CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rhoyo

OBE/Astral Projection atau Roh Keluar Dari Badan

[Copy link]
Post time 2-5-2013 07:50 PM | Show all posts
Salah satu pengalaman yang saya lalui ketika mengalami keadaan melayang jatuh dari tempat tinggi ni 3 tahun yang lalu, masa tu memang dah lama start keep record tentang pengalaman OBE nie, so saya pendekkan citer, sebaik merasa badan melayang ke bawah saya terus niatkan untuk bertahan supaya tidak terlelap, biasanya sebelum nie, mase blum tau apa2 tentang OBE, saya terkejut jer dan terus terbangun..tapi pengalaman mengajar saya untuk mengetahui situasi mana yang boleh atau tidak boleh digunakan untuk melakukan OBE, time melayang kat bawah nie, saya tak rasa takut pun, cuma saya berfikir, "bukankah saya sekarang melayang kat dalam perut bumi?" saya ader juga terfikir , "ah, nie tingkat rendah nie," dalam masa yang sama , saya risau sebab saya memang x pernah intend nak pegi lower dimensions..then, saya melayang dan terus melayang ke bawah dengan kelajuan yang x dapat saya bayangkan, ....dalam 30 saat begitu, saya nampak nun jauh kat bawah satu pemandangan permukaan bumi hijau yang semakin jelas kelihatan...semakin lama semakin dekat dan kelajuan juga semakin perlahan, saya menjejak kan kaki perlahan-lahan ke rumput yang menghijau......wah....alangkah terpesonanya saya melihat pemandangan di sini....tempat saya mendarat tu kat atas bukit yang tinggi, xder pohon2 yang tinggi, semua rendang dan yang paling cantik sekali ialah pemandangan di bawah bukit nie....bukit nie cuma satu, dan di sekelilingnya umpama taman bunga-bungaan tercantik yang x berpenghujung...sbenarnya kat atas bukit nie pun rata, dan dipenuhi dengan bunga bunga yang saya x pernah nampak...semua berkilau-kilau, so, saya x buat apa-apa melainkan tercengang dengan keindahan tempat ini....lepas tu, saya berfikir.."aper maksudnya saya sampai ke sini ye?".. saya langsung no idea nak buat apa...tapi at the same time, saya bergerak perlahan untuk mengekalkan fokus saya di tempat ini, supaya x cepat "terbangun"..then saya teringat apa yang pernah saya tanya kat forum orang putih, ..panggil guardian, atau pun penjaga..memandangkan x sorang pun makhluk di tempat ini, cuma saya sendiri, saya cuba memanggil...."kalau kau ada di sini, muncullah sekarang!", ...namun, sepi, x jawapan..sekali lagi saya panggil.."hey guardian, boleh x perlihatkan dirimu?".....xder juga...try lagi dengan cara bercakap dalam hati....xder jugak...pastu saya duduk lah..sambil memikirkan "mungkin saya ni memang x perlukan guardian.."., pastu saya melangkah beberapa kali ke satu sudut dan .....zzzuup!...saya perlahan2 membuka kelopak mata...dan trus bangun buat journal.....rasa fresh sangat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 11:27 PM | Show all posts
OK ini, salah satu pengalaman Lucid Dream zaman kanak-kanak semasa di bangku sekolah rendah lagi yang masih saya ingat sampai sekarang..

