CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6779|Reply: 26

PHILIPPINES: update - tentera pertahan pengeboman di mindanao

[Copy link]
Post time 15-2-2008 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Komplot bunuh Arroyo -- Pasukan keselamatan dalam keadaan berjaga-jaga


Salah seorang penunjukperasaan menggunakan sambutan Hari Kekasih untuk meminta Gloria Arroyomeletakkan jawatan atas tuduhan skandal rasuah di Manila, semalam. 朅FP.

MANILA 14 Feb. ?Filipina hari ini mendakwa berjaya membongkarkomplot puak militan berkaitan Al- Qaeda untuk membunuh Presiden GloriaMacapagal Arroyo.

Ketua pasukan keselamatan Presiden, Brigadier General Romeo Prestozaberkata, Arroyo yang dimaklumkan tentang ancaman itu telah membatalkanlawatan ke bandar peranginan Baguio di utara negara ini esok.

Pasukan keselamatan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Pengumuman itu dibuat menjelang berlakunya protes besar-besaran yangdiatur oleh musuh politik Arroyo esok untuk menuntut beliau meletakkanjawatan ekoran dakwaan rasuah melibatkan keluarga Presiden.

Prestoza berkata, komplot itu didalangi oleh 損uak pelampau JemaahIslamiah (JI) dan kumpulan Abu Sayyaf? iaitu dua kumpulan militan yangdidakwa ada kaitan dengan Al-Qaeda.

揃ukan sahaja Presiden tetapi orang lain dan kedutaan asing turut menjadi sasaran.

揓ika mereka mahu melancarkannya, mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa,?katanya kepada wartawan.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan, komplot itu dipercayai tidak adakaitan dengan rapat umum pembangkang di daerah perniagaan Makati disini esok.

Ketua angkatan bersenjata, Jeneral Hermogenes Esperon berkata,maklumat mengenai komplot itu 搈enjadi asas tindakan kami untukmeletakkan angkatan bersenjata Filipina dalam keadaan bersiap siaga.?

Beliau mendakwa, anasir terdiri daripada militan Abu Sayyaf dan JIjuga merancang untuk menyerang 搒asaran bernilai tinggi?di sekitarManila.

Awal hari ini, jurucakap tentera Kapten Carlo Ferrer memetik laporanperisikan sebagai berkata, anasir komunis daripada Tentera Baru Rakyat(NPA) mungkin menyusup masuk ke dalam rapat umum pembangkang esok danmencetuskan keganasan.

NPA ialah sayap bersenjata Parti Komunis Filipina yang melancarkan pemberontakan sejak 1969.
Penentang Arroyo mengadakan protes setiap hari di sekitar Manilauntuk menuntut beliau meletakkan jawatan berhubung dakwaan bahawa suamibeliau dan seorang sekutu politik cuba memperoleh rasuah berjuta-jutadolar daripada kontrak telekomunikasi dengan sebuah syarikat China.
?AFP




lepas benazir kena assassinated, mcm tak lama aje arroyo ni..   kalu jenis politician bagus tak pa  tapi dah nama pun politician.. jadi oxymoron la pulak  bila aku tulis   good politician!!   tee hee  

[ Last edited by  amazed at 11-9-2008 01:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2008 09:07 PM | Show all posts
Friday February 15, 2008
Thousands protest against Philippines' Arroyo
By Manny Mogato


MANILA (Reuters) - Thousands of people rallied in Manila on Fridaycalling for the resignation of Philippine President Gloria MacapagalArroyo over a corruption scandal.

Filephoto of Philippine President Gloria Macapagal Arroyo attends aninterview with Reuters at the Malacanang presidential place in ManilaFebruary 14, 2008. (REUTERS/Darren Whiteside)

Police said around 10,000 people, mainly left-wing activists, students and religious groups, had taken to the streets.

