CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14542|Reply: 20

Beach Soccer (Beasal)

[Copy link]
Post time 20-3-2008 08:55 PM | Show all posts |Read mode


kita discuss sikit tentang  beach soccer ni..  selalunya kita sebok dengan
kat stadium, big grass field. tapi now dah ada satu lagi sport yang juga
bertaraf dunia...  beach soccer..  which of course playing on beaches -
interesting games  nampaknya...  dan rasanya kalau kita dapat main ni kat
beaches kat malaysia  whoaaa mesti fun!! --

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beach Soccer (Beasal) is a variant of the sport of association football. The game itself is played on beaches, and emphasises skill, agility and goals.

Whilst football has been played informally on the beach for years, the introduction of beach soccer was an attempt to codify rules for the game. This was done in 1992 by the founders of Beach Soccer Worldwide, a company set to develop beach soccer and responsible for the majority of its tournaments to this day.

The irregularity of the soft-sand playing surface leads to a style of play where players must improvise. The compact pitch (measuring 28x37 metres) allows players to score from anywhere. This leads to high scoring games, with an average of sixty attempts at goal in a single game, with an average scoring rate of one goal every 3-4 minutes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 08:58 PM | Show all posts

some of the pictures of beach soccer -












Fifa Cup Beach Soccer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 10:02 AM | Show all posts
kt msia ada tak tempat nk main beach soccer nih??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by fletcher at 21-3-2008 10:02 AM
kt msia ada tak tempat nk main beach soccer nih??



honestly.. i do not know.. but one can always create one -
kita gi kat pantai yang nice beaches  - sandy...
cari few members to play... KABOOM...... jadi lah beach soccer -
it seems like sooooooo much fun.. i would love to play -
mesti macam beach volleyball gak....    habis pasir masuk mulut... gs
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 02:57 AM | Show all posts
15 April, 2008 21:36 PM

  
Melaka Anjur Bola Sepak Pantai Jemputan Antarabangsa


KUALA LUMPUR, 15 April(Bernama) -- Melaka akan menganjurkan pertandingan Bola Sepak Pantai Jemputan Antarabangsa buat julung kalinya pada 13 hingga 19 Oktober di Pantai Klebang.

Lapan pasukan dari Amerika Selatan, Eropah dan Asia serta satu dari Malaysia dijangka menyertai kejohanan selama seminggu itu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu kenyataan berkata kejohanan itu akan membolehkan pembangunan sukan dan mempromosikan negeri itu sebagai destinasi utama pelancongan sukan.

" Saya pasti kejohanan ini akan menjadi kejohanan sukan utama tahun ini dan menjadi tarikan utama pelancongan di Melaka," katanya, sambil menambah bahawa stadium sementara akan dibina khas untuk kejohanan itu.

Beliau berkata Melaka akan menjadi titik permulaan bagi pembangunan bola sepak pantai di negara ini dan ia akan menjadi pendorong kepada pembangunan sukan itu di Malaysia.

-- BERNAMA


first time aku baca tentang beach soccer ni... mcm besh aje.... nanti bila cucup quorum aku nak gak main ngan member2 aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:58 PM | Show all posts
Lapan pasukan sertai bola sepak pantai

LAPAN pasukan dari Amerika Selatan termasuk Brazil, Eropah dan Asia, bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Melaka 2008, yang julung kali dianjurkan di Pantai Klebang bermula 13 hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Aejaz Sdn Bhd, S T Arasu berkata, kejohanan itu akan disertai masing-masing tiga negara dari Eropah, Asia, Brazil dan Malaysia.

" Kejohanan bola sepak pantai antarabangsa yang bakal dianjurkan ini adalah terbesar pernah diadakan di negara kita kerana pada kejohanan sama 10 tahun lalu di Kuala Lumpur, hanya empat pasukan saja yang menyertainya.

" Menerusi kejohanan itu, saya berharap ia dapat mengembangkan mutu sukan bola sepak pantai dan menarik perhatian peminat bola sepak tanah air sama seperti bola sepak padang.

“ Undangan sudah dihantar kepada Brazil dan jika ia ditolak, kami tetap akan mahu menjemput satu pasukan dari Amerika Selatan,” katanya selepas sidang media, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Senandung Kurnia Sdn Bhd, Joseph Sta Maria. Aejaz Sdn Bhd dan Senandung Kurnia Sdn Bhd adalah penganjur bersama kejohanan itu.

