CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braderjoni

Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)/Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)

[Copy link]
Post time 22-4-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #39 standupper's post

dan bermulalah litigation society or secara mudah "pokcik kayo" society ekekekekekekke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 04:46 PM | Show all posts

Reply #41 mmc's post

belajaq kat amerika punya pasai la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 02:05 PM | Show all posts


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080519113027/Article/index_html

PTCM tubuh Reda bantu mangsa bencana alamJOHOR BAHRU: Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) menubuhkan Agensi Penyelamat Bencana (Reda) dianggotai ahli yang mendapat latihan ketahanan mental dan fizikal ala komando.

Ketua Turus Umum Kor Relawan Setia Negara, Datuk Munsyi Muslim, berkata unit itu yang dijangka beroperasi Ogos ini akan menjalankan tugas membantu mangsa bencana disebabkan faktor alam atau manusia.

揇unia sekarang mengalami perubahan cuaca yang mendorong kepada berlakunya pelbagai bencana termasuk gempa bumi dan tanah runtuh.

揗engambil kira keadaan itu, PTCM menubuhkan Reda dengan matlamat membantu beberapa pasukan seperti Jabatan Pertahanan Awam 3 (JPA 3) dalam usaha menyelamat mangsa yang terbabit dalam situasi berkenaan,拻 katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan PTCM cawangan Masai dan Pelancaran Kereta Peronda Zon Masai, di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 09:08 AM | Show all posts
PCTM ni tak pi myanmar ke..China ke.. ..nak tengok fizikal dan mental ala2 komando korang tu..tapi larat ke..nak bawak perut pun tak larat.ni kan nak bawak diri....

[ Last edited by  nizam_syah82 at 20-5-2008 09:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:46 AM | Show all posts
Kereta Peronda Zon Masai,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 08:53 PM | Show all posts
Dalam Buletin Utama TV3 tadi ada berita PKPM kena serbu buat temuduga dan peperiksaan pengambilan anggotanya. Masih ada lagi rakyat Malaysia yang senang-senang tertipu. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2009 08:59 PM | Show all posts
Sapa sponsor PTCM ni sampai leh ada kereta ronda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 09:10 PM | Show all posts
Sejarah berulang lagi, ni berita dulu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2009 11:24 AM | Show all posts
ni berita terbaru semalam..

42 ahli PKPM ditahan

http://www.bharian.com.my/Tuesda ... 90615235015/mainpix
TAJUDIN (kanan) memerhati Pegawai Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Teng Eng Hin menunjukkan topi PKPM di Bukit Perdana, semalam.

Cubaan hidupkan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan cubaan menghidupkan semula Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang diharamkan enam tahun lalu apabila menahan 42 lelaki, termasuk ketuanya dalam serbuan di Taman Gombak Jaya dekat sini, semalam.

Pertubuhan yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mendakwa ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kuasa melebihi tentera dan polis itu, dikesan merekrut ahli baru di seluruh negara sejak akhir tahun lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tajudin Md Isa, berkata siasatan mendapati PKPM merekrut anggota baru dengan menjanjikan gaji sehingga RM1,900 sebulan bergantung kepada kepakaran masing-masing.

Beliau berkata, ketika polis menyerbu ibu pejabat pertubuhan itu di tingkat tiga sebuah bangunan di Taman Gombak Jaya kira-kira jam 11.45 pagi, 36 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an sedang menduduki peperiksaan khas untuk menyertai PKPM.

Polis turut merampas pakaian berlogo PKPM termasuk topi, kemeja-T dan blazer, plak kenderaan berlambang VIP dan VVIP, cota, 22 surat tawaran kerja, beberapa set kertas soalan peperiksaan dan wang tunai RM340, dipercayai wang pendahuluan pendaftaran bagi menyertai PKPM.

Memberitahu sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Perdana di sini, Tajudin berkata, 36 lelaki itu dibebaskan selepas diambil keterangan, manakala enam pegawai pertubuhan itu termasuk ketuanya, Nor Azami Ahmad Ghazali, akan direman bagi membantu siasatan.

Polis pernah melumpuhkan pasukan itu pada 2003 dengan menahan 91 pemimpinnya, manakala 3,279 anggota PKPM menyerah diri.

Nor Azami yang mendakwa bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Ogos 2003 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Dia dijadualkan menghadiri perbicaraan kes itu pada 25 Jun ini selepas beberapa kali ditangguhkan.

Pertubuhan itu dikatakan didaftarkan atas nama PKPM Services Bhd pada 8 Mei 2003 bagi menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya menawarkan pelbagai jenis pangkat tentera seperti Leftenan Muda pada harga RM8,000, Leftenan (RM16,000) dan Kapten (RM25,000), kepada orang ramai.

