CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2652|Reply: 1

kosovo merdeka dari serbia 17/2

 Close [Copy link]
Post time 17-2-2008 04:44 AM | Show all posts |Read mode
Kosovo isytihar kemerdekaan

PRISTINA - Perdana Menteri Hashim Thaci semalam mengesahkan Kosovo akan mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia hari ini selepas beberapa ketika mengelak untuk menyentuh perkara berkenaan.

"Esok (hari ini) akan menjadi hari ketenangan, persefahaman dan pelaksanaan terhadap kehendak rakyat Kosovo," katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin agama.

Desas desus berhubung perisytiharan itu sudah lama tersebar tetapi pengumuman Hashim itu merupakan pengesahan yang sudah lama dinanti-nantikan.

Beliau menyeru rakyat Kosovo untuk meraikan hari bersejarah itu dengan bermaruah.

Berikutan itu, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan penghantaran 2,000 anggota polis dan petugas kehakiman.

Misi pemantauan itu diluluskan secara rasmi pada pukul 7 pagi waktu Malaysia semalam selepas ia mendapat kelulusan kesemua 27 negara anggota EU.

"Majlis EU membuat keputusan untuk melancarkan peraturan dan undang-undang EU di Kosovo," kata EU dalam satu kenyataan.

Operasi Eropah di Kosovo akan berada di wilayah itu selama 120 jari dan ia diketuai oleh Pieter Feith sebagai pentadbir EU.

Serbia yang disokong Rusia menyatakan perisytiharan itu tidak sah walaupun ia disokong Amerika Syarikat (AS) dan EU. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 07:11 AM | Show all posts
Sila ambil perhatian.

Ini bukan board copy & paste. Semua thread perlu ada komen dari pembuka thread. Jika thread hanya ada keratan news -- ianya akan di tutup terus!

Thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.196806 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list