CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2912|Reply: 4

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS

[Copy link]
Post time 30-1-2008 10:10 AM | Show all posts |Read mode
A very good reminder to all of us inclusive myself...

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan,bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah,jangan upset..jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende..Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN...Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...Wallahhualam...

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.


Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ....
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita .... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 01:22 PM | Show all posts
                

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 01:22 PM | Show all posts
.........................nicee
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:24 PM | Show all posts
tq..
semoga kita sama beringat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 06:44 PM | Show all posts
tenkiuuu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.062516 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list