CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holmes

☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼

[Copy link]
 Author| Post time 20-3-2008 11:11 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI BESAR


Masjid Kampong Sungai Besar terletak kira-kira 15km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 1hb. Oktober, 1982 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pada tahun 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Menteri Pelajaran ketika itu pada hari Ahad, 27hb. Rabiulawal, 1404 bersamaan dengan 1hb. Januari, 1984. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 280 orang jemaah.

Dengan meningkatnya bilangan jemaah yang hadir, bangunan bagi masjid ini diperbesarkan dengan peruntukan melebihi $100,000.00. Masjid ini sekarang boleh menampung kira-kira 630 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah mini kutubkhanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 11:13 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI BUNGA


Masjid Kampong Sungai Bunga terletak kira-kira 14km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 25hb. Julai, 1996 dan siap pada 15hb. Oktober, 1998 dengan perbelanjaan sebanyak $800,000.00.

Masjid ini mula digunakan pada 14hb. Julai, 1999 bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-53 tahun pada 15hb. Julai, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:15 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PERPINDAHAN SERASA

Masjid Kampong Perpindahan Serasa terletak kira-kira 32km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 15hb. September, 1985 di atas tapak tanah seluas 1.74 ekar dan siap pada 19hb. September, 1986 dengan perbelanjaan sebanyak $514,360.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, pada hari Jumaat, 3hb. Muharram, 1407 bersamaan dengan 28hb. Ogos, 1987. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:17 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG TANAH JAMBU


Masjid Kampong Tanah Jambu terletak kira-kira 18km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1978 di atas tapak tanah seluas 1.5 ekar dan siap pada 7hb. Disember, 1979 dengan perbelanjaan sebanyak $600,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Muda Kamaluddin Al-Haj pada 17hb. Muharram, 1400 bersamaan dengan 7hb. Disember, 1979 bersempena dengan kedatangan Tahun Hijrah 1400. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 600 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bangunan kutubkhanah kekal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:19 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI BULOH


Masjid Kampong Sungai Buloh terletak kira-kira 19km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1982 di atas tapak tanah seluas 1.5 ekar dan siap pada pertengahan tahun 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.

Masjid ini telah siap dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid pada hari Jumaat, 1hb. Muharram , 1404 bersamaan dengan 7hb. Oktober, 1983. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 150 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah mini kutubkhanah.

Disebabkan bilangan jemaah semakin ramai, satu tambahan bangunan masjid telah dibuat pada bulan Oktober 1996 dan siap serta digunakan pada 25hb. Syaaban, 1417 bersamaan dengan 5hb. Januari, 1997 dengan perbelanjaan kira-kira $27,000.00. Masjid ini sekarang ini boleh menampung kira-kira 370 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:23 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG MENTIRI


Masjid Kampong Mentiri terletak kira-kira 17km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 27hb. September, 1982 di atas tapak tanah seluas 0.5 ekar dan siap pada 24hb. Ogos, 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada hari Jumaat, 23hb. Rabiulakhir, 1404 bersamaan dengan 27hb. Januari, 1984 bersempena dengan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 260 orang jemaah.

Disebabkan bilangan jemaah semakin ramai, satu tambahan bangunan masjid telah dibuat pada tahun 1990 dan siap pada tahun 1992, dengan perbelanjaan sebanyak $50,000.00. dan boleh menampung 600 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2008 11:29 PM | Show all posts


MASJID PADUKA SERI BEGAWAN SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN
KAMPONG KATI MAHAR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:30 PM | Show all posts


MASJID STKRJ, KAMPONG LAMBAK KIRI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 11:32 PM | Show all posts


MASJID RPN KAMPONG MENTIRI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:34 PM | Show all posts


MASJID MOHAMMAD JAMALUL ALAM, KUALA BELAIT


Masjid Mohammad Jamalul Alam terletak di tengah-tengah Pekan Kuala Belait. Pembinaan masjid ini pada tahun 1961 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap dibina pada tahun 1963 dengan perbelanjaan sebanyak $500,000.00.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Sir Muda Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada hari Jumaat, 18hb. Jamadilawal, 1384 bersamaan dengan 25hb. September, 1964.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pembesaran bangunan telah dilakukan pada tahun 1992 dan siap tahun berikutnya dengan jumlah perbelanjaan lebih kurang $2,600,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah. Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik menyempurnakan jenazah, bilik kutubkhanah dan kereta jenazah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:35 PM | Show all posts


MASJID PEKAN SERIA


Masjid Pekan Seria terletak di tengah-tengah pekan ini. Masjid ini dibina pada tahun 1953 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pembinaannya pada tahun 1954 dengan perbelanjaan sebanyak $250,000.00.

Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana Al-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada hari Ahad, 21hb. Muharram, 1374 bersamaan dengan 19hb. September, 1954.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka beberapa kali pengubahsuaian telah dilakukan iaitu dalam tahun 1970 dan 1982. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah. Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:38 PM | Show all posts


MASJID PERPINDAHAN KAMPONG PANDAN


Masjid Perpindahan Kampong Pandan terletak kira-kira 5km dari Pekan Belait. Masjid ini dibina pada 18hb Mac 1994 di atas tapak tanah seluas 6.5 ekar dan siap pada 17hb Disember 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $ 14,000.000.00.

Masjid ini mula digunakan pada 28hb Februari 1996. Kapasitinya boleh menampung seramai 1,100 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:39 PM | Show all posts


MASJID ZAINAB


Masjid Zainab terletak di Kampong Lumut kira-kira 32km dari Pekan Belait. Pembinaan masjid ini bermula pada 13hb. Julai, 1985 di atas tapak tanah seluas 2.5 ekar dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dan mula digunakan pada 28hb. Safar, 1413 bersamaan dengan 28hb. Ogos, 1992.

Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam , pada hari Jumaat, 25hb. Muharram, 1419 bersamaan dengan 22hb. Mei, 1998. Masjid ini adalah wakaf Awang Haji Abd. Samad bin Haji Metussin. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 2,000 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:40 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN


Masjid Kampong Sungai Teraban terletak kira-kira 15km dari Pekan Belait. Pembinaan masjid ini pada tahun 1994 dan siap dua tahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $266,378.22.

Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 1,400 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik menyempurnakan jenazah dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:42 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI LIANG


Masjid Kampong Sungai Liang terletak kira-kira 39km dari Pekan Belait. Masjid ini dibina pada tahun 1978 dan siap dibina pada tahun 1980 hasil kutipan derma orang ramai, bantuan Majlis Ugama Islam dan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Lela Di-Raja Pengiran Abd. Momin bin Pengiran Haji Ismail pada hari Sabtu, 1hb. Muharram, 1401 bersamaan dengan 8hb. November, 1980. Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah, masjid itu telah diperbesarkan bangunan telah dijalankan pada tahun 1989 dengan perbelanjaan sebanyak $269,533.03. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:45 PM | Show all posts


MASJID AL-MASHOR, KAMPONG SUNGAI MAU


Masjid Al-Mashor Kampong Sungai Mau terletak kira-kira 60km dari Pekan Belait. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1990 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap setahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $162,000.00.

Pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji-Al-Muhtadee Billah pada hari Jumaat, 24hb. Syaaban, 1412 bersamaan dengan 28hb. Februari, 1992. masjid ini adalah wakaf Awang Haji Malai Mashor bin Malai Damit. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 11:46 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BUKIT SAWAT


Masjid Kampong Bukit Sawat terletak di Ulu Belait kira-kira 65km dari Pekan Belait. Masjid ini dibina pada tahun 1990 dan siap dua tahun kemudiannya. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 120 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:48 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG LABI


Masjid Kampong Labi terletak di Ulu Belait kira-kira 74km dari Pekan Belait. Masjid ini dibina pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 2.5 ekar dan siap tahun berikutnya dengan perbelanjaan sebanyak $156,000.00.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd. Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar, Pemangku Setiausaha Kerajaan (ketika itu) pada hari Jumaat, 26hb. Rejab, 1399 bersamaan dengan 22hb. Jun, 1979. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:50 PM | Show all posts


MASJID UTAMA MOHAMMAD SALLEH, PEKAN BANGAR


Masjid Utama Mohammad Salleh terletak di tengah-tengah Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada 10hb. April, 1965 di atas tapak tanah seluas 2.707 ekar dan siap pada tahun 1967 dengan perbelanjaan sebanyak $395,000.00.

Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada 24hb. Rabiulawal, 1388 bersamaan dengan 21hb. Jun, 1968. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 800 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:52 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BELAIS

Masjid Kampong Belais terletak kira-kira 8km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada bulan November 1994 di atas tapak tanah seluas 0.3286 hektar dan siap pada bulan November 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $1,600,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 300 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081345 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list