CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33902|Reply: 23

Hijrah Sang Haiwan

[Copy link]
Post time 18-3-2008 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Pesta helang di Tanjung Tuan
Oleh SHAMSHUL FITRI MAJID
[email protected]


TIGA ekor Helang Kepala Kelabu (Grey Faced Buzzard) ini terbang di ruang udara Tanjung Tuan Melaka semalam.

ALOR GAJAH - Menyaksikan ribuan burung helang daripada pelbagai jenis berlegar di kawasan udara Tanjung Tuan di sini, menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung di situ.

Lebih menarik, burung tersebut hanya melalui Tanjung Tuan dua kali setahun dan menjadikan Raptor Watch Weekend (RWW) yang dianjurkan Persatuan Pencinta Alam (MNS) semalam mendapat sambutan menggalakkan.

Pengarah Komunikasi MNS, Andrew Sebastian berkata, sejak kelmarin dianggarkan hampir 3,000 pengunjung dari dalam dan luar negara telah datang menyertai RWW.

"Spesies burung helang itu singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara sekitar bulan September hingga Oktober dan Mac hingga April setiap tahun.


GELAGAT peminat menggunakan teropong untuk menyaksikan burung helang di Tanjung Tuan Melaka semalam.

"Kami jangka jumlah helang yang singgah mampu menjangkau 26,000 ekor seperti yang dicatatkan tahun lepas," katanya sambil menambah program itu adalah kali kesembilan diadakan.

Menurut beliau, antara spesies helang yang boleh dilihat ialah helang lebah, helang bintik, helang tiram, helang kepala kelabu dan helang peregrine.

Bagi seorang pelajar, Norliz Efa Hari Janah Ahmad Muazzam Shah, 20, mengakui pandangannya lebih terpaku ke udara.

"Memang menakjubkan bila dapat peluang melihat beribu burung helang melalui kawasan ini,'' ujarnya.

[ Last edited by  Syd at 17-6-2009 15:15 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2008 04:42 PM | Show all posts
Mengintai burung di Kuala Gula -- 48 spesies burung hijrah singgah di santuari dua kali setahun


POKOK api-api menjadi sarang sementara burung-burung hijrah di Kuala Gula.
--------------------------------------------------------------------------------

Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan, terletak kira-kira 50 kilometer antara Taiping dan Kuala Kurau. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang meliputi kawasan beting berlumpur (mud flat) dan hutan paya bakau.

Kawasan yang berkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api (Avicennia spp).

Pulau tersebut penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burung residen. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau (rhizophura spp) dan rumpai paku pakis bakau (acrostichum spp).

Kawasan beting berlumpur Santuari Burung Kuala Gula terbentang dari Tanjung Belanak ke Tanjung Burung, pedalaman Teluk Rubiah, sebahagian Sungai Kurau dan Sungai Burung juga penting kepada burung-burung air mencari makan, bersarang dan berehat.

Bagi mereka yang berminat, kegiatan utama di sini ialah mengintai burung-burung, sama ada dari atas bot atau rumah pemerhatian burung yang terletak di tengah laut.

Bercerita mengenai burung, di Kuala Gula ada dua kategori burung, iaitu residen dan hijrah (migratory birds). Kedua-dua jenis burung itu menjadi tarikan utama peminat burung ke Kuala Gula ini.

Kerana burung-burung tersebut Kuala Gula muncul di atas peta dunia, khususnya di kalangan pencinta dan penyelidik burung, sebagai salah satu tempat persinggahan burung-burung iklim sejuk yang paling popular.

Secara amnya, terdapat 48 spesies burung hijrah yang singgah di Santuari Burung Kuala Gula dua kali setiap tahun, iaitu antara bulan September hingga Mac.

Burung-burung tersebut berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China, Jepun dan Siberia singgah dalam perjalanan ke Australia antara September hingga Disember bagi mengelakkan musim sejuk di negara berkenaan.

Manakala, laluan persinggahan mereka kali kedua di pusat itu ialah dari bulan Januari hingga Mac iaitu ketika penerbangan untuk kembali dari Australia ke negara asal berkenaan untuk sama-sama menikmati musim panas.

Pada musim itu, mereka akan mengawan, bertelur, menetaskan baka masing-masing sehingga awal musim gugur yang mana mereka akan kembali terbang ke negara Hemisfera Selatan dan singgah semula di pesisir pantai dari Haadyai ke Johor, termasuk Kuala Gula.

Begitulah kitaran hidup burung-burung hijrah tersebut yang akan berterusan selama-lamanya, mungkin hingga dunia kiamat, dengan syarat beting berlumpur di pantai persinggahan mereka, termasuk Kuala Gula, tidak dicemari oleh kegiatan manusia.

Namun, yang menjadi tarikan sebenar kepada kawasan hutan paya bakau ini, terutama di peringkat antarabangsa, ialah kehadiran 25 pasangan burung botak upeh (mycteria cinerea) dan burung botak (leptoptilos javanicus).

