CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8739|Reply: 15

Honda CBR600RR -2008 lebih garang!!

[Copy link]
Post time 5-4-2008 05:05 AM | Show all posts |Read mode
2008 Honda CBR600RR - Tampil lebih garang
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR






Warna-warna baru ini juga seolah-olah membuang imej lama RR yang 'lesu' dengan kombinasi corak tradisional Honda.
MODEL supersport terbaik dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. CBR 600 RR, menguasai kelas 600cc sejak sekian lama di seluruh pelusuk dunia.

Biarpun tanpa rekod pencapaian sebaik Ducati, Honda tetap berjaya menjadikan kelas 600cc sebagai sesuatu yang benar-benar 'melekat' di hati peminat motosikal berkuasa tinggi.

Kejayaan model ini diukur menerusi kepelbagaian model, daripada sekecil CBR125/150, hinggalah kepada model Blackbird CBR1100XX.

Motosikal ini direka untuk pasaran supersport iaitu kelas sport sederhana dari segi saiznya. Dikenali dengan tag RR, ia memberi makna Race Replica (replika perlumbaan) dengan enjin yang masih dikekalkan dengan susunan sebaris, berbanding susunan V pada model-model siri VT, VTR, VF dan VFR.

Menariknya, enjin-enjin ini dibangunkan dengan serius menjadikannya antara enjin termaju dan terpantas untuk motosikal produksi massa yang pernah dibina.

Peminat CBR600RR sentiasa menanti dan mengambil berat perkembangan model ini. Jika anda rasa model 2007 sudah sarat dengan teknologi terbaik, model 2008 pula tampil dengan pelbagai pembaharuan yang tidak dijangka untuk sebuah motosikal yang 'hanya' berkapasiti 600cc.


CBR600RR menampilkan reka bentuk menarik.

Keunggulannya boleh diukur dengan penerimaan pelbagai anugerah untuk CBR 600RR kelas middleweight. Kelas ini juga menjadi satu persaingan yang sengit antara Yamaha YZF R6 dan juga Kawasaki ZX6R.

Berbeza dengan 'abangnya' Fireblade 900RR, 600RR jauh lebih mudah untuk dikendalikan. Malah kerana faktor praktikal dan saiznya itu jugalah membolehkan pengeluaran model ini meningkat secara mendadak.

Kelas supersport pertengahan ini menjadikan motosikal ini cukup versatil, daripada imej pelumba trek kepada budaya menunggang superbike sebagai kenderaan harian.

Seperti yang dijangka, CBR600RR 2008 tampil dengan skema warna baru yang lebih garang. Warna baru tersebut ialah gabungan hitam/merah, oren mutiara/hitam/ perak metalik dan warna replika baru yang digelar graffiti.

Tema garis simetrikal yang bercelaru membuatkan gaya luaran CBR600RR kelihatan cukup artistik. Ia menggambarkan sebuah supersport dengan kuasa terpendam yang boleh dijangka. Warna-warna baru ini juga seolah-olah membuang imej lama RR yang 'lesu' dengan kombinasi corak tradisional Honda.

Adaptasi daripada teknologi MotoGP dipersembahkan satu persatu pada model kegilaan ramai ini. Ini melibatkan bahagian penting seperti suspensi belakang Pro-Link yang membolehkan regangan belakang menjadi lebih stabil semasa di selekoh.
Kerangka asalnya direka lebih ringan dengan tiub berkelongsong DC (Die-Cast) sementara fork depannya diperbaharui dengan unit HMAS (Honda Multi-Action System).

Sistem breknya juga ditingkatkan dengan empat piston pada angkup depan, cakera berkembar dan satu cakera di belakang. Silinder utama breknya pula diletakkan menegak untuk memberikan tekanan graviti sekata, menghasilkan daya tekanan yang panjang dan efektif apabila diperlukan.

Enjin model 2008 ini turut mengenengahkan platform sistem suntikan baru dengan dua penyuntik berasingan pada setiap silinder. Bentangan enjin baru dan komponen dalamannya tidak banyak diperbaiki melainkan sistem kemasukan oksigen IACV yang didakwa mampu mengurangkan tekanan balikan ke atas tork kuasa ketika gear ditukar.