Malam tu saya tertidur nyenyak sebab banyak bermain dengan kawan2 semasa waktu petang..
dalam mimpi tu saya sedang bermain bola sepak dengan kawan2 di padang sekolah...tiba2 saya seperti tersedar dalam mimpi tu...eh?saya mimpi la.., sambil tersenyum kat tepi padang dalam mimpi tu...pastu datang idea dalam fikiran saya tuk test sesuatu, saya pungut beberapa kertas yang terhambur kat tepi koridor skolah, kemudian masuk ke dalam kelas, dan mencari meja saya...saya letakkan kesemua kertas tu di dalam laci meja tu...sambil tu saya terfikir..."sok nanti p skolah, baru check balik.."..dan kemudian saya tersedar...pastu terlelap lagi...
Besoknya tu..awal pagi lagi saya dah lari pegi skolah, lagipun skolah saya ni dekat jer..dalam 800 meter dari umah jer..hari tu sebenarnya hari Ibu dan Bapa dan Penyampaian Hadiah, tu lah sbab nak cepat sampai skolah takut orang dah selongkar meja saya....sampai jer di kelas, saya terus pegi ke meja saya...trus check kat laci..."eh..kosong?'..saya terdiam sejenak, pastu kuar pegi jumpa ngan kawan2 yang baru sampai skolah..so, biasalah budak-budak, saya dah x kisah lagi slepas tu...
p/s: kadang2 bila mengingat kembali lucid dream zaman kanak-kanak nie, saya akan terfikir, mungkin itu lah sebabnya kenapa saya tiba2 berminat untuk belajar OBE ni... Last edited by olyd88 on 2-5-2013 11:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:39 AM | Show all posts
olyd88 posted on 2-5-2013 06:48 PM
saya dulu pun slalu gitu, cuma skg ni jer mmg jarang dah berlaku keadaan yang jatuh dari tempa ...

yekew....
mcm de jodoh pulak..
kikikikikikik
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 04:39 PM | Show all posts
tak tau apa yg pernah sy alami nih kategori obe or mengigau jerr sbb tdo tak basuh kaki  ...

dedulu masa zaman single mingle sy selalu alami pengalaman tdo yg sungguh tak best nih ... apa yg tak bestnya? sy akan terjaga waktu tdo, badan kaku, struggle nak bernafas (rasa cam bleh mati jer klu tak usaha keluar drp keadaan tu ) & yg plg tak bestnya sy dpt tgk keadaan sekeliling, rasa takut nak tgk sbb dpt rasa 'surrounding' tu sgt berbeza walaupun berada di tempat yg sama ... perasaan cam klu aku tgk lama2 nih cam bleh nampak mende yg bukan2 jerr .. jd sy memilih utk tak nak tgk & fokus utk sedarkan diri sendiri ...

sy notice mender nih mudah berlaku klu sy tdo terlentang ... klu tdo mengiring cam jarang2 jer jd ... jd dedulu sy sgt phobia klu tdo terlentang ... mender nih hilang terus bila sy kawin .. lps drp tu langsung tak pernah alami lg sampai skrg ... adakah ini 1 penyakit utk bersomi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 06:27 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 3-5-2013 10:39 AM
yekew....
mcm de jodoh pulak..
kikikikikikik


adoyai...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 08:48 PM | Show all posts
msrosse posted on 3-5-2013 04:39 PM
tak tau apa yg pernah sy alami nih kategori obe or mengigau jerr sbb tdo tak basuh kaki  ...

d ...

Tu namanya "sleep paralysis"

Kalau dalam rata-rata masyarakat di malaysia, kita semua pasti pernah mendengar orang menyebut "ketindihan" kan?..saya sendiri pun pernah juga, bukan sekali jer malah dah x terkira kalau sejak dari kecil lah...tapi masyarakat selalu menakut-nakutkan kita bahawa ketindihan itu berpunca daripada jin dan sebagainya...mungkin ada sesetengah kes yang melibatkan jin yang mengganggu tetapi kalau dilihat dari hubungan minda sedar/bawah sedar dan badan fizikal, perkara seperti jelmaan jin atau lembaga hitam yang menindih itu cumalah halusinasi sahaja...tambahan pula kalau kita baru belajar tentang OBE nie, perasaan takut tu harus dibuang sepenuhnya...
Mengenai hal setelah bersuami x pernah dah alami begini....pada pendapat saya itu adalah normal sebab apabila seseorang mengalami perubahan  dari segi cara berfikir, tingkah laku, kegiatan harian dsb..ia akan memberi pengaruh secara tidak langsung pada minda bawah sedar untuk tidak "menjalankan" program/aktiviti lama...kamu selalu jer ader aktiviti kan? maksud saya..masa lapang tu x pernah kosong...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 02:39 PM | Show all posts