Mengikut sejarah, burung botak upeh boleh didapati di Kampuchea, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa dan Sumatera, Indonesia. Ia dianggap sebagai tidak common dan vulnerable mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP.

Anda akan dapat melihat burung-burung ini dalam kumpulan kecil, kadang-kadang sehingga lima ekor, berterbangan di antara kumpulan burung bangau besar.

Burung botak upeh senang dibezakan daripada bangau yang berwarna putih itu kerana mereka lebih besar, sehingga satu meter jika sedang mengepak, berkepala botak berwarna kuning dan berbulu hijau biru.

Selain itu, bancian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati terdapat 166 spesies burung termasuk 48 spesies burung hijrah yang hadir di Kuala Gula. Selebihnya ialah burung residen.

Di Kuala Gula, anda akan melihat kumpulan burung bangau membentuk satu jaluran putih di pesisir pantai, manakala burung kedidi termasuk kedidi kaki merah (trianga totanus) pula seolah-olah tompokan berwarna kelabu coklat di beting berlumpur itu.

Semasa air pasang, kadang-kadang dapat dilihat sekumpulan burung air berterbangan ke tempat rehat mereka. Selain itu, spesies bangau seperti bangau kecil, bangau besar dan bangau kerbau boleh disaksikan, termasuk bangau China yang dianggap spesies paling jarang mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP.

Dengan menggunakan teropong, anda dapat melihat burung lang laut mengembangkan kepak di puncak pokok bakau atau burung camar yang hinggap bertenggek di pancang-pancang kayu di tengah laut, berterbangan apabila bot mendekatinya.

Di kejauhan, anda akan melihat bot-bot nelayan sayup-sayup kelihatan seperti tompokan hitam di tengah-tengah laut yang dipayungi langit biru dan tompokan awan putih.

Pada saat itu, tiada apa yang dapat menandinginya. Apa yang anda rasakan ialah ketenangan, kedamaian dan kenikmatan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata. Yang pasti, hati akan berdetik... "inilah nikmat ciptaan Ilahi''.

KEGIATAN SAMPINGAN
Di Kuala Gula, selain mengintai burung, para pengunjung mempunyai pilihan lain, terutama kaki pancing kerana perairan itu merupakan lubuk ikan sembilang, belanak dan kerapu yang memang banyak bersarang di situ.

Para pengunjung juga berpeluang untuk melawat kawasan penternakan kerang dan ketam nyiur atau menyaksikan cara unik nelayan mengaut kerang dari atas sampan yang sedang berpusing 360 darjah.

Bagi peminat seni fotografi alam semula jadi pula, kawasan ini adalah syurga flora dan fauna kerana hutan paya bakau itu kaya dengan mamalia seperti kera, lotong kelabu, memerang bulu licin, tikus paya, ikan lumba-lumba hidung botol, kucing batu dan musang.

KEMUDAHAN
Di Kuala Gula, sebuah rumah rehat yang mempunyai tiga bilik disediakan untuk pegawai-pegawai penyelidik yang menjalankan kajian mengenai habitat hutan paya bakau dan hidupan liar. Terdapat juga dua buah calet yang disewa dengan kadar harga berpatutan.

Selain itu, pembinaan kompleks penginapan berupa calet, restoran dan tandas yang sedang dilaksanakan di bawah pengawasan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dijangka siap awal tahun depan.

Di situ, terdapat juga sebuah pusat penerangan berfungsi sebagai tempat maklumat dan risalah mengenai kajian, senarai spesies dan gambar-gambar burung serta sejarah Kuala Gula. Ia mempunyai sebuah bilik taklimat.

Pada masa ini, para pelawat boleh menginap di hotel-hotel dan rumah rehat kerajaan di bandar-bandar berhampiran iaitu di Taiping, Parit Buntar atau Kuala Kurau sendiri.

PERJALANAN
Untuk ke Kuala Gula, pilihan terbaik ialah berkereta. Tiada perkhidmatan bas awam terus dari Ipoh disediakan untuk ke sini.

Kalau tidak mempunyai kereta, pilihan lain ialah kereta sewa atau teksi dari Kuala Kurau, Taiping atau Ipoh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2008 05:18 PM | Show all posts
Burung2 at Kuala Gula












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 01:08 AM | Show all posts
cantik dan unik.terbang pun berkawan ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 05:35 PM | Show all posts

Reply #4 ati1402's post

cantik,unik..tapi diambang kepupusan juga ni.
antara yang menyumbang pd kepupusan:
changing in season/weather/environment..etc
global warming
polution
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 10:30 AM | Show all posts
Menjejaki burung pemangsa
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
[email protected]


SELEPAS berbulan melarikan diri dari cuaca musim sejuk, kini burung pemangsa (raptor) terbang kembali untuk mengawan ke hemisfera utara.