Kini, jet pelincir diletakkan di bawah omboh untuk mengurangkan tahap kepanasan dan hakisan. Teknologi sebegini lazimnya hanya terdapat pada model superbike satu liter.

Kepala silinder enjin baru ini dilapiskan dengan penutup buatan magnesium, ruang kepala silinder pula dirombak semula dengan dua spring pada setiap injap di bahagian pengambil dan satu spring pada injap ekzos.

Ia dikatakan mampu memberikan tahap ketahanan yang lebih baik di samping mengurangkan jangka masa kikisan pada injap-injap yang bergerak.

Jentera baru ini juga mampu menghamburkan kuasa putaran enjin yang lebih tinggi, 15,000 putaran seminit, hasil daripada gabungan teknologi yang digandingkan pada enjin yang sedia dikenali sebagai berkuasa dalam kelasnya.

Model ini juga dilihat sebagai persediaan tahun baru untuk pasaran 600cc yang kini semakin hangat. Apa jawapan Yamaha dan Kawasaki? Kita tunggu dan lihat.


alamak risau pulak aku.. sbb banyak moto canggih2 lawa2 ni... yang 600 cc ni tak ada lah terlalu heavy pada aku... tapi ya allahhhhh cantiknya honda ni... aku mmg la suka jenama honda tapi... bab keta aje... bab moto aku suka lak yamaha atau kawasaki...   tak sangka tengok honda cbr ni... cisssssssss lawa lak... tyre dia memang nampak secure aje... ada ke mana2 forummer pakai moto ni.. duduk s alam.. kalu ada  bawak aku gi sembahyang jemahat leh tak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 08:45 AM | Show all posts
Kau buat aku teruja semula lah...baru jual my cbr600rr tahun lepas...bila baca semula pasa bikes ni, itu antu sudah mai balik...talak tahan ma

[ Last edited by  zzcbr at 5-4-2008 09:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 10:44 AM | Show all posts
Hm... Antara CBR150 ngan yg ni, mane lbh OK ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 10:49 AM | Show all posts
kalo honda wave aku...mane lagi power



aku gunakan untuk merempit di kota
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #4 shernaz's post

Honda wave bergerak seiirng dgn CBR900RR...tp masa tunggu trefik light le....pehtu..ko tinggal beratus2 tiang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #5 medangmru's post

kat highway aku akan pastikan aku ke depan 50 batu
baru moto nie yang jalan
hehehehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2008 11:57 AM | Show all posts
Apsal tak kuar gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 12:02 PM | Show all posts

Reply #7 altimi's post

servwer ada problem....dgn avatar trus tak kuar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #8 medangmru's post

aku biase je
avatqar pon kuar
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 06:41 PM | Show all posts
hmm.. gambar yg ada tulisan kosmo tu, undertail exhaust..
gambar 2nd lak, exhaust kat tepi..

fyi, gambar 2nd tu '08 1000rr..
http://powersports.honda.com/mot ... p;ModelId=CBR10RRL8

[ Last edited by  faizkj at 5-4-2008 06:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 06:48 PM | Show all posts

Reply #10 faizkj's post

erk... diorang leh tersilap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2008 07:15 AM | Show all posts
Kuasa motor jalanan -  
Oleh irwan asri mohd nor

Hadir sebagi penanda aras baru sportsbike, CBR600RR tampil dengan kejuruteraan terbaik daripada Honda.






Honda telah meletakkan penanda aras baru untuk kelas motosikal 600cc sportbike. Legenda CBR mereka terus lahir dalam arena perlumbaan dan produksi massa demi memenuhi keperluan mereka yang mahukan sebuah sportsbike yang mudah dikendali dengan kuasa yang hanya kurang sedikit berbanding saudaranya Fireblade.

CBR telah menerajui kelas 600 sejak lebih dua dekad yang lalu. Kehadiran model 2008 ini juga berjaya meyakinkan pasaran bahawa nisbah kuasa kepada berat membolehkan 600cc berada dalam kelompok yang istimewa.

CBR bukan sekadar sportsbike. Ia adalah kejuruteraan perlumbaan dengan konsep sebuah motosikal kegunaan jalanan. Ia mengutamakan dinamik kuasa dan pengendalian untuk memancing pembeli.

