CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: kawaii

Tower Tree

[Copy link]
Post time 25-1-2009 12:38 PM | Show all posts
Pokok Menara pelengkap hiasan lamanOleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my

Pokok Menara semakin menjadi pilihan pereka landskap.

Ketinggian Tower Tree menyebabkannya unik dan menarik untuk laman tropika terutama jika ruang laman besar

SEJAK kebelakangan ini, pokok Menara atau lebih dikenali Tower Tree sering dijadikan pelengkap hiasan laman kerana keunikan rupa bentuk yang dikatakan menarik dan eksotik.

Mendapat nama daripada cirinya yang tinggi seperti menara, Tower Tree, tanaman tropika berasal dari Brazil ini juga dikenali dengan nama Guapuruvu, Quamweed, Brazilian Fern Tree, Brazilian Fire-Tree, Yellow Jacaranda, Tree Fern, Bucurubu dan Schizolobium Parahyba.


Untuk landskap laman, pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang luas atau hadapan rumah dan biasanya dijadikan mercu tanda untuk kediaman kerana ketinggiannya.

Apabila ada pokok ini mudah untuk menunjuk arah kepada tetamu yang mahu berkunjung ke rumah anda lebih-lebih lagi jika hanya kediaman anda yang menanam pokok berkenaan.

Pereka Landskap, Nordin Md Salleh, berkata ketinggian pokok Menara menyebabkan ia nampak unik dan menarik untuk laman tropika terutama jika ruang laman besar.



揃iasanya, pokok ini sesuai untuk ditanam di hadapan atau belakang rumah serta sudut tepi kiri dan kanan laman. Bagi kediaman di tengah seperti teres lot tengah, lebih baik pokok ini ditanam di hadapan rumah untuk menjadi mercu tanda.

揓ika kena dengan ruangnya, pokok ini juga boleh menjadi titik tumpu laman. Namun, menjaga pokok ini bukannya mudah kerana saiznya yang tinggi. Seeloknya beli pokok ini apabila ia mencecah dua meter bagi memudahkan dipelihara,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 03:06 PM | Show all posts
sy baru transfer tower tree (tinggi dlm 6') dr polybag ke tanah..dah 2 weeks elok je besar bagai johan..tp smlm tgk alamak..smer dahan2 + daun dah layu and gugur..ape sudah jadi yer?
sebelum ni dia elok je duduk berbulan2 kat polybag tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:57 PM | Show all posts
cmf..biasa  memang cam tu lepas tanah botak tinggal pucuk saja,kena kejutan budaya lepas  bertukar tanah..dia memang tumbuh balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:21 AM | Show all posts
sy terkejut smlm baru perasan anai2 dtg menyerang!...kat batang dia..so dah buang taruk racun pokok..pg2 tadi tgk anai2 tu naik balik..aduhaiii..matila tower tree tu nampak gayanya..
spray pun x ilang...camne nak buat yer
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply 1# kawaii


    {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074114 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list