CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bobbie80

Macam mana kehidupan selepas bercerai(wanita)

[Copy link]
Post time 13-3-2008 11:48 AM | Show all posts
Selepas bercerai hidup aku alhamdulillah lebih tenang. Mungkin kurang dari segi wang ringgit, tapi tak pula aku rasa ini satu kekurangan. Ex-hubby pun selepas bercerai masih lagi ambil berat pasal kami semua. Hubungan antara anak2, aku dan ex pun masih lagi macam dulu.. yang bezanya kami sudah bukan suami isteri.. Anak aku yang sulung tu pun ada cakap kat aku.. "Mama dan daddy dah bercerai.. tapi kan.. kenapa Iman rasa mama dan daddy masih lagi macam suami isteri ehh?"

Tapi.. apa-apa pun.. perceraian yang terjadi ni amatlah menyedihkan.. Baru-baru bercerai dulu, tipu lah kalau aku cakap kalau aku tak nangis.. tak sedih.. Even ex pun ada cakap kat aku, dia sedih juga dengan apa yang terjadi ni, tapi kita kena harung jugak..

Yes.. life goes on.. Pada aku, aku dan ex dah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumahtangga kami, tetapi apabila terjadi juga perceraian, kami rasa tiada apa lagi yang perlu disesalkan. Kami dah cuba sehabis baik..

So, lepas bercerai aku dan ex berazam, since kami dah tak boleh jadi suami isteri, tak semestinya kami tak boleh jadi ibu dan bapa yang baik kepada anak-anak kami.. Alhamdulillah, kehidupan kami lebih baik dan tenang selepas bercerai.. Aku memang senang hidup single.. dan ex pulak dalam masa terdekat ni akan berkawin lagi. Aku harap dia tak berubah selepas dah kawin lain ni. Si bakal isteri pun aku tengok baik juga dengan anak-anak aku.

Tentang cakap-cakap orang di belakang, itu bukan diluar kuasa aku. Aku tak mampu nak tepis pun. Kalau ada orang yang cakap buruk-buruk pasal aku, aku tak ambil port pun.. lantak korang lah.. Janji aku tak kacau hidup korang.. Kalau ada orang yang salahkan aku atas semua yang terjadi, aku tak kisah.. sebab aku akui aku ada buat salah juga.. manusia mana yang perfect kan.. Yang penting aku hidup untuk waktu sekarang, dan aku buat yang terbaik untuk waktu sekarang..

Pada aku, aku yakin dengan ketentuan Ilahi. Kalau kita ikut segala suruhan Allah, hindari segala laranganNya, insyaallah kita akan selamat dunia akhirat..Dia akan tunjuk jalan pada kita.. Ingatlah Allah selalu, hati kita akan jadi tenteram.. tak kiralah betapa besarnya dugaan yang melanda kita..

Uish.. panjang la pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 12:22 PM | Show all posts
macam cerita yang saya baca disini. saya kagum dengan ketabahan anda semua. untuk makluman saya pun sekarang nie sedang krisis dengan suami dan kami mungkin akhiri dengan perceraian. bunyinya memang macam sedih tapi nak buat macam mana suami dah tak boleh dibawa berbincang lagi.

Minggu depan mungkin kami pergi ke pejabat agama untuk failkan perceraian. tak taulah macam mana perasaan masa tu nanti. saya takut air mata nie gugur jugak. saya masih sayangkan suami dan rumahtangga kami tapi suami buat macam tak peduli je. sekarang nie pun suami tinggal dengan mak dia langsung tak ambik tau pasal kami anak beranak. duit perbelanjaan rumah, bayar taska anak, susu, pampers semuanya dia buat senyap jek. nak tak nak saya lah yang kena bayar. tapi saya harap saya tabah.

tapi yang pastinya buat masa ini saya memang berserabut sangat ni. kadang2 tak tau mana arah nak tuju dah lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #21 Juh's post

kalo u ngan ex hubby masih baik...bila dia nak kawen ni u ada rasa ape2 tak ? Jelous ker...aper ker ?...n macamane u handle situasi ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:15 PM | Show all posts
sedeynyaa bila terbayang anak2 kecil yang tidak berdosa ... tabah laa wahai ibu2 ..demi masa depan anak2 tercinta
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:17 PM | Show all posts

Reply #23 azura_azrie's post

Sedikit sebanyak mungkin ada jealous azura.. Tapi, saya selalu ingatkan diri saya.. rezeki, jodoh dan ajal dah ditentukan Allah kan.. So, apa-apa jadipun, saya belajar untuk terima..

