CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52347|Reply: 289

Bugis ~ Makassar - Lokasi strategik di wilayah timur (Merged - speak)

[Copy link]
Post time 2-2-2008 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Makassar atau sebelum ini dikenali Ujung Pandang adalah lokasi paling strategik di kawasan Timur Indonesia. Cuma dua jam menaiki pesawat dari Jakarta atau sejam dari Bali. Lapangan Terbang Hassanudin adalah tempat persinggahan semua pesawat yang mahu meneruskan penerbangan ke kawasan lain seperti Palu, Ambon, Pontianak dan Irian Jaya.

Makassar yang terletak di Sulawesi adalah bumi etnik Bugis yang sangat dikenali sebagai pelaut, pelayar dan pedagang yang gigih dan berani.



Budayawan Sulawesi berpendapat nama Ujung Pandang ini dikaitkan dengan Benteng Ujung Pandang juga dikenali Fort Rotterdam. Hujung tanjung ini banyak ditumbuhi pohon pandan. Lidah orang Bugis menyebut pandan sebagai pandang.

KEINDAHAN dan keunikan Pantai Losari di Makassar, Indonesia, bukan saja berjaya menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia, malah ia turut menjadi sumber ilham penggubah lagu. Dengan menggunakan judul yang sama, Pantai Losari nyanyian Elvi Sukasih, lagu itu begitu popular satu ketika dulu dan kini masih diminati ramai.



Pantai Losari sama seperti kawasan lain di Indonesia, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri terutama pada waktu petang kerana pemandangannya cukup mengasyikkan ketika matahari perlahan-lahan menyembunyikan diri.

Duduk atas benteng di tepian pantai dan ditemani pula rakan membuatkan kenangan ketika berada di Makassar sukar dilupakan. Jauh di tengah laut kelihatan berbalam-balam perahu nelayan sedang menangkap ikan.


Semakin malam menghampiri, semakin meriah kawasan pantai itu.

Di pantai sepanjang kira-kira satu kilometer itu, turut tersergam lebih 100 gerai dan warung yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Di sini juga pengunjung berpeluang menyaksikan ragam kehidupan rakyat daripada penyanyi jalanan, penjual rokok, aiskrim dan pencuci kasut yang berpindah randah mencari rezeki.




Gerai berkenaan bersambung di antara satu sama lain menghadap teluk yang menerbitkan pemandangan malam yang indah. Cuba bayangkan jika anda berada di hujung tanjung melihat kerlipan lampu sepanjang pantai.

Inilah keistimewaan Losari pada waktu malam yang mungkin tidak ada di semua tempat di Indonesia. Sebab itulah banyak pengunjung yang datang ke Makassar tidak melepaskan peluang singgah di Losari, sekali pun sekadar menikmati segelas minuman.

Jika mengunjungi ke sini, jangan lupa untuk menikmati keenakan pisang epe, makanan khusus Bugis yang jarang dijual di tempat lain. Pisang ini dibakar, sebelum dihimpit. Setiap piring ada empat biji pisang yang sudah dicampur dengan pemanis.



penjaja pisang epe








Makanan istimewa di sini sudah tentulah Coto Makassar. Pelbagai bahan dalam daging lembu daripada perut dan hati dicampur dan dimasak seperti sup. Rasanya enak, sebab itu makanan ini boleh didapati di mana saja di Indonesia tetapi makanan yang dibuat di sini lebih enak.



soto makasar

Pada malam minggu, jalan sekitar pantai ini sesak terutama kehadiran beratus-ratus ABG (anak baru gede) atau remaja yang menjadikan tempat ini sebagai tempat pertemuan dan bersuka ria.

Banyak kenderaan pilihan untuk mengeliling kota seperti van yang dijadikan bas, teksi dan beca. Jika memilih beca, pengunjung boleh dibawa bersiar-siar sekeliling bandar ini.

Antara tempat yang wajar dilawati ialah kedai cenderamata yang menjual pelbagai warisan Makassar daripada songkok, tenunan dan perak. Barangan dari Tanah Toraja termasuk kopi memang terkenal di sini.


Satu lagi fenomena unik yg juga merupakan identiti bagi Makasar dan pulau Sulawesi secara ma nya ialah bentuk senibina rumah yng mempunyai bumbung seakan-akan rumah minangkabau.


rumah bugis

Bumbung unik ini dikelai sebagai Atap Tongkonan , ianya berbentuk perahu Wangka (Bugis). Untuk menunjukkan status kebangsawanan dan kekayaan pemiliknya, dibahagian perkarangan rumah dipasang tanduk-tanduk yang berasal dari kerbau-kerbau yang dipotong pada saat upacara pemakaman.

Selain daripada piang epe, satu lagi makanan tempatan yg enak dan perlu dirasa bila berkunjung ke Makasar ini ialah Es Pisang Ijo (Es bermaksud ice).




