~ MEWAKILI MODERATOR BOARD BORAK ~
SELAMAT DATANG
KE MAJLIS ANUGERAH BORAK 2007
~ Salam Hormat ~
Anugerah BORAK ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari pihak Moderator utk semua Warga BORAK yg setia dengan Board ini. Berbanding tahun 2005 dan 2006 di mana Majlis dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri oleh Warga BORAK sahaja, tahun ini Board BORAK mencipta sejarah dengan menghantar lebih 400 undangan melalui PM dan telah membuat jemputan terbuka di lebih 60 board di seluruh CARI.
Semua ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa adanya kerjasama dan komitmen yang cukup tinggi dari 15 AJK dan beberapa orang sukarelawan yg telah mengambil masa hampir sebulan untuk membuat semua persiapan yang diperlukan agar majlis ini dapat dijayakan sebaik mungkin untuk menjadikannya majlis paling meriah pernah diadakan di Ruang Cyber CARI sekaligus cuba mencatat rekod kehadiran forumer paling ramai dalam satu benang dalam Sejarah CARI FORUM.
Jutaan terimakasih juga kepada semua WARGA BORAK yang telah memberi sepenuh kerjasama kepada pihak pengurusan majlis dan Terimakasih juga untuk semua WARGA CARI yang telah sudi hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Akhir sekali, setinggi-tinggi Tahniah utk semua pemenang Anugerah BORAK 2007 Kepada yg tidak berjaya, jangan kecewa dan hampa kerana kita di BORAK akan tetap menjadi JUARA!
Muahzzzzzz
[ Last edited by sourplum at 23-2-2008 01:16 PM ] |