CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18804|Reply: 23

[MERGED] Tips : pilih kasut sukan

[Copy link]
Post time 3-2-2008 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Panduan pilih kasut sukan

MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.

Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka.

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

3. Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

4. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.

aku baru aje beli actually - adidas rm350  yang latest - cantik!!  x training sbb yang ni boleh pakai kat gym sesuai ; angkat weights ...  aku bab lari  jogging sumer  tu mmg hampeh.. tak larat aku.. setakat jalan buat brisk walk tu  wokey la lagi...

[ Last edited by  dexa at 24-11-2008 06:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-11-2008 01:12 AM | Show all posts

Tips : pilih kasut sukan

Tips : pilih kasut sukan

Panduan pilih kasut sukan

MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.

Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka.

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

3. Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

4. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:13 AM | Show all posts
korang ade tak terpikir bende2 cam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 07:12 AM | Show all posts

Reply #5 dexa's post

ape bukti ko cakap thread

yg aku naikkn tu.. semate-mate nak provok ko..

tunjuk bukti
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 07:19 AM | Show all posts
Originally posted by akughi at 24-11-2008 07:12 AM
ape bukti ko cakap thread

yg aku naikkn tu.. semate-mate nak provok ko..

tunjuk bukti

sudah2 la tu akughi

saya akan split post ini
dan post2 yang tak berkenaan -

just berforum dengan baik
dan mature

you are a grown up person -
please just stop all these childish stuff -

you wanna find out regarding  'tips kasut sukan'  kan?
well...... post what you like to know
hopefully ada yang response and you can find something suitable
and will get the sports shoes that you want -

and the best thing.. - pergi kat kedai sukan
kat KL ada Al-Ikhsan -  banyak cawangannya -

find out there pun boleh - kalau nak tahu kasut sukan
mana yang you can afford and suitable for you -

all the best -
thanks -
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by akughi at 24-11-2008 01:13 AM

korang ade tak terpikir bende2 cam ni?

mesti aa ada .. ko tak pernah terpikir ke?

even nak beli selipar atau sandal ntok jenjalan pon kena pilih bebtol

supaya bleh beri support yg sepenuhnya ntok elakkan dari sakit/cedera ntok jangka masa pendek & panjang

yg penting mesti selesa & harga yg berpatutan ..

tapi kalau seseorang tu pentingkan keselesaan, keselamatan ngan kesihatan; sure tak kesah berhabis berapa RM pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 06:12 PM | Show all posts

kesihatan kaki .. penting wOo!

MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.

Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.

Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?

Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus 'menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.

"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."

"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker.

Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.

Malah, pada masa yang sama, tidak kurang yang merungut kerana gagal mendapat kasut yang sesuai dengan pelbagai alasan.

Sehubungan itu, selain rawatan perubatan, hanya kasut yang dilengkapi dengan alat sokongan dan kusyen yang sesuai dapat membantu merawat masalah kaki.

ANTARA JENIS2 MASALAH KAKI :

+ Rengsa pada otot-otot labu betis kaki
Individu yang menderita masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila mereka mula memijak lantai selepas bangun tidur. Atau, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti. Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit. Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon. Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.

+ Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain. Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat. Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki. Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.

+ Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.

+ Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras. Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai. Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.

+ Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan. Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki. Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.

+ Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama. Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat. Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba. Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.

+ Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki. Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut. Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut. Selain itu, pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini. Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.

+ Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.

Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku kerana :

+ Tapak kaki rata
+ Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam
+ Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba
+ Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki
+ Pemakaian kasut yang tidak begitu sesuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 06:15 PM | Show all posts

jaga aa kesihatan kaki anda!

Anggota yang paling kerap diabaikan ini perlukan penjagaan seperti juga anggota badan yang lain.

Tahukah anda bahawa satu per empat bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki. Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. Sekiranya anda pernah mengalami kesakitan pada pergelangan kaki, lutut, belakang atau bahu, atau kadangkala ketegangan, ia mungkin disebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.

Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersiol, tanpa mengira keselesaan pada kaki. Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.

Atasi Masalah Kaki

Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist.

Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah;
+ Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
+ Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
+ Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
+ Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
+ Komplikasi kepada diabetes.
+ Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
+ Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
+ Kecederaan yang dialami oleh atlit.

Tips Penjagaan Kaki

+ Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.

+ Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.

+ Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.

+ Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.

+ Pilih kasut yang sesuai.

+ Bagaimana Pastikan Kasut Sesuai Untuk Kaki

+ Apabila berhasrat untuk membeli kasut, pastikan anda mengikuti garis panduan berikut bagi mengelakkan tekanan pada kaki.

+ Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.

+ Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.

+ Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.

+ Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.

+ Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.

Fakta Menarik

+ Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

+ Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.

+ Anggota yang paling kerap diabaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.

+ 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-9-2010 10:44 AM | Show all posts
beli kasut adidas RM350 lebih pun pki setahun lebih bawak jogging tetap tanggal tapak kasut dia..mcm ne tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 10:24 PM | Show all posts
kasut sukan untuk joging atau walking apa yang bagus-untuk wanita?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 10:40 PM | Show all posts
hai...sori klu terlepas pandang,
tapi ada tak info utk pilih kasut yg sesuai utk hiking terutama klu nak g hiking tpt yg licin..
jenama ker..spec ker..
selama ni belasah jer beli kasut jogging jer tak kira utk apa2 sukan..
baru ni plan nak beli croc atau kasut getah cap boling..
sekali terbaca pla yg org2 berpengalaman tak galakkan pki kasut gtu..
utk kesihatan kaki jangka pjg...
ada info? share lah..  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:23 PM | Show all posts
izzah_mia posted on 5-10-2013 10:24 PM
kasut sukan untuk joging atau walking apa yang bagus-untuk wanita?

bagi saye, in general kasut jogging mestilah bergantung dengan keselesaan pemakai nye. Saye nasihatkan supaya try dulu kasut jogging sebelum membelinya. Try pakai kedua2 belah kasut dan berjalan setempat untuk memastikan keselesaan kasut tersebut. cuba juga dapatkan nasihat daripada seller di kedai tersebut.

Untuk beginner yang baru nak start jogging, cube dapatkan kasut yang mempunyai tapak yang agak tebal as cushion. u can try minimalist shoes after few months of training.

For brand, from my experience is Brooks and Newton. Kasut Brooks is more into cushion and Newton is a lightweight shoes....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:07 PM | Show all posts
kasba posted on 8-10-2013 04:23 PM
bagi saye, in general kasut jogging mestilah bergantung dengan keselesaan pemakai nye. Saye nasi ...

dah survey kedua-dua brand yang di suggestkan tapi harga mak ai..rm300 ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 06:34 PM | Show all posts
izzah_mia posted on 17-10-2013 02:07 PM
dah survey kedua-dua brand yang di suggestkan tapi harga mak ai..rm300 ke atas

xpe harga mahal, jadikan ianya sebagai motivasi untuk bersenam. bile tgk kasut tu berhabuk je, mesti terlintas rase rugi kalau x pakai....

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:41 AM | Show all posts
kasba posted on 17-10-2013 06:34 PM
xpe harga mahal, jadikan ianya sebagai motivasi untuk bersenam. bile tgk kasut tu berhabuk je, m ...

memang akan pakai sekali sekala je
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 02:47 PM | Show all posts
Nice info, thanks for the sharing.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 29-10-2014 07:15 PM | Show all posts
ref up 03

_
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia,
        
Sukacita kami memaparkan berita menarik kepada wanita-wanita yang ingin
  menambahkan keanggunan di bahagian kewanitaan mereka.
  Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelaapa dara di mana

  ex- moderator DARSITA menjadi model nya.Di masa sekarang,
  DARSITA aktif berforum dengan nick super mod naen

  ~ ~  Boleh hubungi super mod naen untuk tempahan krim tembam ~ ~

                                                            SEBELUM di sapu krim tembamn

.                                             

                                                            SELEPAS di sapu krim tembamn

                            Lihat lama di  bhgian sulit super mod naen. Tahap tembamn
                             mengkagumkan selepas  6 bulan
di sapu krim keelapa dara
                                
                   boleh juga tempah krim tembam dari mod perang_sivil
                     perang_sivil, naen dan DARSITA adalah individu yg sama
                        
( high profile model semestinya punyai banyak ID    )

mod nixar
@ ashna arif dan suka pada ketembaman bhg sulit naen.
PM terus ke mod nixar @ ashna jika anda inginkan lebih info .

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.090527 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list