CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12552|Reply: 32

Bukit Besi kembali popular

  [Copy link]
Post time 13-2-2008 12:54 AM | Show all posts |Read mode




Pelbagai tarikan diwujudkan di sekitar kawasan bekas lombong tinggal seperti pembinaan UiTM, galeri, taman rekreasi dan sukan ekstrem

LOMBONG bijih besi yang dijumpai di Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada 1916 oleh Ahli Kajibumi Jepun, Kuhara menjadikan kawasan itu terkenal sehingga ke luar negara.

Penemuan hasil galian itu menjadikan tempat berkenaan bukan saja dikenali, malah jumlah penduduk juga meningkat sehingga 6,000 orang termasuk 3,000 pekerja yang bekerja di lombong berkenaan.

Bagaimanapun, permintaan yang kurang terhadap galian itu menyebabkan keputusan muktamad dibuat untuk menutup lombong bijih besi pada 1 Oktober 1970.

Kawasan berkenaan pernah diusahakan kerajaan negeri sebagai produk pelancongan bagi memperkenalkan tempat bersejarah itu dengan menyediakan beberapa kemudahan tetapi agak malap kerana dipercayai kurang promosi.

Menyedari kawasan yang terletak 33 kilometer dari bandar Dungun dan 77 Kilometer dari Kuala Terengganu itu kaya dengan keindahan alam semula kadi dan berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong, beberapa projek termasuk penganjuran acara antarabangsa akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.





Bagaimana ke sana?

Pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Jerangau-Jabor sebelum menuju ke bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Dungun.


t@t: wah bukit besi mmg best....dr kl~kt mesti singgah jap rilex2 kat tepi tasik tu.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 01:03 AM | Show all posts
masa balik Trg raya cina baru ni terpampang signboard perletakan batu asas cawangan UiTM kat bukit besi nihh.... mmmm time nak mengundi ni memacam lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2008 01:13 AM | Show all posts

Reply #2 Risma's post

stendet la tu............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:46 AM | Show all posts
tasik ada golf tu memang lawa..
tapi bukit besi ni ter ULU sikit..
memangdangkan ado UITM branch ni
may be BUKIT BESI akan kembali hidup bukan popular
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:09 PM | Show all posts
ada hotel tak kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:35 PM | Show all posts
sokmo lalu...tapi tok ajin singgah kat tmn rekreasi ni....aloh dalang skit ko?...
suka tgk tasik warna hijau kiri kanan jalan tu...kan ada kat satu part laluan tu....tak sure kilometer berapa...tapi tpt yg sokmo jalan tegelang tang banjir tu...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2008 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 13-2-2008 11:09 PM
ada hotel tak kat situ?

hotel takde rasanya... kalau homestay rasanya ade.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by batman_2007 at 13-2-2008 10:46 AM
tasik ada golf tu memang lawa..
tapi bukit besi ni ter ULU sikit..
memangdangkan ado UITM branch ni
may be BUKIT BESI akan kembali hidup bukan popular

UiTM branch ni belum ado lagi............ cuma perletakan batu asas je ari tuhhh...
sama juga kat kuala berang.... dok sibuk dengan perletakan batu asas politeknik kat jeneris, terpampang signboard sana sini....hu hu.... advanced sokmo..... kang orang dop napok pulok kemajuannggg hok kerajaan buat...... tau tau je lahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 02:33 AM | Show all posts
kalu buat taman tema air supo bukit merah pun ok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 06:16 AM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 15-2-2008 02:33 AM
kalu buat taman tema air supo bukit merah pun ok...

bagus gak nihhh..........rasanya kalu LPT tuh dah sapa bukit besi nihh mungkin rancangan itu utk buat taman tema air tu satu cadangan yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 01:48 AM | Show all posts

Reply #8 Risma's post

org tau ler baru letak batu..
pak lah ngok ngek yg letak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 02:41 AM | Show all posts
Originally posted by batman_2007 at 16-2-2008 01:48 AM
org tau ler baru letak batu..
pak lah ngok ngek yg letak

tu lah................. tiba2 banyok pulok perletakan batu asas kat ganu nihhh ..... letak batu jee... buatnye entah biler
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 02:47 AM | Show all posts

Reply #12 Risma's post

batu je yang mampu...
tunggu pilihanraya pulok..kalau menang sambung la kot..
kalau dok gak ..sekat perbelanjaan la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 03:20 AM | Show all posts

Reply #13 batman_2007's post

kalau pak lah datang hari tu rasmikan pembukaan UiTM cawangan bukit besi nih barulah best skit..........barulah gah orang kata benda dah ada... leh lah dok gebang sana sini, nok buat kempen pung senang ....ni setakat letak batu asas baik tak payah......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 06:23 AM | Show all posts
off topic...

kat teganu, di cendering pun ada kan kampus uitm..

p/s : berlambak2 kampus uitm cawangan dalam satu negeri skrang ni...bangunan ittar kb(dah tutup lama dah) dpn ipd kb pun jadi uitm kb..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 07:24 PM | Show all posts

Reply #14 Risma's post

itu ler..
dgr2 budak2 kampung kena kena kerah 2 3 hari nak tepek poster..
dapat minum makan je..walahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2008 06:44 AM | Show all posts
Kawasan bersejarah terbiar

Oleh IRMAN HASHIM


sebahagian bangunan lama tinggalan hasil perlombongan bijih besi yang tidak dipulihara dan dipelihara dengan sewajarnya di Bukit Besi, Dungun.

