CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4654|Reply: 2

dilema atlet wanita kenya

[Copy link]
Post time 16-2-2008 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Dilema atlet wanita  Kenya

Di sebalik kejayaan Kenya dalam temasya sukan dunia, terdapatkemelut yang menjadi barah dan cukup sinonim bagi sebuah negara miskin.



JANETH JEPKOSGEI mengungguli  acara 1500m dalam  
Liga Emas IAAF di Zurich, Switzerland pada tahun lalu.


KURANG pendidikan, pegawai lelaki yang miang dan pandangan tradisimengenai perkahwinan masih menjadi penghalang utama untuk wanita Kenyamempunyai impian menjadi atlet yang berjaya.

Itu pendapat yang diluahkan bekas atlet wanita pertama negara ituyang berjaya menjejakkan kaki ke temasya sukan terbesar dunia, sukanOlimpik, Lydia Stephens-Okech.

Stephens-Okech mahu wanita lebih banyak melibatkan diri dalampentadbiran sukan untuk memberi peluang atlet wanita muda Kenya meraihkejayaan di Olimpik.

Meskipun negara itu terkenal dengan atlet yang terlibat dalam sukanlarian, tetapi tiada wanita Kenya yang pernah memenangi pingat emas diOlimpik.

Atlet lelaki Kenya pula pernah mengungguli 17 pingat emas, semuanyadalam acara larian kecuali satu dalam acara padang manakala wanita pulasehingga kini hanya memenangi tiga pingat perak dan satu gangsa.

"Beberapa masalah yang kami hadapi masih menghalang atlet wanita Kenya meraih kejayaan yang lebih baik.

"Justeru, kami harus memikirkan cara terbaik untuk membantu mereka,"kata Stephens-Okech yang merupakan salah seorang daripada tiga atletwanita apabila Kenya mempunyai wakil buat kali pertama dalam skuadOlimpik 1968 di Mexico.

"Ibu bapa harus mendidik anak mereka. Kebanyakan mereka hanya mahukan anak perempuan berkahwin dan mempunyai menantu.

"Ini seperti sumpahan dan menjadi bahan hinaan masyarakat jika salahseorang anak perempuan mereka tidak berkahwin," ujarnya lagi.


LYDIA STEPHENS OKECH (kanan) dananak perempuannya,
Yvonne menunjukkan trofi yang dimenanginya dalamacara
olahraga di rumahnya di Nairobi, Kenya.


Menurut Stephens-Okech, wanita seharusnya tidak takut untuk menceburi bidang sukan kerana ia bukannya satu perkara yang teruk.

"Namun mentaliti masyarakat terhadap fungsi wanita dalam kehidupanmenyebabkan mereka terhalang untuk melakukan sesuatu yang diimpikan.Harus diingat, selepas berkahwin, walaupun sehebat mana dia berlari,mereka tetap dianggap seorang isteri dan ibu," ujarnya.

Stephens-Okech yang terpilih bersama Tecla Chemabwai dan Elizabeth Chesire di Mexico menambah:
"Jika gadis itu popular, setiap orang mula memikirkan tentangdirinya dan meluahkan rasa cinta. Namun, kerana begitu naif, merekaakan mudah masuk ke dalam perangkap lelaki miang ini.

"Pegawai sukan lelaki biasanya akan membawa mereka ke hotel.Disebabkan kurang pendedahan, mereka melihat bekalan elektrik dan airyang ada buat kali pertama sebagai satu nikmat yang tidak terhingga.

"Oleh itu, mereka akan berfikir seperti berada di puncak dunia.Inilah kelemahan mereka yang menghalang peluang untuk berjaya diOlimpik."

Justeru, Stephens-Okech berkata, pendidikan merupakan perkara palingpenting untuk memberi kuasa kepada wanita sekali gus mencadangkan atletberbakat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh pada usia muda.

"Kenal pasti bakat mereka di usia muda dan letakkan mereka disekolah berasrama di mana mereka boleh menjalani latihan sepenuh masa.Ini akan membawa banyak kebaikan untuk mereka," jelasnya.

Selain itu, Stephens-Okech juga mahukan wanita terlibat dalam bidang pentadbiran sukan untuk membantu mencapai matlamat ini.

Contoh model yang boleh dijadikan ikutan termasuklah dirinya, Chemabwai dan juara dunia 800 meter, Janeth Jepkosgei.
Pada sukan Olimpik 1968, Stephens-Okech yang berusia 22 tahun ketikaitu merupakan pencabar utama untuk meraih pingat dalam acara 100m dan200m. Tetapi dia terjatuh di saat-saat akhir ketika perlumbaanpertamanya.

Chemabwai tersingkir daripada perlumbaan 200m dan 400m manakalaChesire yang beraksi dalam acara 800m tidak berjaya meraih tigakedudukan teratas.

Stephens-Okech yang merupakan pemegang rekod dalam acara 100m dibenua Afrika berkata, masalah yang dihadapi atlet wanita menjadi puncadia bersara awal daripada bidang sukan.

"Terdapat gangguan seksual ke atas atlet wanita. Saya juga pernahmengalaminya di mana seorang pegawai lelaki mengajak saya ke bilikhotelnya sewaktu sesi latihan.

"Di samping itu, kami tidak mempunyai trek yang bagus untukmenjalani latihan dan tidak pernah diberi elaun yang ditetapkansebanyak 0.98 sen pada waktu itu.

"Malah adakalanya belanja perjalanan dan perubatan kami juga tidakdibayar," ujarnya dalam nada kecewa, selain berharap masa depan atletwanita di Kenya tidak berkubur begitu saja. - Reuters


CATHERINE NDEREBA mengibarkanbendera Kenya
selepas memenangi acara maraton di Kejohanan Atlet
DuniaIAAF ke-11 di Osaka, Jepun pada September 2007.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 05:52 AM | Show all posts
bawak org kenya ni jadi warganegara malaysia...memang banyak lah emas msia dpt..

nak harapkan atlet malaysia...hampehhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 06:30 AM | Show all posts

Reply #2 ~boolean's post

Aku rasa tu good suggestion.  Kalu boleh jadikan Rexy PR sbb coach pemain adminton, mesti boleh cuba dapatkan kenyan ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064104 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list