CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9081|Reply: 67

Farah sedia untuk bertudung (pic page 2)

[Copy link]
Post time 2-4-2008 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Farah sedia untuk bertudung

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED (metra.mohamed@...)


SELEPAS penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan
Nora'Asikin Rahmat atau Ekin tampil dengan imej bertudung, tidak
dinafikan ia memberi impak memberangsangkan kepada umum.

Ramai terdorong untuk mengikuti jejak langkah mereka dengan
mengenakan tudung di kepala yang sememangnya menjadi tuntutan
terhadap wanita Islam.

Terbaru, seorang artis wanita yang lahir ke dunia hiburan menerusi
sebuah program realiti, bakal mengubah imejnya dengan bertudung.

Ditemui dalam satu majlis pelancaran program Rasa Halal Orient di
sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini, kemunculan
artis muda ini begitu memeranjatkan kalangan media.

Jika tidak memperkenalkan dirinya sebagai Farah Diana Anuar atau
lebih dikenali sebagai Farah AF2, pasti tiada siapa yang akan
mengenalinya.

Begitu anggun dan ayu sekali Farah memakai tudung ketika itu
sehinggakan wajahnya tidak putus-putus menjadi perhatian lensa
kamera.

Mengakui masih baru berjinak-jinak, Farah kemudiannya diasak dengan
pelbagai persoalan mengenai kesediaannya untuk bertudung.

Tersusun kata-kata merungkai segala soalan, Farah tangkas menyatakan
hasrat untuk meneruskan pemakaian tudung sebaik sudah bersedia
sepenuhnya ke arah itu.

"Ini sebagai satu permulaan. Insya-Allah, saya akan bertudung juga
satu hari nanti sebab sebelum ini, Farah memang sudah biasa memakai
tudung.

"Jika balik kampung dan di hari raya, Farah memang memakainya.
Sebelum ini, Farah banyak muncul di kaca televisyen dengan bertudung
ketika menjayakan program-program bercorak Islam. Perlahan-lahan,
Farah akan berubah juga nanti," katanya yang mempunyai banyak
koleksi tudung dalam almari pakaiannya.

Jelas Farah, dia tidak takut untuk dikritik andai ada yang
menyatakan dirinya hipokrit iaitu mengenakan tudung pada waktu-waktu
tertentu sahaja.

Ujarnya, sebagai bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) yang saban
minggu berhadapan dengan kritikan ketika berentap dalam AF satu
ketika dahulu, dia sudah lali dengan segala unsur kritikan.

"Farah tidak takut untuk dikritik. Jika ada yang mahu komen apa-apa,
dipersilakan kerana komen dan kritikan itu akan membuatkan Farah
sedar serta dapat memperbetulkan keadaan.

"Dalam bab bertudung, memang Farah masih baru. Bagilah Farah sedikit
masa,'' jelas Farah.

Pengalaman di Xian

Sepanjang diberi peluang mengacara program Rasa Halal Orient di
wilayah Xian, China, Farah menemui pelbagai pengalaman berharga.

Di samping dapat berinteraksi dengan komuniti Islam di wilayah
berkenaan, Farah kini memiliki pelbagai resipi masakan masyarakat
Islam Xian.

"Banyak resipi yang dapat dikumpulkan. Farah juga berpeluang
mengunjungi masjid-masjid lama dan menyelusuri budaya masyarakat
Islam Xian. Paling menyeronokkan apabila melihat bagaimana adat
serta budaya perkahwinan di sana.

"Rasa Halal Orient bukannya program bercorak masakan sahaja dan ia
menggabungkan elemen budaya serta lawatan ke tempat-tempat menarik,"
ujar Farah.

Katanya, antara pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika
berhadapan dengan cuaca sejuk dan salji di Xian.

"Bayangkan dengan cuaca yang amat sejuk itu, ia sedikit sebanyak
menganggu tugas saya. Nasib baik saya dapat membuat yang terbaik.

