CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33025|Reply: 23

mitsubishi airtrek turbo sport

[Copy link]
Post time 5-4-2008 05:32 AM | Show all posts |Read mode
Mitsubishi Airtrek Turbo Sport - Versi SUV kompak Evo
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Enjin 4G63T yang dipasangkan pada SUV ini merupakan unit yang sama tetapi telah ditala semula untuk menyesuaikan kuasanya dengan Airtrek.


MERUPAKAN jentera daripada generasi Evo yang dijelmakan
dalam bentuk SUV.

INI mungkin pilihan kenderaan yang terletak di tengah persimpangan jalan bagi mereka yang mahukan sebuah kereta sport, pada masa yang sama mengekalkan fungsinya sebagai sebuah kenderaan keluarga atau kenderaan harian yang praktikal.
Konsep kenderaan sebegini juga seringkali disalah temakan. Ramai yang menggelarnya dengan panggilan station wagon. Namun hakikatnya, Mitsubishi Airtrek ialah sebuah kenderaan crossover sport pelbagai guna (SUV).
Mitsubishi Airtrek ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2001 di Jepun. Setahun kemudian, ia dibawa masuk oleh pihak USF Hicom yang merupakan pemegang hak edaran kereta Mitusbishi ketika itu.
Model Aitrek pertama yang sporty itu disusuli dengan kemasukan model Airtrek turbo. Pada harga sekitar RM170,000 ketika diperkenalkan, SUV ini mendapat sambutan yang menggalakkan, apatah lagi ketiadaan francais import model legenda rali seperti Evo 7 yang diminati ramai.
Hakikatnya, Airtrek merupakan versi SUV kepada Evo yang mana hampir kebanyakan komponennya berkongsi dengan model ini.

RUANG kargo yang disediakan juga luas untuk keperluan anda.

Enjin 4G63T yang dipasangkan pada SUV ini merupakan unit yang sama tetapi telah ditala semula untuk menyesuaikan kuasanya dengan Airtrek.

Ia memiliki 240ps dalam keadaan asal dengan 343 paun kaki tork. Cukup untuk meletakkan SUV ini terpantas dalam kategorinya yang hanya dipasangkan dengan enjin 2 liter.

Berbanding pesaing croossover SUV dalam kelasnya, Airtrek memiliki kelebihan titik graviti yang rendah menjadikannya sangat stabil walau dipandu laju. Satu-satunya saingan rakan senegaranya dalam kategori ini ialah Subaru Forester XLT yang menggunakan enjin yang sama dengan unit daripada Impreza WRX.

Sehingga kini, Airtrek telah digantikan dengan model Mitsubishi Outlander. Ia adalah model berasaskan kerangka yang serupa, cuma penjana enjinnya tidak lagi daripada siri Evoluton.

Ia menggunakan nadi penggerak 2.4 Mivec dengan kuasa kuda kurang 60hp berbanding model turbo. Malah jarak kelegaan buminya telah ditambah sedikit untuk mengangkat model ini lebih tinggi daripada imej sebelumnya.

Outlander yang dibawa masuk oleh MMM (Mitsubishi Motor Malaysa) ini turut menampilkan pelbagai inovasi baru daripada sport SUV kepada passengger SUV.

PENAMPILAN Airtrek Turbo yang menarik perhatian.

Model generasi pertama Airtrek ini boleh diperoleh pada harga serendah RM90 ribu di pasaran kereta terpakai tempatan.

Tidak banyak kenderaan dalam kelasnya jika anda ingin membuat perbandingan satu lawan satu, kerana konsep SUV kompak seperti Airtrek ini adalah model yang dilihat kesinambungan wagon sports berbanding SUV. Dalam sektor automotif lazimnya, ia akan dilihat dalam persaingan kelas bukan SUV.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli sebuah SUV seperti Grand Vitara, Hyundai Tucson atau Kia Sportage, Airtrek biasanya tidak termasuk dalam senarai.

