CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holmes

☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼

[Copy link]
 Author| Post time 20-3-2008 11:53 PM | Show all posts


MASJID PENGIRAN HAJI ABU BAKAR, KAMPONG BOKOK


Masjid Pengiran Haji Abu Bakar terletak di Kampong Bukok kira-kira 13km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada 30hb. Januari, 1987 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pada bulan Oktober 1987 dengan perbelanjaan sebanyak $385,000.00.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Selamat bin Haji Munap, Timbalan Menteri Pembangunan, (sekarang Timbalan Menteri Kewangan) pada hari Jumaat, 8hb. Rejab, 1408 bersamaan dengan 26hb. Februari,1988. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah sebuah bangunan khas kutubkhanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 11:56 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BATU APOI


Masjid Kampong Batu Apoi terletak kira-kira 6km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada 28hb. Disember, 1986 di atas tapak tanah seluas 1,965 ekar dan siap sepenuhnya pada tahun 1987 dengan perbelanjaan sebanyak $385,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Abidin bin Orang Kaya Perwira Abd. Rashid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari Jumaat, 10hb. Muharram, 1408 bersamaan dengan 4hb. September, 1987. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah Dewan serba guna dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:57 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG LABU ESTATE


Masjid Kampong Labu Estate terletak kira-kira 16km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada tahun 1980 di atas tapak tanah seluas 0.94 ekar, dan siap pada tahun 1981. Masjid ini mula digunakan pada hari Isnin, 27hb. Disember, 1981.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Pengetua Hal Ehwal Ugama, Brunei (ketika itu), pada 29hb. Zulhijjah, 1402 bersamaan dengan 18hb. Oktober, 1982. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 200 orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:59 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SELANGAN


Masjid Kampong Selangan terletak 19km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada tahun 1978 di atas tapak tanah seluas 0.53 ekar dan siap pada tahun 1979.

Masjid telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan, pada hari Jumaat, 24hb. Muharram, 1400 bersamaan dengan 14hb. Disember, 1979. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:01 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG PUNI


Masjid Kampong Puni terletak kira-kira 5km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada tahun 1981 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap pada tahun 1982.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama ( Dr ) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri (ketika itu), pada hari Jumaat, 18hb. Muharram, 1403 bersamaan dengan 5hb. November, 1982. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah bangunan masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1985 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $80,000.00. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:02 AM | Show all posts


MASJID HASSANAL BOLKIAH


Masjid Hassanal Bolkiah terletak kira-kira 1km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 17hb. April, 1965 di atas tapak tanah seluas 2.2357 ekar dan siap pembinaannya pada pertengahan tahun 1966 dengan perbelanjaan sebanyak $700,000.00.

Tapak bangunan masjid ini adalah wakaf dua orang hamba Allah, sebahagian daripadanya kepunyaan Awang Abdul Latif bin Khataf dan sebahagiannya kepunyaan Awang Mohd. Daud bin Bujang.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat, 9hb. Jamadilawal, 1386 bersamaan dengan 26hb. Ogos, 1966.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2008 12:04 AM | Show all posts


MASJID ABDUL AZIM, KAMPONG LUAGAN DUDUK


Masjid Abd. Azim Kampong Luagan Duduk terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 21hb. Disember, 1991 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pembinaannya pada 23hb. September, 1992 dengan perbelanjaan sebanyak $778,948.96

Tapak bangunan dan juga perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah wakaf daripada Awang Haji Yakub bin Tahiruddin.
Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 800 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:07 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG LUBOK PULAU


Masjid Kampong Lubok Pulau terletak kira-kira 7km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 18hb. Mac, 1994 di atas tapak tanah seluas 3 ekar dan siap pembinaannya pada 15hb. Ogos, 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $2,818,213.26.

Masjid ini mula digunakan pada bulan Ogos 1995. Kapasitinya boleh menampung seramai 800 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan ruang serba guna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 12:09 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG KERIAM


Masjid Kampong Keriam terletak kira-kira 3km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1990 dan siap pada 10hb. April, 1991 dengan perbelanjaan sebanyak $600,000.00.

Masjid ini telah mula digunakan pada 4hb. Oktober, 1992. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:11 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG SINAUT


Masjid Kampong Sinaut terletak kira-kira 12km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1978 di atas tapak tanah seluas 0.5036 ekar dan siap pada bulan Jun 1979 dengan perbelanjaan sebanyak $160,000.00.

Tapak tanah masjid ini adalah wakaf daripada Awang Haji Simpul bin Sabun.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim pada hari Jumaat, 17hb. Muharram, 1400 bersamaan dengan 7hb. Disember, 1979 bersempena dengan sambutan awal kurun ke-15 Hijrah.

