CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceghost2005

RAMD jadi guard kat Buckingham Palace

[Copy link]
Post time 23-5-2008 10:34 AM | Show all posts
Ada gambor lagi......







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #241 huskers's post

huh mods takkan takleh kasi tacang sikit pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:22 PM | Show all posts
wa dah bagi, tapi skang balang kosong kene tunggu top up ley
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:06 PM | Show all posts
Servants Serving Their Masters
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 10:36 PM | Show all posts
alahai... biar la diorang pegi... bukan senang nak pegi london wei... sesen pun tak kuor duit poket tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2008 10:01 AM | Show all posts
Lawatan perkukuh hubungan dua negara

PARA anggota Kompeni Istiadat RAMD (belakang) dengan pakaian kebangsaan semasa proses pertukaran pengawal di Istana Buckingham baru-baru ini.

LEBIH kurang 40 hingga 50 tahun dahulu, Tanah Melayu (kini Malaysia) menghadapi ancaman hebat daripada pengganas komunis yang berhajat menubuhkan kerajaan di sini.
Pada waktu itu pula, negara ini masih lagi berada dalam fasa awal pasca merdeka.
Sebagai sebuah negara dengan pasukan tentera yang boleh dikatakan masih mentah, Tanah Melayu ketika itu menerima bantuan British serta beberapa negara Komanwel lain (Australia, New Zealand, Nepal, India dan Fiji) bagi menghadapi ancaman 慴intang tiga
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:11 AM | Show all posts
laaa... mula2 igt pakai bearskin cap mcm guards kat sana..
rupa nya pakai baju melayu.. caya lah..
ni yg aku suka.. pegi mana pun tapi masih lagi mengekalkan identiti Rejimen askar melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #248 kancilkalerbiru's post

kalau ko tak tau, bayangkan berapa ramai lagi tak tau...dan banyak lagi yang mempersendakan hakikat ini tanpa mengambil tau pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #249 mmc's post

stended laa tu..
org kita lebih suka mengkomplen benda yg diorg sendiri pun tak tau...
bukan pasal benda nie jer.. nak semua benda mcm tu...
tak kira laa melayu ker, cina ker, india ker..
sama jer... janji malaysian...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #250 kancilkalerbiru's post

tepat sekali
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:42 PM | Show all posts
page mendap :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:24 AM | Show all posts
Lawatan perkukuh hubungan dua negara

PARA anggota Kompeni Istiadat RAMD (belakang) dengan pakaian kebangsaan semasa proses pertukaran pengawal di Istana Buckingham baru-baru ini.

LEBIH kurang 40 hingga 50 tahun dahulu, Tanah Melayu (kini Malaysia) menghadapi ancaman hebat daripada pengganas komunis yang berhajat menubuhkan kerajaan di sini.

Pada waktu itu pula, negara ini masih lagi berada dalam fasa awal pasca merdeka.

Sebagai sebuah negara dengan pasukan tentera yang boleh dikatakan masih mentah, Tanah Melayu ketika itu menerima bantuan British serta beberapa negara Komanwel lain (Australia, New Zealand, Nepal, India dan Fiji) bagi menghadapi ancaman 慴intang tiga
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 10:21 AM | Show all posts
Kawal Istana Buckingham

Oleh ZULKIFLI ABDULLAH

Sejak pertengahan bulan April lalu, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditugaskan mengawal kediaman rasmi keluarga diraja Britain. Tugas tersebut akan berakhir pada pertengahan Jun ini.


PARA hadirin memberi tepukan gemuruh sejurus barisan pengawal keselamatan Malaysia dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berarak menuju ke Istana Buckingham, London untuk pertukaran tugas mengawal istana berusia lebih 250 tahun itu.  Dengan mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata. Ini sekali gus membuatkan ribuan pengunjung yang membanjiri perkarangan istana itu terpegun.

Ini adalah tugas pertama anggota keselamatan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1938. Seramai 122 anggota rejimen Pasukan Istiadat dipilih menjalankan tugas itu dari 18 April lalu hingga 12 Jun ini.

