CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6495|Reply: 27

Cara pembelajaran seni lukis negara kita ketinggalan zaman (60 tahun)

[Copy link]
Post time 6-4-2008 01:52 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, saya dan isteri telah menghadiri dua sessi taklimat anjuran sebuah pusat seni lukis di Johor Bahru.

Tajuk taklimat : Cuba memahami lukisan anak anda

Daripada kursus tersebut, kami diberi taklimat mengenai cara seorang budak bawah 3 tahun melukis garisan bengkang-bengkok, lepas tu anak tersebut tidak memilih warna, pergi ke peringkat pilih warna, cuba melukis gajah tapi tak menyerupai gajah dsbnya.

Kami diberi taklimat mengenai prinsip seni, polar perubahan seni, masa depan anak dan banyak lagi.

Daripada taklimat tersebut, barulah kami sedar, bidang seni di negara kita ketinggalan 60 tahun kepada negara-negara barat, manakala ketinggalan 10 tahun kepada China.

Saya tak erti nak sebutkan nama tahap-tahap itu, tapi saya cuba :

1.Pop-art
2.Impressionist (Malaysia tengah mengikuti langkah ini)
3.Realist
4.Expressionist
5.Futurristict (Eropah, Taiwan dan China sedang mengikuti langkah ini)

(Kelima-lima aliran di atas diperolehi daripada saudara/saudari Gravedigger )

Universiti yang "offer" kursus dalam bidang seni pun kurang, satu di USM dan satu lagi di Kelantan, nama tak tahu.
Pensyarah di USM pun tidak menumpukan pengajaran sepenuhnya kepada bidang seni kerana adanya tugas yang lain.

Kerajaan Taiwan, China dan Eropah telah menyediakan belanjawan untuk bidang seni, Malaysia pula mengambil sikap nak taknak, tak ambil peduli.

Bidang seni ini bila dikembangkan dengan baik, anak-anak akan lebih kreatif dan boleh berfikir. Ia boleh memberi kejutan ke atas pemikiran otak kanak-kanak, satu langkah awal untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dan dididik menjadi seorang pemimpin di masa depan.

Kami telah sedar, betapa pentingnya pendidikan seni.

Kini, kami risau dan sedih, bagaimana kita hendak melaksanakan program yang ketinggalan 60 tahun ini?:re: :re:

[ Last edited by  jbtrader at 7-4-2008 01:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2008 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 6-4-2008 01:52 AM
Daripada taklimat tersebut, barulah kami sedar, bidang seni di negara kita ketinggalan 60 tahun kepada negara-negara barat, manakala ketinggalan 10 tahun kepada China.

Saya tak erti nak sebutkan nama tahap-tahap itu, tapi saya cuba :

1.xxx art
2.xxx art (Malaysia tengah mengikuti langkah ini)
3.xxx art
4.xxx art
5.Future modern art (Eropah, Taiwan dan China sedang mengikuti langkah ini)


Bidang seni di negara kita ini sebenarnya tidak ketinggalan jika nak dibandingkan dengan negara2 luar khususnya negara barat atau pun China. Mungkin tahap2 yang sdr nak sebut itu adalah aliran2 yang terdapat dalam perkembangan semasa seni... justeru sdr telah membuat satu rumusan yang silap. Tahap2 tersebut mungkin aliran yang dinamakan sebagai pop-art,impressionist,realist,expressionist,futuristic art dsbnya. Kita tidak perlu mengikuti aliran2 tersebut untuk nak disamakan dengan mereka kerana kita sepatutnya lebih berbangga dengan aliran kita sendiri yang beridentitikan dari akar-akar umbi tradisi kita. Kita sebenarnya lebih kaya dengan keindahan seni tradisi kita yang telah semakin dilupakan.
Didalam Pendidikan Seni di negara kita pula, itulah yang cuba diketengahkan untuk memberi kesedaran terhadap penuntut2nya agar kembali ke akar2 tradisi pribumi dan tidak terpengaruh dengan barat yang lebih banyak berkhayal daripada menghadapi keadaan realiti sebenar.

Kalau nak senaraikan IPT yang telahpun menyediakan kursus2 seni ini khususnya seni visual maka telah banyak yang ada.Negara kita inipun sebenarnya telahpun tersenarai dalam peringkat antarabangsa sebagai mempunyai IPT yang terbaik menyediakan kursus2 tersebut. Antaranya ialah yang terdapat di UiTM,USM dan UNIMAS termasuk IPTS seperti LIIKOKWING,Nanyang dsbnya.