The protests, sparked by a Senate inquiry into government kickbacksin a telecom deal, were the biggest since tens of thousands of peopledemonstrated against Arroyo in 2005 amid allegations she cheated inelections the previous year..

"We are outraged by the reports of corruption and greed ingovernment," said Maita Gomez, an activist who said she was wearing redbecause it was the colour of anger.

Religious leaders sang songs and read prayers from a stage set up atthe front of the rally and people waved posters with the words "OutGloria". Some wore badges that read, "Moderate Your Greed".

Office workers in high-rise buildings threw confetti on the crowds below.
But analysts said the absence of high profile politicians from thedemonstration showed the political elite did not believe Arroyo, whohas survived three impeachment bids and at least three coup plots,could be pushed out.

"It appears it's only the activist left that came out in fullforce," said Benito Lim, a professor of political science at theUniversity of the Philippines.

"If the opposition cannot even come together, how can they bring down Gloria?"

In an interview with Reuters earlier this week, Arroyo said shewould complete her final term and in a briefing with investors onFriday, she assured them that the latest allegations were part of thetypical political rough-and-tumble.

"These types of charges have regularly emerged even in previousadministrations, as part of our less than impressive politicalculture," said the former economist, whose final term runs out in 2010.

The Senate inquiry has heard renewed allegations that the country'sformer election chief demanded $130 million to broker a $329 milliondeal with China's ZTE to build a broadband network for governmentagencies. The deal was scrapped last year.
MERRY-GO-ROUND

But political analysts say the president's position appears safe dueto support from the military and the lower house of Congress and theapathy of many Filipinos, who are sick of the political merry-go-roundin Manila.

Arroyo herself took over after former President Joseph Estrada wasousted following street protests seven years ago. He was laterconvicted of plunder, but Arroyo granted him a pardon last year.

The latest scandal has, however, unsettled some investors. ThePhilippine stock index bucked the regional uptrend on Thursday andcontinued to fall on Friday, finishing down 0.9 percent.

The government rejected all bids for 4-year Treasury bonds earlierthis week after the renewed controversy encouraged banks to demand ahigher rate of return.

The Philippines is currently on an economic roll, with growth at a31-year high and the budget deficit at a 10-year low, and Arroyo saidthe momentum would be sustained despite a slowdown in the United Statesthrough accelerated infrastructure spending.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 05:07 AM | Show all posts
Filipina kini dalam 慿ekalutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 06:22 AM | Show all posts
Arroyo terus didesak letak jawatan

MANILA 17 Feb. - Lebih 50 bekas pegawai tinggi kerajaan Filipina termasuk seorang bekas Gabenor Bank Pusat hari ini menggesa Presiden Gloria Macapagal Arroyo meletak jawatan berikutan skandal rasuah melibatkan wang berjuta-juta dolar.

Desakan itu disuarakan dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh mereka, termasuk lima bekas Setiausaha Kewangan.

"Kami menggesa semua yang terlibat dalam salah tadbir ini, dengan strukturnya yang menggalakkan kejahatan dan tamak haloba tidak terbatas, sudah tiba masanya untuk mereka berundur," tegas kenyataan itu.

Siasatan Senat mengenai rasuah bernilai AS$130 juta (RM416 juta) dalam kontrak telekomunikasi dengan syarikat China, ZTE Corp., membangkitkan semula desakan supaya Arroyo meletak jawatan.

Pembangkang merancang protes antikerajaan minggu depan dan pada 25 Februari iaitu hari ulang tahun penggulingan bekas Presiden, Ferdinand Marcos.

Bekas Presiden yang juga ikon demokrasi, Corazon Aquino menyertai kira-kira 25,000 orang dalam satu upacara sembahyang di Manila hari ini untuk memberi penghormatan kepada Rodolfo Lozada, bekas pegawai yang memberi keterangan dalam siasatan Senat tersebut.

Keterangan Lozada itu telah mendorong penentang Arroyo untuk bangkit semula melancarkan protes.

