CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceghost2005

RAMD jadi guard kat Buckingham Palace

[Copy link]
Post time 10-6-2008 03:28 PM | Show all posts
Prestasi pasukan kawalan istiadat Malaysia cemerlang

ANGGOTA Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakukan kawalan di hadapan Istana Buckingham, London, semalam.

LONDON 9 Jun - Mungkin tidak pernah dibayangkan anggota tentera Malaysia diberi tugas mengambil alih peranan tentera British untuk berkawal di Istana Buckingham, Istana St. James dan Menara London yang merupakan kawasan tumpuan utama pelancong di kota London.
Tetapi inilah yang dilakukan oleh 122 anggota dan lapan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berkawal di ketiga-tiga lokasi sensitif dari segi keselamatan itu sejak 17 April lalu, sebagaimana tugas berkawal dan acara istiadat yang mereka lakukan di Istana Negara mahupun Parlimen.
Kini tugas yang dipanggil London Public Duties selama dua bulan itu tinggal beberapa hari lagi dengan keupayaan anggota Batalion Istiadat tersebut mendapat penghargaan tinggi - menepati harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh tentera British sebelum ini.
Ketua Kompeni, Mejar Fuad Md. Ghazali berkata, kebimbangannya terhadap harapan tinggi kepimpinan tentera Malaysia dan British kini pudar apabila hampir dua bulan ini mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.
"Tidak ada laporan negatif yang saya terima, semua berjalan baik dengan komitmen dan disiplin para anggota sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Kita juga mendapat pujian banyak pihak," katanya sambil menambah mereka akan pulang ke tanah air pada 15 Jun ini.
Menurutnya, walaupun cara kawalan istiadat berbeza berbanding tentera British tetapi banyak yang boleh dipelajari daripada tugas di kota London itu khususnya dari aspek pengendalian logistik dan pengurusan anggota pasukan istiadat negara ini.
Fuad sendiri melalui pengalaman membanggakan dalam hidupnya apabila bertemu dengan Ratu Elizabeth II sewaktu bertugas sebagai Kapten Pengawal Ratu.
Pasukan kawalan istiadat Malaysia ini akan menerima kunjungan tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan pada Rabu ini. Najib adalah dalam rangka menghadiri sidang kemuncak mini 12 negara Komanwel mengenai reformasi institusi antarabangsa.
Selain Najib, pasukan RAMD sebelum ini turut menerima kunjungan Kolonel Yang Dipertua RAMD, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.
Bagi Koperal Ahmad Fitri Mohd. Osman, 31, pula, peluang bertugas di London merupakan satu penghargaan kerana ia merupakan pertama kali tugas luar negara bagi batalion itu.
"Kehadiran kita di sini mencatat sejarah. Alhamdulillah kita dapat lakukan dengan baik dengan kehadiran pelancong di ketiga-tiga kawasan yang kita kawal sangat tinggi," katanya yang kini bertugas sebagai Penolong Ketua Pengawal di Istana Negara.
Menurut Ahmad Fitri, selain kawalan dan istiadat serah menyerah tugas, pasukan itu perlu turut bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan perbuatan tidak diingini daripada para pengunjung.
"Saya pernah menghadapi masalah pengunjung mabuk di tempat kami bertugas di Menara London. Kita dapat tangani dengan baik tanpa campur tangan pihak polis," ujarnya.
Pegawai Waran 2, Hazizy Hussin, 37, pula berkata, tugas di London memberikan pengalaman berharga terutama apabila berhadapan dengan para pelancong yang jauh lebih ramai berbanding di Istana Negara.
Beliau yang telah 17 tahun berkhidmat di Batalion Istiadat itu bangga setiap kali menjalankan tugas terutama apabila ada pelancong yang melaungkan nama Malaysia atau kata-kata perangsang.
"Pergaulan dengan rakan-rakan daripada tentera British juga mesra. Cuma ada kalanya letih kerana di sini kita sering ditugaskan berkawal setiap hari," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Datuk Abd. Aziz Mohammed berkata, kehadiran pasukan Batalion Istiadat itu membuktikan kehebatan kawalan istiadat tentera Malaysia berada pada kedudukan yang membanggakan.
''Respons yang saya terima sangat positif. Lagi pula tempat kawalan mereka merupakan kawasan tarikan utama pelancong di kota London ini,'' jelasnya.
- Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 09:44 AM | Show all posts
12 Jun, 2008 00:36 AM


