CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3307|Reply: 6

...INTELLECTUAL SIN...

[Copy link]
Post time 5-2-2008 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Lim Swee Tin said he will do it due to the recent fiasco

To be or not to be...that is the question...klisenya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 03:54 PM | Show all posts
errr...tak paham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 07:10 PM | Show all posts

Reply #2 my-alja's post

Saya juga akan menjadi penulis picisan - Lim Swee Tin揃ERMULA sekarang saya akan menghasilkan karya-karya popular dan picisan. Mudah-mudahan satu masa kelak ia dapat dijadikan teks Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 07:10 PM | Show all posts
Keputusan Swee Tin untuk menghasilkan karya-karya picisan juga bukan bermakna beliau mengorbankan kedudukannya sebagai penulis yang prolifik tetapi mengikut kehendak semasa sastera Malaysia.

Namun, kerana sayangkan sastera tanahairlah, beliau akan terus berkarya tetapi dengan perspektif berbeza iaitu menghasilkan karya yang 慸iingini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 07:12 PM | Show all posts
Swee Tin berkata, mungkin Sasterawan Negara (bekas?) itu mengambil tindakan yang lebih drastik dan ekstrem berbanding dengan dirinya sesuai dengan ketegasannya memegang prinsip.

揝aya mengenali beliau dengan sangat akrab termasuk semua karya-karya beliau. A. Samad begitu bertanggungjawab serta sangat serius berkarya.

揝etiap karyanya sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat di tingkat paling atas. Tindakan tersebut sudah tentu juga berkaitan dengan kepentingan masyarakat dan peradaban bangsa,拻 tegas beliau.

Di sisi lain, Swee Tin melihat keputusan PPK itu juga sangat aneh apabila tokoh-tokoh sastera yang diangkat serta diiktiraf oleh negara melalui proses pemilihan yang ketat tetapi karya-karya mereka dipinggirkan kerana dianggap berat untuk dipelajari di peringkat sekolah menengah dalam Komsas.

揔ita perlu ingat karya-karya Sasterawan Negara adalah batin, simbol peradaban dan falsafah bangsa. Tetapi dengan alasan sukar difahami kedudukan karya mereka dinafikan.

揟idak mungkinkah ada karya-karya A. Samad, Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Sasterawan Negara lain yang lebih mudah dan sederhana. Sekiranya kita mahu, ada karya seperti itu,拻 katanya.

Di sebalik, persoalan 慴erat
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 05:33 AM | Show all posts

allright..i know what it is..

ini adalah respon langsung beliau ekoran dari pemilihan novel novel? Ahadiat Akahshah untuk dijadikan bacaan sastera / buku pilhan dalam subjek BM - kesusateraan...


I just wondering apa komen Marquez wakakkakaakak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2008 10:29 AM | Show all posts
third time I posted this article from Utusan...related to this...

10 bahasa di dunia punah setiap tahun!
SAHABATKU A, percayakah anda dengan fakta ini? Setiap tahun 10 bahasa di dunia akan punah. Sejak dulu kala, bahasa lahir, hidup dan lenyap dengan masyarakat penuturnya. Lenyapnya bahasa-bahasa itu amat cepat.

Bukankah ia begitu menakutkan A? Saya tidak tahu kenapa harus memberi tahu anda tentang perkara ini. Gejala ini, ternyata, merupakan salah satu akibat dari apa yang disebut peperangan bahasa. Sekitar 6,000 bahasa besar di seluruh dunia terancam punah dalam waktu yang terlalu singkat. Keragaman bahasa sebagai bahagian daripada warisan kerencaman kebudayaan umat manusia pastinya ikut terancam musnah.

Mungkinkah manusia (di Malaysia) tanpa kebudayaan atau kebudayaan tanpa manusia? Mustahil bukan? Kebudayaan adalah citra khusus sesuatu masyarakat. Ancaman terhadap bahasa adalah ancaman kebudayaan. Dan, begitulah sebaliknya.

Anda pastinya sependapat seperti saya. Apakah manusia akan hidup dalam kebudayaan monolingual? Idealkah bila hanya ada satu bahasa universal di dunia, dengan demikian, mengabaikan keanekaan bahasa yang telah menjadi citra budaya manusia sepanjang zaman?

Pakar-pakar bahasa dan linguistik berkesimpulan, tidak akan ada satu pun bahasa mampu bertahan jika tidak didukung oleh 100,000 orang penuturnya.