"Saya mahu kita semua rakyat Filipina bersatu semula kerana jika kita boleh bersatu padu, kita akan menyaksikan masa depan yang cerah untuk negara ini," kata Aquino.

Arroyo terselamat daripada tiga percubaan untuk mendakwanya di Kongres dan daripada sekurang-kurangnya tiga cubaan rampasan kuasa sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2001.

Penganalisis politik menyatakan beliau dijangka dapat meneruskan perkhidmatan sehingga penggalnya berakhir pada 2010 kerana beliau mendapat sokongan tentera dan Dewan Rendah Kongres.

Namun dakwaan rasuah terbaru itu telah membangkitkan kemarahan rakyat daripada golongan menengah yang keluar beramai-ramai hari ini selepas menjauhi protes sebelum ini.

Kelmarin, kira-kira 10,000 orang berhimpun di kawasan kewangan Manila untuk menuntut peletakan jawatan Arroyo.

Perhimpunan itu adalah yang terbesar sejak puluhan ribu melancarkan protes anti-Arroyo pada 2005 dengan dakwaan beliau menang pilihan raya Presiden 2004 menerusi penipuan.

Pembangkang berharap protes terbaru itu akan menarik semakin banyak sokongan.

- Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 10:25 PM | Show all posts
3,000 kecam kerajaan Arroyo

Rahib, paderi, Corazon Aquino ketuai demonstrasi bantah skandal rasuah

MANILA: Beribu-ribu penunjuk perasaan semalam berhimpun dalam satu acara yang diketuai kumpulan Roman Katholik dan pemimpin prodemokrasi untuk menunjukkan sokongan terhadap seorang saksi dalam skandal rasuah yang melanda kerajaan Filipina.

Dengan diketuai rahib, paderi dan ikon prodemokrasi serta bekas Presiden Corazon Aquino, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan di Universiti Manila Katholik mengkritik skandal rasuah dalam kerajaan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Perhimpunan terbabit diadakan beberapa blok dari sebuah makam Katholik yang juga menjadi tempat dua lagi kebangkitan kuasa rakyat sebelum ini yang pernah menggulingkan dua presiden. Tetapi pihak polis memberi amaran menyuraikan tunjuk perasaan berhampiran kawasan bersejarah itu.

Pihak penganjur berkata, perhimpunan itu ditujukan kepada Rodolfo 'Jun' Lozada Jr., seorang perunding kerajaan yang secara umumnya mendedahkan skandal rasuah besar dalam kontrak jalur lebar kerajaan berjumlah AS$330 juta (RM1.08 bilion) yang sedang dalam siasatan Senat.

Lozada yang disembunyikan dalam sebuah rumah muncul dan mendapat tepukan gemuruh.

Lozada mendakwa bekas ketua suruhanjaya pilihan raya menuntut balasan daripada gergasi telekomunikasi China, ZTE Corp untuk mendapatkan kontrak jalur lebar berkenaan yang kemudian dibatalkan kerajaan berikutan pendedahan skandal itu.

Beliau juga mendakwa suami Arroyo terbabit dalam rundingan di sebalik tabir berhubung kontrak berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 07:30 PM | Show all posts

former philippines pres Aquino is suffering colon cancer

Monday March 24, 2008 Philippines' Aquino, democracy icon, has cancer
By Raju Gopalakrishnan


MANILA (Reuters) - Corazon Aquino of the Philippines, whose conquest of one of the 20th century's most corrupt dictators made her an icon of democracy across the world, is suffering from colon cancer, her family said on Monday.

Former Philippine President Corazon Aquino speaks in Manila in this December 17, 2006 file photo. Aquino, whose conquest of one of the 20th century's most corrupt dictators made her an icon of democracy across the world, is suffering from colon cancer, her family said on Monday. (REUTERS/Cheryl Ravelo/Files)
The 75-year-old was diagnosed with the disease just two weeks ago, her daughter Kris said in an emotional address on national television.

