CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9210|Reply: 50

hadis...............

[Copy link]
Post time 18-2-2008 10:19 AM | Show all posts |Read mode
salamualaikum

hadis.... mana dikatakan hadis yg paling utama.... sahih atau riwayat??? kebnyakan yg kiter dgar hadis riwayat tp jarang skali hadis sahih.... adakah dlm hadis sahih xder tulis perkataan tersebut.... or situasi tersebut??/ sy masih x faham dlm contek pemilihan hdis ni......
nak tnya soaln yg lain lupa plak..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 10:34 AM | Show all posts
Ahli Sunnah Wal Jamaah melihat dari segi kesahihannya. Kalau berdasarkan dari kitab sunan sittah maka ia boleh diterima.
Wahabi pulak melihat dari segi periwayatannya dan justeru banyak hadis telah didaifkan oleh mereka sebab terdapat periwayatnya yang diragukan.
Syiah pula melihat kedua-duanya sekali dan tidak boleh bertentangan dengan al-quran dan akal fikiran.
Tariqat pula boleh mengamalkan hadis-hadis daif asalkan ia hanya berkisar Fadhail-amal saja seperti Jemaat Tabligh lakukan.
Golongan anti Hadis pula mengatakan bahawa yang dikatakan hadis ialah al-quran itu sendiri.

Macam-macam ada... dan yang penting berani ker untuk belajar mengetahui perbezaan pandangan ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #2 Gravedigger's post

heheh berani...
skrang tngah nak mengenal hadis.. blajar hadis n al-quran.....
oh.... tp misalnyer syiah yg mengamalkan nikah mutaah... dlm sahih muslim ada menyebut pasal nikah mutaah ni pernah berlaku.... dan nabi pernah menghalalkan seketika.. tu pun sebelum mekah ditawan.... dan diamalkan selama 3 hari shj.. dan hadis selepas itu terus melarang mengamalkannya sehingga kini... so naper syiah masih mengamalkan sehingga kini....??
bab zikir kuat pas semayang... dlm hadis sahih muslim ada mengatakan boleh... cos tuk menyatakan perbezaan antara waktu semasa solat dan selepas solat.... yakini.... dh tahu bahawasa solat telah selesai.....
dan pembacaan doa semasa iktidal pun ada.... yang nabi amalkan tp x tetap dan pelbagai doa... bukan sekadar..." samiallah huliman hamidah.. rob bana lakal hamd...." so adakah sebab ini qunut boleh diamalkan???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 10:52 AM | Show all posts
salam

macam macam gak ya umat muhammad ni
lagi terrer lagi dari umat sebelumnya

dan kalau yg paling baik
belajarlah sunnah dan amalkannya
walaupun sedikit tapi berterusan, itu adalah lebih baik
dan tingkatkannya dari masa ke semasa

contohnya: sebarkan SALAM, senyum selalu, sabar, tenang
mendirikan solat,keluarkan zakat
berbuat baik
kan semua tu adalah SUNNAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #4 orangbesi's post

wsalam.............

  insya allah... tq... pepun.. kene gak belajar.... bukan sekadar jd pengikut shj..tp biarlah pemikir.... dan dlm al-quran pun ada menyatakan.... ".....sesungguhnya mereka itu tidak memikirkannya............ "
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:53 PM | Show all posts

Reply #5 anonymous's post

yang lebih baik
pemikir yang berfikir berdasar panduan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #3 anonymous's post

terer gak adikku yg sorg nih....

proud of u bro...     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 05:08 PM | Show all posts

Reply #6 OrangKertas's post

tp kalo x silap ader gak hadis sahih bertetangan ngan hdis riwayat.... tp contoh x ingat cos x hafal sgt perngkelasan hadis ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #7 sexyzangel's post

uishh........ smpai kesini gak dier tahu.................
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 05:38 PM | Show all posts
salam

iye tak ye
tak menerima pelajaran kecuali orang yang berakal
dan
berfikir seketika lebih afdhal dr ibadah setahun

bijak  bijak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 07:10 PM | Show all posts
nak cerita pasal hadis kena tau maksud nya dahulu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 07:23 PM | Show all posts
Ta'rif Hadis Nabi dan Hadis Qudsi.

Hadis Nabi...
Hadis nabi ialah berita-berita sabda Nabi s.a.w, perbutannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Bagnda mengetahuinya, juga berita sifat tubuh badan dan keperibadiannya yang mulia...

Hadis Qudsi
hadis qudsi ialah berita2 firman tuhan yang disampaikan erti maksudnya oleh rasulullah dengan susun kata baginda sendiri.
dengan ta'rif ini nyatalah perbezaan diantara hadis qudsi dengan alquran al karim, kerana alquran ialah kalam allah taala dan lafaznya dan susun katanya diturunkan dengan rasulullah s.a.w serta diperintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia....