Mengikut rekod, ada 25 burung pemangsa penghijrah membuat persinggahan di Malaysia sepanjang tempoh ini.

Spesies burung paling besar adalah "Greater Spotted Eagle", manakala spesies terkecil adalah "Eurasian Kestrel" berukuran hanya 14 inci.

Menurut saintis, burung pemangsa adalah waris kepada haiwan prasejarah, "dinasour velociraptor" (dinasour dengan pinggul mirip burung tetapi berjalan menggunakan dua kaki).

Hidupan ini memburu mangsanya seperti tikus, ayam, burung kecil dan ikan menggunakan kekuatan fizikal termasuk penglihatan tajam dan kepantasannya.

Kehebatan burung pemangsa ini akan dapat dilihat secara dekat jika menyertai Raptor Watch Week (RWW) 2008 di Tanjung Tuan dekat Port Dickson, sepanjang bulan ini.

Memasuki tahun kelapan penganjurannya, acara ini menarik ribuan pencinta burung dan aktivis alam sekitar yang berkampung bagi menyaksikan ribuan burung ini dari jarak dekat.

Kawasan ini disenaraikan antara tapak penting untuk burung pemangsa oleh pertubuhan alam sekitar antarabangsa termasuk BirdLife International, National Geographic Society dan Hawkmountain.

Selain menyediakan sumber makanan, ia menjadi persinggahan spesies burung pemangsa penghijrah ini sebelum meneruskan perjalanan pada siang hari.

Tanpa Hutan Simpan Tanjung Tuan, kebanyakan burung ini menghadapi kemungkinan tidak sampai ke destinasi berikutan keletihan akibat kekurangan tenaga.

Sempena penganjuran acara ini, beberapa pusat peranginan di sekitar Port Dickson turut menyediakan pakej istimewa untuk pencinta alam sekitar.

Menariknya, promosi ditawarkan sehingga akhir Mac ini turut menyediakan pengangkutan percuma dari hotel ke tapak pemerhatian.



Info

RWW dianjurkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka dan disokong pertubuhan bukan kerajaan.

Acara ini seolah-olah menjadi festival meraikan kepulangan burung ke hemisfera utara.

Acara awam bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap usaha pemuliharaan burung penghijrah dan habitatnya sambil mempromosikan tarikan pelancongan Hutan Simpan Tanjung Tuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2008 11:22 AM | Show all posts
ari tuh ada masuk TV3 kan..rupanye annual event..kalo bleh..kita gi sane next yr nak? event AL
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 07:37 AM | Show all posts
cantiknyeee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2008 10:20 AM | Show all posts
Tarikan helang
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]


Peminat burung menggunakan teropong melihat aksi burung helang di Tanjung Tuan, melaka.



Setiap tahun, kira-kira 20,000 ekor burung pemangsa berlegar sekitar Tanjung Tuan dalam tempoh dua minggu

JERITAN burung bergema di angkasa. Bukan seekor dua, tetapi puluhan ekor terbang berkelompok. Jika bernasib baik, angka ini mencecah ratusan ekor.

Bukan sebarangan burung. Menyaksikan burung pemangsa seperti helang di Tanjung Tuan amat menakjubkan. Jika pada waktu lain, burung ini terbang tinggi di langit, tetapi ketika ini jika bernasib baik tanpa menggunakan teropong pun boleh menyaksikannya.


Inilah keunikan Tanjung Tuan yang menjadi pilihan burung pemangsa berkunjung setiap tahun. Dulu fenomena ini kurang disedari, tetapi kebelakangan ini, acara melihat burung pemangsa menjadi tarikan utama melewati sempadan.


Tanjung Tuan persinggahan burung pemangsa

SETIAP tahun antara Februari hingga April, Tanjung Tuan, menerima tetamu istimewa yang menjadikan tanah tinggi menghadap Selat Melaka sebagai destinasi terkenal di kalangan pencinta burung seluruh dunia.


Peminat burung mengunjungi ke rumah api, Tanjung Tuan, Melaka.


Tetamu bergelar raja di udara, burung pemangsa (raptor) singgah di tanjung ini ketika dalam perjalanan pulang ke hemisfera utara.

Inilah bukti keagungan Tuhan, haiwan hebat ini tahu apa yang hendak dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Selepas tempoh mengawan pada akhir musim panas, kebanyakan burung, termasuk pemangsa meninggalkan hemisfera utara, meliputi wilayah Siberia di Russia, Mongolia dan China, ke hemisfera selatan di Asia Tenggara yang kaya dengan makanan.

Apabila musim bunga tiba, haiwan ini kembali ke hemisfera utara untuk melengkapkan kitaran kehidupan.


PENGUNJUNG melihat dari dekat burung helang di Tanjung Tuan.