Aquino, known as Cory to millions of Filipinos, was president from 1986 to 1992. But she is remembered, more than two decades after the fact, as the slim woman in yellow who led the "People Power" revolution that toppled dictator Ferdinand Marcos.

The tumultuous events of those weeks in 1986, which culminated when up to 1 million people waving rosaries and flowers stopped tanks advancing towards Aquino-backed army rebels, became a fairy-tale revolution that gripped the world.

When a bewildered Marcos and his wife Imelda fled the nation, it set a stirring precedent for dissidents everywhere, from South Africa to South America to Pakistan. Aquino was hailed as a modern-day Joan of Arc.

But she was a reluctant leader at the start, shedding the housewife's apron only after her husband Benigno was assassinated at Manila's international airport on his return from exile in the United States.

Inevitably, her presidency was less successful than the revolution, with a series of coup attempts by the military keeping the administration hamstrung. Aquino was much lauded for her courage, but rarely seemed to be able to get on top of ruling the country.

"I have not always won but ... I never shirked a fight," she said in 1992 before handing power over to her successor, Fidel Ramos.

But she did oversee the writing of a new constitution, which among other things limited a president's time in office to one six-year term.

DEVOUT CATHOLIC

Born on January 25, 1933 into one of the country's richest families, the Cojuangcos, Aquino grew up in a world of wealth and politics, being the daughter of a three-time congressman.

She married one of the country's most promising politicians and they had four daughters and a son before he was thrown into prison by Marcos. He was released into exile in the United States in 1980 but was murdered on his return three years later.

Accusing Marcos of ordering the murder, Aquino led protest marches, but was hesitant when snap elections were called in 1986.
"What on earth do I know about being president?" she said before taking up the challenge to run against Marcos.
The spectre of army intervention haunted her entire rule. Natural disasters, including Mount Pinatubo's huge volcanic eruption in 1991, severely battered the economy.

A devout Catholic, she often turned to her faith to steer her through difficult times.

"There was never any moment that I doubted God would help ... If it was time to die, so be it," she said when rebel mortars pounded the presidential palace in 1987.

Aquino seems frail now, but is still game for a fight when she thinks it necessary. She brought half a million people onto the street in the early 1990s when her successor Ramos flirted with the idea of trying to extend his term in office.

She was involved in the protests that brought an end to the presidency of Joseph Estrada in 2001, and has supported the campaign to remove current President Gloria Macapagal Arroyo.

Last month, she addressed tens of thousands of people demanding Arroyo quit over charges of corruption.
"I thought my work was done because I am already old," Aquino said, speaking from a makeshift stage in front of a statue of her husband in Manila's Makati financial district.

"But this is what the times ask for, for us to unite so that the deceit will end and we will find out the truth."



pedih pedih.. kalu dah tua nanti mati sbb kena cancer.. tapi tu la..  tak leh nak predict sapa kena kanser ni ek..  pres tak pres pun.. kalu tuhan kata kun... fayakun ler  jawabnya...  aku simpati ler pada dia ...sbb aku ingat lagi dia yang jatuhkan estrada yang banyak rasuah tu... aku ingat masa sekolah dulu baca tentang laki dia benigno yg kena assassinated masa kat airport masa baru aje balik ke manila dari exile.... almost mcm kes benazir pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2008 06:58 AM | Show all posts
cian gak tp nak wat cam ner
tp kalau dia dpt survive lama ok ler tuh
at least dia dpt melawan penyakit tuh

rasanyer corazon nie presiden yg paling ok
rasa2 nyer la cuz masa corazon memerintah philippines
negara diorg x byk masalah sgt compare zaman estrada n aroyo macapagal tuh


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:30 PM | Show all posts
kesian eh...
org nih kena cancer in the butt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 12:24 AM | Show all posts

Kanak-kanak jalanan Filipina

Oleh Jason Gutierrez

Jabatan Kebajikan Masyarakat menganggarkan lebih 222,000 kanak-kanak hidup di jalanan di 65 bandar di seluruh Filipina.


