CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11552|Reply: 79

Kisah awek selalu diburu orang.. minta tolong...

[Copy link]
Post time 1-3-2008 04:46 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum semua. ape kabar. harap sihat2 ye.

straight to the point, aku nak mintak pandangan forumer semua ttg kes aku. mungkin tak seberapa, tapi rasanya pandangan dan nasihat anda semua boleh aku jadikan panduan..

kisahnya, aku n awek aku ni dh kapel dekat setahun lebih, dan insya allah akan bertunang pada akhir tahun nih. kalau rezeki murah, lepas tu boleh kawin terus dlm masa 6 bulan lepas tunang. kami mmg sgt komited.

yg menjadi masalahnya, kebanyakkannya bukanlah dtg drpd kami berdua. tapi orang ketiga. awek aku bekerja dengan salah sebuah kementerian di putrajaya, dan aku pula bisnes sendiri. apa yang memeningkan kepala aku, boleh dikatakan banyak kali lelaki2 di kementerian yang cuba cucuk jarum terhadap awek aku especially yg jadi bos kepada dia.. aku dah nasihat awek aku jgn layan, memang dia tak layan sangat, tapi dia tak boleh tak layan langsung. ini kerana, kalau dia buat begitu, pekerjaan dia tergugat.

satu ketika dulu, ada sorang bos nih (umur dah 40-50an gitu) yang ada buat sikit sexual harrasment (minor-pgg tangan scr tiba2). aku memang marah sangat masa tu sampaikan aku forbid dia berhubung. tapi nak buat camne, kata satu bangunan. kerja pon related. although bos dia tu dah minta maaf, aku masih terase tak puas hati sbb sbg lelaki, aku tau tektik keji lelaki. mellow down sekarang, kemudian slow2 masuk. hapuskan diri aku dlm hati dia. aku dah nasihat dan beritahu apa yang aku fikir kat awek aku secara elok, tapi awek aku ni naif. dia kata tak ada apa2 lah. jangan risau. aku tak risau dia, aku risau orang yang persistent spt bos dia!

maka bermulalah episod ketidakpercayaan aku pada awek aku bab boss die. bab lain aku mmg boleh tolerate. tapi boss dia, aku susah nak terima. aku tak marah, tapi aku tertekan. kenapa? sbb, boss dia rajin call. kadang2 time kami keluar berdua, boss dia call, tanye kabar lah ape lah walhal di ofis leh jumpa. kadang2 aku keluar dengan family aku bersama awek aku skali (ya, awek aku mmg dah rapat dengan keluarga aku), dia call. aku malu bila ada lelaki lain call awek aku mcm aku tak wujud kat situ. akhirnya aku bertegas soh awek aku limitkan kepada sms saja... n soh bos dia stop calling2 mcm tu. hanya hal penting.

kemudian utk menambah lagi keperitan aku, boss die slalu kasi pinjam kete(konon2 soh jage kalu die gi outstation)... kendian mintak amikkan anak dia (lupe nak cakap, duda) kat sekolah, kemudian malam2 ajak main badminton. Kasi laptop. Henfon. haih.. yang terbaru, bos awek aku sewakan satu rumah di putrajaya, orang lain semua kena bayar, awek aku dia suruh duduk free je. aku taknak kasi, tapi.... financial dia pun bukanlah kukuh sangat utk menolak tawaran duduk free camtu.

tp syukurlah bos dia kena pindah gi sarawak akhirnya. masih, aku check henfon awek aku, dh jarang dah call. n kalau sms, yang penting2 saja (sbb bos dia orang tua malas sket nak sms.. bila boleh sms je, die pon slow lah). tak perlu aku cerita pasal rakan sekerja dia, walaupun ada attempt, sbbkan level sama, maka kalu bohlayan pon pekerjaan tak tergugat. semuanya niat sama: nak kawan, nak kawan, pastu mintak jd teman. hampeh sungguh. mcm takde orang lain.

