CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 13

sukarnya jadi genius

[Copy link]
Post time 2-4-2008 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Oleh abusaif

"Semasakecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanakgenius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd.Shukri Hadafi, nama diberi.

Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok(1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan sayakepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir samadengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya. Tetapi Mohd. ShukriHadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filemlain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkandengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebarroti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di PadangTerap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagihdadah.
Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang darikelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara.Di mana silapnya?
ADI PUTRA
Ingatan kitakepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasimuka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengankelebihan luar biasanya di dalam Matematik.
Keupayaannya yangmengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagitelah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya diSekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh likuuntuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan keInternational Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti denganperjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adikAdi, tidak menjadi 抯umpah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2008 09:15 AM | Show all posts

continue

BUAT PENDAKWAH

b0111.jpg

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.

Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak [4] peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.

Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!

Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.

Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan 憀emah didikan agama
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:24 AM | Show all posts
kekadang yang genius nie selekeh
x dpt nak manage diri sendiri....

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #3 shernaz's post

itu yg autisme.. yg genius pd part-part tertentu jek.. bidang matematik, lukisan, muzik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:40 AM | Show all posts
bijak sgt pun susah... bodoh piang lagi susah & nyusahkan org. camana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:43 AM | Show all posts
parent pun main peranan jugak.
dah tau budak tu genius tapi diorg
buat anak genius ni macam robot.pasal adi putra tu malas jer aku nak cakap.

bagilah budak tu jadi budak yg normal macam budak2 lain. ni tidak atur hidup budak tu
macam umur 20 thn. pembesaran pun tak normal. bila dewasa esok2 naluri dan jiwa akan memberontak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2008 09:45 AM | Show all posts
yg sedang2 aje...
insyaAllah...
tp kalau Allah dah berikan kelebihan itu Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #4 m8's post

mostly dalam bidang tu memang ade autisme
tp down syndrome pon ade gaks

albert einstein tu cacat ape ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 09:49 AM | Show all posts
hidup mesti seimbang... bijak manapun seseorng itu dia mesti diberi kebebasan utk menjalani idup seperti org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:50 AM | Show all posts
mereka yg terlalu bijak ni la kekadang nk uji kemampuan di luar batasan diri.. itu yg jd smp x bleh nk kontrol diri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:52 AM | Show all posts
ape yg dikejar sgt title phd pada umur belasan tahun...

xd beza org yg dpt phd umur 40 dgn umur 19 tahun,,,

in fact yg dah berusia tu lg matang, sbb pada umur tu,,kemungkinan besar dia dah berkeluarga,, kene bahagi kan masa antara pelajaran, kerja, keluarga, ibu bapa,,,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:01 AM | Show all posts
Memang penting kalau budak2 yg  gifted dgn keupayaan yg luar jangkaan org lain ni di beri pendedahan dgn cara yg tidak terlalu menekan diri mereka..
kekadang kita rasa diorg perlukan sesuatu yg khas utk mereka adapt dgn kelajuan otak mereka berfikir.. tapi adakah betul2 mereka ni perlukan that special treatment..??
Aku tak tahu laa sbb aku pun bukan genius..
mungkin mereka kalau boleh nk jadik cam org biasa saja.. tak perlu di jaja sana sini tentang kelebihan mereka.. mungkin mereka tak mahu langsung jadik genius.. sbb mungkin bagi mereka tuh cam nyusahkan hidup jek..tapi masalahnya org sekeliling yg terlalu obses ngan kegeniusan mereka...

kasik idea canggih ..org kata giler... tunjuk keupayaan diorg.. org kata berlagak...so mungkin ni sesuatu yg membebankan mereka...
kawan pun tak de.. sbb org akan anggap dia 'weirdo'..
tapi kalau diorg nk ikut pace org biasa pun .. tak boleh.. sbb diaorg akan cepat bosan pula...

so cam ne???
mungkin ada related dgn pegangan agama..tapi bukanlah keseluruhannya...
sbb ni masalah pemikiran yg tak dpt dilihat..

cuma aku harap.. bagi keluarga yg bertuah... yg ada anak2 genius ni.. jgn terlalu obses...dan over exposed budak2 ni...
didik la mereka dgn cara yg sesuai dgn mereka...
kalau rasa dia memang minat ke arah cam budak yg kat uni melbourne tuh... ok la..
galakkan laa depa..

kalau dia tak minat.. tak yah laa paksa2 masuk uni masa usia muda... nk eksperess bagai...
tak yah nk glamer2 jual formula bagai...
jgn sampai nk jual telur n sperm genius ke...

apa pun... jgn laa force anak2 ni.. tak kira diorg genius ke idak...jgn sampai depa dpt mental breakdown...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:58 AM | Show all posts
bebudak yang genius ni, dipanggil pandai cerdas dalam sistem pendidikan khas negara kita.
mereka ni memerlukan pendidikan khas.. bukan bebudak kurang upaya jer yg kena masuk kelas khas, bebudak pandai ni pun sama...

dulu kan kita ada kelas lompat... now ada lagi ke?

apa-apa pun parent memainkan peranan penting. jgn beritekanan sgt sampai bebudak miss jd bebudak... takde masa main... sedangkan peringkat asas pembelajaran adalah dari bermain. Imam Al-Ghazali pun menekankan pembelajaran melalui bermain... dari situ bleh train 4 peringkat moto perkembangan kanak-kanak...

(peh rasa mcm jawap soalan exam plak )
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 11:11 AM | Show all posts
respek dengan bro hasrizal@abu saif

artikel2nya memang memberi kesan dan membuat kita berfikir...

suka dengan fakta2 yang dia bawak

ramai dah rupanya genius yang lingkup/mati muda dekat malaysia nih rupanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065458 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list