Malaysia dalam animasi Barat

Menurut Alyah, tawaran berlakon ini diterimanya kerana dia ingin mencuba sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi ia merupakan sebuah filem bertaraf antarabangsa.

“Saya setuju untuk terlibat dalam penerbitan filem ini kerana ia melibatkan sebuah filem antarabangsa. Selain itu, saya juga ingin mencuba sesuatu yang baru. Untuk filem ini saya sebenarnya bukanlah berlakon di hadapan kamera, sebaliknya saya kena berlakon di dalam studio. Ini kerana saya hanya sumbangkan suara untuk salah satu watak yang ada di dalam filem ‘Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs’.

“Saya memegang watak Ellie, gajah betina yang sedang bunting anak pertama. Untuk watak ini saya bergandingan dengan Rosyam Nor yang menjadi Manny, pasangan kepada Ellie. Seronok juga dapat pengalaman alih suara ini. Bukan boleh buat main-main.

Sumber: gua.com.my

harap2 dua filem Ice Age terawal juga dialih suara
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 11:59 AM | Show all posts
best gak alih bahasa nih..
nice job...

tapi yang donald duck tu, kalu kekalkan buat cam suara asalnya lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply 85# marumaru


   itu bukan donald duck, tp watak yg bernama "duck" dlm kartun pendidikam "word world" (bukan kerja disney, tp dibeli oleh disney utk siaran playhouse disney)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2010 10:07 PM | Show all posts
rasanya kalau kartun alih suara dlm BM lagi dekat di hati..senang faham dan kalu ada lawak bodoh, memang 'feel' bodohnya...tak gitu?!

p/s: ibarat majalah ujang laa kesengalan dia..cuba lawak antarabangsa ujang di buat dlm BI..mesti tak faham kan...errr, apa aku merepek ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2010 02:01 PM | Show all posts
Menurut Astroview, STAR MOVIES akan menyiarkan ICE AGE: Dawn of the Dinosaurs dlm 4 audio bahasa: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil pada 19 September 2010!

Barisan pelakon alih suara BM:
Manny - Rosyam Nor
Sid - Nabil Raja Lawak
Diego - Rostam Said (DJ Sinar FM)
Ellie (bini Manny) - Alyah
Buck (si weasel bermata satu) - Sam Bunkface
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 09:58 PM | Show all posts
PROMO ICE AGE 3 VERSI BM DI STAR MOVIES
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 10:00 PM | Show all posts
Suara bintang popular tempatan dalam Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs (ihsan Berita Harian)

2010/09/14

PADA musim sambutan Hari Raya ini, penonton di rumah bakal menerima sajian awal oleh STAR Movies dengan tayangan perdana eksklusif Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs yang dialih bahasakan ke Bahasa Malaysia. Filem yang boleh diikuti dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin ini akan ditayangkan di STAR Movies (Saluran 413 Astro) pada 19 September, jam 10 malam, dengan ulangannya pada 20 September, 1.40 petang.

Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs ialah filem animasi ketiga tertinggi daripada segi kutipan tiket sepanjang zaman, iaitu RM2.8 bilion di seluruh dunia.

Dalam filem animasi penuh keseronokan ini, rakan-rakan zaman purbawara memulakan pengembaraan paling sukar, luar biasa dan gila-gila dengan Sid the sloth (si pemalas) mewujudkan keluarganya sendiri selepas mengambil tiga telur dinosaur yang ditinggalkan sebagai anak angkat.
Telur berkenaan kemudiannya menetas menjadi bayi Tyrannosaurus. Sid tidak sedikit pun mengetahui, usahanya membimbing makhluk kecil terbabit mengundang pengembaraan yang hebat. Ia muncul sebagai misi menyelamatkan dirinya, apabila dia menemui sebuah dunia misteri dan pertembungan dengan dinosaur.

Sementara itu, Scrat iaitu sang tupai bergigi kapak meneruskan keasyikan dengan biji buah kacang. Cuma kali ini, dia bertemu dengan tupai betina yang sebenarnya turut bersungguh-sungguh untuk mencuri biji buah kacang tersebut daripadanya.

Memaparkan suara artis Malaysia sendiri termasuk Rosyam Nor (Manny), Alyah (Ellie), Rostam Said (Diego), Nabil (Sid), Sam Bunkface (Buck), Youk Bunkface (Crash) dan Paan Bunkface (Eddie), versi Bahasa Malaysia akan membawa penonton tempatan menikmati pengalaman menonton filem ini dengan lebih dekat lagi.
Menerusi bahasa, kaitan emosi yang terjalin pasti lebih kuat.
Pengarah Pemasaran FOX International Channels, Nini Yusof berkata, mempersembahkan Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs dalam Bahasa Kebangsaan kita adalah satu peluang untuk melebarkan capaian filem ini kepada kumpulan penonton yang lebih luas di Malaysia.

"Kami memiliki keupayaan, dan tidak melupakan sekumpulan bakat-bakat mahir untuk menyuntik cita rasa tempatan yang diperlukan ke dalam filem itu. Ia adalah persembahan yang tepat pada masanya kerana filem animasi ini bukan saja menghiburkan, tetapi turut membawa mesej mengenai nilai kekeluargaan, menjadikan ia program bagi Raya dan musim cuti yang ideal,’’ katanya.

Membawakan watak Sid, Nabil menghargai peluang dan pengalaman baru yang diraihnya sepanjang masa proses rakaman suara alih bahasa itu.