baru aku nak bertenang sikit... awek aku kena pindah gi sabak bernam. di bawah pimpinan seorang bos baru. muda dan belum kawin (tapi dah bertunang dan akan berkahwin). aku tak syak apa-apa pun. sampailah aku bace sms drpd bos baru dia ni... aih! boleh tahan gatal. mula2 tanya pasal kerja, pastu tanya pasal dah ada spesel ke pastu macam2lah lagi. mcm biasa, awek aku mmg boleh buat bohlayan, tp ini akan membuatkan suasana kerja keruh nnt esp kat sabak bernam tu kawasan pekerjanya tak ramai, boleh bilang dengan jari.

terus aku pesan awek aku, aku tak suka dia sms dengan bos baru dia camtu, dan nak taknak dia kena tak layan sms yg personal sangat tu. tp awek aku ni degil. mungkin sbb dia naif. dia layan mcm seorang kawan, masalahnya lelaki nih (aku lelaki tapi aku boleh ckp camni) mana ada nak kawan je kalu dah bersms gitu. awek aku sangkal-sesangkalnya pandangan aku kata tak ada apa2. aku risau pasal dia jauh drpd aku... dengan sbb ini, aku ckp kat awek aku, kalu ada orang ngorat dan kacau, terus bagitau... supaya aku tak berburuk sangka. supaya aku tau condition dia camne. aku bukan jenis pemarah.

hari ni, aku serkap jarang awek aku dlm sms, tanya takde ke orang ngorat ke ape? dia kata dia dah bagitau bos baru dia kawan saja no heart feeling. aku tanya kenapa dia sampai ckp camtu kat bos baru? rupanya 2 hari lepas bos baru dia baru je confess... nak ajak bercouple.... tgk tu! tepat sekali jangkaan aku. padahal nak kawin dah tuh, sempat lagi nk pasang satu lagi! mmg awek aku senyap lah sbb aku predict btul (aku yakin prediction aku betul sbb aku nampak patern bos2 di kementerian nih). sekarang, awek aku kate, suasana kerja dah tak mcm dulu. furthermore, kerja tiba2 jadi banyak. seolah2 nak revenge. aku sakit sangat hati la camni. dan aku paling tak paham, kenapa awek aku lambat bgtau....

so aku nk tanye pada semua, apa patut aku buat? kene sit down dan explain betul2 dengan awek aku ke? kalau kene sitdown, apa aku nak ckp lagi? kena jumpa bos baru dia ke utk kasi situasi clear (nampak mcm takleh terima kene reject tuh)? camne aku nk buat supaya awek aku paham yang lelaki nih nak berkawan ada gayanya, silap haribulan semua nak masuk jarum?

aku trust awek aku... tp aku tau, kalau dah berjauhan mcm sekarang, ada anasir luar, tambah tektik keji (spt kasi rumah dsb tu atau tambah workload supaya tak tahan lalu dekatkan diri), mmg boleh berubah. sebelum itu terjadi, aku nak prevent.

info tambahan: awek aku nk sambung belajar (full-time atau separuh masa), tapi tak dibagi oleh bos baru dia sbb alasan takde orang nk buat kerja. gile ke ape? kalu nk belajar, kena berhenti kerja. korang tau lah kerja gomen nih kalu berhenti, susah nk masuk balik, padahal ada je skim bekerja sambil belajar.

apa aku nk buat~~~? tak tenang sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 05:00 AM | Show all posts

Reply #1 bird77's post

aku trust awek aku... tp aku tau, kalau dah berjauhan mcm sekarang, ada anasir luar, tambah tektik keji (spt kasi rumah dsb tu atau tambah workload supaya tak tahan lalu dekatkan diri), mmg boleh berubah.



ni tak jadi problem kat ko la sbb ko dah kata ko trust dia..     kalu ko takut dia berubah maknanya tak trust ler tu.. dan sampai bila2 pun akan jadi masalah pada ko..  sampai kawen pun akan jadi tak tenang... sendiri kena tau ler  boleh trust ke tidak.. ko yg kenal dia   ko kena tau ler
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 05:03 AM | Show all posts