Tajudin berkata, polis sedang menyiasat motif pasukan itu dihidupkan semula dan berapa ramai ahli baru yang sudah direkrut.

Beliau meminta ahli PKPM yang tertipu supaya jangan takut untuk tampil membantu siasatan pertubuhan itu tidak lagi berbahaya selepas polis melumpuhkan sepenuhnya operasi mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 11:34 AM | Show all posts
http://www.thestar.com.my/news/s ... 7392&sec=nation


Tuesday June 16, 2009
"General" Azami arrested
By ANDREW SAGAYAM

KUALA LUMPUR: 揋eneral
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:50 AM | Show all posts
Cops nip bid to revive 'federal military force'
By : Lee Shi-Ian



KUALA LUMPUR: Attempts to revive a former paramilitary movement which was busted in 2003, were thwarted in Taman Gombak Jaya yesterday when police rounded up 36 new recruits.

The recruits, between the ages of 20 and 30, were sitting for an examination to enter the Federal Special Forces of Malaysia (FSFM) or Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) when police raided a business premises in the area.

Federal Commercial Crimes deputy director II Senior Assistant Commissioner I Tajudin Md Isa said the new recruits were believed to have paid RM100 for registration and RM80 for the interview and examination.

It was also learnt that FSFM founder and leader, Nor Azami Ahmad Ghazali, 41, was among the six other men who were detained by police in the raid which took place just before noon.

The raiding party seized documents, receipts, interview papers, T-shirts, vests and blazers with the FSFM insignia. The receipts seized were meant to be issued to the 36 fresh recruits.
"The operation was part of the investigations into a cheating report which was lodged in Pahang last month," Tajudin said.

It is understood that the FSFM claimed to be working with the government on security and intelligence matters. This was the concept allegedly sold to fresh recruits.

They were allegedly promised a minimum monthly salary of RM1,900 depending on the speciality. Some could be offered positions in the intelligence gathering sector or the security section.

Police are trying to ascertain how many people have signed up with the movement.

Another angle being probed by police is the company PKPM Services Sdn Bhd which was registered with the Registrar of Companies in 2003 but its actions were that of a body or society. The FSFM came to prominence in 2003 when police investigating a cheating case uncovered a shadowy paramilitary movement which boasted 8,000 members and a slush fund which ran into millions of ringgit.

A raid at a shoplot near the Pantai Hillpark apartments in July 2003 saw police seizing a large cache of weapons, uniforms and computer paraphernalia. The weapons included parang and handcuffs.

Investigations revealed that millions of ringgit had been collected from the sale of FSFM ranks and uniforms to members.

Victims are believed to have paid between RM8,000 and RM25,000 for ranks ranging from "Second Lieutenant" to "Captain".
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:04 PM | Show all posts
Dah le buat pasukan beruniform haram, menipu pulak lagi tu. Setakat nak tolong penduduk satu kejiranan x yah le bikin struktur pangkat sendiri, tu Rukun Tetangga ada tu masuk je la!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:10 PM | Show all posts
heran betul la manusia sekarang ni.......gila pangkat......
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:13 PM | Show all posts
tak silap aku dulu, ada org kuat pkpm dlm bod nih.......... siap nak cabar-mencabar, dan nak saman-menyaman........
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #53 zulupapa's post

Ntahnya, nak dapat pangkat LBdr pun jenuh g kursus kadar segala sampai x kering peluh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by jazim at 16-6-2009 12:15
Ntahnya, nak dapat pangkat LBdr pun jenuh g kursus kadar segala sampai x kering peluh!


.....kasut kena berkilat .......tali pinggang yg berwarna putih mesti putih melepak.......muka yang putih pun menjadi gelap dek kerana latihan kawad........

........bestnya masa jadi JL kadar.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 02:22 PM | Show all posts
azami nih mmg nak kena nih...tak serik2 lagi menipu orang...minggu depan masuk court eh? intelligence special force wannabe...  kemaruk nak jadi komando dolu2 tuh... tapi yg rekrut2 baru join tuh pon komando wannabe jugak ka? nasib baik ada yg betul2 intelligent pi tip off authority....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 06:45 PM | Show all posts

Reply #57 windof's post

Cuma diorang ni xde senjata je!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 07:19 PM | Show all posts

Balas #58 jazim\ catat

nasib baik ler malaysia nih tak free pakai senjata macam amerika nuh...kalu tak, ramai doh yg jadi komando wannabe....
general depa tuh takdak senjata pon boleh ada sayap para jugok... wannabe...wannabe...

[ Last edited by  windof at 16-6-2009 19:21 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 07:31 PM | Show all posts
itu la kalu nak berkuasa sgt..dah xmampu melalui pilihanraya, ni nak buat secara kekerasan pulak...xmacho la bro...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.348530 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list