CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: teacher_shakira

perbincangan mengenai INSURANCE - tak kira jenama apa,sila buka satu topik,ok!!

[Copy link]
Post time 9-11-2010 10:45 PM | Show all posts
Prubsn dan Prudential...apa beza kedua2 ni?so mn yg plg bagus?
dealova04 Post at 9-11-2010 15:46



    dua2 bagus..bole amik mana2 plan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 10:51 PM | Show all posts
Prubsn dan Prudential...apa beza kedua2 ni?so mn yg plg bagus?
dealova04 Post at 9-11-2010 15:46



Kedua2 nyer lebih kurang sama... cuma beza nyer satu tu Insuran dan Satu lagi Takaful
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:40 AM | Show all posts
ibm & jenglut...

rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz takaful...plan antara 2 yg atas tu sama ajer ...
nak tanya lagi...pengguna byk amik yg mn?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:36 AM | Show all posts
ibm & jenglut...

rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz takaful...plan antara 2 yg atas tu sama ajer ...
nak tanya lagi...pengguna byk amik yg mn?
dealova04 Post at 10-11-2010 08:40


Rawatan klinik kita cover utk kemalangan dan pre-hospitalize dan post-hospitalize...

80 % from my client prefer PruBSN Takaful
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 10:11 AM | Show all posts
ibm & jenglut...

rawatan klinik cover? maaf ye byk tanya...
so bg sy better yg prubsn kan coz ta ...
dealova04 Post at 10-11-2010 08:40


check kat sini utk claim clinic >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=103848659685726&set=a.103848509685741.7384.100001817770404#!/photo.php?fbid=103929836344275&set=a.103848509685741.7384.100001817770404&pid=34907&id=100001817770404
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 12:48 PM | Show all posts
ibm & jenglut...

kt sini fb kena block..so x leh tgk...
sy ni x paham terms2 insurance .. tu yg byk tanya...
klinik2 tu klinik2 yg dkt hospital ke atau klinik2 biasa2 yg ada kt mn2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2010 01:21 PM | Show all posts
ibm & jenglut...

kt sini fb kena block..so x leh tgk...
sy ni x paham terms2 insurance .. tu yg  ...
dealova04 Post at 10-11-2010 12:48


mana klinik awak swasta bole claim..just pass resit kat agent yer..
kecuali sbb bersalin & dental
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:39 AM | Show all posts
Kepada sesiapa yg Merancang nak Ke Mekah ..

Contact saya kalau berminat nak tahu detail



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 10:54 AM | Show all posts
Berita Harian hari ni m/s 35 ada ceritas berkaitan PruBSN Ummah ... satu alternatif tabungan Haji dan Umrah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 01:38 AM | Show all posts
Sumber: http://www.bharian.com.my/articl ... ;utm_medium=twitter


Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan



2010/12/28

PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu.

"Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.

"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.

Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.

Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 10:22 AM | Show all posts
PRUlady dari PRUDENTIAL

PRUlady menawarkan Manfaat Khas bagi Wanita yang melindungi wanita daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita serta peristiwa-peristiwa berkaitan wanita yang tidak terdapat di dalam pelan insuran biasa.



Ringkasan Manfaat dan Kelebihan

1. Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita seperti kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, dan ovari.
2. Melindungi daripada komplikasi kehamilan seperti kehamilan Ektopik (luar uterus/rahim), kematian fetus dan kematian anak.
3. Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti Sindrom Down, Spina Bifida (Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah) dan Kecacatan Atrium Septum (kecacatan jantung).
4. Manfaat untuk Perkahwinan, Kelahiran Anak, Diberhenti Kerja, Perceraian dan Kematian Suami (max 2 peristiwa). Anda akan memperolehi 3% daripada had sepanjang hayat insuran PRUlady anda.
5. Jaminan perlindungan sehingga umur anda 70 tahun.
6. Premium bulanan serendah RM31.
7. Jaminan Pulangan Wang - Jika tiada sebarang tuntutan dibuat sehingga tempoh matang, KESELURUHAN premium yang anda bayar akan dikembalikan semula. Namun jika terdapat tuntutan dibuat semasa tempoh polisi, jumlah wang yang akan dipulangkan adalah kesemua premium yang dibayar ditolak jumlah tuntutan yang dibuat. Konsepnya sama seperti anda menabung. Jadi, anda tidak akan rugi sesen pun.


Bagaimana bermula?

Terdapat 4 plan yang berbeza mengikut pilihan dan kemampuan anda.

    * Plan 1 bernilai RM 25,000
    * Plan 2 bernilai RM 50,000
    * Plan 3 bernilai RM 75,000
    * Plan 4 bernilai RM 100,000

Kadar premium yang anda bayar adalah berdasarkan pelan yang anda pilih serta umur pada tarikh lahir yang akan datang. Anda boleh membayar secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.

Katakan umur anda pada hari jadi yang akan datang ialah 20 tahun dan anda memilih pelan 2 RM50,000. Jumlah premium yang perlu anda sumbangkan ialah RM804 setahun atau RM67 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 08:15 PM | Show all posts
"Pendidikan formal hanyalah PLATFORM utk seseorang individu mendapatkan pengiktirafan dalam masyarakat. sementara SIJIL yg diperolehinya hanyalah TIKET untuk menjadi seorang pekerja. Tiada jalan singkat utk keluar dari MASALAH KEWANGAN melainkan memiliki perniagaan sendiri"....-(ROBERT KIYOSAKI)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 07:19 PM | Show all posts
Kpd pemegang medical kad lama prubsn, kini anda bole upgrade kpd kad bernilai rm500ribu above dan di berikan bonus duit..sila lihat surat tawaran yg di hantar kerumah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 12:15 PM | Show all posts
Senyap jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 01:50 AM | Show all posts
&quotendidikan formal hanyalah PLATFORM utk seseorang individu mendapatkan pengiktirafan dalam masyarak ...
ibm632 Post at 13-2-2011 20:15



    HEBAT AYAT NI BANG..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 08:51 AM | Show all posts
Prudential new business sales hit record RM1.02b

PRUDENTIAL Assurance Malaysia Bhd - part of Prudential plc, UK's biggest insurer by market value - posted new business sales of RM1.02 billion last year, a record for the company.