Reply #1 bird77's post

waalaikummussalam.. aku sihat aje... harap ko pun sihat gak  .. yg aku tulis kat post 2 tu  pandangan aku aje.. jgn lak ko terasa hati bro...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 05:31 AM | Show all posts
pada pendapat aku lak..
aper kata kau amik awek kau keje ngan kau..
kau kan bisnes..
senang sikit nak jaga dier..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2008 05:44 AM | Show all posts

Reply #2 amazed's post

tak terasa hati.. aku terima sume pandangan je. tak semestinya pandangan yg memihak pada aku je.

aku bukan ape, awek aku jenis cepat termakan budi dan cepat cuak bila orang tak berkawan. walaupun kadang2 sang lelaki tu bukannya nak berkawan sangat pon, lebih kepada agenda lain. dlu b4 kapel, aku dan member2 (campur laki n pompuan yg prihatin) selamatkan dia daripada di'kerja'kan sorang mamat ni yang slaluu sangat bagi n buat mcm2 sampai dia rasa takut nak menolak apa2. mujur niat sebenar mamat tu kitorang dpt tau. drpd situ, aku tau awek aku mmg boleh trust, tapi dia sangat vulnerable dengan term 'kawan' pasal bagi dia kawan tu sangat2 precious dan tak pernah nampak hal sebenar.

mmg leh trust tp kalau dia kena paksa camna? nampak tak apa kerisauan aku? mungkin ramai yg kata KALAU dan aku mungkin cuak lebih, tp menda2 camni aku sangat peka....

thx bro sbb reply. hehehe.

[ Last edited by  bird77 at 1-3-2008 05:48 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2008 05:46 AM | Show all posts

Reply #4 EAStudent's post

huhuhu, mmg ade aku n awek aku buat bisnes.. tp bisnes pon biasa2 je lagi. belum boom lagi. lagipun ayah awek aku tak kasi berhenti kerja gomen... dan yg tu aku kene respeklah kan.

die bebas utk pilih karier hidup dia camne.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2008 06:13 AM | Show all posts
aku paham prob kau..
satu jer ar cara kau nak atasi masalah ni..
bukan tambahkan kepercayaan..
just lebih prihatin..
maksud aku kau kena ar awasi gerak geri dier macam yang kau lakukan sebelum ni..
cumer akan sampai satu tahap dier akan bosan..
so kau pandai pandai ar..
everytime kau halang dier..
kau jelaskan ar pada dier..
yang kau sayang kat dier..
xnak ni tu terjadi kat dier..
dier akan paham..
soal keraguan kau tue..
cara terbaik yer lah dekati awek kau betul betul..

yang tentang mudah terpengaruh n melayan tue..
kau kena bimbing dier betul betul beb..
hilangkan sifat tue dari dier..
explain kat dier betul betul..
n kau jadikan diri kau contoh pada dier..
jangan kau pun melayan pempuan lain sudah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 06:23 AM | Show all posts

Reply #1 bird77's post

Hmm... Kalau aku kat tempat ko, aku pun marah...
yela... bakal jadi tunang ko.. pastu bakal jadi isteri ko...
Dia sibuk layan laki lain, apsal? betul x?

Aku rasakan... Ko dh buat apa yg patut... & apa yg ko buat tu dh betul...
Soalnya skrg nih, kenapa awek ko tu tak terus terang dari awal je pd semua kwn2 dia yg dia dh berpunya?