BUTCH NERJA (kiri) turut melawat sekumpulan kanak-kanak terbiar di sebuah pasar di Manila.

Seorang 'lulusan' universiti yang hidup dalam keadaan sukar, Butch Nerja menjejak jalan-jalan di Manila untuk mencari kanak-kanak yang sama ada diabaikan oleh keluarga masing-masing atau tinggal dengan keluarga yang hidup berpindah randah seperti kaum nomad.

Bekas anak jalanan, pengedar dan penagih dadah ini menawarkan perkhidmatan kaunseling serta jalinan persahabatan kepada anak-anak malang tersebut. Semuanya dengan harapan dapat memujuk mereka agar berpindah ke rumah-rumah perlindungan yang dikendalikan oleh organisasi swasta yang mampu menawarkan peluang hidup yang lebih baik.

Pada satu hari yang panas, Nerja berjalan di jalan-jalan yang dipenuhi sampah di Divisoria, Manila iaitu sebuah daerah perniagaan yang sibuk untuk melihat keadaan 'anak-anaknya'.

Dia baru sahaja menerima berita kurang senang bahawa sebahagian kanak-kanak jalanan yang cuba dibantunya kembali tinggal di lorong-lorong gelap dan berbahaya. Di sana, mereka terdedah kepada masalah penagihan dadah dan penderaan.

"Kita perlu memeriksa keseluruhan kawasan ini," kata Nerja sambil menghala ke sebatang jalan berhampiran saliran yang tersumbat dengan sampah sarap. Saliran air itu sebenarnya menjadi tempat mandi bagi kanak-kanak terbiar atau mereka yang tinggal bersama keluarga di jalanan.

Ketawa kecilnya tidak menampakkan beban yang ditanggung daripada kerjaya unik ini. Ramai daripada ratusan kanak-kanak jalanan ini terlalu mentah untuk menjaga diri sendiri. Tanpa wang, mereka terpaksa mengemis atau mencuri untuk terus hidup.

Ada di antara mereka hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika. Tidak diketahui apakah takdir mereka. Sementara nama dan wajah mereka hanya dimemorikan di dalam buku log peribadi Nerja.

Seorang kanak-kanak lelaki tidak berbaju yang masih khayal selepas menghidu gam memandang dengan wajah ragu. Tetapi matanya membulat selepas mengenali Nerja menerusi rambutnya yang tidak terjaga, baju berwarna gelap dan seluar oren terang yang sering dipakainya.

"Tatay (ayah) Butch datang," jerit budak itu. Dalam beberapa minit sahaja, sekumpulan kanak-kanak dengan tubuh berpalit kekotoran dan busuk keluar dari bawah jambatan. Mereka tidur di tepi-tepi tebing yang hanya beberapa inci daripada saliran kotor itu.

Budak itu memberitahu namanya ialah Francis. Nerja memanggilnya sebagai penjaga jambatan dan bertanggungjawab mengetuai sekumpulan kanak-kanak mengutip sampah yang boleh dikitar semula untuk mendapatkan wang.

Nerja memegang dan membawanya ke satu sudut, menasihatkan Francis supaya menjauhi dadah dan kembali ke rumah perlindungan untuk kanak-kanak terbiar.

"Saya akan kembali dengan membawa makanan," kata Nerja sambil berjalan untuk memeriksa sekumpulan remaja lain yang tidur di kaki lima bersebelahan bangunan terbiar.

Kanak-kanak yang 'dijaga' Nerja adalah antara lebih 222,000 kanak-kanak yang dianggarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hidup di jalanan di hampir 65 bandar di seluruh Filipina.

