CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4300|Reply: 9

misteri kehilangan mahkota kebesaran Ireland

[Copy link]
Post time 12-3-2008 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Misteri kehilangan mahkota
Satu abad telah berlalu sejak mahkota kebesaran Ireland dicuri dari Istana Dublin yang dianggap sebagai salah satu jenayah paling aneh dan diselubungi misteri


MUZIUM Grada yang terletak di Istana Dublin, Ireland
menjadi lokasi permata diraja dipindahkan selepas
dicuri pada tahun 1907.

BARU-BARU ini, seorang ahli sejarah Ireland, Sean Murphy mendedahkan bukti terbaru yang menunjukkan bahawa Francis Shackleton, adik lelaki Sir Ernest Shackleton yang mempunyai reputasi buruk dianggap suspek utama dalam kes kehilangan permata.

"Ia adalah cerita detektif yang barangkali tidak akan pernah diselesaikan," katanya kepada AFP.

Misteri kehilangan permata tersebut muncul kembali dalam berita baru-baru ini selepas permata yang dikenali sebagai alat kebesaran diraja Illustrious Order of St Patrick dipindahkan ke Garda, sebuah muzium di mana ia kini dipamerkan untuk tatapan umum.

"Ia satu cerita yang tiada penghujungnya dan akan terus menjadi misteri," ujar Murphy lagi.

Berdasarkan kajiannya terhadap bukti yang masih ada, Murphy mendakwa Shackleton mungkin pencuri sebenar mahkota permata tersebut. Permata yang kini bernilai lebih satu juta dolar itu hilang pada 6 Julai 1907.

Permata tersebut diselaputi batu delima, zamrud dan berlian Brazil. Bahagian yang terselamat telah dibuka dengan kunci dan kecurian itu jelas dilakukan oleh orang dalam.

Pada bulan lalu, selepas 101 tahun bahagian yang terselamat dikembalikan ke Istana Dublin setelah disimpan di Kevin Street Garda Station sejak peristiwa tersebut.

Permata-permata itu didapati hilang empat hari sebelum lawatan King Edward VII dan Queen Alexandra ke Ireland yang sekali gus menimbulkan kemurkaan mereka.

"Beberapa rekod utama pegawai sengaja dimusnahkan lantas menjadikan ia sukar untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku," menurut laporan Murphy lagi.

Siasatan polis dan pertanyaan oleh pesuruhjaya diraja dilakukan pada waktu itu.

"Kecurian ini telah lama dilihat sebagai pekerjaan yang dilakukan oleh orang dalam dan Shackleton adalah suspek utama kes ini," ujar Murphy.

Apa yang lebih memalukan ialah permata tersebut lesap dari tempat yang dikategorikan sebagai paling selamat di Ireland iaitu Istana Dublin.

Di samping itu, faktor lain yang menyebabkan kes ini didakwa dilakukan oleh orang dalam adalah kerana bahagian mahkota yang terselamat dan mengandungi permata telah dibuka dengan kunci.

Sewaktu penyiasatan dijalankan, bahagian tersebut dipindahkan dari Istana Dublin ke ibu pejabat Polis Metropolitan Dublin.

Sir Arthur Vicars, pegawai yang bertugas dalam istana yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga permata tersebut, enggan untuk memberi bukti kepada pesuruhjaya diraja kerana pertanyaan tidak dilakukan secara terbuka.

Tujuh orang mempunyai kunci pejabat, tempat simpanan permata itu tetapi Vicars merupakan pemegang kepada dua kunci utama.

Apabila merasakan dia telah dimalukan dan dipersalahkan, Vicars kemudian hidup menyendiri selama beberapa tahun di Country Kerry di bahagian selatan Ireland sehingga tahun 1921.

Tidak lama selepas itu, Tentera Republikan Ireland menangkap Vicars dan menembaknya sehingga mati kerana dituduh bersubahat dengan pencuri sebenar.

Dalam wasiatnya, Vicars mengutuk pihak berkuasa dan King Edward kerana melindungi penjenayah atau pencuri sebenar yang dinamakan Shackleton.

Tetapi atas sebab-sebab tertentu, wasiatnya itu tidak dapat diperoleh oleh penyelidik yang melakukan kajian terhadap kes berkenaan sehingga tahun 1976.

Sementara itu, bahagian yang terselamat kemudian dipindahkan ke Muzium Garda pada bulan Disember dan dibawa kembali ke dalam istana buat kali pertama sejak kecurian itu berlaku, hanya beberapa meter dari menara di mana permata itu lesap.

"Ia (bahagian yang terselamat) mewakili salah satu jenayah yang tidak dapat diselesaikan di Ireland," kata Inspektor Pat McGee selaku kurator muzium terbabit. - AFP




dah 100 tahun dah berlalu.. kalau dulu it worth satu juta dollar sekarang quadruple no doubt or more...  tak taulak aku crown boleh diasing2kan batu permata macam tu..  vicar dah mati kena tembak tapi yg hilang tetap hilang.. nak tuduh shakleton pun apa dapat ek.. dah ler tembak org tak salah..  banyak benda2 kat dunia ni yg jadi misteri...  aku bercita2 dari dulu nak visit garda museum ni.. mcm2 benda pelik kat sana kawan aku cakap.. a great museum walaupun of course tak sebesar the louvre
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 08:27 AM | Show all posts
heheheheh.... kita baru tau cerita nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

misteri..baru sekarang dgr cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 12-3-2008 09:01 AM
misteri..baru sekarang dgr cite ni..


haku pung.....cukup misteriiii...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 12:50 PM | Show all posts
x tau nak komen apa... senyum jerla... boleh kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 04:12 PM | Show all posts
menarik gak...tapi kalau kita pikir2 mmg byk misteri kat sekeliling kita sekrg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2008 12:41 AM | Show all posts
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri~~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:39 AM | Show all posts
hmmm.....aku rase si aryan yg curik ni......(aryan dari cerita DHOOM 2) hehehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 04:41 PM | Show all posts
dah sampai mana la ya berlian2 tuh semua.... x guna jugak kalo si pencuri tuh hanya simpan je, x da hasil
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 04:43 PM | Show all posts
x tau nk ckp pe........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.609721 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list