Arasu berkata, pihaknya sudah mendapat jaminan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membantu menjayakan acara berprestij itu.

Selain itu, pihaknya juga sudah mendapatkan nasihat teknikal daripada Persekutuan Bola Sepak Pantai Antarabangsa yang akan dibawa memeriksa gelanggang serta menyediakan format pertandingan bagi membolehkan penganjuran kejohanan pada kali ini berjalan lancar.

Sementara itu, Mohd Ali menyambut baik usaha penganjur yang sudi memilih pantai Klebang sebagai gelanggang kejohanan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sememangnya bersetuju terhadap penganjuran acara sukan seumpama itu kerana ia secara tidak langsung mampu menyemarakkan lagi acara bola sepak pantai di negara ini khususnya Melaka.

--- :victory: :victory: harap dapat menarik minat orang ramai utk cuba try test main bola sepak pantai ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2008 12:55 PM | Show all posts
haku x suka main bola kat atas pasir

pasir itu panassss

lari macam berjalan

berjalan macam berdiri

pasir masuk mulut

mata masuk pasir

pendek kata leceh lah

tapi kalao usha awek main beach volley ball ok

ahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:10 PM | Show all posts

Reply #7 ReuK's post

kalo ko tak nak pasir masuk...

ko pakai baju gaban....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2008 12:22 AM | Show all posts
Pasukan Bola Sepak Pantai Yang Baru Aksi Pada Pertandingan Antarabangsa Pertama
BERNAMA - 15 Ogos, 2008 21:55 PM

PETALING JAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Pasukan bola sepak pantai Malaysia yang baru dibentuk akan menyertai pertandingan antarabangsa pada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Pantai Desaru pertama bagi merebut Piala Raja Muda Johor mulai 26 Ogos ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Lt.Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata pasukan kebangsaan itu, yang baru dibentuk dua minggu lepas, akan bersaing dengan sembilan pasukan lain pada kejohanan lima hari itu.

Pasukan kebangsaan kini mengikuti latihan di pantai Morib, Selangor.

"Jun lepas, persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA menghantar surat kepada FAM, meminta Malaysia membentuk sebuah pasukan bola sepak pantai dan kami mengumpul 20 pemain dari seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu itu, beliau menghadiri taklimat media mengenai kejohanan itu yang akan menawarkan hadiah wang tunai sejumlah US$16,000 (RM49,600).

Azzuddin berkata skuad kebangsaan itu dilatih oleh bekas pemain Selangor, Ismail Zakaria.

Dalam pada itu, pengerusi jawatankuasa penganjur, Hardev Pannu berkata pasukan lain yang mengesahkan penyertaan ialah Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Oman.

Katanya oleh kerana negara-negara Asean yang lain belum mempunyai pasukan kebangsaan maka Oman secara sukarela bersetuju mengambil bahagian sebelum ke Sukan Pantai Asia di Bali, Indonesia, dari 18 hingga 26 Okt ini.

Hardev berkata ukuran gelanggang untuk bola sepak pantai iaitu 37 meter panjang, 28 meter lebar dan sedalam 40cm, sedang dibina di tapak gelanggang tenis yang tidak digunakan di Desaru Golden Beach Hotel.

"Kira-kira 480 meter padu pasir iaitu bersamaan 32 trak muatan pasir akan dibenam ke dalam gelanggang tenis itu," katanya.

Sepuluh pasukan dalam kejohanan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk bersaing dalam satu pusingan sebelum dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke peringkat separuh akhir.

Pasukan juara akan menerima hadiah wang tunai US$8,000 (RM24,800), naib juara US$5,000 (RM15,500) dan pasukan ketiga akan membawa pulang US$3,000 (RM9,300).
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 08:19 AM | Show all posts
Skuad negara juara bola sepak pantai


BANGGA: Skuad bola sepak pantai negara mengejutkan pasukan pilihan Thailand 4-2 untuk muncul juara sulung jemputan Piala Raja Muda Johor, di Desaru, semalam.


Kemenangan disifatkan pemain sebagai hadiah sambutan kemerdekaan ke-51

MALAYSIA mengejutkan pasukan pilihan Thailand 4-2 untuk muncul juara kejohanan sulung bola sepak pantai jemputan Piala Raja Muda di Desaru Golden Beach Resort, semalam.