Kebanjiran ribuan pengunjung untuk melihat majlis pertukaran tugas itu begitu menyentuh perasaan penulis. Ini kerana negara Malaysia yang pernah dijajah oleh British diberi penghormatan yang sebegitu rupa.


DENGAN mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata.

Komitmen anggota RAMD yang mempamerkan gaya keperwiraan Melayu menarik perhatian para pengunjung. Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan detik bersejarah yang berlangsung di hadapan Istana Buckingham yang dibina pada abad ke-17 itu.

Dari segi sejarah, kawalan di istana tersebut melibatkan anggota pasukan keselamatan negara-negara Komanwel bermula September 1916. Setakat ini negara yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas itu ialah Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Sri Lanka, Pakistan, Jamaica dan ketika ini, Malaysia.

Selain menjalankan tugas mengawal kediaman rasmi diraja Britain yang mempunyai 775 bilik itu, anggota RAMD yang menjalankan Tugas Awam London turut ditugaskan mengawal Istana Windsor, Istana St. James dan Menara London. Mereka terlibat dengan tugas rejimen bersama batalion lain daripada Pasukan Pengawal Peribadi di Istana Buckingham.

Mereka menjalani latihan di padang kawat markas tentera yang terletak tidak jauh dari Istana Buckingham pada setiap pagi. Apa yang mengagumkan, ada di antara penduduk di kota London ini begitu teruja dan mengambil kesempatan melihat mereka berlatih di tepi pagar.

Dalam menjalankan tugas-tugas rasmi itu, anggota RAMD terlibat menjaga laman istana, melakukan rondaan malam, mengawal pos kawalan istana dan menjadi sebahagian daripada pasukan tindakan cepat.


ISTANA Buckingham memiliki taman yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong dunia.

Di depan Istana Buckingham, terdampar jalan merah yang kelihatan begitu teguh dan keras, dibina hasil sumbangan negara-negara yang pernah terletak di bawah jajahan British.

Berhampiran istana ini , tersergam satu tugu besar untuk memperingati Ratu Victoria yang mula-mula tinggal di situ selepas menaiki takhta pada 1837.

Jika anda ke kota London, rasanya tidak begitu sempurna jika tidak melihat keindahan bangunan Parlimen yang terletak di Westminster. Di situ juga terdapat menara Big Ben atau lebih dikenali sebagai Menara St. Stephen.

Nama Big Ben diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster dan loceng utama yang seberat 14.5 tan yang dibuat pada tahun 1856. Dipercayai nama Big Ben diambil sempena nama ahli tinju Benyamin Caunt, seorang peninju tersohor di Britain. Ia juga mungkin berasal daripada nama Sir Benjamin Hall.

Tidak jauh dari bangunan Parlimen ini, anda berpeluang melihat keindahan London Eye, sebuah roda observasi yang terbesar di dunia setinggi 135 meter atau 443 kaki di sebelah Sungai Thames. Ia juga dikenali sebagai Millennium Wheel yang mula beroperasi pada akhir tahun 1999.

London Eye berpusing dengan kepantasan 0.26 meter bagi setiap detik dan mengambil kira-kira 30 minit bagi setiap pusingan. Ia diapungkan di Sungai Thames.

Jika berkesempatan ke London, jangan lepaskan peluang menaiki gondola London Eye untuk melihat kota London dari udara. Harga tiketnya ialah 14.40 pound sterling (RM92.80), kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun (RM46.40), kanak-kanak kurang 5 tahun (percuma), warga emas berumur lebih 60 tahun dan orang kurang upaya (RM70.40).

Selain itu, Jambatan Menara atau Tower Bridge yang terletak di atas Sungai Thames menjadi ikon di kota ini.

ISTIADAT penyerahan tugas.

Bagi mereka yang cintakan kedamaian dan riadah, kota ketiga tersibuk di dunia selepas New York dan Tokyo ini menyediakan banyak taman untuk seisi keluarga bersantai pada hujung minggu. Antaranya ialah Green Park, Greenwich Park, Hyde Park, Kensington Park, Regent Park, Richmond Park dan St. James Park, selain Dataran Trafalgar.