Kadang-kadangkan.. memang ada perasaan marah, geram, menyampah.. tapi saya anggap itu gangguan syaitan. Iblis ni suka sangat hasut kita supaya dengki-mendengki sesama manusia. Jadi, kita buat dan ingat yang baik je lah.. Tak usah nak balas dendam ke.. nak tunjuk dekat ex yang kita ni lagi cun ke.. lagi bergaya ker.. lagi ramai yang nak dekat kita ker.. kononnya macam nak tunjuk.. "mesti ko menyesal lepaskan aku".. Haaa.. yang ini memang ramai buat.. tapi saya tak setuju lah mcm ni kan..

Yang pasti bila kita tak dendam kat orang, tak benci kat orang, tak ingat yang buruk2 dekat orang, tak menunjuk-nunjuk dekat orang.. hati kita yang jadi tenteram tau.. Itulah yang paling penting.. Hati kita.. Bila hati kita tenang dan tenteram, barulah kita boleh happy kan..? Kan itu yng kita nak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #22 scarlet75's post

Saya dah lalui apa yang scarlet lalui. Harap bersabar banyak-banyak. Banyakkan berzikir. Baca quran. Kita akan dapat kekuatan dan ketenangan bila kita ingatkan Allah.

Sebelum nak pegi failkan perceraian, buat solat istikarah.. Minta doa.. Sekiranya perceraian ini baik untuk scarlet, untuk masa depan scarlet, untuk agama scarlet, mintalah dipermudahkan perceraian ini. Kalau perceraian ini tak baik untuk scarlet, masa depan scarlet dan agama scarlet, mintalah untuk dikuatkan hati scarlet untuk mengharungi dugaan ini dan jauhkanlah perceraian..

Allah maha mengetahui.. Mungkin kita tak rasa kita tak boleh nak harung dugaan ni lagi, mungkin perit untuk kita.. tapi yakinlah scarlet setiap dugaan itu ada hikmahnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2008 01:34 PM | Show all posts

Reply #25 Juh's post

sy suka cara awk berfikir. Yang penting hati kena tenang kan..baru hidup boleh happy...

So..husband u takde ker ckp nak balik pada u ker...?..n bila dah berpisah ni ada tak rasa yang u'll sebenarnya lebih memerluakan antara satu sama lain?..maksudnya bila orang dah takde depan mata kan baru kita rasa yang kita perlukan dia n rasa kehilangan dia?

Maaf tanya...u berpisah ni sebab dia ada gf lain ker?..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:47 PM | Show all posts
mcaman laks denGan kehidupan seks org yg dah bercerai yer (sorry 18sx sket)
kan biasa kita dapat bersama suami, n now on berseoranGan kan.mesti akan rase mcm horny ke apa...so mcmana nak hadapi tu

i got one gurL friend lah, dia bercerai dekat 5 thn, then lepas tu dia even x kawen lain pon, dia terpakse cari "lelaki" dalam hidup dia juz untuk lepaskan nafsu.
Ouchh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by Juh at 13-3-2008 01:17 PM
Sedikit sebanyak mungkin ada jealous azura.. Tapi, saya selalu ingatkan diri saya.. rezeki, jodoh dan ajal dah ditentukan Allah kan.. So, apa-apa jadipun, saya belajar untuk terima..

Kadang-k ...


anyway.. semoga saya boleh jadi setabah anda..
saya juga belajar terima hakikat yang jodoh kami dah abis..
ex saya pun selalu mintak even dah bercerai.. anak2 tetap dijaga bersama..
cuma kadang2 emosi tu x terkawal..
entahla...
lepas nie my ex pun akan kawin..
so far mmg saya sedih giler.. rasa jealous sgt2..
tapi aper nak buat.. dah org xnak kan..
xkan nak terhegeh2 plak..
aper yang saya harapkan skrg..
saya berusaha utk ikhlaskan hati terima penceraian ini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by PoSh78 at 13-3-2008 01:47 PM
mcaman laks denGan kehidupan seks org yg dah bercerai yer (sorry 18sx sket)
kan biasa kita dapat bersama suami, n now on berseoranGan kan.mesti akan rase mcm horny ke apa...so mcmana nak hadapi  ...


yang penting.. kuatkan hati.. ingat dosa pahala..
ingat anak2 kalau dah ader anak2..
moga2 Allah jauhkan saya dgn perkara2 mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:35 PM | Show all posts
Just nak share insyaAllah boleh melapangkan dada kita...

``Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..'' (Surah At-Tagabun:11)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:37 PM | Show all posts
---------delete-----------

[ Last edited by  namakurahsia at 13-3-2008 04:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 06:54 PM | Show all posts

Reply #28 PoSh78's post

Puasa. Itu jalan yang terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 07:08 PM | Show all posts

Reply #27 azura_azrie's post

Nak balik?   Hehe.. tak pernah pulak dia tanya.. Kalau dia nak balik pun, saya rasa dah tak boleh terima kot.. Sebab nak dibandingkan hidup bersuami, dengan hidup single, saya lebih bahagia hidup single.. Alah.. Dia pun dah nak kawin kan..