Kira-kira 70,000 orang dipercayai berada di Manila, sama ada berseorangan atau tinggal dengan keluarga yang berpindah randah.

Menurut Nerja, bilangan ini mungkin jauh lebih tinggi berikutan semakin banyak keluarga dari kawasan pedalaman datang ke Manila dengan harapan mendapat kehidupan lebih baik, sebaliknya mereka tidak berumah. Dalam banyak kes, ibu bapa berpisah dan meninggalkan anak mereka terkontang-kanting.

"Kanak-kanak ini sangat terdedah dengan persekitaran mereka. Ada yang menagih dadah. Saya cuba membina hubungan baik dan meyakinkan mereka agar meninggalkan jalan ini dan pergi ke rumah-rumah perlindungan," kata Nerja.

Berperwatakan ceria dan bijak, Nerja, 45, merupakan bekas anak jalanan dan memperoleh bermacam-macam pengalaman buruk di sebalik bandar besar Manila yang menempatkan lebih 12 juta penduduk.


BUTCH NERJA (kiri) bertanya khabar seorang kanak-kanak jalanan di Manila.

Dia tidak pernah kenal ibu bapanya. Pernah berada di bawah jagaan saudara mara, tetapi dia melarikan diri pada sekitar tahun 1970-an.

Akhirnya, dia menjadi seorang ketua kepada sekumpulan budak lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pelancong. Mereka semua terlibat dengan dadah dan menjadi penunggu setia hotel-hotel sekitar kawasan pelacuran di Manila.

"Saya tidak s**a dimanjakan oleh saudara mara. Mereka selalu mahu semua perkara berstruktur dan berperaturan. Saya mahukan kebebasan dan s**a tinggal di jalanan. Saya banyak berjalan, berjumpa dengan golongan paedophiles dan kemudiannya menjadi bapa ayam. Budak-budak baru berada di bawah perlindungan saya," katanya.

Apabila duit semakin kering, Nerja membawa gengnya ke taman-taman untuk menyelongkar sampah. Dia akhirnya berjumpa dengan pekerja-pekerja sosiol yang meyakinkannya untuk masuk ke rumah perlindungan. Kemudian, seorang paderi mengambilnya sebagai pembantu peribadi dan menjadi kawan baiknya.

"Dia merupakan hidup yang sangat sukar. Saya sampai ke satu tahap di mana saya mahu mencari makna dunia ini. Pada awalnya, saya tidak mahu pergi ke rumah perlindungan, namun saya bersyukur dengan jalan yang dipilih," katanya.

Dia menghadiri kelas khas yang melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di kolej. Bagaimanapun, dia berhenti dan berkahwin muda, sebelum kembali ke jalanan selaku 'pembimbing' bagi pihak Child Hope Asia.

"Saya cuba membimbing kanak-kanak ini. Banyak cerita sedih boleh didengar, tetapi ada juga kisah-kisah kejayaan," katanya sambil menambah ada seorang kanak-kanak yang dibantunya akan menamatkan pengajian dari sebuah universiti eksklusif.

"Saya tidak mahu apa-apa ganjaran. Saya hanya dengar cerita dan cuba membimbing mereka. Dahulu, saya terpaksa menjaga diri sendiri, tiada siapa yang membantu.

"Saya bekas anak jalanan dan tahu apa rasanya hidup di sini. Saya selalu melanggar undang-undang, menjadi pengedar dan penagih dadah. Tetapi sekarang, saya kembali untuk membantu mereka," kata Nerja.

Bapa kepada tiga orang anak ini tinggal di sebuah rumah yang selesa berhampiran Chinatown di Manila. Dia cukup dihormati walaupun kawasan ini sering berlaku jenayah. Ini kerana Nerja selalu menawarkan nasihat, bantuan ketika pengkebumian dan yuran pendidikan dengan cara mendapatkan sumbangan.


KANAK-KANAK jalanan berehat dan tidur di tepi jalan dekat pasar Divisoria.