Sesuai dengan namanya, makanan ini dibuat dari bahan utama pisang yang kemudian dicampur dengan ice serta bahan-bahan yang lain. Jadilah makanan bernama Es Pisang Ijo. Yang sering manjadi perhatian  adalah perkataan "ijo". Mungkin ramai yang berpendapat bahwa Es Pisang Ijo ini diperbuat dari pisang hijau yang dicampur dengan ice. Tapi ternyata tidak. Perkataan "ijo"adalah sempena dengan tepung pembungkus pisang yang berwarna hijau.

Es Pisang Ijo ini sebenarnya dibuat dari beraneka jenis bahan. Dalam penyediaannya pisang raja yang terbungkus kulit berwarna hijau ini dipotong-potong. Sekilas kalau dilihat, kulit yang  berwarna hijau itu seperti pisang dengan kulitnya yg asal. Namun ternyata setelah dijamah ianya agak kenyal. Untuk menambah kelazatan, di atasnya dituangkan sauce seperti bubur berwarna putih. Kemudian dibubuh ice parut. Dituangkan pula manisan sirap berwarna merah muda sebagai penambah rasa manis.



[ Last edited by  chumpon at 14-5-2009 23:16 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 10:45 PM | Show all posts

Reply #1 WakDaeng's post

wak, tempat shopping tak de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:22 PM | Show all posts
mcm bes jer...teringin nak datang melancong...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:28 PM | Show all posts
keciknyer, kena guna kanta pembesar.. :eek: :eek: :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 01:44 PM | Show all posts
teringin nak pegi,..
but the problem with tmpt holiday in INDON is ..wajah2 orang di situ yang buat kite rase tak selesa.buat aku rase risau semacam, gelisah semacam, takut pon ade.

tengok muke orang2 kat sane macam perompek je. (jangan mare ye Wak)

Kat iNDON penjaja dia macam begging orang suruh beli barang...kalau kat thailand tak macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 06:33 AM | Show all posts
bestnya sulawesi..aku teringin nak pergi manado..cepatla airasia bukak flight dari KL..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2008 01:55 PM | Show all posts
haa.. inez penah gi ujung pandang( makassar) rasanya 13 tahun yang lalu tapi cuma sekejap jer. cuma singgah di airport, tak banyak yang dapat dilihat dan inez hampir lupa pun apa yang ada kat airport tu n kalau tak silaplah nama airport dia hasanuddin internasional airport   masa tu inez masih fly dgn MAS. inez pernah ke Menado diutara sulawesi gi scuba. memang best diving kat sana n tak dapat inez nak ceritakan coz agak lama lama juga n waktu tu manado tak famous macam sekarang ni.. pergi Manado pun macam terpaksa   maklum masa tu inez bayar tiket murah jer, staff rates memang manado cantik, orangnya pun kulit cerah2 itu aja yang inez ingat n masa tu camera digital pun tak ada lagi nak snap foto banyak2

[ Last edited by  inez at 17-2-2008 05:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:06 PM | Show all posts
ramai tourist ke sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 02:18 PM | Show all posts
rasa inez lah, tempat ni tak banyak tourist n tak famous sangat.. tak lah macam Manado tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:27 PM | Show all posts
ada pic besar sket tak yg cover satu indonesia. tak sure la nih area mane. hehe geografi wa lemah sket. dah la pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 07:34 PM | Show all posts

Makassar - apa yg menariknya kat sini?

Salam,

Airasia wat free seat to Makassar... apa yg menariknya?
Setakat surf kejap2 td.. beaches dia yg menarik... apa lagi ek?

Kalo nk pi Manado dr sini blh kan?
Ada sesapa tau camana?

Tx
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 08:20 PM | Show all posts

Reply #1 spe@k's post

Tana Toraja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 10:29 PM | Show all posts

Reply #2 dvpro's post

wah teringat WakDaeng....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:06 AM | Show all posts
nnt la ramai la diver2 yg pegi manado thru makasar....aku salah sorang drpnya kut?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 26-6-2008 10:29 PM
wah teringat WakDaeng....!!!


Heheh... apa kabor wak tu skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #4 duyong95's post

jom duyong.. aduss bila nak pi ni eK?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 09:18 AM | Show all posts
Makassar ni kat mana ye ????    
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:43 AM | Show all posts

Reply #6 tulip's post

ko nih.....pantas sungguh menge'plan'
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #8 duyong95's post

tak cukup pantas lagi ni.... kalau kita pegi sana.. stay one nite kat makassar to shop pun ok gak kan? tapi aku rasa kita kena amik about 8-9 hari gak laa
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 03:04 PM | Show all posts
makasar ni kat mana?msk lmn web aa ada promo ke makasar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.124542 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list