Begitu juga dalam bidang Pendidikan Seni dimana telah ada kursus2 yang melatih guru2 seni mengajar Pendidikan Seni di sekolah2. Antaranya ialah seperti kursus Art Teacher's Diploma di UiTM, Sarjana Muda Pendidikan Seni di USM dan UPSI serta kursus2 pendidikan outcampus seni di Open University.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 01:13 AM | Show all posts

Reply #3 Gravedigger's post

"Kita tidak perlu mengikuti aliran2 tersebut untuk nak disamakan dengan mereka kerana kita sepatutnya lebih berbangga dengan aliran kita sendiri yang beridentitikan dari akar-akar umbi tradisi kita."

Bidang komputer pun telah melalui zaman perubahan, daipada sistem yang lembap (JB tak erti nak sebutkan, 286 kut?) sehingga ke Vista zaman kini, sudah lebih kurang 6 atau 7 peringkat.

Kenapa bidang seni Malaysia perlu berhenti di tahap 60 tahun ke belakang negara-negara tersebut? Bagaimana pula dengan perkembangan anak-anak kita dari segi pemikiran?

JB tidak mahu melihat hasil  atau karya seni terlebih dahulu, kita hendakkan pemikiran iaitu gubahan, kretif atau inovatif seseorang murid.

Dah terbukti kita telah kalah dengan negara-negara tersebut.  Kenapa tak nak cuba?

Lagi pun, seperti yang dinyatakan oleh sesetengah forummers, cikgu seni kat sekolah tidak mencukupi, setakat tangkap muat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 6-4-2008 02:03 AM
Secara jujurnya masalah ianya berkait rapat dgn persepsi masyarakat malaysia mengenai bidang seni. Masyarakat sering mengaitkan seni ini hanyalah untuk pemuda-pemudi yg mempamerkan bakat mereka di jalanan sambil mengharapkan simpati org ramai utk memberi sara hidup kepada mereka. Ianya juga disebabkan faktor peluang pekerjaan yg terhad utk golongan yg berkemahiran dalam bidang seni lukis ini kerana ianya dianggap kurang memeberi sumbangan dari sudut ekonomi negara. Saya secara peribadi pun tidak tahu apa peluang dan masa depan saya di sini jika saya mengambil kursus seni lukisan di kolej atau universiti, jadi peranan kerajaan atau NGO2 untuk mempopularkan atau mengkormesilkan bidang seni lukis ini secara meluas amatlah penting jika negara berhasrat untuk bersaing dgn negara2 luar..


Satement di atas di ambil dari Current Issue.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2008 11:14 AM | Show all posts
Di forum Arts & Culture ini, nampaknya ramai tak minat dalam bidang pendidikan seni, cuma tahu melukis ataupun belajar mana yang ada, tiada pembaharuan.
Forum Current Isu lain sikit, perbincangan telah banyak diadakan tentang Thread yang sama dan ramai ibubapa/forummers sedia menerima pembaharuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2008 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 7-4-2008 01:13 AM
Dah terbukti kita telah kalah dengan negara-negara tersebut.  Kenapa tak nak cuba?


Boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun art academy di Malaysia ini yang mendedahkan atau menawarkan pelajarnya kepada 'art education'. Belajar kemahiran seni dengan belajar berbagai teknik untuk mengajar seni adalah dua perkara yang berasingan. Pelukis2 yang mahir dalam menghasilkan seni jika tidak tahu berbagai-bagai kaedah dan teknik maka ia tidak mungkin tahu untuk mengajar seni dengan  baik. Mungkin pengetua art academy tersebut seorang pelukis yang mahir tapi dia tidak faham dan jelas untuk apakah seni itu berperanan dalam sesebuah negara.
Kita tidak kalah lagi.
Kalau nak bandingkan dengan negeri China maka seni di Malaysia ini lebih baik lagi dari mereka kerana kita masih kuat lagi dengan tradisi dan kanak2 kita pun masih lagi mengenali akar2 kesenian mereka. Di sekolah guru hanya perlu meningkatkan kemahiran dan mendedahkan lebih lagi kefahaman murid tersebut. Di China sekarang ini identiti mereka telah mula hilang kerana mereka sudah mula hendak menjadi lebih kebaratan dari orang barat sendiri.
Mungkin kalau nak dibandingkan dengan Jepun maka kita agak ketinggalan. Jepun yang sudah jauh kehadapan teknologi mereka namun dalam masa yang sama seni mereka juga agak advance dan kita masih lagi mengenali bahawa ia beridentitikan kejepunan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 01:53 PM | Show all posts

Reply #1 jbtrader's post

Setuju..

