CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5185|Reply: 5

GRAND PRIX : GT Race LeMans - Lumba Kereta

[Copy link]
Post time 3-2-2008 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Fairuz tunjuk garang di Litar Eastern Creek

PEMANDU negara Fairuz Fauzy mampu menggapai mata dalam kedua-dua Perlumbaan Pecut dan Utama selepas mencatat masa memberangsangkan dalam sesi kelayakan Sukan Permotoran A1GP pusingan keenam Grand Prix Australia di Litar Eastern Creek di Sydney, semalam.

Mengambil alih tugas pemandu daripada Alex Yoong yang mengalami kecederaan tangan akibat perlanggaran di Grand Prix New Zealand dua minggu lalu, Fairuz yang masih segar dengan catatan podium di GP2 di Dubai minggu lalu, mencatat masa ke-16 terpantas bagi Perlumbaan Pecut.

Fairuz mencatat seminit 19.709 saat pada sesi pertama sebelum mencatat masa lebih baik 1:19.386s yang meletakkannya di tangga ke-16, 1.235 saat di belakang pemandu petak pertama dari Perancis, Loic Duval.

Bagaimanapun, pemandu 25 tahun itu kembali lebih garang pada sesi kelayakan Perlumbaan Utama apabila menduduki tangga ke-10 terpantas untuk bermula pada barisan kelima dalam perlumbaan hari ini.

Dia mencatat 1:20.455s pada cubaan pertama tetapi bingkas dengan catatan lebih pantas 1:19.252s, hanya 0.674s di belakang pemandu New Zealand, Johny Reid yang menyambar petak pertama dengan catatan 1:18.578s.

Petak ke-10 Fairuz itu turut mengatasi pemandu handalan Belanda, Jeroen Bleekemolen (petak 11) dan pemandu India, Narain Karthikeyan (18).
"Menggunakan 'flying lap' semula untuk sesi kelayakan mengambil sedikit masa. Bukan mudah untuk mencatat masa terpantas kerana perlu tidak ruang melakukan kesilapan. Lebih baik menggunakan litar pada saat akhir tetapi mungkin keadaan dalam litar penuh dengan kereta lain ketika itu.

"Saya menghadapi sedikit masalah secara keseluruhannya kami mempunyai jentera yang mampu berada dalam kelompok 10 teratas, jadi itulah matlamat saya untuk perlumbaan esok (hari ini)," katanya.

Selepas lima pusingan daripada 10 kalendar perlumbaan A1GP musim ini, Malaysia menduduki tangga ke-19 keseluruhan setakat ini dengan hanya dua mata.





ni bukan Formula One  so aku bukak thread utk lumba kereta Grand Prix  tapi no F1...  okay ya mod    - yang F1 tu kira besar lagi perlumbaannya tapi fairuz ni masuka A1GP... still a great race~!!

[ Last edited by  dexa at 9-3-2008 05:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2008 12:20 AM | Show all posts
Sport
2008/02/05
AAM revs off in Taiping


THE 2008 Petronas Sprinta AAM Malaysian Cub Prix Championship season revs off in Taiping on March 29- 30.

The tour will then go south for the second leg in Kluang on April 12-13 followed by Round 3 at the Sepang Circuit on May 3-4, and Round 4 in Kota Baru on June 6 - 7.

The host location for Round 5, slated for July 4-5, has yet to be confirmed. Rounds 6 and 7 will see the tour flying to Kuching and Kota Kinabalu, scheduled for Aug 9-10 and Aug 23-24 respectively.

It will be in Batu Kawan, Penang on for Round 8, followed by the penultimate round in Kangar on Nov 22-23. The season will end at the Sepang Circuit on Dec 6-7



kawan2 aku ajak april ni gi tengok round 3... aku rasa teruja lak!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 06:28 AM | Show all posts
Cub Prix buka tirai di Taiping

KUALA LUMPUR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:10 PM | Show all posts
20 Jun, 2008

Michigami Catat Masa Terpantas Dalam Sesi Latihan

SEPANG, 20 Jun (Bernama) -- Pemandu GT Jepun, Ryo Michigami mencatat masa pusingan terpantas dalam latihan bebas GT500 bagi perlumbaan Super GT International Series Malaysia di Sirkit Sepang, membayangkan azam beliau untuk menguasai kejuaraan di Malaysia.


Dengan memandu Honda NSX bagi Pasukan Lumba Takata Dome, Michigami mencatat masa pusingan tersebut satu minit 55.702 saat semasa sesi latihan bebas kedua. Bagaimanapun, dalam sesi pertama, rakan pasukannya Takashi Kogure mencapai masa pusingan keempat terpantas 1:58.333s, dengan jarak masa 0.375s dari pemandu Aguri Pasukan Pelumba Autobacs -- Ralph Firman dan Takuya Izawa. Mengekori mereka dengan masa kedua terpantas 1:55.994s dari kedua-dua sesi latihan ialah adik beradik Kaneishi, Katsumoto dan Toshihiro dari pasukan Eclipse Advan SC430.

Sementara gabungan Michael Krumm dan Masataka Yanagida dari pasukan Motul Autech GT-R ketiga terpantas dengan masa 1:56.516s. -- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------

padan lalu kat sirkit sepang semalam banyak kereta... -
rupanya ada sesi latihan kat situ -   kalau FI pun dah
tak nak tengok live lagi.. ini kan pula lumpa super GT
still bingit gak telinga rasanya -
tapi nascar kat indianapolis (indy 500)
lagi best perlumbaannya -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 08:11 AM | Show all posts
Nissan kuasai Super GT

PELUMBA Brazil, Jaoa Paulo Lima de Oliveira yang bergandingan dengan bekas juara Le Mans, Seiji Ara, berjaya mempertahankan kejuaraan mereka pada perlumbaan Siri Antarabangsa Super GT Malaysia di Litar Sepang, semalam.

Memandu kereta Nissan GT-R, kedua-dua pemandu berpengalaman dari pasukan Woodone Advan Clarion GT-R itu berjaya menamatkan perlumbaan 54 pusingan itu dengan catatan masa satu jam 48 minit 26.947 saat.

Bermula dari barisan kedua, Ara yang menjadi pemandu kedua pasukan selepas mengambil alih pemanduan selepas 27 pusingan, berjaya memintas pasukan petak utama Team Motul Autech GT-R pada pusingan ke-50.


Pemandu Motul Autech GT-R, Michael Krumm dari Jerman dan gandingannya pemandu Jepun Masataka Yanagida menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2008 08:53 PM | Show all posts
Juara dua kali berturut-turut
Oleh Mohd Razlan Salleh


PERLUMBAAN Siri Antarabangsa Super GT Malaysia di Litar Sepang yang berakhir baru-baru ini, masih meninggalkan kenangan manis kepada lebih 25,000 penonton dan peminat dunia permotoran.



PERLUMBAAN Siri Antarabangsa Super GT Malaysia di Litar Sepang yang berakhir baru-baru ini, masih meninggalkan kenangan manis kepada lebih 25,000 penonton dan peminat dunia permotoran.

Apa tidaknya, deruman jentera lumba bertaraf super seperti Nissan GT-R, Honda NSX, Lexus SC430 dan Subaru Impreza yang menyusuri litar sejauh 5.5 kilometer itu sudah pasti masih diingati.

Tambahan pula kehadiran gadis litar yang seksi menawan juga menjadi antara faktor untuk peminat permotoran merasai sendiri betapa 慼ebatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.403183 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list