"Saya juga menghadapi masalah komunikasi. Tidak ramai yang boleh
berbahasa Inggeris," kata Farah yang bakal tampil dengan album
berjudul 9 Langkah tidak lama lagi.

sumber: www.utusan.com.my

**wah dah ramai yang nak pakai tudung..

[ Last edited by  pinkydiv at 2-4-2008 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 09:08 AM | Show all posts
alhamdulilah..kalo dah betul2 bersedia.............
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:09 AM | Show all posts
alhamdulillahhhhhhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:09 AM | Show all posts
Betul alhamdulillah akalau betul-betul dah bersedia. Sebab pakai tudung pun masih boleh kalau nak menyanyi mcm Heliza.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:10 AM | Show all posts
alhamdulillah satu perkembangan yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:13 AM | Show all posts
alhamdulillah kalo ingin bertukar ke arah kebaikan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2008 09:14 AM | Show all posts
moga berkelakan hendaknya ehingga ke akhir dunia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:15 AM | Show all posts
alhamdulillah...jgn jd mcm vee si bini aziz m osman dh ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 09:18 AM | Show all posts
ada ke gambo dia bertudung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:25 AM | Show all posts
kalo betul nak berubah...alhamdulillah ..
tp seelok2nya x yah la menyanyi lagi

nampak x seiring.. nampak mcm Islam ni boleh di perkotak katikkan
kalo nyanyi brtujuan dakwah n dgn hadirin yg sama jenis je, blh la..

tapi kalo pakai tudung, telompat2 n menari2 lagi atas pentas..
di tonton dek semua golongan .. hmmm .. senang2 je org kafir gelakkan  kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:26 AM | Show all posts
kalo betul nak berubah...alhamdulillah ..
tp seelok2nya x yah la menyanyi lagi

nampak x seiring.. nampak mcm Islam ni boleh di perkotak katikkan
kalo nyanyi brtujuan dakwah n dgn hadirin yg sama jenis je, blh la..

tapi kalo pakai tudung, telompat2 n menari2 lagi atas pentas..
di tonton dek semua golongan .. hmmm .. senang2 je org kafir gelakkan  kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:33 AM | Show all posts
alhamdulillah kalo dia mmg betol2 ikhlas nak bertudung..
jgn main sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:36 AM | Show all posts
alhamdulillah, tengok gambar dia pakai tuding comel betul
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:37 AM | Show all posts
alhamdulillah...kalau dah ada kesedaran & mendapat hidayah. benda2 wajib macam ni jangan di tangguh2.....takut2 tangguh2 nanti sampai tak sempat pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:40 AM | Show all posts
kan aku dh ckp ariitu... mase dia g china utk program Oasis tu... Doakan la dia terbukak hati nk pkai tdung... jgn dok mengutuk jer.... pkai on off..
hah skrang dh t'bukak pun ati die.. alhamdullillah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:55 AM | Show all posts
btul ke farah dh pakai tudung?nk tgk gambr die bertudung..someone please uploadkn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 09:59 AM | Show all posts
alhamdullilah..
tumpang haapy!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:59 AM | Show all posts
SELEPAS penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan
Nora'Asikin Rahmat atau Ekin tampil dengan imej bertudung, tidak
dinafikan ia memberi impak memberangsangkan kepada umum.

sah sah reporter ni mangkuk, SITI tu bertudung ke berselendang?
kalu bertudung takdenya nampak jambul tempua bagai
nak bg contoh, bg la yg senonoh sket

sengal!

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:02 AM | Show all posts
mungkin dia bertudung dlm majlis tertentu x...
cam budak skolah ..g skolah pakai...balik skolah bukk....

semoga dia akan terus memakai tudung x kira tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:10 AM | Show all posts
kalau niat tu ikhlas, Alhamdulillah
& hanya Allahyg tahu apa yg tersirat dalam hati dia

tp kalau jadik macam ct lijah, sheila rusly, kak ogy..
rentikanlah.
depa tu bukannya bertudung, tapi sekadara tutup kepala.
(.)(.) & leher nampak takdak guna.. tu suma aurat.

dan kalau dah pakai tudung tu,
seeloknya jadi pengacara je la
jgn tergedik lagi atas pentas, dosa tu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076176 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list