CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 3

ketua uskup canterbury cadang undang2 syariah kat britain

[Copy link]
Post time 9-2-2008 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Uskup Canterbury syor undang-undang syariah di Britain

LONDON 8 Feb. - Ketua Uskup Canterbury, Rowan Williams semalam meminta kerajaan membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah secara terhad di Britain demi kebaikan penduduk Islam.

Cadangan yang dianggap luar biasa daripada seorang pemimpin tinggi gereja itu jika diterima, akan memberi ruang kepada penduduk Islam Britain menyelesaikan pertikaian perkahwinan dan harta mengikut undang-undang Islam dan tidak melalui mahkamah-mahkamah sivil Britain.

Williams dalam temu ramah radio Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, pelaksanaan undang-undang itu boleh membantu membaiki masalah sosiol.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan undang-undang Islam merupakan suatu yang "tidak boleh dielak."

"Beberapa peruntukan dalam syariah sudah diiktiraf dalam masyarakat kita dan diterima di sisi undang-undang, jadi kita bukan membawa perkara asing dan bertentangan dengan sistem," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap kepada Perdana Menteri Gordon Brown menolak cadangan Williams itu.

"Perdana Menteri percaya undang-undang Britain perlu dilaksana di negara ini berdasarkan nilai Britain," tegas Michael Ellam.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Ramadhan, Mohammed Shafiq berkata, pelaksanaan undang-undang itu akan mengurangkan ketegangan masyarakat.

"Ia akan menjadikan orang Islam berbangga menjadi rakyat Britain dan yakin negara ini menghormati kepercayaan mereka," katanya.

Britain telah membenarkan penganut Yahudi Orthodok menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang tradisional Yahudi.

- AP



Aku setuju undang2 tu yg terhad kepada orang islam di sana saje.tapi almaklum negara kapir mana nak terima undang2 camtu, sbg contoh lelaki patut dibenarkan berpoligami krn dalam islam boleh, tapi di larang sbb undang2 kat britain tak benarkan;   kalu depa boleh terima undang2 jewish orthodox apalah salahnya terima undang2 syariah, ek lagipun terhad dan utk segelintir umat islam aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam saja... bukannya untuk orang putih pun...

Kalau penganut Yahudi Orthodok dibenarkan menggunakan undang-undang tradisional Yahudi, kenapa orang Islam tak dibenarkan menggunakan undang-undang syariah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 03:02 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 9-2-2008 08:22 AM
Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam saja... bukannya untuk orang putih pun...

Kalau penganut Yahudi Orthodok dibenarkan menggunakan undang-undang tradisional Yahudi, kenapa orang Isl ...


Aku setuju dgn apa yg ko tulis tu.. aku rasa patutnya pm britain tu reconsider  tak da salahnya benarkan undang2 syariah pada muslim yang seciput aje tu kat UK..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 09:19 AM | Show all posts
Syariah bantu aspek perundangan: Paderi

   
               

     Rowan Williams

                  
Ketua gereja England perjelas   sokongan undang-undang Islam

LONDON:Ketua paderi Canterbury menjelaskan bahawa beliau tidak pernahmencadangkan agar undang-undang Islam dikuatkuasakan di Britain,sebaliknya menegaskan beberapa garis panduan agama berkenaan dapatdisesuaikan dengan mudah dalam sistem perundangan British sedia ada.

Pemimpin paling kanan Gereja England, Rowan William dalam satutemu ramah yang disiarkan Khamis lalu berkata, beberapa aspek dalamgaris panduan Islam boleh dilaksanakan dalam sistem perundangan Britishdan bersetuju dengan hakikat bahawa perkara ini memang tidak dapatdielakkan.
        
    Williams mengaku wujudnya bantahan hebat mediadan orang ramai tetap menegaskan dalam pesanan di laman webnya, beliautidak pernah berniat untuk mencadangkan sistem perundangan Islamdikuatkuasakan di Britain.

Beliau berkata, tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapaisu membabitkan hak kumpulan agama di dalam negara sekular danmenggunakan undang-undang Syariah sebagai contoh.

Kenyataan Williams menimbulkan kemarahan media Britain yangmenganggap beliau menyokong undang-undang Syariah, sebaliknya disambutbaik umat Islam di negara itu.

Ahlipolitik dan pengamal undang-undang Britain mengecam kenyataan William,manakala sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambar mereka yang dihukumpancung dan mangsa yang maut akibat pengeboman bunuh diri.

Dalam ruangan pojok, akhbar The Sun menyifatkan Williamsebagai 慳ncaman berbahaya kepada negara kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.343232 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list