Dataran Trafalgar dibina untuk memperingati Pertempuran Trafalgar pada tahun 1805. Ia memberikan kemenangan kepada Tentera Laut Diraja Britain yang menentang Napoleon. Nama terdahulunya ialah Dataran Raja William Keempat, tetapi George Ledwell Taylor mencadangkan nama Dataran Trafalgar.

St. James Park adalah taman yang tertua daripada kesemua taman diraja London di Westminster yang terletak di timur Istana Buckingham dan barat Whitehall dan Jalan Downing.

Taman-taman itu dijaga bersih. Malah, ia menjadi lokasi penduduk kota London berjemur pada musim panas.

LONDON EYE diapungkan di permukaan Sungai Thames .

Bagi yang 'kaki jalan', anda tidak perlu risau kerana sistem pengangkutan di negara ini dianggap bertaraf kelas pertama. Mengapa? Perkhidmatan sistem kereta api bawah tanah atau lebih dikenali sebagai tube memudahkan pergerakan anda.

Sistem ini adalah yang tertua di dunia dengan perkhidmatan pertamanya bermula pada 10 Januari 1863. Anda boleh membeli kad ala Touch N-Go ini untuk menaiki tube ke merata tempat, selain perkhidmatan teksi dan bas dua tingkat bagi kawasan dalam bandar.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat bersejarah boleh diterokai di negara ini. Namun, ia tidak dapat dilawati dalam tempoh waktu yang sesingkat ini.

[ Last edited by  yipun78 at 9-6-2008 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:34 PM | Show all posts
Anggota RAMD kawal Istana Buckingham: ANGGOTA Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakukan kawad hormat di hadapan Istana Buckingham di London, semalam. Seramai 130 orang pegawai dan anggota Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Besi Kuala Lumpur bertugas di London sejak 16 April lalu. Mereka bertugas sebagai pengawal 'Queens Guard' di Windsor Castle, Bukingham Palace, St James Palace dan The Tower of London. Perkhidmatan mereka akan tamat pada pertengahan Jun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:42 PM | Show all posts
Dah nak balik dah weh..


2008/06/10

Palace stint in UK over todayBy : Sharif Haron from London


THEIR faces say it all. After being away in a foreign country for two months, the Royal Malay Regiment (RMR) personnel who have been on public ceremonial duties here can't wait to go home.
[table=200][/table]The 122 men and eight officers, who arrived in the United Kingdom in mid-April, will be returning to Malaysia in batches beginning this weekend.

But as they look forward to a reunion with their families and friends, the soldiers also look back with great satisfaction, knowing that they have discharged their duties to the expectations of their superiors and of their British counterparts as well.

"Everyone has performed excellently. There have been no negative reports about us, only positive," said company commander Major Mohd Fuad Md Ghazali at the Royal Air Force base in Uxbridge, where the RMR personnel have been staying.

"We have shown a high level of discipline. I was told that a British army general had praised the standard of parade shown by our men.
"While we encountered some language barriers, especially at the initial stages, on the whole things have turned out very well indeed, especially during the Changing the Guard ceremony at Buckingham Palace. The crowds also showed their appreciation.

"In a way, we have promoted a positive image of our country and we feel proud."

Besides Buckingham Palace, their duties during their UK stint also included guarding Windsor Castle and St James Palace.

Today, the men will be involved in their final Changing the Guard ceremony at Buckingham Palace. This will mark the end of their maiden overseas mission.

In honour of the occasion, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also defence minister, will be present to witness the troops, in full military splendour, take up their posts for the last time at the palace.

Najib is here for a working visit, which includes attending a meeting of leaders from a dozen Commonwealth member states to discuss a reform of international institutions such as the World Bank and the International Monetary Fund. The meeting is to conclude later today.

As for the ceremonial duties here, Malaysia is only the fourth country to be invited to send troops for such a stint after Australia, Canada and Jamaica.

The Sultan of Kedah, who is the colonel-in-chief of the RMR, and the Sultan of Pahang were among dignitaries who have visited the Malaysian troops to offer moral support.