Sebaliknya SUV ini diletakkan dengan saingan Subaru Forester, Legacy, ataupun rangkaian kereta sport seperti Lancer Evo, Impreza WRX, Accord Euro R atau Civic Type R.

Realitinya, bakal pembeli Airtrek adalah kalangan mereka yang mengutamakan kuasa, di samping transmisi automatiknya yang praktikal. Melainkan anda berkenan untuk membeli Evo 7 GTA (automatik), maka Airtrek tetap mempunyai kelebihan dari segi saiz ruang bagasinya yang luas.


RUANG kokpit Airtrek yang ringkas dan praktikal.

Meskipun sifatnya lebih kepada prestasi, namun keselesaannya sebagai kenderaan penumpang kelas pertengahan tidak diabaikan. Ia tidak dipasangkan dengan suspensi sport buatan Ohlins seperti MR, sebaliknya pihak Mitsbishi Motor mengekalkan tahap keselesaan dengan talaan suspensi kilang yang memiliki kesinambungan prestasi dan praktikal.

Ruang bagasinya juga cukup luas dengan fungsi tempat duduk belakang boleh lipat. Ciri tambahan lain yang boleh dianggap bonus untuk model ini ialah sepasang bumbung suria. Masing-masing untuk bahagian pemandu, penumpang hadapan dan satu untuk penumpang belakang.

Kebanyakan model ini dimiliki oleh pengguna persendirian, maka menjadikannya sebagai kereta kegunaan syarikat adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Jika anda bercadang untuk mendapatkannya di pasaran hari ini, lakukan pemeriksaan rutin dengan memastikan peralatan asasnya berada dalam keadaan baik. Pastikan tidak ada kesan kemalangan besar, kotak gear yang berfungsi dengan baik dan juga bahagian dalaman yang terjaga. Selebihnya, pilihan anda untuk membuat keputusan.



ada tak forummer yang pakai airtrek or outlander kan sekarang ni..  mitsubishi banyak keta depa yang sebenarnya memang best.. tapi aku tak tertawan lak dgn airtrek ni..  compare dgn triton.. mmg aku suka triton lagi... yo lah dua jenis yg berbeza tapi dek sebabkan pembuat yg sama...  kalu mitsubishi.. mmg aku NGAP triton dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 07:28 AM | Show all posts
triton type hilux airtrek type suv
triton psg kt thailand(utk pasaran msia) airtrek fully import(CBU)
triton rm80k+ airtrek rm170k+
aku suka airtrek,tp rege dier...huhuhu.   
if x dpt airtrek,tangkap adiknye colt,rege mayb bwh 100k+
airtrek&colt cbu..lancer baru pn cbu dgn rege kete ckd msia
hope byk lai type kete mitsubishi ni sejak dia bole jual kt msia pd thn 2005.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 07:48 AM | Show all posts
Airtrek dh aku g tgk kt used car. Cun jgk tp bc review owner kt forum, main prob is mentekedarah minyak kuat. He he
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 08:38 AM | Show all posts
biasalah..
engine evo ma..
memang besh ar..
evo 7 punya engine lak tue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2008 08:41 AM | Show all posts

Reply #2 ridd's post

aku rasa kalu dgn rega rm170+ .. baik aku ambik Honda CRV..  aku suka CRV lagi..tak sebesar  airtrek  tapi  crv memang cun  ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2008 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 5-4-2008 07:48 AM
Airtrek dh aku g tgk kt used car. Cun jgk tp bc review owner kt forum, main prob is mentekedarah minyak kuat. He he