Dengan bertambahnya bilangan jemaah dan penduduk kampung, pada tahun 1983 kerja-kerja pengubahsuaian dan menambah masjid telah dimulakan dan siap pada tahun 1984 sehingga boleh menampung seramai 500 orang dengan perbelanjaan sebanyak $21,000.00.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:13 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG KUPANG

Masjid Kampong Kupang terletak kira-kira 17km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1981 di atas tapak tanah seluas 0.25 ekar dan siap pada awal bulan Mei 1982 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00 dibiayai oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan bantuan Majlis Ugama Islam.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Hamid bin Bakal, Kadi Besar Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 8hb. Jamadilawal 1404 bersamaan dengan 10hb. Februari, 1984 bersempena dengan pengisytiharan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah perkakas menyempurnakan jenazah dan bilik kutubkhanah.

Masjid ini juga mengalami proses pembesaran sehingga boleh menampung seramai 500 orang jemaah. Tambahan bangunan masjid telah dibuat pada tahun 1997 dan siap pada bulan Disember 1997 dengan harga $85,000.00.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:15 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BIRAU


Masjid Kampong Birau terletak kira-kira 19km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 5hb. Ogos, 1989 di atas tapak tanah seluas 2.25 ekar dan siap pembinaannya pada 9hb. Oktober, 1990 dengan perbelanjaan sebanyak $515,323.00. Masjid ini mula digunakan pada 12hb. Oktober, 1990.

Tapak tanah masjid ini adalah tanah wakaf daripada Tuan Haji Ratu bin Ismail.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, pada hari Jumaat, 21hb. Muharram, 1412 bersamaan dengan 2hb. Ogos, 1991 bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-45 tahun.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah perkakas menyempurnakan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:17 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG KIUDANG


Masjid Kampong Kiudang terletak kira-kira 22km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada bulan Jun, 1971 dengan perbelanjaan sebanyak $24,000.00 hasil derma orang ramai dengan dibantu oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Awang Abd. Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar, Pemangku Setiausaha Kerajaan (ketika itu) pada hari Selasa, 20hb. Zulkaedah, 1392 bersamaan dengan 26hb. Disember, 1972.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 oarang jemaah. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah mini kutubkhanah dan ruang serba guna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:18 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BUKIT PANGGAL


Masjid Kampong Bukit Panggal terletak kira-kira 9km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 5hb. November, 1994 di atas perbelanjaan sebanyak $34,589.80 hasil derma orang ramai dan bantuan Majlis Ugama Islam Brunei.

Masjid mula digunakan pada 22hb. Syawal, 1415 bersamaan 24hb. Mac, 1995. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:20 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG PENANJONG


Masjid Kampong Penanjong terletak kira-kira 8km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 30hb. Mac, 1983 di atas tapak tanah seluas 2.35 ekar dan siap pada 19hb. November, 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $686,423.00

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim, pada hari Jumaat 5hb. Rejab, 1404 bersamaan dengan 6hb. April, 1984.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:21 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG PENABAI


Masjid Kampong Penabai terletak kira-kira 5km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 21hb. Mei, 1993 di atas tapak tanah seluas 0.60 ekar dan siap pada 4hb. November, 1993. Perbelanjaannya dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam Brunei, berjumlah $225,000.00

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 12:23 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BUKIT UDAL


Masjid Kampong Bukit Udal terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 1hb. April, 1995 di atas tapak tanah seluas 2.35 ekar dan siap pada tahun yang sama dengan perbelanjaan sebanyak $240,000.00.

Masjid ini mula digunakan pada 8hb. Jamadilakhir, 1416 bersamaan 1hb. November, 1995. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:25 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG TELISAI


Masjid Kampong Telisai terletak kira-kira 17km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada akhir tahun 1983 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap pada bulan Ogos 1984 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri paduka Haji Awang Umar, Menteri Pelajaran, Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 1hb. Muharram, 1402 bersamaan dengan 30hb. Oktober, 1984. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 100 orang jemaah.

Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai dengan harga lebih kurang $80,000.00, wakaf hamba Allah sehingga boleh menampung seramai 350 orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:27 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG DANAU


Masjid Kampong Danau terletak kira-kira 22km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 20hb. April, 1972 di atas tapak tanah seluas 1.33 ekar dan siap pada bulan April, 1973. perbelanjaan sebanyak $12,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 60 orang jemaah.

Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai bagi menampung jemaah yang semakin ramai pada tahun 1980-an dengan harga $14,000.00 sehingga boleh menampung 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:29 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG TANJONG MAYA


Masjid Kampong Tanjong Maya terletak kira-kira 8km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 14hb. Julai, 1972 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pada 14hb. Jun, 1973 dengan perbelanjaan sebanyak $42,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir Muda Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumaat 5hb. Jamadilakhir, 1393 bersamaan dengan 6hb. Julai, 1973. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah.

Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai pada bulan Jun 1984 dengan harga $250,000.00 sehingga boleh menampung 400 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.426330 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list