Hakikatnya, kini di seluruh dunia setengah daripada 6,000 bahasa atau lebih, digunakan oleh kurang dari 10 ribu orang penuturnya. Punahnya bahasa bukan fenomena baru. Sejak munculnya pelbagai bahasa, setidak-tidaknya 30,000 bahkan lebih, punah tanpa kesan.

A, bahasa umumnya bertahan dalam tempoh waktu relatif singkat dan pada masa yang sama risiko kepunahannya cukup tinggi. Mungkin hanya beberapa yang masih hidup dan kini berusia lebih 2,000 tahun. Antaranya bahasa Basque, Mesir, Sanskrit, Cina, Greek, Ibrani, Latin, Parsi dan Tamil.

Anda pernah membaca hasil penelitian oleh ahli pasikologi bahasa, Ranka Bjeljac-Babic dari Universiti Poitiers, Prancis? Beliau mengkaji hubungan antara kepunahan bahasa dan kolonialisme.

Penjajahan

Hasil kajian tersebut dimuatkan dalam tulisannya, 6,000 Languages: an Embattled Heritage (2000). Kesimpulan yang dibuat oleh Bjeljac-Babic ialah kepunahan bahasa turut disebabkan oleh penjajahan. Dapatan Bjeljac-Babic ialah kolonialisme telah, melenyapkan sekurang-kurangnya 15 peratus bahasa yang digunakan pada saat penjajahan itu berlangsung.

Buktinya, sekitar 100 bahasa etnik di Eropah punah akibat penjajahan penjajahan lebih 300 tahun oleh etnik yang lebih dominan. Di Australia hanya 20 dari 250 bahasa digunakan akhir abad ke-18. Begitu juga di Brazil, Portugal telah memusnahkan lebih 400 daripada 540 bahasa etnik di negara itu sejak penjajahan pada tahun 1530.

Sebenarnya sahabatku A, apa yang saya ketengahkan itu hanya sebuah analogi. Saya sama seperti anda, khuatir dan bimbang tentang masa depan bahasa Melayu (Malaysia). Adakah, bahasa yang kita sayangi ini juga akan punah?

Baru-baru ini, karya-karya sastera picisan telah disenaraikan dalam Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk sekolah menengah pada 2010.

Saya tahu anda pasti memahami apa itu karya picisan? Antara ciri-ciri karya seperti itu ialah penggunaan bahasa rojak dengan sasaran golongan remaja.

Temanya? Seperti anda maklum A, biasanya sekitar kisah cinta remaja. Kalau ada sedikit kelainan pun, kisah anak angkat dan pengembaraan mencari asal usul keluarga.

Namun, inilah hakikatnya. Novel-novel dengan bahasa rojak itulah yang dicadangkan untuk diajar kepada pelajar-pelajar sekolah kita. Pada masa yang sama karya-karya Sasterawan Negara dipinggirkan. Anehkan sahabatku?

Sebenarnya fenomena ini ini melanda sebahagian daripada negara-negara bekas jajahan. Ketika mereka mulai membangun, muncul faktor lainnya yang memusnahkan bahasa.

Faktor itu adalah keperluan bahasa yang mampu mengisi bidang teknologi dan industrialisasi selain fenomena baru iaitu internasionalisasi pasar modal dan globalisasi informasi melalui media elektronik mahupun media cetak.

Oleh itu, A berdoalah untuk bahasa Melayu (Malaysia) ini. Kita mesti ingat, setiap kali satu bahasa lenyap, satu babak sejarah manusia juga berakhir. Bahasa tidak hanya alat komunikasi. Ia juga cara berfikir masyarakat penuturnya.

Anda ingat tentang perjuangan kaum asli Zaparo di sepanjang tepi Sungai Conambo, sekitar 240 kilometer selatan Quito? Mereka berjuang semata-mata mempertahankan bahasa ibunda mereka.

Ia dikupas dengan bernas dalam tulisan Carlos Andrade, seorang pakar bahasa dan lingustik, Equador, Zaparo's lost Secrets yang turut membantu perjuangan kaum Zaparo.

Sikap memandang rendah kepada bahasa sendiri akan membawa akibat kepada kepunahan. Mematikan satu bahasa sangat mudah. Cukup dengan mengajarkan bahasa lain di sekolah.

Andre Breton berpendapat, apabila bahasa dipinggirkan peringkat sekolah, maka kita turut mempercepat 憄embunuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060849 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list