KAEDAH SENANG UNTUK MELAKUKAN OBE


aku tertarik nak share pasal OBE/Astral projection nie daripada 1 buku yg aku baca. buat bro @olyd88 , bro memang bertuah pasal diberi kelebihan dlm OBE ni. x semua orang boleh dpt control dengan senang mcm yang bro lakukan.


mcm mane kalau aku ckp OBE nie x payah buat sorang2?

bole jd group activity.

daripada layan bnda2 khurafat mcm spirit of the coin ke apa2 ke, baik layan nie. hehehehe.


apa yang bro katakan dalam nie telah disahkan oleh penulis buku tersebut(saya jumpa dengan penulis buku tersebut baru terjumpa thread nie). menurut penulis tersebut, OBE nie cara kita nak gunakan our subconcious mind. dengan kata lain menggunakan hampir keseluruhan otak. benda nie menguatkan lagi pendapat aku yang kalau kita berjaya menggunakan kapasiti otak kita dengan maksimum, akan wujud manusia superhuman. bayang kan apa yang kita lakukan hari-hari, apa yang kita pikirkan, perbuatan kita, semuanya hanya menggunakan concious mind kita iaitu x lebih dari 50% keupayaan otak kita yg sebenar(kalau xsilap kita gunakan kurang daripada tu lg, maybe dlm 20% or below (saya terlupa exact number)). yang selebih nya ialah subconcious mind kita, iaitu perkara yg berlaku ketika kita tidur.


macam yg bro @olyd88  katakan dalam post berapa tak ingat. dia boleh baca peribadi seseorang. benda yang sama terjadi ketika saya bertemu dengan penulis buku ini. dia dapat meneka asal usul saya ketika kami berjumpa yang saya pasti saya x ada meletakkan info itu dimana mana laman sosial. iaitu kampung saya diperak. dan, penulis tersebut juga dpt meneka tentang peribadi kawan saya yg ketika itu ada bersama(kawan saya nie lah yang nak beli buku nie dari penulis tersebut). mmg 100% accurate fakta yg diberikan. time tu memang da rasa semacam da.


selain itu penulis buku tersebut juga ada mengatakan yg bnda nie mcm utk boost konfiden diri kita lah, ataupon untuk mendapat kan jln penyelesaian terhadap masalah-masalah yg membelenggu kita or mcm2 lg.


alaaaa. aku nk citer psl bnda lain tp aku x pandai nak cerita. takpe lah. kita go straight to the point lah ea. aku harap benda nie x akan membuatkan sesiapa yang bersusah payah prektis OBE nie merasa terkilan kerana OBE/Astral projection nie boleh dilakukan dengan mudah(mudah ke? x tau lah sebab berdasar kan buku nie tnjuk mcm senang je tp aku xde peluang nk try psl xde membe yg minat buat bnda2 mcm nie). kaedah nie dipanggil christos experiment!


p/s: apa yg aku tulis berdasar kan pemahaman aku terhadap buku yg membe aku beli nie. si penulis cakap ini merupakan pengalaman beliau sendiri.


ok. christos experiment nie mula dipopularkan oleh Gerald Glaskin pada tahun 1974 yg berjudul 'Windows of the mind; the Christos Exeriment. menurut buku ini, Glaskin jumpa kaedah ni melalui artikel yg ditulis Jacqueline Parkhurst "open mind". ok. aku xnk tulis sebijik2 macam dalam buku dia so, aku summarised berdasar kan apa yg aku paham(ini apa yg aku paham. maybe ada kesalahan, tlg betul kan ek.) teknik nie dapat merangsang otak kita untuk mengeluarkan gelombang berfrekuensi yg biasa nya cuma dikeluarkan ketika kita tidur(subconcious mind). subconcious mind kita nie yg akan mengawal tidur kita. terdapat 3 theory:-1) lucid dreaming    - mimpi yg boleh dikawal    - imej ketika mimpi sgt real    - gelombang otak berfungsi pada frekuensi antara 13 ke 19 hertz2) Peak Experiences   sejenis pengalaman individualis yg ekstatik yg berkaitan dengan perasaan euforia, harmoni dan kesatuan.(benda nie aku x paham pebenda.3) Out OF Body Experiences/OBE    benda nie rasa nya sumeorang da tau. kita dikatakan bebas pergi kemana-mana dan mungkin juga boleh merentas masa/time travelling.



ok. to the best part.