Walaupun waktu penghijrahan berbeza mengikut spesies burung, kebiasaannya penghijrahan ke hemisfera selatan berlaku antara September hingga November (musim luruh) dan kembali semula ke utara antara Mac hingga Mei (musim bunga).

Ketika pulang ke hemisfera utara dari Sumatera, Tanjung Tuan seperti namanya, sebuah tanjung di Semenanjung Malaysia yang menghadap Pulau Rupat, Sumatera, adalah tempat persinggahan wajib burung pemangsa.

Mengapa Tanjung Tuan menjadi pilihan sedangkan banyak kawasan lain yang mempunyai ciri fizikal sama seperti tanjung ini. Mengikut maklumat Projek Kajian Migrasi Raptor Asia, tempat persinggahan burung pemangsa tidak berubah sejak ribuan tahun lalu dengan kawasan yang menjadi pilihan ialah tanah tinggi dan tanjung menghadap selat.

Oleh itu, tidak hairan beberapa tempat di negara ini seperti Taiping, Perak, malah Bukit Melawati dekat Kuala Lumpur, menjadi tempat persinggahan burung pemangsa.

Bagaimanapun, Tanjung Tuan mempunyai kedudukan istimewa menyebabkan Kelab Burung Oriental (OBC) meletakkan tempat ini antara 10 lokasi persinggahan utama burung pemangsa di Asia Timur.

Kalangan pakar burung berpendapat bahawa burung pemangsa memerlukan termal, iaitu udara panas dari bahang matahari yang menimpa daratan untuk terbang di udara.

Termal dari tanah tinggi dan kawasan rendah membolehkan burung meluncur ke angkasa dan meneruskan perjalanan. Selepas suatu tempoh tertentu, proses mendapatkan termal berulang hingga tiba di destinasi.

Ibarat sebuah kereta yang hendak memulakan perjalanan jauh melalui lebuh raya, begitulah burung pemangsa.

Haiwan ini yang datang dari Sumatera melintasi Selat Melaka dan selepas melalui udara sejuk memerlukan termal untuk perjalanan lebih jauh.

Tempat yang paling hampir di tanah besar Asia dengan Sumatera ialah Tanjung Tuan menyebabkan tanjung bertuah ini menjadi pilihan helang untuk berehat dan mendapatkan termal.

Berbeza dengan tempat persinggahan lain di Asia Timur, Tanjung Tuan dikelilingi kawasan yang maju dan berhampiran Port Dickson menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan pencinta burung untuk menyaksikan fenomena alam ini.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan serta pelbagai agensi kerajaan lain dan sektor swasta mengadakan Minggu Melihat Burung Pemangsa atau RWW (Raptor Watch Week).

Bermula sejak tahun 2000, RWW ke-9 pada tahun ini diadakan di Tanjung Tuan pada 15 dan 16 Mac lalu.

Presiden MNS, Anthony Sebastian, berkata RWW kini menjadi program yang semakin mendapat tempat di kalangan pencinta burung bukan saja di negara ini, malah seluruh dunia.

Katanya, RWW adalah satu-satunya program melihat burung pemangsa di Asia Tenggara, manakala Tanjung Tuan disenaraikan sebagai lokasi burung pemangsa utama oleh BirdLife International, National Geographic Society dan Hawk Mountain.

揗atlamat MNS ialah meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai keajaiban alam yang berlaku di negara ini. Pada masa sama, kita mahu melindungi Tanjung Tuan sebagai hutan hujan tropika pantai yang amat berharga kepada negara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 10:24 AM | Show all posts
INFO: Burung pemangsa



Burung pemangsa bukan hanya helang (eagle). Haiwan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain mengikut saiz haiwan itu. Helang biasanya mempunyai saiz besar, kepak lebar dan kaki besar.


Hawk juga adalah helang, tetapi saiz sederhana, manakala Kite adalah helang yang mempunyai kepak panjang dan kaki lemah. Buzzard pula helang yang mempunyai badan besar, manakala Harrier walaupun besar tetapi dibezakan dengan ekor panjang. Falcon adalah helang bersaiz kecil, manakala burung hering dikenali dengan kepala botak dan leher tidak berbulu. Burung hantu juga termasuk dalam kategori burung pemangsa.


Burung pemangsa mencari makanan menggunakan kelebihan fizikal seperti penglihatan tajam, kuku sangat tajam dan ketangkasan di udara.


Ada 25 spesies yang berhijrah ke Malaysia.


Sebanyak 421 spesies di seluruh dunia dengan 288 adalah spesies siang hari dan 133 malam hari.


Malaysia mempunyai 46 spesies tempatan.


Helang Tompok Besar adalah spesies penghijrah terbesar di Malaysia, manakala Kite Hitam adalah spesies tempatan terbesar.


Spesies penghijrah terkecil adalah Eurasian Kestrel, manakala spesies tempatan terkecil ialah Falcon Peha Hitam.