Sebab utama berpunca dalam sekolah2 di Malaysia ini sendiri.  Bukan tak ada guru2 yang boleh mengajar asas seni secara maksimum kepada murid tetapi kebanyakan sekolah lebih mengutamakan matapelajaran yang kononnya lebih kritikal.  

So guru Pendidikan Seni diarahkan mengajar matapelajaran lain manakala Pendidikan Seni diajar oleh guru2 agama atau guru2 yg kurang waktu mengajar.

Then murid2 pandai tidak digalakkan untuk berminat dlm bidang seni.  Mereka lebih ditekan kpd subjek yg kononnya kritikal... math n sains... english etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #1 jbtrader's post

I tak fikir kita ketinggalan hingga 60 tahun... kalo 10 tahun boleh terima gak..

Seni bukan la menjadi budaya kaum di negara ini... itu sebab seni kurang diaktikan di negara ini..

Kebanyakan negara luar kita boleh lihat setiap pekan ada galeri seni...  di Malaysia kat bandar pun belum tentu ada galeri

Malaysia mempunyai ramai penggiat dan penghayat seni yang bagus... cuma media massa kurang memberi publisiti... media massa juga kurang memberi info ttg ilmu seni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #1 jbtrader's post

jgn risau dan sedih... kini institusi pendidikan telah cuba untuk memertabatkan Pendidikan Seni di kalangan masyarakat.

Contohnya semasa penggubalan kurikulum Pendidikan Seni peringkat tinggi... isi pelajaran berdasarkan seni masyarakat majmuk Malaysia lebih ditekan n diutamakan... seni Barat yg penuh dgn berbagai aliran itu menjadi sebahagian shj.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 03:12 PM | Show all posts
no commentlah tapi ada betulnya

Selagi org Politik pegang Kementerian Pendidikan termasuk Seni...students makin meminggirkan pendidikan seni.
Asyik ajar watercolor..bored man!
why not marker rendering?
It's time for us to grow up and teach our Primary school students with computers skill like Phootoshop and Illustrator

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 04:52 PM | Show all posts

Reply #11 srumut's post

dlm sukatan pend seni visual sekolah rendah tahap dua memang dah ada penggunaan perisian phothosop n paint dlm bidang mencorak n membuat rekaan.

betul la cikgu has to grow up
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 06:43 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 16-4-2008 04:52 PM
dlm sukatan pend seni visual sekolah rendah tahap dua memang dah ada penggunaan perisian phothosop n paint dlm bidang mencorak n membuat rekaan.

betul la cikgu has to grow up

Cikgu agama mengajar pendidikan seni? Langkah buruknya Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tak gunalah menghasilkan ribuan guru tapi tiada kepakaran dalam bidang seni.

Sampai bila Malaysia hendak maju?:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 14-4-2008 02:00 PM
I tak fikir kita ketinggalan hingga 60 tahun... kalo 10 tahun boleh terima gak..

Seni bukan la menjadi budaya kaum di negara ini... itu sebab seni kurang diaktikan di negara ini..

Kebanyaka ...

Kata pengetua academy terbabit, di bandar Viernam, kita dapat melihat keadaan sekeliling hasil sejarah akibat ketinggalan Perancis satu masa dulu.

Ini bermaksud, 100 tahun yang dulu, Perancis telah membangunkan Vietnam telah telah menerapkan nilai-nilai @ ciri-ciri Perancis di Vietnam.

Art di sini bukan setakat ditujukan kepada lukisan, tapi juga merujuk kepada background ataupun objek-objek yang nyata.:2cool:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-4-2008 11:58 AM


Boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun art academy di Malaysia ini yang mendedahkan atau menawarkan pelajarnya kepada 'art education'. Belajar kemahiran seni dengan belajar berbagai teknik ...

Kalau tak ada art academy yang mendedahkan, tak kan saya boleh tahu ttg perkara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 16-4-2008 06:48 PM

Kata pengetua academy terbabit, di bandar Viernam, kita dapat melihat keadaan sekeliling hasil sejarah akibat ketinggalan Perancis satu masa dulu.