Apa yang paling sukar buatnya ialah untuk meyakinkan kanak-kanak ini agar meninggalkan jalanan yang dianggap mereka sebagai sebuah padang permainan yang besar dan mereka bebas melangkaui undang-undang.

"Ramai yang hanya tinggal beberapa hari di rumah perlindungan sebelum lari kerana dipujuk oleh kawan-kawan dan pengaruh dadah. Ada yang kemudiannya berjumpa saya, pada masa itulah anda tahu bahawa mereka mahu kembali ke pangkal jalan. Kanak-kanak biasanya akan berada di jalanan dalam tempoh yang lama.

"Apa yang penting ialah kanak-kanak ini tahu saya ada untuk membantu dan mereka menyedarinya," katanya ketika mengedarkan gula-gula kepada kanak-kanak yang mengerumuninya.

Seorang gadis yang agak gempal tersenyum malu memegang tangan Nerja dan meletakkan di dahinya, sebagai satu tanda hormat dalam negara yang berpegang kepada kepercayaan Roman Katolik ini. Gadis itu pernah berada di bawah jagaan Nerja dan kini sudah berkeluarga.

Di satu tempat lain, Nerja terjumpa dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang memakai baju besar. Matanya kosong dan pipinya cengkung kerana kelaparan, sambil menyelongkar timbunan sampah berhampiran.

"Tatay Butch, tolong bawa saya ke rumah perlindungan sekarang. Saya tidak lagi menagih dadah dan saya janji jadi baik," rayunya. Nerja memeluknya.


Nerja berjanji untuk berjumpa semula dengan kanak-kanak itu yang memberitahu dia tidak ingat nama ibu bapanya dan dari mana dia datang. - AFP

Kredit to : Kosmo! 18 June, 2008

***Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..moga-moga keadaan begini tidak akan terjadi pada anak cucu kita.. ***

[ Last edited by  redbun at 27-6-2008 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:28 AM | Show all posts
setahu aku kat negara ni la penggunaan bahasa inggeris sejak dari tadika lagi...bukti bahawa mereka lebih 'maju' dari kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:34 AM | Show all posts
tak tau nak kata la myohmy.. tapi saya memang rasa sangat sedih bila baca rencana diatas.. saya termenung sejenak.. dan saya terfikir apakah nasib anak cucu saya nanti.. adakah akan lebih baik.. atau yang bagaimana..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:35 AM | Show all posts
patutlah pun miskin, diorang tu kan kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:36 AM | Show all posts
kalo dah kita nampak apa yg diorg lalu skrg xkan la kita nak lalu jalan yg sama...sah2 kantoi gak nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2008 08:32 AM | Show all posts

arroyo paling tak popular!!

Arroyo paling tak popular

MANILA: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo, adalah pemimpin paling tidak popular di negaranya sejak pemerintahan demokrasi dikembalikan pada 1986, kata undian awam berhubung pemimpin negara itu semalam.

Agensi Social Weather Stations (SWS) berkata dalam kenyataan, Arroyo mencatat kedudukan kepuasan bersih negatif 38 dalam undian minggu terakhir Jun lalu.

Ia berkata hanya 22 peratus daripada 1,200 responden berpuas hati dengan prestasi Arroyo sementara 60 peratus mengatakan mereka tidak berpuas hati.

Serge Remonde, jurucakap istana Presiden berkata, kedudukan rendah Presiden dijangka berikutan kenaikan harga beras dan minyak di mana rakyat menyalahkan pentadbirannya. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 09:25 AM | Show all posts


kalu kat Malaysia siapa ek?