Chief executive officer Charlie E. Oropeza attributed the growth of 24 per cent to new product offerings and better agency distribution channel.

As at end-2010, Prudential had 12,830 wealth planners and agents here, comprising 37 per cent Bumiputeras, to support its business and serve its one million customers.

The company, which has more than 20 per cent market share, is investing RM30 million this year on branch expansion and enhancement. It has 41 branches nationwide.

Oropeza said yesterday at a media briefing in Kuala Lumpur that Prudential is aiming for double-digit growth this year.

"Expectations are that the industry will grow by 13 per cent to 15 per cent this year. We believe we should be better than the industry," he said.

Oropeza said the strategies for 2011 include expanding its agency distribution channel, finding new markets to serve and offering customers more choice by broadening its product portfolio.

"We are looking at some enhancements this year and improving our takaful business," Oropeza said.

He said Prudential also aims to expand its bancassurance channel. It now has a partnership with Alliance Bank and Standard Chartered Bank, which allows them to identify market opportunities and to promote a range of insurance products among customers.

Asia contributed 44 per cent to the group's profits last year. Malaysia was the third largest contributor to Asia, contributing 14 per cent of the total new life sales of STG1.5 billion (RM7.38 billion).

Read more: Prudential new business sales hit record RM1.02b http://www.btimes.com.my/articles/PR...#ixzz1HwfSIiN4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 11:05 AM | Show all posts
Adab menziarahi orang sakit, doa dan kelebihannya.



Salam perkongsian untuk semua!

Sebagai agent Insuran Prudential, pasti nya ada saja client yg admit hospital menggunakan Medical Card PruBSN dan semestinya menjadi adat untuk melawat mereka.

Islam  sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali  persaudaraan  atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang  disarankan oleh  Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau  silaturrahim sesama  muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit.  Menziarahi orang sakit  merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas  muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang  lelaki mengunjungi  saudara muslimnya, maka  seolah-olah dia berjalan di  jalan syurga  sehingga dia duduk. Apabila  dia sudah duduk maka rahmat  Allah  mengelilinginya. Jika dia berkunjung  pada waktu pagi, maka tujuh  puluh  ribu malaikat akan mendoakannya  hingga petang dan begitulah  sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan  tentang anjuran dan  kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda  Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit  atau menziarahi saudaranya  kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat)  akan berseru kepadanya:  “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya  perjalananmu, telah  tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah  tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan   dengan niat  yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang,   persaudaraan,  tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan   tujuan yang  tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin   merebut  harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya (sesama Muhrim) kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan  keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang  dialami oleh para  sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman   supaya pesakit itu tidak  merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang   dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si   sakit  dan  menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa   insyaAllah lekas   sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan  “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata  di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah   kerana sakit ini juga,  seseorang memperolehi ganjaran pahala yang   banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan  kepadanya  atau makanan yang  telah disediakan untuknya. Sekiranya kita  makan  makanan tersebut,  hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya,  wahai Tuhan bagi manusia   sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan  tidak ada sembuhan melainkan   sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang  tidak meninggalkan sebarang   penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu  ziarah. Sebolehnya, kadang-kala  si pesakit ingin tidur, atau ingin makan  ubat dan tukar pakaian.  (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah  sunat mu’akkadah iaitu sunat  yang sangat dituntut. Menziarahi orang  sakit tidak hanya terbatas  kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit  sahaja, bahkan disunatkan  juga menziarahi saudara Islam yang tidak  dikenali hatta musuh atau  orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit  pula pada dasarnya adalah  harus, namun disunatkan menziarahinya jika  dia dari kalangan ahli  terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya  dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-




(1) "Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah"



(2) "Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau"
“Tiada  seorang muslim yang menziarahi  orang sakit yang belum sampai  ajalnya,  kemudian membaca doa ini tujuh  kali nescaya disembuhkan  penyakitnya  itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila  seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah    dia  berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah    duduk  maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada  waktu   pagi,  maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang  dan  begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Insyallah, moga-moga aku dan kita semua  rajin-rajinlah  menziarahi orang sakit eg. (client yg admit hospital) dan mendoakannya cepat sembuh. Mungkin hari ini  hari dia,  esok lusa, mungkin hari kita pula.

** Kepada yang tak ada Medical Card tu, dan risau kalau2 tak ada org yg nak dtg melawat jika sakit, meh sign-up Medical Card Prudential dgn saya - Dean 0167738883 :-)

Renung-renungkan & selamat beramallllll.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:15 AM | Show all posts
Renungan pagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 08:46 PM | Show all posts
sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 11:33 PM | Show all posts
2 orang klien tak hadir pada rumah terbuka saya ... bila di tanya mereka dimana ... rupa2 nya mereka di DEMC, Shah Alam ... temankan anak masuk wad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.423049 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list