LONDON, 11 Jun -- Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan anggota Queen Colour Skuadron Airforce pada istiadat pertukaran pengawal di Buckingham Palace di sini, Rabu.
Seramai 130 pegawai dan lain-lain pangkat Batalion RAMD dari Kem Sungai Besi Kuala Lumpur yang bertugas di London sejak 16 April lepas sebagai 'Queens Guard' di Windsor Castle Buckingham Palace, St James Palace dan The Tower of London akan tamat pada 15 Jun ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA


Kesudian Kerajaan British Jemput RAMD Penghormatan Besar Kpd Negara

Daripada Hafizah Kamaruddin

LONDON, 12 JUN (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jemputan kerajaan British kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan tugas awam di London adalah satu penghormatan yang amat besar.

Ini adalah kali pertama sebuah negara Islam dijemput untuk menjalankan tugas dan diberikan tanggungjawab mengawal kawasan penting dan strategik bagi kerajaan dan rakyat British, katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan 120 daripada 130 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Wellington Barrack di sini Rabu.

Seramai 130 anggota RAMD yang terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat telah menjalankan tugas awam, termasuk mengawal Istana Buckingham, Windsor Castle, Istana St James dan Tower of London selama dua bulan mulai pertengahan April lepas dan berakhir pada Jumaat ini.

Mereka akan berlepas pulang ke tanah air Ahad ini.

Najib, yang juga Menteri Pertahanan, berkata adalah tidak mudah bagi mereka untuk memilih sebuah kontinjen dari negara asing untuk mengawal tempat-tempat tersebut.

"Keputusan mereka memilih kita menjalankan tugas tersebut menggambarkan keyakinan mereka terhadap negara kita.

Mereka tahu Malaysia sebuah negara Islam tetapi menganggap kita sebuah negara yang progresif, maju dan aman dan sentiasa memainkan peranan penting dalam konteks hubungan antarabangsa untuk kepentingan manusia sejagat," katanya.

Malaysia merupakan negara keempat selepas Kanada, Australia dan Jamaica yang telah dijemput menjalankan tugas awam di London.

Najib berkata oleh itu, tindakan negara menghantar mereka ke London tidak sepatutnya dianggap sebagai pembaziran.

"Kalau hendak tampil imej negara di peta dunia dan kukuh persepsi mereka terhadap negara, dan terus mengetengahkan peranan Angkatan Tentera Malaysia, maka ini adalah cara yang amat baik untuk membuatnya," katanya yang turut menyaksikan upacara penukaran pengawal kali terakhir askar-askar itu di Istana Buckingham di sini Rabu.

Beliau yang turut berpuas hati dan berasa bangga dengan pencapaian anggota tentera negara itu berkata keluarga Diraja British turut melahirkan kebanggaan mereka dengan tugas yang dilakukan oleh RAMD.

Najib berkata perasaan keluarga Diraja British itu disampaikan kepadanya pada majlis minum petang dengan Duke of York di Istana Buckingham pada Selasa.

Pada majlis yang sama itu, beliau juga telah menyampaikan sumbangan 26,000 pound kepada pasukan tersebut yang merupakan sumbangan daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera di atas pencapaian kecemerlangan mereka dalam menjalankan tugas di London.

Setiap anggota mendapat saguhati sebanyak 200 pound seorang.

Sebelum ini mereka mendapat elaun 300 pound sebelum bertolak ke sini.