Kemenangan manis itu disifatkan pemain sebagai hadiah sambutan kemerdekaan dan lebih bermakna kerana mereka hanya berhimpun dua minggu sebelum kejohanan lima hari itu bermula.

Mendapat sokongan padu penonton termasuk Tengku Mahkota Johor yang menyaksikan perlawanan akhir itu, Malaysia bingkas dengan empat gol pantas di babak kedua selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama.

Mazlan Suid memulakan tirai jaringan buat Malaysia seminit selepas permainan bersambung sebelum kesilapan jaringan sendiri pemain Thailand, Kay Langkawong menggandakan kelebihan negara.

Pada minit ke-20, Malaysia menambah satu lagi gol menerusi Mohammad Hamidi Mohammad sebelum jaringan terakhir menyusul menerusi ketua pasukan Wan Adremy Indra Wan Adnan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 12:36 PM | Show all posts
Cabaran lebih getir skuad negara
HARIAN METRO

SKUAD negara berhadapan cabaran lebih getir apabila beraksi di Kejohanan Bola Sepak Pantai Asia di Bali, 18 hingga 26 Oktober depan.

Susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Jemputan Desaru, kelmarin, bermakna skuad negara perlu melihat ke depan menjelang kejohanan yang kali pertama dianjurkan, untuk mengukur prestasi mereka di tahap lebih tinggi.

Malaysia menundukkan pasukan pilihan, Thailand, 4-2, pada final Kejohanan Bola Sepak Pantai Jemputan Desaru dan keputusan itu hasil usaha keras serta disiplin pemain, tetapi pengurus pasukan, Mustaza Ahmad, percaya anak buahnya akan berhadapan cabaran berbeza di Bali.

“Kejohanan ini akan menjadi ujian sebenar pasukan kerana disertai beberapa skuad yang berpengalaman beraksi di peringkat lebih tinggi.

“Jepun serta pasukan Timur Tengah seperti Oman, Qatar, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah pasukan berpengalaman. Sudah tentu sukar buat kami untuk menyaingi mereka,” katanya.

Justeru, beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), melalui Majlis Sukan Negara (MSN), untuk membenarkan pasukan negara berada di MSN dan menjalani latihan di Taman Bola Tampar Pantai di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

“Kami perlukan persiapan lebih baik untuk berdepan lawan di Bali. Secara jujur saya akui bahawa kami hanya memiliki tempoh seminggu menjalani latihan sebelum ke Desaru dan memenangi kejohanan itu.

“Tapi di Bali, dengan penyertaan gergasi bola sepak pantai Asia, sudah pasti membawa cerita berlainan. Kami perlu membuat persiapan terbaik,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 10:53 PM | Show all posts
FIFA Beach Soccer World Cup Marseille 2008




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 10:49 PM | Show all posts
10 Oktober, 2008

Malaysia Kalahkan Qatar Dalam Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pantai

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasukan bola sepak pantai kebangsaan menang tipis 3-2 ke atas Qatar dalam perlawanan persahabatan di Desaru Beach Resort, Johor hari ini.


Pasukan negara ketinggalan 0-2 pada separuh masa.

Qatar yang bermain agresif mendahului 1-0 pada minit ke-6 perlawanan menerusi jaringan Abdullah Mohd Jassim, sebelum Ali Musa Ali menjaringkan gol kedua Qatar empat minit kemudian.

Namun pemain kebangsaan di bawah asuhan jurulatih Ismail Zakaria menukar strategi permainan pada separuh masa kedua dan memperolehi gol pertama pada minit ke-19 menerusi jaringan Mohd Khairul Nizam dan diikuti gol Zul Hairy Shubri pada minit ke-22 untuk menjadikan kedudukan seri 2-2.

Gol kemenangan Malaysia dihasilkan oleh Hamidi Mohammad pada minit ke-26.

"Walaupun permainan persahabatan, pemain kita bermain bersungguh-sungguh. Semangat berpasukan mereka adalah tinggi.

"Sebelum perlawanan ini, kita menumpukan kepada aspek teknikal dan ketahanan pemain semasa latihan pusat pada bulan puasa lepas," kata Ismail.

Pemain negara akan sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Qatar Ahad ini dan menentang Oman pada 14 Okt sebelum mengambil bahagian dalam acara sulung Kejohanan Pantai Asia di Bali, Indonesia dari 18 hingga 26 Okt.