-100% daripada buku-bahan-bahan yang diperlukan. mcm nk memasak pulak. ekekekeke.


1)pen/kertas/ alat perakam video/audio.(zaman skang hempon da canggih2. ok la tu)


2)minimum 3 org(tp dlm buku nie dorang buat 4 orang pasal dorang 4 sahabat)   

-sorang sebagai guide   

- sorang sebagai pembantu(dlm buku 2 orang mcm lg senang)

- sorang sebagai mangsa/subject


3) segelas air.


1st step.


mangsa/subjek dibaring kan dalam keadaan selesa. amat penting agar mangsa tidak berada dalam keadaan stress, mengantuk(yg nie aku x sure psl berdasarkan testimoni dekat thread nie, lg ngantuk lg senang nk buat.) serta tidak di bawah pengaruh dadah atau alkohol.



sebagai seorang islam, digalakkan mengucap dan berselawat sebelum memulakan pengembaraan. dan memandangkan ia sejenis pengembaraan, digalak kan juga membaca: "Bismillah himajreha wamursaha" yg bermaksud In the name of Allah be its course and its mooring



2 penolong td duduk seorang dibahagian kepala mangsa yg sedang baring dan seorang lg dibahagian kaki. pembantu ini hendalah mengurut di dahi(kawasan mata ketiga) mangsa dan seorang lg mengurut di bahagian tumit. kekuatan urutan diselaraskan mengikut keselesaan mangsa.


urutan ini dilakukan supaya membantu mangsa mencapai tahap relaks. mangsa pula perlu menenang kan diri dan fokus pada pernafasan. dengan mata tertutup, mangsa perlu mengosong kan pikiran dan membuang segala imej atau bayangan yang timbul semasa mata tertutup itu. guide boleh membantu mempercepatkan proses ini dengan mengaitkan tarik hembus nafas seakan menambahkan lagi perasaan tenang dan relaks mangsa. trick nya ialah mengulang-ulang perkataan relaks, tenang, selamat dan sebagainya kepada mangsa.


latihan visualisasi


setelah mangsa relaks, latihan visualisasi dimulakan untuk membiasa kan otak mangsa berfungsi dalam ruang imaginasi. peranan guide membimbing apa yang dilihat oleh mangsa pada masa ini amatlah mustahak. mangsa dikehendaki membayang kan kakinya. ada dua cara

1) membayang kan diri melihat kebawah kearah kaki.

2)mangsa membayangkan dia sedang melihat seseorang sedang berbaring dan fokus pada bahagian kaki sahaja.tak perlu imej yg jelas pada tahap ini, cukup sekadar nampak kaki tersebut. outline kaki je pon da ok dah.


bagi mempercepat kan proses ini, mangsa hendaklah menceritakan apa yg dilihat kepada guide. guide pula perlu banyak bertanya butir-butir untuk turut sama dapat membayang kan apa yg dilihat oleh mangsa.


selepas mangsa berupaya melihat kakinya, urutan ditumit dan dahi sudah bole dihentikan(tp kalau diterus kan pon lg ok, bg mangsa relaks). mangsa dikehendaki membayang kan dan merasakan kakinya itu tumbuh memanjang. maknanya bygkan kaki tu jd makin panjang lah. kemudian kembalikan kaki tersebut kebentuk asal. ulang proses ini selama 5-10 min smpai mangsa boleh buat dengan senang.