Mula-mula tu memang saya rasa macam kehilangan.. Tapi dugaan ini kan perlu ditempuhi oleh setiap manusia .. Samada hilang secara bercerai hidup, atau bercerai mati.. tetap kita akan mengalami kehilangan.. Pada saya, saya masih lagi bertuah sebab ex masih hidup..

Saya bercerai dgn ex bukan sebab dia ada gf lain or vice versa. Biarlah Allah saja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi antara kami..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 07:17 PM | Show all posts

Reply #29 bakawali_04's post

U kuat bakawali..  Saya yakin u boleh lalui semua ni..

Sibukkan diri dengan aktiviti.. dengan anak-anak.. Kalau boleh, jangan pikir sangat pasal your ex dengan gf dia. Percayalah.. setiap orang kita ni akan diuji. Your ex juga akan diuji. Si gf dia pun akan diuji. Ini bahagian u.. Bahagian diarang kita tak tahu.. Biarlah diarang nak dating depan2 u ke, sengaja nak sakitkan hati u ker.. sengaja nak buat u marah ker.. U buat tak tahu jer lah.. U ingat Allah banyak-banyak.. Yakinlah.. setiap kita ni dah ditentukan jalan hidup kita.. Yang penting, apa yang kita buat, kita niat untuk dapatkan keredhaan Allah.. Kuatkan hati ye...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 08:05 PM | Show all posts
tabah nyer korang seme..syl pon diambang kemusnahan skrg.ati masih ade syg sikit..tp..tak bole da teruskan lagi.die adalah racun dlm idup syl.ape ye perasaan slps die takder?tak tau la.syl sunyi psl sorg takde anak.tgl nak anta borang n abt 3 wks pastu sebutan kt court.syl kekadang tertanya2 pd diri sendiri "ishkk..da bsedia ke aku idup sorg2?ape sedare mare akan kate?ape org keliling akan kate?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 01:05 AM | Show all posts
sy mmg tercari2 discussion camni sbb sy pun tgh dok pikir nak berpisah dgn suami..tapi sy takut sgt kalau sy yg tak sanggup..lagi pulak ni bukan kes ada pihak ke 3, tapi ada masalh2 lain yg sy rasa sy dah tak boleh teruskan dgn dia..tapi sy terlalu sykan suami saya sbb selain dr masalh yg dah tak leh nak setle tu..which is more on his attitude towards certain things..he is a very nice guy..jarang marah2,sgt penyanyang dgn anak2, selalu peluk n cium..tapi ..tu lah..ada masalah yg lebih besar lagi yg kalo sy ckp..sy tahu semua pun akan ckp tinggalkan dia..
camna yek...kalo cerai sbb gadoh rasa ok skit kot sbb memang dah tak suka..ni kita masih syg menyayangi tapi mcm kena bpisah..anak2 kecik lagi lak tu..in fact sy tgh ngandung 7 bulan..apa2 pun pas bersalin sy kena buat kputusan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #34 Juh's post

nak hampir samalah kisah kta...nak berceri ngan suami bukan psl org ke-3...tp hal lain yg lebih rumit....kadang 2 bila difikirkan kalo aku ada pilihan samada hubby ada org lain dan kes rumit yg berlaku skrg, aku pilih supaya hubby kahwin lain, atleast dia happy, dan aku pun tak yah nak susah ati....tp pa leh wat sumer yg jadi ketentuan tuhan....aku hanya berserah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by Juh at 13-3-2008 07:17 PM
U kuat bakawali..  Saya yakin u boleh lalui semua ni..

Sibukkan diri dengan aktiviti.. dengan anak-anak.. Kalau boleh, jangan pikir sangat pasal your ex dengan gf dia. Percayalah.. setiap ora ...


thanz u..
actually my ex hubby xlah teruk sgt..
he actully a good guy.. kalau x xkan saya sayang giler kat dia..
cuma ujian dah dtg utk kami..
n kami x berjaya survive..
dia berubah pun semasa kami dlm krisis..
saya paham tu semua..
cuma as a human.. emosi x terkawal..
apatah lagi dia n gf satu bumbung..
saya mungkin terlampau jealous kot!!!
but even berpisah.. kami still baik..
atleast utk anak2 kan!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by sylkronz at 13-3-2008 08:05 PM
tabah nyer korang seme..syl pon diambang kemusnahan skrg.ati masih ade syg sikit..tp..tak bole da teruskan lagi.die adalah racun dlm idup syl.ape ye perasaan slps die takder?tak tau la.syl sunyi  ...


mula2 mmg kita akan pk mcm2.. aper org kata..
itu standard flow yang kena lalui..
walaupun nk pekak telinga..
kadag2 x terhandle jugak..
but ingat ajela..
hari nie hari kita susah..
esok2 xkan susah jugak kan!!
semoga ader bahagia utk kita akan dtg........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069742 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list