Tiap2 hadis ada "sanadnya".
oleh sebab antara masa sahabat-sahabat Nabi dan masa pengumpulan hadis2 diselangi oleh beberapa lapisan manusia maka tiap2 hadis yang dikumpulkan itu tak dapat tidak ada sanadnya yang tertentu.

sanad ialah sisilah (pertalian) yang terdiri dari beberapa orang rawi, satu demi satu mulai dari guru bagi seseorang pengumpul hadis hingga kepada sahabat yang menerima sendiri hadis itu daripada rasulullah s.a.w
dengan memandang kepada keadaan sanad dan juga kepada keadaan tiap-tiap seorang rawi maka terbahagilah hadis kepada beberapa bahagian.

Bahagian Hadis

Hadis mutawatir,
Hadis-hadis sahih , Hassan dan Dha'if...

sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by donbotak at 18-2-2008 07:23 PM
Ta'rif Hadis Nabi dan Hadis Qudsi.

Hadis Nabi...
Hadis nabi ialah berita-berita sabda Nabi s.a.w, perbutannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Bagnda mengetahuinya, juga berita sifat tubuh badan dan keperibadiannya yang mulia...


Hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah Salallahu3laihiwasallam... samada perbuatan, percakapan, sifat dan taqrir(persetujuan baginda)...

*taqrir merujuk kepada perbuatan yang tidak diamalkan oleh nabi tetapi baginda bersetuju/membenarkan ia dilakukan oleh para sahabat...

[ Last edited by  anak_pejuang at 18-2-2008 09:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:12 PM | Show all posts
hadis pertama yang diriwayatkan oleh nabi adalah mengenai dengan niat...

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: 揝egala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:12 PM | Show all posts
HADIS TERAKHIR RASULULLAH

Dari Abi Najh Al Irbad bin Sariah r.a katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesan.

Rasulullah bersabda: 揂KU BERWASIAT (BERPESAN) KEPADA KAMU DENGAN BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN MENDENGARKAN SERTA TA扐T, SEKALIPUN KEPADA SEORANG HAMBA YANG MEMERINTAH KAMU. KERANA SESUNGGUHNYA BARANG SIAPA YANG HIDUP DARIPADA KAMU, MAKA IA AKAN MELIHAT PERSELISIHAN YANG BANYAK. SEBAB ITU, MAKA HENDAKLAH KAMU BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH AL-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN (YANG MENGETAHUI KEBENARAN SERTA MENGIKUTINYA, YANG MENDAPAT PIMPINAN KE JALAN YANG BETUL) DAN GIGITLAH KAMU DENGAN GERAHAM GIGI KAMU.

DAN JAUHI OLEH KAMU AKAN PERKARA YANG BAHARU DIADA-ADAKAN. KERANA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP BID扐H (PERKARA YANG BARU DIADA-ADAKAN) ITU ADALAH SESAT.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:15 PM | Show all posts
Hadis Mutawatir
Mutawatir dari segi bahasa bermaksud berturut-turut. Dari segi istilah, Hadis Mutawatir bermaksud, hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w oleh ramai perawi sama ada di kalangan sahabat, tabiin, tabi' tabiin atau selepas itu. Sehinggakan mustahil pada adatnya kita boleh menutuh kesemua mereka berbohong. Contoh Hadis Mutawatir ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di dalam api neraka."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 09:16 PM | Show all posts
Hadis Ahad
Ahad dari segi bahasa bermaksud satu. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak mencapai darjat Hadis Mutawatir. Kebanyakan hadis yang sampai kepada kita termasuk Hadis Ahad. Ia boleh jadi sahih, hasan ataupun daif. Jika bermartabat sahih atau hasan, ia menjadi hujah dalam syarak. Jika sebaliknya, ia tidak boleh dijadikan pegangan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:17 PM | Show all posts
Hadis Hasan
Hasan dari segi bahasa bermaksud hadis yang baik. Dari segi istilah pula, hadis yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kurang sedikit daya ingatannya berbanding perawi hadis sahih, daripada mula sanad sehingga akhir, tidak ganjil dan tidak ada kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:21 PM | Show all posts
Hadis Daif
Daif dari segi bahasa, lemah atau sesuatu yang berlawanan dengan kuat. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak sampai kepada martabat hasan kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Hadis Maudhu' (Palsu)
Hadis Mudhu' atau hadis palsu ialah sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Sedangkan hakikatnya baginda tidak ada kaitan dengan semua itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 09:47 PM | Show all posts
tq  anak_pejuang atas penerangan yang ringkas dan padat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073702 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list