Makanan burung pemangsa termasuk tikus, ayam, burung lain, burung pemangsa lebih kecil, larva lebah, serangga dan reptilia.


Lima spesies utama burung pemangsa yang boleh dilihat di Tanjung Tuan selepas menyeberangi Selat Melaka adalah Buzzard Lebah Timur (Pernis ptilorhyncus), Helang Baza Hitam (Aviceda leuphotes), Lang Sewah Jepun (Accipiter gularis), Lang Sewah Cina (Accipiter soloensis) dan Buzzard Kepala Kelabu (Butastur indicus).


Tanjung Tuan adalah milik Melaka, tetapi terletak dalam Negeri Sembilan. Kira-kira 16 kilometer di selatan Port Dickson.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2008 04:40 PM | Show all posts
Burung hijrah dan tarantula hampir pupus di Bukit Fraser
04-07-2008 02:58:35 PM

KETENANGAN Bukit Fraser, dengan udara sejuk segar dan rimbunan dedaun hijaunya, menjadikan bukit peranginan ini antara destinasi pilihan pencinta alam semula jadi.

Terletak sejauh 105 km dari Kuala Lumpur dan pada ketinggian 1,524 meter dari aras laut, Bukit Fraser juga sebenarnya menjadi destinasi pilihan pelbagai spesies burung hijrah terutama dari Siberia, sebelum menuju ke New Zealand dan Australia pada Mac hingga Jun setiap tahun.

Tidak hairanlah, setiap Jun saban tahun, ramai pelancong dalam dan luar negara, khususnya peminat burung, mengunjungi Bukit Fraser.

Pada 21 hingga 22 Jun lepas, ramai datang untuk melihat dan mendekati lebih 250 spesies burung seperti Helang Berjambul, Rimba Murai Bukit, Kelicap Gunung dan Burung Matahari Gunung, melalui pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa yang dianjurkan Tourism Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF).

Mengenal burung

Acara yang dianjurkan sejak 1987 itu juga berjaya mencetuskan minat mengkaji burung ini sebagai satu aktiviti bagi pelancong selain mempromosi Bukit Fraser sebagai satu produk pelancongan.

Pertandingan mengenal burung ini juga diadakan untuk mendokumenkan penemuan spesies baru burung selain memperkaya pengalaman peserta mengenai dunia burung.

Seorang peserta dari Jepun, Kozue Yamaguchi yang pertama kali mengikuti pertandingan seumpama itu berkata beliau amat tertarik dengan keunikan pelbagai spesies burung yang dilihatnya di Bukit Fraser.

"Saya dapat melihat banyak spesies burung yang tidak pernah saya temui sebelum ini di Jepun," katanya.

Beliau berkata pertandingan itu boleh menaikkan nama Malaysia di mata dunia sebagai destinasi pelancongan yang unik terutama keindahaan flora dan faunanya.

Pelancong lebih ramai

Sementara itu, Pengerusi PKBF Datuk Maznah Mazlan berkata Bukit Fraser kini mencatatkan lebih banyak ketibaan pelancong pada kadar 30 peratus setiap tahun.

Bukit Fraser kini berada di tangga ke-23 dunia dalam pertandingan mengenal burung dan dianggap sebagai lokasi terbaik bagi pertandingan itu di Asia selepas China, Thailand dan Indonesia, katanya.

Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata peningkatan penyertaan terutama dalam kalangan pelajar menunjukkan acara itu satu pelaburan yang baik ke arah menggalakkan kesedaran orang ramai terhadap perlunya memulihara integriti alam sekitar.

"Penyertaan pelajar sekolah merupakan pelaburan baru kerana apabila mereka sayang dan minat pada burung, mereka juga akan sayang kepada habitat burung dan menanamkan perasaan cintakan alam semula jadi," katanya selepas merasmikan pertandingan itu baru-baru ini.

Beliau berkata penyertaan peserta antarabangsa juga semakin bertambah dan mereka yang pernah menyertai pertandingan itu pada masa lalu, turut kembali ke Bukit Fraser.

Saingan

Bagaimanapun pertandingan itu kini mendapat saingan sengit daripada negara jiran Thailand yang turut menganjurkan acara serupa.

"Thailand mempunyai 1,500 jenis burung berbanding Malaysia yang hanya mempunyai 745 spesies burung dan ini membuatkan peminat burung beralih ke negara berkenaan," katanya.

Maznah berkata Malaysia juga disifatkan masih mentah dari segi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan dalam mengkaji spesies burung dan pemandu burung tempatan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang terhad kerana terlalu bergantung kepada buku dan petunjuk yang tersedia untuk dijadikan panduan.

Katanya FHDC sedang mencari pemandu burung yang berpengalaman termasuk yang pernah berkhidmat di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau jabatan yang berkaitan dengann alam semula jadi sebagai pemandu burung yang lebih berpengetahuan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan berusaha memelihara keindahan alam semula jadi Bukit Fraser bagi memastikan kehadiran burung akan kekal pada masa depan.