-- BERNAMA

[ Last edited by  mmc at 12-6-2008 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:04 AM | Show all posts
Thursday June 12, 2008

British royal family happy with our men

By CHOI TUCK WO

LONDON: The British royal family has commended the Royal Malay Regiment for their successful completion of the two-month public duties here.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said this was conveyed to him by the Duke of York, Prince Andrew, during a tea reception at Buckingham Palace.
揑 understand from the prince that the royal family was very proud with the regiment抯 performance,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:11 AM | Show all posts
Later, Bernama reports that Najib, who is also Defence Minister, witnessed the final changing of the guard involving Malaysian troops at Buckingham Palace.

The 130 Malaysian soldiers have been there since April to carry out "public duties", which include guarding the palace, Windsor Castle, St James's Palace and Tower of London. Their service ends tomorrow.

Najib said it was not easy for Britain to select a contingent from a foreign country to guard the places. "Their decision to choose us reflects their confidence in our country."
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:22 PM | Show all posts
Penghantaran RAMD bukan pembaziran
  • Khamis, 12 Jun 2008
  • 7 Jamadilakhir 1429
LONDON: Datuk Seri Najib Razak menegaskan penghantaran Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melaksanakan tugas awam di London bukan pembaziran seperti didakwa pihak tertentu.

Sebagai tanda penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada anggota yang kembali ke tanah air Ahad ini selepas dua bulan bertugas, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sagu hati 26,000 paun atau RM166,400 kepada semua 130 anggota berkenaan.

Beliau berkata, ia juga membuktikan keyakinan Kerajaan Britain terhadap Malaysia sebagai negara islam yang progresif, maju dan cintakan keamanan serta sentiasa memainkan peranan dalam hubungan antarabangsa untuk kepentingan manusia sejagat.

Katanya, ia kali pertama negara Islam dipilih menjalankan tugas awam atau kawalan Ratu di tiga lokasi strategik Britain iaitu Istana Buckingham, Istana St James dan Istana Winsdor.

揝aya tak anggap pembaziran kerana jika nak tampilkan imej Malaysia di peta dunia, kukuhkan persepsi Malaysia pada persada antarabangsa dan tingkatkan imej RAMD serta ATM. Ini adalah cara paling baik.

揝aya, kerajaan dan rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian RAMD, malah dimaklumkan Duke Of York, Putera Andrew, keluarga Diraja Britain amat gembira dan berbangga dengan tugas mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:27 PM | Show all posts
Sentral: Khidmat RAMD di Britain dipuji
LONDON: Selama dua bulan menjalankan tugas istiadat di London, termasuk mengawal Istana Buckingham dan Istana Windsor, antara kediaman Ratu Elizabeth II, ia nyata satu pengalaman paling bermakna buat 130 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang turut berkesempatan bertemu, berbual dan berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth ketika ditugaskan sebagai Kapten Pengawal, iaitu ketua pengawal Ratu.

Banyak pengalaman, pengajaran dan ilmu yang dikutip lapan pegawai dan 122 anggota pelbagai pangkat pasukan berusia 75 tahun ini sepanjang diberi kepercayaan melaksanakan 慣ugas Awam London
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2008 10:54 PM | Show all posts

June 12, 2008: Buckingham Palace Members of the Royal Malay Regiment is among the tourist attraction at the exchange of guards with the members of the Queen Colour Squadron Airforce at the Buckingham Palace, yesterday. Some 130 men of the Regiment Batalion from Sungai Besi have been on duty as the Queens Guard at the Windsor Castle Buckingham Palace, St James Palace and the Tower of London since April 16. They end their service on June 15.


June 12, 2008: Buckingham Palace Members of the Royal Malay Regiment stand at attention with the Queen Colour Squadron Airforce members at the exchange of guards ceremony at the Buckingham Palace, yesterday. Some 130 men of the Regiment Batalion from Sungai Besi have been on duty as the Queens Guard at the Windsor Castle Buckingham Palace, St James Palace and the Tower of London since April 16. They end their service on June 15.

[ Last edited by  mmc at 17-6-2008 10:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:28 AM | Show all posts
Khidmat cemerlang julang nama negaraOleh Salina Abdullah

SEGAK: Anggota Batalion Pertama RAMD berkawad keluar dari Istana Buckingham selepas selesai istiadat pertukaran pengawal.