DUNGUN 15 Ogos - ''Kalau bangsa hendak maju, perlu belajar daripada sejarah kegemilangan dan kemundurannya. Kalau sudah tidak hiraukan sejarah macam mana hendak maju," kata Setiausaha Persatuan Sejarah Dungun, Wan Mohd. Rosli Wan Ngah.

Wan Mohd. Rosli cuba menggambarkan keadaan bekas kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang kini terpinggir dan tidak dibangunkan sebagai satu tempat bersejarah.

''Lebih menyedihkan, generasi baru penduduk Bukit Besi tidak mengetahui latar belakang dan sejarah pembangunan kawasan ini,' ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kawasan perlombongan bijih besi yang diterajui sebuah syarikat Jepun pada era 1930-an ini sepatutnya dijadikan tapak sejarah buat Terengganu kerana tempat ini merupakan salah satu kawasan pembangunan ekonomi pertama di negeri ini.

''Bandar Bukit Besi sendiri satu ketika dahulu merupakan bandar paling maju di Asia Tenggara pada era berkenaan selepas penemuan bijih besi yang membawa kemajuan pesat hasil daripada kegiatan perlombongan bahan mineral itu.

''Stesen kereta api, kolam renang, pawagam, pusat beli-belah antarabangsa serta sekolah antarabangsa turut dibina di Bukit Besi ketika itu bagi menampung kepesatan aktiviti perlombongan dan penduduk yang datang dari pelbagai negara," katanya.

Bagaimanapun beliau menambah, semua era kegemilangan itu lenyap selepas perlombongan bahan mineral berkenaan dihentikan pada 1974.

Wan Mohd. Rosli berkata, kawasan seluas dua kilometer persegi itu kini hanya tinggal rangka bangunan, kilang dan terowong yang digunakan ketika zaman kegemilangannya.

''Dapur memasak bijih, tempat memproses dan membasuh bahan mineral itu juga masih wujud dan dapat dilihat masih sempurna.

''Bagaimanapun, landasan kereta api dan segala bijih besi serta peralatan perlombongan termasuk 'wagon' yang ditinggalkan telah dicuri sejak perlombongan dihentikan di kawasan ini," katanya.

Beliau melahirkan kekesalan kerana artifak-artifak itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk mempromosikannya sebagai salah satu produk pelancongan negeri ini.

Jelasnya, ia amat merugikan kerana tidak ada usaha untuk memulihara peninggalan sejarah berkenaan.

''Saya bimbang jika tidak terdapat sebarang usaha daripada pihak berkaitan akan menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab merobohkan tempat bersejarah ini," ujarnya.

Wan Mohd. Rosli berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak berkaitan termasuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berhubung perkara itu.

"Mereka ada menghantar pegawai-pegawai untuk melakukan kajian bagi mewartakan Bukit Besi sebagai tempat bersejarah namun sehingga sekarang kami masih belum mendapat maklum balas mengenai hal berkenaan," ujarnya.

Beliau hairan kerana peninggalan sejarah Bukit Besi tidak kurang hebatnya daripada Lembah Bujang di Kedah dan Kota A'Famosa, Melaka.

''Kedua-dua tempat berkenaan telah dimartabatkan sehingga menjadi satu destinasi pelancongan yang dikenali ramai, namun tidak Bukit Besi," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 06:45 AM | Show all posts
Muzium Bukit Besi bakal dibina



Kawasan bekas tapak lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun kini semakin sepi dan terbiar.

DUNGUN 15 Ogos - Lembaga Muzium Negeri Terengganu dijangka membina sebuah muzium bagi menyimpan sejarah Bukit Besi sebagai pusat perlombongan utama di rantau ini satu ketika dahulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, beliau difahamkan rancangan pembinaan muzium berkenaan telah diluluskan dan kini menunggu peruntukan daripada kerajaan.

''Perincian mengenai projek ini masih belum saya peroleh, namun jika dibangunkan muzium ini akan dapat menyimpan sejarah Bukit Besi untuk pengetahuan generasi muda," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengenai pembangunan Bukit Besi jelasnya, pelbagai program telah dirancang untuk membangunkan semula kawasan Bukit Besi supaya ia kembali menjadi antara bandar tumpuan di negeri ini.

Menurutnya, antara projek pembangunan tersebut termasuk pembinaan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebatang jalan menghubungkan Kampung Che Lijah ke bandar Bukit Besi.

Din berkata, jalan sepanjang 35 kilometer itu mampu memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

''Ia juga akan memendekkan perjalanan antara dua tempat yang sebelum ini mengambil masa sejam," katanya.

Beliau menambah, rakyat seharusnya melihat pembinaan lebuh raya itu sebagai tempat untuk mereka mendapatkan rezeki dan bukan sekadar laluan kenderaan semata-mata.

Mengulas lanjut Din berkata, pembinaan kampus cawangan UiTM akan dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bukit Besi dengan kehadiran kira-kira 1,000 ahli akademik.

''Kehadiran pelajar-pelajar di Bukit Besi juga dijangka dapat merancakkan kegiatan perniagaan di sini," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 11:40 AM | Show all posts
bukit besi ning ada jugok cawangan cimb kalu x silap..

tapi tiap kali ribut petir, sokmo mesin ATM ye kene panoh petir..

deme ning pong satu hal..tau doh kawasan tu byk besi..nok jugok pasang mesin dalam tu..

nama plok bkn main sedap..bandar al-mukhtafi billah

tp rasa cam x sesuai nama bandor ni kat bukit besi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #19 ammar_7e's post

Durian Mas la......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.725029 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list