Ismail berharap pasukan Malaysia akan menduduki antara lima pasukan teratas pada kejohanan itu untuk menerima ranking antarabansga daripada FIFA.

-- BERNAMA


****************************************************************************

nanti kita orang nak buat beach soccer kat pantai kat melaka... would be so much fun...
selalunya main beach volleyball ajer... soccer beach ni.. lagi fun..sebab lari sana sini..
mesti jatuh sana sini...   tengok gambar2 pun memang seronok sangat -

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:29 AM | Show all posts
tak silap aku pertandingan Beach Soccer di anjurkan kat Stadium Negara Siap Jemput Pasukan Perancis  yang ketuai oleh Eric Cantona. Masa tuh tak silap Team Malaysia '' Mild Seven Beach Soccer Challenge'' dianggotai oleh Hassan Sani...

[ Last edited by  HangPC2 at 14-10-2008 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 13-10-2008 11:29 AM
tak silap aku pertandingan Beach Soccer di anjurkan kat Stadium Negara Siap Jemput Pasukan Perancis  yang ketuai oleh Eric Cantona. Masa tuh tak silap Team Malaysia '' Mild Seven Beach Soccer Cha ...



ahh thanks hang -
mild seven pun ada buat beach soccer ye -

saya pernah join mild seven masa buat eco challenge
tuff juga -- but so much fun... tapi kat hutan la -

eric cantona tu yang mu punya pemain yang banyak
songeh tu la.. eh -
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-10-2008 07:02 AM



ahh thanks hang -
mild seven pun ada buat beach soccer ye -

saya pernah join mild seven masa buat eco challenge
tuff juga -- but so much fun... tapi kat hutan la -

eric cantona tu y ...




tak silap aku tahun 97 atau 98 masa tuh Stadium Negara dilambakan dengan Pasir Pantai Kejohanan Beach Soccer Anjuran Mildseven dan zaman tuh Malaysia layak Beraksi di Piala Dunia Pantai selepas Jepun dan Thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2009 10:00 PM | Show all posts
20 Februari, 2009            

Bola Sepak Pantai Di Pulau Langkawi Bulan Depan

KUALA LUMPUR, Feb 20 (Bernama) -- Kejohanan bola sepak pantai, "Tower Beach Soccer Langkawi" bulan depan akan menjadi medan pemilihan skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan bola sepak pantai di Thailand April ini.


Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidi Mohd Amin berkata kejohanan di Langkawi dari 20 hingga 23 Mac ini telah menerima pengiktirafan badan induk itu.

Katanya FAM akan menyediakan kepakaran teknikal mengenai peraturan perlawanan bola sepak pantai selaras dengan standard FIFA, persekutuan bola sepak antarabangsa.

"FIFA telah meminta semua ahli gabungannya supaya menggalakkan bola sepak pantai di negara masing-masing selepas mencapai kejayaan dalam mempromosikan bola sepak wanita dan futsal," katanya selepas majlis pelancaran kejohanan Langkawi di sini, Jumaat.

Kejohanan tersebut, anjuran bersama Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar dan Muzium Telekom, akan diadakan di Pantai Chenang, Langkawi.

Pihak penganjur menjangka 64 pasukan tempatan dan antarabangsa akan mengambil bahagian pada kejohanan itu yang menawarkan wang tunai keseluruhan sebanyak RM15,000.

Setiap pasukan layak menyenaraikan lima pemain dan selain pingat dan trofi, pasukan juara akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, naib juara RM3,000 dan RM2,000 bagi pasukan ketiga.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL Sdn Bhd Datuk Zulkifli Mohamad berkata kejohanan itu bertujuan menggalakkan destinasi pelancongan di pulau Langkawi serta sukan bola sepak pantai.

Setiap pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100 dan borang penyertaan boleh diperolehi di pejabat Menara KL di Jalan Puncak off Jalan P, Ramlee di sini atau melayari laman web rasmi di www.menarakl.com.my atau www.malaysiabeachsoccer.com.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:36 AM | Show all posts
Jom sertai bola sepak pantai




HANYA 64 pasukan bernasib baik akan berpeluang beraksi pada kejohanan bola sepak pantai merebut Piala Menara yang bakal dilangsungkan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, 20 hingga 22 Mac ini.