kawan aku pun kata.. minyak giler!!   mana lah nak cari extra kalu kerja janitor cam aku ni,  ek  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2008 11:19 AM | Show all posts
crv teruk giler bentok dia..
gemok depan,
gemok belakang..
muahahaha.
alang2 nak amik, honda stream je
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 02:09 PM | Show all posts
Aku sj nk ubah topik jap. Abg aku g medan smpi mlm ahad esok. Harrier baru dia tinggal kt aku coz umah dia kt kuantan. Ha ha sudah 3 hari aku drive harrier... Manyak syokk wooo.... Chinese tgk aku drive mcm berbulu jekk.... Byk2 keta aku drive setakat ni, waja enhanced lh (abg aku sorg lg yg punya) yg absorber dia lembut n best lg2 bila lalu jln x rata. X terasa beb. Harrier pun x mcm waja enhanced version. Apa2 pun harrier mmg kellasss.. Nnti nk test drive airtrek turbo, nk bunyi kcingg2...crv xde bunyik kcing2 ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 5-4-2008 02:09 PM
Aku sj nk ubah topik jap. Abg aku g medan smpi mlm ahad esok. Harrier baru dia tinggal kt aku coz umah dia kt kuantan. Ha ha sudah 3 hari aku drive harrier... Manyak syokk wooo.... Chinese tgk ak ...


kau perasan je kot?

sebenarnya orang tengok tak de lah diroang heran...

lagi heran diorang tengok motor honda c50 bikin....  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 03:51 PM | Show all posts
Diorg heran rasanya n teka sure mamat yg drive tu pinjam keta sapa2 ntah ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 10:36 PM | Show all posts

Reply #7 stfunewbiez's post

ye betoi..stream RM 149,800.00 dan wish RM 156,894.70.pilih le yg mane berkenan di hati.
aku minat caldina,brp rege die ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2008 06:56 AM | Show all posts

Reply #7 stfunewbiez's post

aku lak suka bentuk crv.. aku naik kakak aku punya crv baru... best giler.. tapi mmg tak mampu la  ni nak tukar... kalu aku tukar jazz pun.. aku akan ambik accord baru atau civic...    kalu aku kawen.. bini aku leh beli crv.. dapat 2 in 1.. bini dapat  crv pun dapat..      ko ada crv tak?  boley jadi bini aku..tee hee      eh..  ko ni pompuan ke lelaki...  kalu lelaki  tulun abaikan pertanyaan aku tadi.. wokey..    
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 03:25 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Gua dah layan airtrek turbo nie dah 4 tahun, so far performance still ok..
berbekalkan hp dlm 240 memang jarang ia tewas di jalanraya, handling bagus, minyak boleh tahan, engine evo 7 ini tidak pernah menghampakan...)


cheers
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 03:29 PM | Show all posts
apsal sekenhen airtrek agak murah ye....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:40 AM | Show all posts
slm,

http://www.mudah.my/Mitsubishi+AIRTREK+2+0+AUTO+02-10134753.htm

airtrek 2.0 49800K

leh komen tak..peminat2 airtrek... kenapa rege nih murah ek..tgok lelain dlm 55k++ yg nih 49k...

salu kalo dekat 10 tahun airtrek byk problem tak? maintannance cemana? thanxs!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 04:07 PM | Show all posts
PLS find us and "LIKE" us at facebook as below...
http://www.facebook.com/bestvisionmotor?sk=wall

join us now to update our latest used car info.

thank you very much
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 12:35 PM | Show all posts
Ada orang minat ambil Airtrekterpakai tak ?
check sini

http://www.autobizz.com.my/mitsubishi/airtrek

tak banyak, hanya ada 2 biji saja utuk dijual ...


oh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:59 AM | Show all posts
hi.. mau tanye sikit pade yg berpengalaman..
sy nk beli airtrek, tp 2nd n bukan turbo.. 2.0 je\
ok ke x ok??

maintanen die cam ne?
minyak mentahkedarah jugak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by H4dRi at 7-4-2012 11:35

Reply 18# joneymope

minyak mentekedarah atau x, enjin ni sme mcm enjen evo, cume detuned sket,

hmm, dari KL ke ke P.Pinang, full tank , full boosting 180km/j, kena isi mnyak 2 kali baru bole sampai sne,


bwak slow, mnyak mcm enjin 2liter, kalo boosting mnyak mcm kete 3, 4 liter
ops, xprasan plak upenya nk beli yg non-turbo, sorry, xdak idea
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 10:58 AM | Show all posts
Tak bebaloi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081992 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list