Tarantula

Berbeza sedikit dengan burung hijrah, Fraser Hill juga merupakan rumah bagi labah-labah besar, tarantula daripada keluarga labah-labah tropika, Theraphosidae.

Walaupun menjadi satu daripada tarikan pelancong, tarantula merupakan spesies yang semakin terancam dan bakal hilang dari tanah tinggi itu akibat kekurangan perhatian dan sifat kejam manusia.

Kini lubang yang menjadi sarang kepada tarantula musnah akibat kerakusan manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri di mana ada yang cuba mengambil haiwan ini untuk dipelihara serta dijual kepada peminat spesies itu.

Labah-labah tarantula yang mempunyai sengatan berbahaya itu boleh membesar sehingga 15 sm.

Bagaimanapun, habitat ini sukar ditemui kerana ia hanya tinggal di kawasan berbukit dan mampu hidup sehingga 60 tahun jika ia tidak mengalami sebarang ancaman yang akan menyebabkan kepupusan.

Pemandu pelancong dan juga pegawai sains PKBF, K.S Durai yang terlibat dalam bidang ini sejak 23 tahun, berkata tarantula yang terdapat di Bukit Fraser kini kebanyakannya berusia lebih 40 tahun.

Durai yang dianggap ramai sebagai ensiklopedia bergerak flora dan fauna Bukit Fraser, berkata jangka hayat tarantula betina lebih lama berbanding jantan, yang akan mati apabila mencapai tahap matang seksual iaitu sekitar lima tahun.

Bagaimanapun tarantula betina mampu tinggal sepanjang hayat di hutan dan akan membiak setahun sekali selepas musim hujan, katanya.

Antara keunikan habitat ini ialah ia mempunyai kaki atas yang bewarna keemasan dan kaki bawah berwarna biru gelap.

Spesies ini juga kini mengalami kepupusan kerana ada orang  yang mengambil kesempatan menjualnya ke pasaran luar. Di Jepun misalnya setiap tarantula berharga RM228 seekor untuk dijadikan binatang peliharaan.

Tarantula memerlukan penjagaan yang rumit kerana ia sesuai pada suhu antara 16 hingga 22 darjah selsius untuk hidup, katanya.

Untuk melindungi haiwan yang kian pupus ini, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 tidak membenarkan sesiapa sahaja memelihara atau menyimpan haiwan ini dan jika didapati bersalah denda RM50,000 akan dikenakan. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:58 AM | Show all posts
cantiknye macam nak jadi diaorang je,bebas je
hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:34 PM | Show all posts
I pernah ternampak kawanan burung flamingo kat tmn setiawangsa kat Ulu Kelang,warne pink k....maybe br berhijrah dr negare omputih bound to Australia kot heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 09:51 AM | Show all posts
email my-sis, yang menetap disebuah pekan kecil di Finland

ni dlm awal bulan october , 07.10.2007 ( bermulanya musim luruh )

burung2 ni berhijrah dlm group hingga mencecah ke 300ekor.

dia akan terbang dlm bentuk ( > ) yg mn bahagian runcing tu le jd ketua penunjuk arah

sambil terbang mereka akan mengeluarkan bunyi.......dr jauh leh dgr

sebab tu aku sempat amik camera & snap gambar

hihihi..........











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 10:50 AM | Show all posts
Burung hijrah sesat jalan



RATUSAN burung penghijrah merentas Laut China Selatan ke Filipina untuk mengelak daripada musim sejuk di utara Asia.

GLASGOW - Pemasangan tag elektronik pada sekumpulan burung penghijrah menunjukkan mereka sesat jalan sepanjang 20,000 kilometer sebelum berpatah balik ke tempat asal.

Penyelidik Britain dalam laporan kepada jurnal Proceedings of the Royal Society mendedahkan misteri itu sekali gus menjawab persoalan kenapa burung laut gagal balik ke sarang.

Berbeza dengan burung darat, spesies penghijrah yang terbang di laut terbuka lazim menghabiskan masa hingga dua minggu di sesebuah tempat sebagai perhentian persinggahan.

"Burung darat sering berhenti di banyak tempat dan tidak terbang langsung ke destinasi. Ini untuk memastikan ia tidak sesat ketika pulang," kata penyelidik Universiti Oxford, Tim Guilford. - Agens
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:03 AM | Show all posts
aku suke tgk burung terbng beramai2 lg2 time nk mghrib tu

kt kwsn ak mmg byk giler...lg byk dr gmbr diatas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2009 11:47 AM | Show all posts

Reply #16 merrissa's post

kawasan awak kat mana?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:16 PM | Show all posts

Reply #17 Syd's post

mmg cantik dan menarik ...
aku suka japanese sparrow hawk ... kekadang datang kat ladang ...
cattle egret ..x yah nak cakap arr ....
cuma satu isu yg membimbangkan ...
migratory birds ni .. slalu datang ke negara kita ... bawak skali passenger unknown...
iaitu viruses ... dan possible .. infectious bacteria ...
cam na nak curb bende ni ...
orang leh guna migratory birds ni .. bawak skali ebola .. perghhh bahaya nak mampuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 07:12 AM | Show all posts
Burung pemangsa
mengharap ihsan Tanjung Tuan

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
([email protected])


Helang lebah merupakan burung pemangsa hijrah yang paling banyak ditemui singgah di Tanjung Tuan pada musim migrasi.