Kejohanan dibawakan SevenEvents Sdn Bhd, dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Star.

Walaupun sedar kejohanan berkenaan mungkin mendapat sambutan hangat, penganjur memilih untuk memberi ruang kepada 64 pasukan dan jumlah itu mungkin ditambah pada edisi penganjuran akan datang.

揔ami mensasarkan pemain di antara usia 18 hingga 45 tahun dan ini adalah peluang terbaik mereka untuk menunjukkan bakat serta mengambil bahagian di dalam sukan yang semakin popular ini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 06:49 AM | Show all posts
Memburu jaguh bola sepak pantai


IMBAS KEMBALI... Skuad negara meraikan kejayaan
muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Jemputan
Piala Raja Muda Johor di Desaru tahun lalu.












KOSMO! AHAD: Pertama sekali, boleh ceritakan serba sedikit bagaimana saudara boleh terlibat dalam skuad bola sepak pantai kebangsaan?

ISMAIL: Sebenarnya saya dilantik sebagai jurulatih bola sepak pantai kebangsaan pada Jun tahun lepas. Tugas saya ialah mewujudkan satu pasukan kebangsaan untuk Kejohanan Jemputan Piala Raja Muda Johor di Desaru. Sejak itulah saya terus diberi kepercayaan hingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, saya masih menggalas jawatan tetap sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sejak tahun 2002.

JADI apakah yang saudara lihat dengan adanya penganjuran Tower Beach Soccer Langkawi 2009 ini?

SEBANYAK 64 pasukan akan turun beraksi. Jadi, mustahil tiada pemain hebat yang akan kita jumpa nanti. Saya akan ke Langkawi bersama dua panel kejurulatihan, Rus- di Suparman dan Maizal Hairi Marzuki untuk menilai aksi semua pemain sepanjang tiga hari kejoha- nan. Dari situ, seramai 30 pemain terbaik akan dipilih untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

APAKAH sebenarnya kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain bola sepak pantai?

DARI segi fizikal, seseorang pemain itu perlu memiliki betis yang kecil. Tak boleh ada betis yang besar, nanti berat dan lambat untuk buat pergerakan kerana kita bermain di atas pasir. Selain itu, pemain perlu memiliki kemahiran pengawalan bola yang baik dan mampu membuat sepakan-sepakan libas. Pemain yang kita ada tahun lepas, kurang mempunyai aspek-aspek ini.

ADAKAH ini bermakna pemain-pemain yang mewakili negara tahun lalu tidak bagus?

Mereka masih mampu mempamerkan aksi yang baik pada dua kejohanan yang kita sertai tahun lepas. Cuma dengan adanya lebih pilihan pemain selepas ini, saya jangka kita mampu pergi lebih jauh pada peringkat antarabangsa. Tahun lepas, saya hanya ada 15 pemain. Kesemua mereka itu akan turut beraksi dengan pasukan berlainan di Langkawi nanti. Hanya yang terbaik akan saya pilih semula untuk menyertai senarai 30 pelatih kebangsaan nanti.

TAHUN lepas kita sertai dua kejohanan saja. Bagaimana pula untuk tahun ini?

SAYA akan kumpul 30 pemain terbaik itu nanti untuk latihan pusat selama tiga minggu. Kemudian yang terbaik akan dipilih untuk menyertai Kejohanan Piala Raja Muda Johor kali kedua di Desaru bulan depan. Selepas itu, kita akan sertai pula sirkit bola sepak pantai Asia Tenggara (ASEAN). Bermula Jun di Phuket (Thailand), kemudian di Vietnam, Bali dan penghujung tahun nanti di Malaysia.

JADI apakah sasaran saudara untuk hala tuju sukan bola sepak pantai ini pada masa akan datang?

SAYA berani letak sasaran, dalam tempoh tiga tahun ini, Malaysia mampu untuk berada di kedudukan lima pasukan terbaik Asia. Cuma apa yang perlu, kejohanan peringkat kebangsaan seperti Tower Beach Soccer Langkawi 2009 ini perlu diperbanyakkan. Barulah pemain- pemain bola sepak pantai di negara ini akan sentiasa berlatih dan mempunyai pengalaman beraksi dalam kejohanan rasmi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:35 AM | Show all posts
bukan ke baru2 ni brazil juara ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.130653 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list