Lps tu, kenapa awek ko 'gatal' pi layan sms / call bos dier?
itu yang tak masuk akalnya... tak kan dia x phm?
Tak kan dia tak sedar yang dia tu dh berpunya?
Dia patutnya boleh fikirlah semua tu...

memang betul la ckp ko, awek ko tu naif la...
Ko bincang la dgn dia elok2 psl ape yg aku sebut td tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 07:43 AM | Show all posts

Reply #5 bird77's post

bro  berapa umur awek ko?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:45 AM | Show all posts

Reply #8 ijad_adiputera's post

baru awek aje  adi .. bukannya tunang dan ada apa2 ikatan..  birdy kena bagi awek tu buat pilihan ..  birdy cuma boleh beritahu apa perasaan ttg perkara ni  tapi end of the day  budak pompuan tu punya decision..    cam aku kata  kalu tak ada  trust  no business in the first place  nak ada serious relationship dgn anybody..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:09 AM | Show all posts
Adoi, geramnya aku dengar. Hampir sama dengan kes aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2008 02:46 PM | Show all posts
tq eastudent n ijad adiputera.

bro amazed, umur dia 23, umur aku 27.

decision dia mmg nak stick dengan aku. tp dilema tempat kerja ni yang buat aku sakit hati. nak kerja pon susah. dia diploma, gaji gomen tak tinggi. bila jadi keadaan mcm sekarang, nak sambung belajar pon susah. padahal kalu dia sambung belajar degree, lagi senang hidup dia. tapi kena tekan camtu, ape kes kan?

bro ijad, die dah terus terang kat depa nih, tapi kalu sms n call datang bertalu2... payah juga kalu buat tak layan terus. seolah2 lelaki2 ni dismiss aku, dengan memegang prinsip 'dah kawin pon boleh cerai, apatah lagi yg belum kahwin'. aku just nk buatkan awek aku aware dengan realiti jer. bukan tak kasi berkawan, dia ramai gak kawan laki, dan aku pon bagi jer.. ade kawan laki dia yang aku kenal. aku leh kenal yg mana nak kawan n yang mana yg nak cucuk. Dan yg nak cucuk tu boleh kate hampir semua datang drpd tempat kerja dia...

ada satu time dulu, dia kena keje jadi seketari bos dia yang lain di HQ (bukan bos duda atau bos baru). bos nih takde masalah sangat, cuma bidang seketari bukan bidang dia. bidang awek aku adalah pegawai. seketari lama kene turun pangkat. tak pasal2 orang herdik2. padahal dia takleh tolak. niat bos satu je, pasal ada seketari muda yang lawa. bila bawak jumpa meeting ngan dato, sedap mata memandang kununnya. nonsense. tak taulah kalu bos yg ini pon ada hati gak... wallahualam.

kendian, kene tukar2 kerja.. semua bos (ade dept lain kadang2) pakat rebut nak amik dia. so kat sini, aku nk nasihat awek aku soh firm sket, jgn jadi bola. jgn bila boss2 baik n kawan ngan kita, bila soh keje bwh dia, kene turut. buat decision tepat2. nak sambung belajar ke, nk keja bawah sapa ke. Tapi dia tak berani nak cakap... aku pon tatau perangai bos2 dia yang lain tu cmne.. so apa yg aku boleh buat, cuma mintak awek aku tegas je la..

kalu kes camni boleh report sama sexual harassment tak kat kementerian? kes personal call n sms sampai kadang2 annoying tp takleh nak lari sangat sbbkan takut kerjaya kena tarik..

juwaini.... mmg geram doh....

p/s: ni aku masuk forum cari pakai account awek aku huhuhu. tak kisahlah kalu dia baca pon, at least dia leh bace pendapat orang lain gak. kalu aku salah, korang bagitaulah, supaya aku sedar aku salah. aku leh terima. aku cuma nak second opinion.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #12 bird77's post

bro..  awek ko muda lagi, ko pun muda gak.. ko tok sah jadikan benda2 camni mcm satu masalah besar bro..  bukan aku nak remeh temehkan masalah ko...  hendak seribu daya... benar2 nak stick  ada pendirian.. kalu setakat  org sms apa semua  dah nak menggelabah.. dan belum ada apa2 ikatan semua..  camana nak ada stronger relationship bro..   ko kena ada self confident  dan pendirian  and the same goes for awek ko...