Hutan simpan kekal Tanjung Tuan memainkan peranan sebagai tapak perlindungan haiwan liar yang amat penting kepada ratusan spesies flora dan fauna.

Hutan gabungan hutan hujan dan hutan bakau dengan jumlah keluasan 60.70 hektar itu juga merupakan satu-satunya hutan pinggir laut yang masih kekal dara di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Tanjung itu telah tersenarai sebagai salah satu daripada 54 kawasan penting burung atau Important Birds Area (IBA) di seluruh Malaysia.

IBA ialah tapak penting pemuliharaan biodiversiti yang menggunakan burung sebagai indikator utama bagi menentu tahap kesihatan alam sekitar.

Kewujudan hutan di Tanjung Tuan amat penting untuk kelangsungan hidup burung-burung migrasi memandangkan ia adalah satu-satunya tapak penemuan semua burung liar itu di Malaysia bagi mengumpul semula tenaga, berehat dan mencari makanan selepas kelelahan terbang menyeberangi Selat Melaka.

Ia memainkan peranan penting sebagai tapak lintasan penghijrahan ratusan ribu burung migrasi kerana terletak pada kelebaran laut Selat Melaka yang paling sempit, sekaligus menyediakan laluan terpendek untuk terbang.

Jarak yang perlu dilalui untuk terbang melintasi Selat Melaka dari Tanjung Tuan ke Tanjung Medang di Pulau Rupat ialah sejauh 37 kilometer.

Burung-burung itu termasuk pelbagai spesies layang-layang dan kumpulan burung pemangsa seperti helang yang dikenali sebagai raptor, berhijrah mengikut musim setiap tahun di antara hemispera utara dan hemisfera selatan.

Raptor migrasi yang ditemui di sini berasal daripada kawasan utara Asia termasuk Siberia Timur, Kamchatka, Mongolia, China, Manchuria, Semenanjung Korea dan Jepun.

Sekitar September iaitu pada musim luruh, burung-burung itu akan melakukan perjalanan yang cukup jauh dan berbahaya dari lokasi asal ke arah selatan, iaitu Asia Tenggara dan gugusan kepulauan Asia bagi mencari makanan selain menghindari musim sejuk.

Bermula awal Februari hingga April pula, mereka akan sekali lagi melalui perjalanan yang sama untuk kembali ke tempat asal.

Uniknya mereka telah melalui laluan yang sama yang dikenali sebagai laluan terbang timur Asia (East Asian Flyaway) setiap tahun sejak beribu-ribu tahun yang lalu yang turut merangkumi ruang udara Tanjung Tuan.

Kebijaksanaan burung-burung itu melalui laluan yang sama dari generasi ke generasi adalah bergantung kepada naluri navigasi yang telah terlekap pada genetik mereka.

Aliran udara panas

Menggunakan sayapnya yang lebar dan ringan, raptor migrasi seperti helang sebenarnya terbang tinggi dengan melungsuri udara menggunakan bantuan aliran udara panas atau termal.

Kaedah ini lebih menjimatkan tenaga berbanding mengepakkan sayap malah sesuai dengan status raptor sebagai pemburu yang membolehkannya terbang tinggi dan melungsur dengan senyap dan pantas tanpa disedari mangsa.

Justeru pada musim migrasi, mereka akan berlegar-legar untuk menunggu sehingga udara laluan terbang iaitu dari Pulau Rupat Sumatera menjadi cukup panas sebelum boleh meluncur naik bersama termal.

Mereka boleh naik ke udara sehingga ketinggian beribu-ribu kaki dan melayang melintasi Selat Melaka terus ke Tanjung Tuan. Ini memberikan satu pemandangan kumpulan burung besar yang amat menakjubkan.

Jumlah penerbangan bersama yang paling besar pernah direkodkan di Tanjung Tuan ialah kira-kira 2,000 ekor helang yang tiba hampir serentak dalam tempoh dua jam pada 13 Mac 2008.

Semasa menyeberangi Selat Melaka, aliran termal akan beransur menjadi sejuk menyebabkan helang kehilangan bantuan sokongan dan mula terbang rendah. Keadaan ini menyebabkan ia menjadi cepat letih dan perlu segera mendarat untuk berehat.