Ini bermaksud, 100 tahun yang dulu, Peranci ...


Kenapa tak mau lihat pula di Malaysia ini?? Bukankah banyak peninggalan sejarah2 dari Portugis,Belanda dan Inggeris yang boleh didapapti dimerata tempat. Ini bermakna kita lebih dahulu ada penerapan nilai seni tapi bukan beridentitikan tempatan dan kini oleh sebab kita sudah maju dan ada kesedaran maka kita telah melangkah jauk nak kembali mempunyai identiti sendiri.  
Lihatlah dan bukti2 dari senibina menunjukkan bahawa kita sudahpun berada maju di hadapan malah lebih lagi dari setengah negara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 16-4-2008 06:50 PM

Kalau tak ada art academy yang mendedahkan, tak kan saya boleh tahu ttg perkara ini?


Daripada penulisan dan masalah yang u kemukakan nampaknya u masih lagi keliru tentang pembelajaran seni lukis di negara kita ini. What actually is your main point??
Art academy mana yang mendedahkan tentang masalah ini? Saya tahu ada banyak art academy dan banyak juga yang tidak diiktiraf sebab lebih mementingkan keuntungan saja dan pengetua2 mereka pun tidak mempunyai kelayakan yang sebenarnya. So mana yang tak terlibat dengan arus perdana tentulah tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Saya kenal seorang Pengarah art academy iaitu di Malaysian Institute of Art yang terletak tak jauh dari rumah parent saya di Taman Melawati. Beliau ialah Chong Kam Kow dan saya pernah ambil subjek dia masa dia mengajar di ITM dulu. Dia pernah juga offer saya mengajar di sana dulu tapi saya tak berminat nak duduk KL yang penuh dengan pencemaran.
Dia berpendapat negara kita ini sudah advance pencapaiannya dalam seni dan setaraf dengan negara2 barat. Buktinya sendiri dia mengatakan bahawa dia sudah  berjaya menubuhkan art academy yang ramai berminat untuk memasukinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-4-2008 11:15 AM


Kenapa tak mau lihat pula di Malaysia ini?? Bukankah banyak peninggalan sejarah2 dari Portugis,Belanda dan Inggeris yang boleh didapapti dimerata tempat. Ini bermakna kita lebih dahulu ada pe ...

Hello kawan, orang lain tinggalkan "sejarahnya", bukan kita cipta sejarah sendiri. Siapa yang lebih dahulu? Dah tentu Portugis, Belanda dan Inggeris.
Apa yang Malaysia buat setakat ini? Robohkan bangunan sejarah di Pulau Pinang dan Melaka? KL?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-4-2008 11:33 AM


Daripada penulisan dan masalah yang u kemukakan nampaknya u masih lagi keliru tentang pembelajaran seni lukis di negara kita ini. What actually is your main point??
Art academy mana yang men ...

Main point? Tak nampak lagi ker? Bincang demi bincang, Kementerian haruslah buat apa yang patut.

Terapkan nilai pendidikan seni selari dengan perkembangan arus. Kalau hendak ceritakan arus perdana, buatlah bengkel seni bertaraf antarabangsa, biar semua membuka mata.

Kalau JB free nanti, JB akan meminta lukisan-lukisan murid-murid imur 2 hingga 7 tahun daripada pengetua academi seni lukis terbabit, biar semua membuka mata.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by jbtrader at 20-4-2008 12:03 PM

Hello kawan, orang lain tinggalkan "sejarahnya", bukan kita cipta sejarah sendiri. Siapa yang lebih dahulu? Dah tentu Portugis, Belanda dan Inggeris.
Apa yang Malaysia buat setakat ini? Rob ...


Nope...kita tak boleh tinggalkan sejarah tapi kita kena belajar dari sejarah. Malaysia mempunyai sejarah warna warni yang boleh dimenafaatkan dan sebab itu ada dimasukkan dalam pelajaran sejarah seni yang perlu diberi perhatian.
Dari bidang senibina kita telah termasuk dalam kelompok negara maju dan senibina kita telahpun di iktiraf diperingkat antarabangsa dan menjadi perhatian dunia. Ini juga antara bukti pembelajaran pendidikan seni yang berjaya.
Kita bukan saja sudah melahirkan arkitek2 yang hebat2 tapi juga pelukis dan pereka2 yang telah berjaya memenangi banyak anugerah di luar negara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.112716 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list