pada aku kalu both ada trust.. perkara2 yg setakat sms semua boleh tackle dgn realistically..  juga sekali lagi aku nasihatkan ko...  take a close look how important this relationship is to you....  and how important iti s for your awek..  pada aku..ini semua memainkan peranan penting gak  bro..   

lastly aku harap ko kena ingat... ko tak ada apa2 ikatan lagi..setakat bf gf aku tak panggil ni apa2 lagi.. selagi hanya kata2  ucapan love sayang cinta jiwa raga.. tak ada apa2 until ko buktikan dgn action ko...

how important masalah ni bro? maksud aku level important tu..  adakah masalah ni buat ko tak tido lena  ganggu hidup ko.. dan ko rasa selagi tak ada solution hidup ko susah ke...  think of that too bro..   kalu ko rasa  perkara ni boleh selesai dgn cara diplomasi..teruskan..    aku wish ko the best...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 04:06 PM | Show all posts
trust tu penting dan ko pun kene awasi awek ko gak.
sbb awek ko ni mesti tak sampai hati nak berkeras sbb org tu bos dia, tp ko kene berterus terang ape yg akan terjadi dan pe taktik laki tu..sbb ko pun laki, sbb kkdg perempuan naif, tak tau pe muslihat, nampak baik je..

dan ajar dia supaya bertegas untuk keharmonian hubungan korg berdua...
tegur dia elok2 dan ckpla ni sume sbb ko syg dia dan tak nak dipermainkan oleh lelaki lain kat luar tuh..

aku penah gak dinasihati supaya tak chatting dgn lelaki sbb dia takut aku dipermainkan oleh lelaki. memula aku marah dan gaduh gak la pasal ni. sbb aku kawan je.. tak lebih2 pun.aku pun tak layan kalo yg ntah pape.. sekarang bile dia dh takde, baru aku faham...  aku rase bersalah glak sbb dia buat sume ni untuk kebahagiaan aku sbb dia sedar yg aku dn dia tak mungkin bersama, tapi dia still nasihat aku untuk cari laki yg baik dr dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 04:15 PM | Show all posts
Kena kawen la...

baru org tak kaco...

Cuma sekarang ni korang dua sanggup ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 05:56 PM | Show all posts
pada In, kalo awak dah trust dgn dia dan dia sendiri jujur janganlah risau sangat...

In pun setuju dengan abg agul.. percepatkan perkahwinan... ini saja jalan yg dapat merungkai sebahagian yg ada tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 07:48 PM | Show all posts
Sy lihat terdapat kekurangan dan kelemahan yg nyata pada pihak perempuan . Tak perlulah saya uraikan kat sni . Banyak dan tersangat banyak . Manusia memang susah nak mengakui kelemahan diri sendiri , klu nak berubah tu insyaAllah , Alhamdulliah .

Sy rasa baik bro suruh awek bro itu tukar no. henpon yg baru dan jgn bagi no baru tu pada kawan lelaki baik perempuan dan makcik2 di tempat kerja tersebut . Pelik la , takde reason yg kuat nak bagi no henpon semata-mata ada urusan kerja kat pejabat , lagi2 perempuan (awek bro lah) pula tu , dah la tak terlibat dgn bhg marketing atau jualan dsgnya . Kat tempat kerja ni boleh gunakan telefon pejabat untuk komunikasi antara kawan sekerja dan bos2 . Tak perlu sama sekali guna henpon . Apa benda la yg urgent sangat kerja kat gomen tu sampai nak guna henpon antara bos dan pekerja ? Klu ada kerja , notice la awal2 , boleh notice kat kawan dia yg duk kat sebelah meja misalnya suruh pesan . Guna la telefon pejabat itu secara efisyen dan berhemah . Leh tampalkan memo pad kad screen pc klu dia tak ada kat tempat duduknya dsgnya .

klu kita yg bagi ruang untuk orang hubungi kita yer , memang la masalah tak akan selesai sama sekali . Lelaki ni macam2 jenis , Sy tak percaya sama sekali lelaki tu klu setakat nak call guna no henpon untuk urusan pejabat , apa ? tak boleh guna telefon pejabat ker ? susah sangat ker nak guna telefon pejabat ?  Lelaki klu berkawan dgn perempuan dan nak call or sms , tak kan la tak ada maksud yg lain ??? Nama pun dah lelaki kan ???