kemudian, perkara sama dilakukan dari arah kepala pula. berdasarkan pembacaan aku, cara kepala memanjang nie bukan daripada leher tapi kepala mangsa tu jd memanjang. jd akan jd macam alien dlm citer alien vs predator. ulang smpai mangsa selesa sekitar 5-8 minit.


last, mangsa dikehendaki mengembang kan badan seperti belon dan merasakan dirinya ringan. semua latihan ini utk membiasakan mangsa dengan 'tubuhnya' dalam 'dunia' tersebut.


latihan kawalan


tujuan level ini ialah untuk membiasakan mangsa dalam persekitaran baru ia dimulakan dengan membayang kan diri berdiri di hadapan sebuah pintu. mangsa kene describe apa yg dia nampak pada pintu tu. kalau masalah xle nk fokus, guide kene bantu dengan fokus kan pada detail2 pintu tersebut dengan cara bertanya. contoh guide suruh mangsa describe tombol pintu, kaler pinti etc etc... step ini memerlukan komunikasi 2 hala. lg byk guide tanya, lagi jelas imej yg mangsa akan nampak.


selepas itu guide akan menyuruh mangsa membayangkan dirinya berada dalam sebuah taman. ini boleh dibuat dengan pelbagai cara. salah satunya tros membayang kan taman atau pon cara yg slalu digunakan dalam buku ini ialah mangsa pusing kebelakang dan kelihatan taman tersebut. sebaik mangsa ternampak kilas kilas taman, guide akan tanya details dan bagitau mangsa untuk merasakan perasaan selamat, lega, selesai relaks dan sebagai nya. ini penting sbb taman nie merupakan exit point utk mangsa nanti. jika sepanjang pengembaraan mangsa diserang rasa tak selamat, dia  perlu bayangkan diri berada di taman ini dengan bantuan guide.


kemudian mangsa disuruh untuk mengapung kan badannya dan naik kelangit. guide akan suruh mangsa lihat sekelilingnya dan rasakan yang bumi dikakinya semakin mengecil dan menghilang sementara dia semakin hampir kepada awan. guide juga perlu bimbing mangsa untuk mengawal persekitaran dengan mengubahnya dari siang ke malam.


dive


setelah mangsa konfiden dengan keupayaan mengawal diri di dunia baru, tibalah masa untuk peringkat yg penting. mangsa akan disuruh utk dive dan turun semula kebumi. semasa turun, akan ada mangsa bergerak laju hingga membuat kannya cemas. guide perlu perhatikan simptomp2 itu dan mengingatkan pada mangsa yg semua itu hanyalah khayalan.


sebaik mangsa cecah kebumi tugas guide hanyalah bertanya, mangsa kena cerita apa yg dialami bermula dengan memerhatikan kaki serta pakaian. dari situ data seperti nama, tarikh, umur, lokasi atau kenapa boleh mula  dikumpul.


masa dive ini lah akan membuat kan kita pergi ke 3 theory diatas td. samada lucid dreams, OBE atau pon peak experiences bergantung pada individu. dalam buku xde tulis cara nak pilih.


penutup


seseorang yg melakukan christos experiment ini patut nya berada di dunia itu tidak lebih dari 20minit. jika lebih besar kemungkinan mangsa akan terus masuk keperingkat tidur yg akan membuat kan semua pengalaman ini dilupakan.


sebaik mangsa ingin menamat kan sesii, guide perlu membantu dengan menyuruh mangsa membayang kan mangsa berada ditaman yg selamat td. mangsa perlulah menenangkan diri sebelum membuka mata. biarkan perasaan selamat dan segar memenuhi diri semasa berada di taman tersebut.


sebaik sebelum membuka mata guide akan mengingat kan pada mangsa bahawa mangsa akan ingat semua yg telah dialaminya ketika sesi td. setelah membuka mata bahu mangsa dicuit/tepuk dan mangsa boleh membuka mata perlahan-lahan.


jangan terus bangun,sebaliknya mangsa perlu biasakan mata dengan keadaan cahaya yg baru. bile agak2 da stabil baru lah bangun dudu dan minum air sbb biasanya akan terasa haus.


by the way. nie step secara roughly. dalam buku tu ada diceritakan detail nyer.

sumber:buku tu7uh by akuskizo.


itu lah dia christos experiment! boleh dilakukan dengan membe2 apabila tengah kebosanan.. sape yg da try tu jgn lupe bg testimoni kat sini ea? aku x penah try pasal xde membe yg sekepala. aku nie agak lone ranger jugak. tu yg susah tu. huhu.




Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:13 AM | Show all posts
jom buat lucid dream sambil dengar binaural beat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 02:59 PM | Show all posts
theflash posted on 8-10-2013 09:13 AM
jom buat lucid dream sambil dengar binaural beat

hahaha. best gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:37 AM | Show all posts
zakutaki91 posted on 8-10-2013 02:59 PM
hahaha. best gak tu

penah try ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:35 PM | Show all posts
haha. x penah. aku nk buat solo abe xde bakat. nk try buat group pnyer mcm aku pos tu xde geng
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:41 AM | Show all posts
zakutaki91 posted on 10-10-2013 04:35 PM
haha. x penah. aku nk buat solo abe xde bakat. nk try buat group pnyer mcm aku pos tu xde geng

Salam, semua apa khabar? Kebelakangan nie busy sikit dengan family dan keje, so takder mase  nak jenguk-jenguk kat thread nie,

terima kasih dengan info diatas bro zaku, saya memang dah pernah baca tentang experiment itu dulu tapi tidak pernah melakukannya secara group kereana ia bukan lah senang untuk mencari member yang ader masa nak experiment tentang mende yang nampak mustahil ini. Saya lebih selesa adventure dan research sendiri dan kadang-kadang collaborate dengan member dari pelbagai forum untuk mencari persamaan dan berkongsi keunikan OBE ni, tentang Binaural Beats tu pula, kalau korang belum pernah try, ia mungkin efektif tapi saya dah berkali-kali mendengar binaural beats namun kesannya kurang berbanding dengan duduk mengheningkan diri tanpa mendengar apa-apa ataupun bermeditasi.



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:57 AM | Show all posts
Agul posted on 26-4-2004 12:24 PM
rhoyo,

Biasanya aku tak nampak.

aku selalu kena mcm ni.bila sedar mate segar terus tak mcm baru bangun tido.lps tu tau2 lena terus..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:40 PM | Show all posts
rhoyo posted on 25-4-2004 02:33 PM
Maksud kau.. kau nampak ker tubuh kau ..... biasanya orang yang ada OBE ni akan nampak tubuh dia.... ...

aku pernah slalu bile tido aku melayang keatas mcm ada benda tarik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 05:39 PM | Show all posts
aku dah follow latihan astral ni sejak 2007lagi, tp sampai skrg tak boleh buat jugak. ke dia terpulang atas bakat?

kalau terrrastral tu penah la. melawan hantu2 pastu terperasan tgk jasad sendiri tgh tido. terkejut terus terbangun dari tido.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
olyd88 posted on 24-10-2013 12:41 AM
Salam, semua apa khabar? Kebelakangan nie busy sikit dengan family dan keje, so takder mase  nak j ...

saya hanya berkongsi dari pembacaan saja. x pnh ada pengalaman nak obe walaupun minat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 11:10 PM | Show all posts
hasell posted on 24-10-2013 05:39 PM
aku dah follow latihan astral ni sejak 2007lagi, tp sampai skrg tak boleh buat jugak. ke dia terpula ...