Ini menjelaskan keadaan burung yang bernafas tercungap-cungap yang kadang kala boleh dilihat hinggap di pasir-pasir pantai.

Jelaslah jika keadaan cuaca berubah secara tidak menentu boleh mengganggu proses migrasi malah boleh menjadi faktor penentu hidup mati burung-burung migrasi besar ini.

Raptor perlu dipulihara dalam alam semulajadinya ekoran peranannya sebagai pemangsa tertinggi dalam rantai makanan. Bilangan populasi raptor amat sensitif terhadap perubahan dalam struktur ekosistem dan aliran tenaga, menjadikannya indikator terbaik.

Contohnya, kemerosotan bilangan populasi Helang Merah Brahmin (Brahminy Kite), spesies raptor tempatan berkait secara langsung dengan kehilangan habitat paya bakau negara.

Mangsa pembunuhan manusia

Kini, raptor-raptor migrasi menghadapi ancaman yang teruk daripada manusia terutama ekoran kehilangan habitat semulajadi yang turut menjejaskan bilangan mangsa (makanan).

Mereka juga diancam dengan penggunaan racun perosak dan aktiviti pembunuhan termasuk dijerat, ditembak, diracun, perdagangan dan penyeludupan.

Kajian secara global menunjukkan faktor utama yang mengancam kelangsungan hidup lebih 50 peratus raptor migrasi ialah kehilangan habitat.

Pembunuhan merangkumi 31 peratus daripada ancaman manakala 21 peratus daripada faktor kematian raptor boleh berpunca daripada pencemaran dalam persekitaran.

Sebagai contoh burung Helang Kepala Kelabu (Grey-faced Buzzard) adalah burung yang popular sebagai perhiasan.

Ia dijerat untuk dijual sebagai burung hidup atau lebih kejam mereka dibunuh sebaik sahaja hinggap di Taman Negara Kenting di Taiwan, sedangkan lokasi itu adalah tapak singgahan terbesar spesies itu semasa proses penghijrahan.

Signifikasi Tanjung Tuan

Seluas 93.08 hektar tanah Tanjung Tuan pernah diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada 1921 tetapi telah ditebang untuk dibangunkan.

Pada 1953, hanya 60.7 hektar hutan yang tinggal. Jumlah itu dikekalkan sebagai hutan simpan dara dan diwartakan semula oleh kerajaan negeri Melaka pada 1971.

Kini, akibat daripada pembangunan pesat di kawasan sekeliling, baki hutan yang tinggal itu memainkan peranan yang sangat penting sebagai tapak pelarian terakhir kepada pelbagai spesies primat (keluarga monyet), mamalia kecil dan lain-lain haiwan liar.

Di peringkat antarabangsa, Tanjung Tuan terkenal sebagai santuari burung yang mana 54 spesies pelbagai burung telah direkodkan dan disahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) baru-baru ini.

Pada waktu tertentu setiap tahun pula, burung-burung migrasi yang sedang berhijrah mengikut laluan Australia-Sumatera-Siberia akan mendarat di Tanjung Tuan.

Fenomena menakjubkan itu telah menarik saintis dan pemerhati burung dari seluruh dunia ke kawasan pinggir pantai dan rumah api Tanjung Tuan itu.

Keunikan itu juga yang menjadi faktor utama kejayaan penganjuran Minggu Pemerhatian Raptor (RWW) oleh Majlis Pemuliharaan Burung MNS di kawasan itu sejak tahun 2000.

Acara tahunan itu secara tidak langsung menonjolkan kepentingan Tanjung Tuan sebagai pusat migrasi raptor, taman marin dan santuari hidupan liar, selain antara pusat pelancongan ekologi terpenting negara.

Selain sokongan utama daripada Resort PNB-Ilham yang menyediakan tapak acara, RWW menjadi kenyataan melalui sokongan Yayasan The Body Shop, IJM, Cathay Pacific, Nestle, Philips, Origins, Shell serta lain-lain syarikat korporat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 03:15 PM | Show all posts
Ikan sardin berhijrah ke Lautan Hindi


GAMBAR menunjukkan sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Port St. John ke Lautan Hindi.


JOHANNESBURG - Gambar sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang lebih panas berjaya dirakamkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, penghijrahan ikan itu mengalami banyak cabaran antaranya ancaman daripada ikan jerung dan lumba-lumba.

Sekumpulan ikan sardin itu memulakan perjalanan dari Port St. John, Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang merupakan aktiviti tahunan haiwan tersebut.

Ikan-ikan sardin itu berenang bersama-sama dengan membentuk satu kumpulan besar bagi melindungi diri daripada ancaman ikan yang suka memakannya.

Berbilion-bilion ikan sardin itu akan berhijrah dari bulan Mei hingga Julai dan aktiviti tersebut menjadi daya tarikan pelancong asing di Afrika Selatan. - Agensi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 1.111472 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list