Katakan dah tukar no henpon tu , delete number2 kawan opis dan number2 bos tu . Nnti klu ada no. yg yg tak di kenali call or sms , jgn jawab waktu tu juga , ambil masa , biarkan 1/2 jam atau 1 jam atau lebih untuk tengok sms tersebut . Klu ada call jgn jawab or reply langsung , stop! tht it! , jgn bagi ruang org call henpon tersebut . Apa kawan opis & bos tak boleh guna telefon pejabat untuk urusan pejabat ker ? Come on , profesional lah skit buat kerja .

Henpon tu jadikan untuk kegunaan peribadi shj . Vibrate & silent kan henpon tersebut . Klu kawan2 rapat/sekolah yg memang sedia kenal atau yg kita tahu hatibudi dia boleh la jawab . Kawan2 perempuan kat opis dan makcik2 yg dah kawen kat opis dan lelaki2 dan bos pun tak boleh percaya sangat . Manusia ni macam2 jenis , beware sebelum terkena .

Klu awek ko sanggup tukar no henpon dan lambat2 kan reply sms untuk panggilan dari opis , sy rasa awek ko memang boleh berubah . Klu tidak bro , harap ko mengerti sendiri la , yer .

Client opis saya , jawatan boss lagi kat jabatan kerajaan , dia tak pakai henpon pun . Kami sebagai kontractor dan ada urusan dgn beliau tak ada masalah pun nak contact dia , klu tak dapat contact boleh pesan kat org2 yg kat pejabat dia , ambil nama org yg kita bagi pesanan tersebut , nanti senang nak merujuk kepada boss tu tadi , sekian org sekian , sy dah tinggalkan pesan untuk Boss department tu tadi .

Jgn bagi ruang kepada org lain untuk hubungi awek bro itu tadi , malu la semata-mata urusan kerja nak call guna henpon , kerja gomen , duit rakyat tu , amanah rakyat . Bukan la nak mengongkong awek bro tersebut , tapi itulah kenyataannya , klu kita bagi ruang pada org untuk call & sms guna henpon peribadi , memang sendiri cari masalah la yer .

Just pandangan dari sy , harap tak terkasar bahasa , maaf dipohan .
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:01 PM | Show all posts
Edit.. /tambahan/ralat/.
*Klu org tu call guna telefon pejabat or guna henpon peribadi* sama jer kaedahnya . Jgn bagi ruang org kat pejabat call ke henpon peribadi awek untuk urusan kerja2 pejabat . Klu nak call , suruh call extension pejabat tempat duduk tu . Pesan kat kawan2 sebelah , or bagi notice awal untuk kerja2 urgent , atau tampalkan memo pad kecil kat screen pc , klu awek tu tak ada kat tempat duduk dia . Lambat2 kan baca / reply sms dari no. kawan pejabat pr boss2 pejabat ke henpon peribadi . Urusan pejabat perlu melalui telefon pejabat , bukannya personnel henpon , klu offer dpt offer henpon pejabat , tolak jgn ambil , bagi la reason apa pon .
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:31 AM | Show all posts

Reply #1 bird77's post

salah awek ko jugak..
suka melayan sgt..
cuba kalau dia tak layan,dorg pun boring..lama2 stop la gangguan tu..
cara nak atasinya,
ko kahwin ngan dia cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:35 AM | Show all posts
awek ko ni mesti cun kan
awek cun ni mmg susah nak jaga wpun bangga dapat awek cun ni..
sib baik aku tak cun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080927 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list