Seperti yang telah diterangkan dalam post sebelum ini, latihan astral/obe ini memerlukan dedikasi dan ketabahan sebelum memperoleh apa-apa pengalaman. Selalunya bila kita mula menanam minat dengan obe, kita akan mencuba berbagai teknik latihan tetapi sebagai seorang pemula, kita pasti selalu tertidur ataupun selalu tidak berjaya. Apabila mengalami kegagalan, kadang-kadang kita akan terus mencuba tetapi masih berakhir dengan kegagalan, di sini perlahan-lahan kita akan mulai hilang minat dan mungkin dalam seminggu atau dua atau sebulan barulah kita teringat kembali untuk memulai latihan kembali. Keadaan ini akan berulang-ulang selagi kita tidak mendapat apa-apa simptom obe malah sesetengah orang mungkin akan berhenti membuat latihan dan melupakan perkara ini sekaligus, sikap seperti ini lah yang sebenarnya menghalang atau melambatkan proses untuk menguasai bakat semulajadi kita ini.

Terlalu banyak pembacaan tentang teknik latihan juga akan overload minda kita, dan membuatkan kita confuse nak try mana satu, sekaligus mengakibatkan minda stress. Bila dah stress nak kata nak buat maths mudah pun kita tak boleh fokus, apalagi nak fokus untuk obe.

Sesiapa pun boleh menguasai obe, jika sekiranya dalam kriteria ini;

(1) Mempunyai masa khas untuk concentrate perkara ini, dalam pengalaman saya, saya peruntukkan masa 1 bulan(intense) untuk fokus tentang benda ini sahaja, dalam kata lain be serious, dan bukan sekadar mahu mencuba.
(2) Mempunyai kesabaran dan keyakinan diri yang tinggi(advanced), kalau disindir sikit dah down, susah lah.
(3) Berkemampuan dan sanggup melatih diri untuk melawan rasa takut(fear). Mungkin ada sesetengah orang akan cakap, eh saya tak takut aper-aper lah, biar hantu ker jin ker lantaklah, saya tak takut. Kalau ada yang berfikiran seperti ini, silalah seimbangkan dan jangan bercakap besar.
(4) Mampu menyingkirkan rasa ego dalam diri.

Masih banyak lagi perkara lain yang boleh dimasukkan ke dalam kriteria ini tetapi keempat-empat perkara di atas adalah yang paling utama, dan ketiadaan salah satunya akan menjadi salah satu penyumbang kepada kegagalan kita semasa latihan.



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 11:19 PM | Show all posts
kendricklamar posted on 24-10-2013 03:40 PM
aku pernah slalu bile tido aku melayang keatas mcm ada benda tarik.

itu lah tanda-tanda di peringkat awal obe, keadaan seperti itu lah yang perlu dipelajari dan dikuasai jika mahu obe

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 01:01 AM | Show all posts
zakutaki91 posted on 24-10-2013 09:54 PM
saya hanya berkongsi dari pembacaan saja. x pnh ada pengalaman nak obe walaupun minat.

ya, apapun terima kasih sebab banyak info boleh dikongsi bersama,
p/s
dari minat lah munculnya benih yang kemudiannya bercambah dan bila sudah matang akan mengeluarkan buah

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:51 AM | Show all posts
semalam ada try (selepas dah lama tak wat exercise ni)..
seolah2nya hampir menjadi. last stage adalah badan mulai vibrate kuat. tp time tu minda jadi aktif la pulak, mgkn sebab terkejut, so seolah2nya saya dah jadi fully awake yg sebelum ni dah separa sedar.

after that, berlaku lah suatu sensation yang sgt annoying yakni sensation badan kita mengeluarkan 1 vibration yang memaksa kita mengeliat. sensation ni sama seperti kita tgh geliat. mula2 sy abaikan dan cuba bertenang, tp makin lama kaki tangan dgn sendirinya mengeliat (seolah2 nak release vibrate tu dari badan). Saya tak tau la benda ni part of OBE atau tak. tp sensation ni selalu dtg time tido. bila jadi yang ni, sy akan jadi fully awake dan mengeluh sbb dah terbantut proses tido. ada sapa2 tau ni kejadian apa erk? salah satu gejala dia, kaki kita akan bergerak atau tersentak dgn sendirinya (org kata hantu tgh isap darah kita time tido, tp sy tak percaya sebab tak de kesan lebam atau apa2 kaitan dgn peristiwa mistik). any idea?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062359 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list