"Sebenarnya, untuk meminjamkan suara kepada watak protagonis yang bercakap pantas dan juga cemerkap bukanlah kerja yang mudah. Pertamanya, saya perlu menyediakan diri saya dengan watak fiksyen ini, dan pada masa sama, melaksanakan keseimbangan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan persembahan saya baik lagi menyakinkan. Ia tentunya pengalaman menyeronokkan," kata Nabil.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 08:08 PM | Show all posts
Sampel terbaru: The Grim Adventures of Billy and Mandy (versi BM)



Grim berloghat N9, tp masih boleh difahami secukup2nya (bg sesiapa yg tak fasih loghat tu)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:14 PM | Show all posts
Disney Media Distribution licenses content to Malaysia's RTM
Indiantelevision.com Team

(11 December 2010 2:20 pm)

MUMBAI: Disney Media Distribution has extended its license arrangement with Malaysia’s government-managed national broadcast network, Radio Televisyen Malaysia (RTM), to air a selection of Disney animated content over two of free-to-air national channels in that country – TV1 and TV2.

Viewers across Malaysia can now continue to enjoy animated movies such as Aladdin, Pocahontas, Ratatouille and The Jungle Book 2. The package also includes a choice of Disney's pre-school series and TV movies including Tinkerbell, Mulan 2 and Tarzan 2. All programmes will be available to viewers across Malaysia in both English as well as Bahasa Malaysia.

RTM Deputy DG, strategic Dato’ Norhyati Hj. Ismail said, “The partnership and alliance with Disney demonstrates RTM’s commitment to bring the Malaysian audience the best wholesome family and children’s content in television entertainment. RTM is delighted to offer Malaysian viewers Disney’s award-winning and creative content in both Bahasa Malaysia and English, appealing not just to children but to multilingual audiences of all age groups”.

Disney Media Distribution Asia Pacific VP Programme Distribution Amit Malhotra said, “RTM has a long and respected heritage of broadcasting compelling content that audiences across Malaysia have grown up with and love. Our alliance with RTM helps extend our reach to more kids and families across Malaysia by creating another touch point for them to view their favourite Disney content”.

Sumber: http://www.indiantelevision.com/headlines/y2k10/dec/dec87.php

PS: Akhirnya dapat jugak filem Disney versi BM kat TV percuma tak lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 07:10 PM | Show all posts
skrg tv2 juga menyiarkan kartun barat berbahasa malaysia. pukul 7ptg, ada slot kartun playhouse disney dlm versi bahasa malaysia!

SKRG ADA MICKEY MOUSE! cepat bukak tv korang semua!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 03:07 PM | Show all posts

Sedutan Pilihan Kartun Playhouse Disney Versi Bahasa Malaysia

MICKEY MOUSE CLUBHOUSE

Lagu pembukaan (Miska Muska...)


Mousekadoer (Oh Toodles!)


Lagu penutup (Hebat! / Hot-Dog!)


...dan pesaing terhandal lagu Wonder Pets...

LITTLE EINSTEINS

Lagu pembukaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 01:33 PM | Show all posts
Flapjack versi Bahasa Malaysia



"sedap"nya lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 10:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 22-6-2011 22:47

Dah lama sangat tak jenguk tempat ni. Sekarang dengar khabar bahawa saluran FOX (710) ada audio BM. Ya, DRAMA AMERIKA pun dialih suara.
Fox Perkenal Program Antarabangsa Dalam Bahasa Malaysia

Siri baru Fox, Lie To Me akan mula ditayangkan pada 13 Jun dalam pilihan audio bahasa Malaysia.

KUALA LUMPUR: Saluran Fox International Channels (FIC) dengan kerjasama stesen televisyen Astro kini memperkenalkan kemudahan pilihan trek audio yang dialih suara dalam Bahasa Malaysia pada waktu perdana untuk program-program menerusi saluran Fox (Saluran Astro 710) pada Jun ini.

Bermula Isnin depan, dua program baru iaitu Primeval musim pertama dan kedua dan Lie to Me musim ketiga juga akan bersiaran dengan pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan program-program yang sedia ada sepertiNCIS (musim kelapan), White Collar (musim kedua), Modern Family (musim kedua),Bones (musim keenam) dan Criminal Minds (musim keenam) juga dalam pilihan audio tersebut.

"FIC bersama-sama Astro amat teruja untuk membawakan rancangan televisyen terbaik dari Amerika Syarikat kepada penonton melalui pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana di saluran Fox.

"Dengan adanya saluran Fox yang menyajikan rancangan kegemaran ramai dalam bahasa kebangsaan, kami akan berusaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati hiburan terbaik yang pertama kali ditayangkan," kata Pengarah dan Ketua Wilayah bagi Fox International Channels di Malaysia, Basil Chua dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Siri baru Primeval juga ditawarkan dengan pilihan audio bahasa Malaysia.

Pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana saluran Fox boleh didapati mulai dari pukul 9.50 malam hingga 11.30 malam pada setiap hari biasa dan pukul 8 malam hingga 11.15 malam pada hujung minggu.

Fox merupakan tuan rumah bagi beberapa program popular di Malaysia seperti NCIS, Bones, Criminal Minds dan White Collar, di mana majoriti programnya dikhususkan dalam genre drama jenayah yang mendapat perhatian penonton Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Golongan yang menggemari siri komedi pula boleh menikmati rancangan seperti Modern Family dalam dimensi yang baru melalui pilihan dalam Bahasa Malaysia.

Fox yang dilancarkan pada Jun 2010 boleh didapati menerusi Saluran Astro 710 melalui Pakej Variety.


Sumber: http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2011/6/9/mstar_hiburan/20110608144939
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.063872 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list