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

tapi paklah suka dia per... asal bergambar, mesti nak berkepit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2008 04:33 PM | Show all posts
betul ke pak lah suka arroyo?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by Idelgo at 20-7-2008 04:33 PM

betul ke pak lah suka arroyo?


check thread gambar kat CI, yg zam & geng bukak tuh... ada rasanya dalam thread lama tuh, gambar paklah asek nak ngendeng kat arroyo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 01:33 PM | Show all posts
Tentera Manila pertahan pengeboman di Mindanao


DIRAWAT: Gambar diedarkan MILF menunjukkan seorang mangsa kanak-kanak yang cedera akibat pengeboman pesawat tentera kerajaan di selatan Filipina.

Wanita hamil, lima kanak-kanak terkorban dalam serangan

MANILA: Panglima tentera udara Filipina semalam dengan tegas mempertahankan tindakan juruterbang yang melancarkan roket ke arah pemisah Islam dalam serangan yang turut mengorbankan seorang wanita hamil dan lima kanak-kanak.

Kerajaan melancarkan siasatan berhubung kematian itu dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa turut diminta mengadakan siasatan.


Serangan roket di kawasan Liguasan di kepulauan Mindanao pada Isnin lalu 'wajar' kerana pesawat itu ditembak oleh pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kata Leftenan Jeneral Cadungog kepada wartawan.

Selain wanita hamil dan kanak-kanak, tentera berkata 16 pemisah MILF turut terbunuh apabila pesawat itu menyerang 10 bot yang dikatakan dipenuhi pejuang MILF.

Cadungog berkata, juruterbang tidak melanggar sebarang peraturan perang 'kerana sudah disahkan mereka ditembak.'

"Mereka ditembak, jadi apa yang akan anda lakukan? Peraturan perang membolehkan anda menyerang balas," katanya sambil menambah: "Saat-saat tanpa membuat keputusan turut boleh membunuh anda."

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bebas berkata, ia mengumpul bukti untuk memastikan sama ada peraturan dilanggar dalam kejadian itu. � AFP





kesian aku tgk budak tu... yg jadi mangsa bila perang2 ni  budak2 ler...  worang besaq dok nak bunuh ke hulu bunuh ke hiliq... tu ajer keja !! cissssss :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 02:14 PM | Show all posts
Filipina, MILF digesa segera sambung rundingan

MANILA 16 Sept. - Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) segera menyambung semula rundingan damai ketika pertempuran makin meningkat di selatan negara ini.

EU dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini juga melahirkan kebimbangan tentang bilangan penduduk awam yang semakin banyak terkorban dan terpaksa melarikan, dan "mengutuk pembunuhan sewenang-wenangnya penduduk awam."

"EU menegaskan konflik di Mindanao hanya boleh diselesaikan menerusi dialog dan menggesa semua pihak mengawal diri dan menghormati kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Ia menggesa kerajaan Filipina dan MILF "yang masing-masing telah banyak melaburkan masa dan tenaga dalam proses damai supaya bersetuju untuk kembali ke meja rundingan dalam tempoh terdekat bagi mencapai penyelesaian yang berpanjangan terhadap konflik itu."

EU juga menyatakan kebimbangan militia awam yang diberi senjata oleh kerajaan turut terjerumus dalam keganasan dan meningkatkan risiko meletusnya konflik bersenjata antara penduduk Islam dengan Kristian.

Kesatuan itu mengulangi kesediaan untuk terus membantu masyarakat di Mindanao tetapi memberi amaran, "kejayaan program pembangunannya mungkin terancam jika keganasan terus berlaku."

Keganasan tercetus awal bulan lepas apabila tiga komander MILF mengetuai serangan ke atas kampung-kampung penduduk Kristian.

Serangan itu dilancarkan selepas Mahkamah Agung memerintahkan kerajaan supaya tidak menandatangani perjanjian damai yang sudah dipersetujui dengan MILF.

Angka kematian orang awam meningkat kepada 68 orang, selepas tentera melancarkan operasi untuk memburu tiga komander berkenaan.

- AP



yikesssss tarak habis habis milf kat filipina nih.....!!  cisss :@
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.582073 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list