Corporal Ahmad Fitri Mohd Osman considered it an honour and himself lucky to have been part of the Malaysian contingent for the ceremonial duties.

"It's been a new experience for me and the others," he said. "We have been performing the same duties at home, guarding Istana Negara, Parliament House and other places, but it is a special feeling doing it here."

Second Warrant Officer Hazizy Hussin said he had learned valuable lessons during the stint, especially in the systematic administration of logistics and facilities practised by the British army.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 02:50 PM | Show all posts
GeneralJune 09, 2008 23:59 PM
  
Malaysian Troops Perform Remarkably In London, Says Envoy


LONDON, June 9 (Bernama) - The First Battalion of the Royal Malay Regiment (RMR), who are performing their first overseas public duties here since last April, have received remarkable comments.

The 130 officers and personnel of the RMR, who have been involved in guarding the official residence of the British Monarch, the Buckingham Palace, had performed remarkably well in carrying out their duties, said Malaysian High Commissioner to the United Kingdom Datuk Abdul Aziz Mohammed.

"Doing ceremonial duties at Buckingham Palace, St James's Palace, Winsdor Palace and the Tower of London, the popular tourists destinations here, invariably creates an impact in terms of raising the profile of Malaysia," he said.

Speaking to the Malaysian media here Sunday night, Abdul Aziz said the Malaysian troops, who were the fourth from Commonwealth nations after Canada, Australia and Jamaica to be honoured in performing the Public Duties in England, had indirectly contributed positively in the government's moves to promote Malaysia in the international platform.

"A lot of my associates were impressed by the performance of our troops," he added.

The team, led by company commandant for the London District Public Duties, Major Mohd Fuad Mat Ghazali, arrived here on April 17 and would be leaving for home on June 12.

They did not only carry out the various regimental tasks but also participated in the royal indoor tattoos and beating the retreat with the Royal Anglian Regiment, the British Army's infantry regiment and also with their Horse Guards.

Mohd Fuad, 34, who was given the task to ensure the Malaysian troops performed well in their first overseas assignment, said: "Although language is a barrier, all the men were capable of discharging their duties well and so far, we have received only positive reports on the battalion".

He said an invaluable experience that he had gained was the opportunity to meet and shake hands with Queen Elizabeth II when he was assigned as the head of the Queen's Guards at an investiture at Buckingham Palace.

In addition, the slogan "Malaysia Boleh" heard from a group of tourists visiting the Buckingham Palace had also raised the spirit of his men to give their best performance.

Last week, the Colonel-in-Chief of the RMR, the Sultan of Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah paid a visit to observe them in discharging their official duties at Buckingham Palace.

Meanwhile, on Wednesday morning, Malaysia's Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is in London on an official visit, will have a meeting with some of the men who are on duty at the Buckingham Palace and witness for the last time the Changing of the Guard by the Malaysian troops before returning to Malaysia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:55 PM | Show all posts
Here's the 1st Battalion, Royal Malay Regiment, coming off guard duty at Buckingham Palace
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:59 PM | Show all posts
Alang2 dah nak balik aku post seberapa banyak liputan tentang mereka yang aku jumpa kat tenet.


Right: The Royal Malay Regiment at Buckingham Palace, May 2. Left: The Royal Malay Regiment taking part in the changing-of-the-guards ceremony at Windsor Castle, April 29.

London: The Royal Malay Regiment (RMR) had the honour of performing ceremonial duties at Windsor Castle, one of Queen Elizabeth II抯 official residences, April 29. The RMR took up their post at Buckingham Palace, May 2, three days after their first ceremonial duties at Windsor Castle. At the palace grounds, it was a ceremony full of tradition as the members of the RMR took over the duties from the Welsh Guards. Their duties would include guarding Buckingham Palace, Windsor Castle and St James
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 03:13 PM | Show all posts

Reply #259 mmc's post

arap2 ramai le bebudak 1 md masuk board ni cite stori ckit experience kat sane, apsal depa kurang masuk tenet haa?? buta IT ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.197141 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list