CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kimora

Kelip-kelip di Kuala Selangor

[Copy link]
Post time 24-4-2012 11:04 PM | Show all posts
best time pergi jam 7.30 ptg..
time nih kelip2 baru nak makan getah kt pokok berembang tuh..
so, banyak lah kelip2 time tuh..
makin malam kelip2 makin kurang sbb dah kenyang kan, so, kenalah balik rumah tido..

gi jeram makan seafood ptg2 tuh dlm kul 5, 6 ..
jgn lewat sgt dtg, nnti x sempat tgk kelip2, sbb nak tunggu makanan smpi kt jeram ni lama taww... plus kalo dtg pas kol 9 / 8 mlm kemungkinan ketam,udang ikan best2 akan habis...

pas semayang kat masjid depan jeram tuh, sebelom balik kl bolehlah singgah kg kelip2..

aku biasa buat :

1) kul 3 sampai kuala selangor gi psr tanjung karang/penambang beli udang lipan, mentarang, ikan sebelah, siput2 and byk lg makanan exotic... cendawan liar tepi jalan org jual tuh..

2) kul 5 dah gi aroma ikan bakar kt jeram, order, take time dlm 1jam gak dpt makanan... layan air kelapa diee.. sedapp woo.. makan sambil layan sunset...

3)kul 7 lebih dh gerak gi masjid , maghrib then terus gi kelip2 b4 balik kl..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 02:51 PM | Show all posts
dulu2 bot kat sini battery operated eh? baru g bulan lepas, sampan je ada semua....berpeluh2 brader tu dayung sbb arus sg agak kuat...tp tmpt tgk kelip2nya seberang jeti je pun...bukan jauh sgt. cantik mmg cantik. masa kami pegi pukul 10, bulan dah mengambang tinggi. suasana terang. kurang sikit kelip2. tp still cantik. mcm pokok krismas. feeling2 romantik la pulak naik sampan berlatarkan bulan mengambang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:15 AM | Show all posts
Mengintai kelip-kelip Sg. Kuantan
Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
pengarang@utusan.com.my


DALAM suasana gelap dengan hanya diterangi cahaya bulan, pengunjung boleh mengamati keindahan kerlipan cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip di Sungai Kuantan.

SELAIN bersantai dan melakukan aktiviti bersama keluarga mahu pun rakan, keindahan malam juga dapat dinikmati melalui lampu hiasan yang bergemerlapan di tepi jalan raya di beberapa tempat.

Namun, bagi mereka yang inginkan suasana malam yang dihiasi cahaya 'lampu' semula jadi, mereka boleh mengunjungi habitat kunang-kunang atau kelip-kelip, sejenis serangga yang mengeluarkan cahaya melalui ekornya.

Lokasi yang paling popular untuk melihat serangga itu terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. Namun di tempat lain juga tidak kurang meriahnya termasuk di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, rata-rata penduduk di daerah ini masih belum mengetahui di mana lokasi yang menghimpunkan ribuan spesies tersebut.

Dengan jarak perjalanan kira-kira tiga kilometer dari jeti Medan Feri, Tanah Putih Baru, Kuantan, aktiviti larut malam itu akan membawa pengunjung menyusuri Sungai Kuantan dan Sungai Belat untuk melihat lebih dekat ribuan serangga yang hinggap di pokok berembang di tepi sungai.

Sepanjang menyelusuri sungai itu, enjin bot dimatikan serta tiada sebarang cahaya melalui kamera atau lampu suluh dibenarkan bertujuan mengelak habitat tersebut daripada berasa terganggu dengan kehadiran pelawat.

Suasana gelap dengan hanya diterangi cahaya bulan, membolehkan pengunjung mengamati keindahan kerlipan cahaya serangga itu yang hinggap di pohon tersebut.

Seorang pengunjung, Choo Sook Yee, berkata, sebelum ini dia hanya melihat kehidupan serangga itu di Kampung Kuantan, Kuala Selangor dan tidak mengetahui serangga tersebut turut berada di situ.

"Saya harap kerajaan negeri dapat menggiatkan promosi berkaitan kunang-kunang ini seperti di laman web pelancongan negeri agar ia menjadi salah satu produk pelancongan yang mesti dilawati," ujarnya.

Bagi seorang lagi pengunjung lain, Rosmawati Sulong, habitat serangga itu mesti dijaga bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menebang pokok berembang yang akan menyebabkan kepupusan spesies tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:16 AM | Show all posts
Katanya, pertama kali melihat sendiri serangga tersebut dengan lebih dekat, ia memberikan pengalaman menyeronokkan seolah-olah berada di tempat keramaian.

"Memang teruja melihat kumpulan serangga ini pada waktu malam. Namun saya risau jika habitat tersebut pupus kerana sepanjang lawatan, saya melihat terdapat beberapa batang pokok berembang di sepanjang sungai ini telah ditebang.

"Oleh itu, saya berharap pihak berwajib mencari langkah bagi mengekalkan populasi serangga cantik tersebut," katanya.

Untuk sampai ke sana yang hanya memakan masa selama 20 minit perjalanan, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bot milik syarikat Leisure Boating Centre (LBC) kendalian seorang pengusaha tempatan, Loo Jen Yeh di Jeti Medan Feri, Kuantan.

Menurut Jen Yeh yang berpengalaman luas tentang habitat itu, lawatan pengunjung ke situ dianggap bernasib baik sekiranya cuaca tidak hujan dan bulan gelap.

"Kebiasaannya, pada hari cuti umum dan cuti sekolah, jumlah pengunjung bertambah termasuk mereka yang datang dari luar Kuantan," katanya sambil memberitahu, lokasi itu kini semakin mendapat sambutan selepas orang ramai mengetahui tentang kewujudan habitat serangga itu di situ.

"Jangan lepaskan peluang menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menyaksikan kunang-kunang yang jarang kita temui ini," tambahnya.

Dengan bayaran RM35 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak, pengunjung akan menikmati panorama itu selama kira-kira sejam dan mereka yang mahu maklumat lanjut boleh menghubungi LBC di talian 09-5150626.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 01:33 PM | Show all posts
ada lagi ke tempat kelip2 nih? Maklumlaaa, post lepas pun dah nak setahun pun. Cadang nak pergi minggu ni bawak keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:01 PM | Show all posts
Ada lagi tempat kelip-kelip ni. Baru-baru ni saya pergi dgn anak-anak.








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2013 05:43 PM | Show all posts
better g time bulan gelap...sbb lagi cantik dan lagi byk kelip2...mmg menakjubkan....dan waktu paling byk adalah just after maghrib...kalau dah pukol 8 ke atas, kelip sudah berkurangan....
tak yah sewa chalet...gi balik hari je dr KL...pas asar gi sana, makan seafood, maghrib terus tgk kelip2....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 07:10 PM | Show all posts
salam kelip2 ni macammana sekarang? banyak lagi x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.488964 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list