Malah, nama CBR itu begitu sinonim untuk menterjemahkan kelas 600cc ke satu tahap yang disegani. Pesaing-pesaingnya seperti Yamaha, Kawasaki dan Suzuki terpaksa mengakui hakikat bahawa bersaing dengan CBR dalam pasaran tersebut adalah sesuatu yang amat sukar.

Bagi mengekalkan takhta penguasaan segmen ini, jurutera Honda telah mencurahkan segala teknologi yang mungkin untuk motosikal ini.

'Bayangan' tentang perubahan besar untuk model 2008 memang telah lama diketahui. Bahkan majalah dan laman web luar negara telah lama membuat jangkaan perubahan besar tentang model terbaru ini.

Kejutan pertama ialah reka bentuk barunya yang didatangkan dengan skema warna moden. Identiti asal CBR lama digantikan dengan imej lumba yang lebih menyerlah. Gabungan warna baru ini terdiri daripada merah/hitam, oren mutiara/hitam, perak metalik dan grafiti.


TEMA dan konsepnya menepati falsafah kebanyakan
pereka dan penggiat automatif.

CBR ini mendapat kuasa daripada janaan enjin 599cc empat silinder dengan gerek dan lejang yang telah dibesarkan daripada model terdahulu (67mm x 42.5mm).

Pendikit badannya juga diperkemaskan dengan IACV (Idle-air control valve) dengan ketepatan tinggi menerusi sistem suntikan dua peringkat. Kemasukan udara dalam kebuk juga diposisikan semula menerusi lokasi 'hidung' baru, juga dengan dua peringkat kemasukan udara.

Enjin baru ini juga dibina daripada bahan berketumpatan tinggi dan ringan. Kepala silindernya diperbuat daripada magnesium. Sudut kemasukan campuran bahan api untuk injapnya juga telah diperhalusi untuk mendapatkan jumlah campuran terbaik.

Hasilnya, ia mampu memberi tahap penggunaan bahan api minimum pada setiap peringkat kuasa yang digunakan. Lain-lain konfigurasi seperti kotak gear enam kelajuan dikekalkan spesifikasinya.

Kerangka CBR baru ini diperbuat daripada material DC (Hollow Fine Die-Cast) dengan komposit terbaik pada saiznya. Sistem suspensinya pula mengekalkan teknologi yang terbukti berjaya dalam kancah perlumbaan MotoGP.

Namun begitu, katrij suspensi yang dikenali sebagai HMAS telah diukur menjadi 41mm dan dikemaskan lagi untuk memberi tahap pengendalian yang sekata semasa di jalan raya. Bahagian sambungan belakang pula menggunakan set suspensi Pro-Link, saduran terus daripada MotoGP tanpa sebarang pengubahsuaian.

Selain daripada skema warna, rekaan luaran CBR baru ini juga kelihatan lebih tirus dan kecil. Fairing hadapannya lebih kurus malah sebahagian besar enjinnya sengaja didedahkan di bahagian sisi.

Unsur tipikal lain termasuklah paparan papan instrumentasi yang menarik, susunan suis dan lampu yang praktikal serta posisi tunggangan yang lebih selesa berbanding model 2007.


SKEMA warna CBR600RR menggabungkan warna klasik
serta varian warna baru yang lebih segar.

Kehadiran model baru ini akan terus mengekalkan rekod kejayaan Honda dalam arena perlumbaan dan produksi massa 600cc di tangga teratas.

Seluruh dunia menantikan model ini. Dengan pakej yang sedemikian rupa, CBR berjaya mengekalkan pengaruh sportsbike menjadi satu bahagian penting dalam industri motosikal secara amnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 03:18 PM | Show all posts
mmg cun tapi rega moto superbike kat mesia cekik darah duty 60% gila ke apa bila la PAK JIB nak turun kan duty aku teringin nak pakai satu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 10:22 PM | Show all posts
cekik darah ek..klu rmai mmpu beli pulak nti lagi kecoh..tara bawak cup pun dah mcm monyet...klu bwk sbk macam mane rupanye ntah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 10:54 AM | Show all posts
macam Babun la jawabnya tom.....silap2 kat trefik light pun siap tarik trotel....pehtu nak tunjuk lagak kat muto kapchai...siap cucuk muto ko ajak race...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 10:55 AM | Show all posts
Braper rega muto ni yek...tak dapek yang besau nyer...yg replika kecik udah la kot...letak kat dalam kete...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.126614 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list