Tugas 130 anggota Batalion Pertama RAMD selama dua bulan di London dipuji keluarga Diraja Britain

Inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi


LAGU berkumandang tanpa lirik, namun, irama yang dialunkan sudah cukup membungakan rasa bangga kepada sesiapa saja yang bergelar anak Malaysia. Dari luar pagar Istana Buckingham, irama lagu Barisan Kita, lagu yang begitu sinonim dengan semangat, kesetiaan dan pengorbanan perwira negara - Anggota Tentera Malaysia (ATM), bergema sesekali disusuli lagu tradisional Malaysia, tidak terkecuali lagu joget.

Tidak dapat tidak, penulis yang berada di situ bersama ratusan mungkin ribuan pengunjung (terlalu ramai sehingga bersesak-sesak untuk menghampiri pagar Istana Buckingham) berasa terlalu bangga dengan hakikat tentera Malaysia sedang bertugas di sana hingga dada terasa sebak dan mata bergenangan, terlalu bangga, terlalu gembira. Lengkap berbaju Melayu putih, bersamping dan bersongkok, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) tampak cukup segak.

Lebih bangga, apabila pengunjung `mat salleh', orang bukan Malaysia yang berada di sekitar kawasan itu turut mengenali tentera Malaysia, malah ada antara mereka yang berteriak `Malaysia!, Malaysia!'

Penulis bersama beberapa rakan media lain dari Malaysia berkesempatan menyaksikan kehebatan pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) beraksi di kediaman rasmi Ratu Elizabeth II ini pada hari terakhir mereka bertugas di sana. (Semua anggota dijadualkan tiba ke tanah air hari ini). Satu kesempatan yang tidak harus dilepaskan kerana bukan mudah untuk melihat pasukan dari negara lain membuat tugas kawalan di istana kediaman rasmi keluarga diraja Britain itu.
ACARA RASMI: Istiadat pertukaran pengawal antara RAMD dengan tentera Britain di Istana Buckingham.


Malaysia adalah negara anggota Komanwel keempat selepas Kanada, Australia dan Jamaica diberi penghormatan melaksanakan Tugas Awam London iaitu mengawal Istana Buckingham, Istana St James, Istana Windsor dan Menara London, yang menyimpan 1,001 sejarah negara berkenaan.

Penghormatan itu diberi kepada pasukan berusia 75 tahun ini selepas Ketua Turus Umum United Kingdom, Sir Richard Dannat melihat keupayaan anggota pasukan berkenaan ketika lawatannya ke Malaysia, Februari tahun lalu.

Membuat liputan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom, dari 8 hingga 12 Jun lalu, kesempatan itu penulis gunakan sebaiknya untuk menyaksikan sendiri kehebatan pasukan Batalion Pertama RAMD ini.

Mereka memang hebat, kenyataan yang dibuat berdasarkan penilaian adil, bukan berat sebelah, bukan kerana penulis anak Malaysia. Cara setiap anggota berkawad, kemas, terserlah kesungguhan dan disiplin yang ketat, upacara pertukaran pengawal istana yang dilakukan bersama tentera Britain, teratur, penuh istiadat, mengagumkan sesiapa saja yang melihat.
KENANGAN: Wartawan Malaysia bergambar bersama anggota Batalion Pertama RAMD yang bertugas di London.

Diiringi pula lagu Malaysia, yang dimainkan pasukan pancaragam tentera, membangkitkan semangat patriotik bukan saja buat anggota yang bertugas, malah mana-mana anak Malaysia yang berada di kawasan sekitar sekali gus menutup suara sumbang yang mempertikaikan penghantaran anggota Batalion Pertama ini pada awalnya.

Tidak hairanlah pasukan Malaysia ini mendapat pujian pelbagai pihak, khususnya keluarga Diraja Britain sendiri, yang sebenarnya tidak mudah memberi kepercayaan untuk anggota tentera dari negara asing bertugas di istana mereka. Penghargaan keluarga Diraja Britain itu disampaikan sendiri oleh Duke of York, Putera Andrew kepada Najib, yang mengadakan kunjungan hormat kepada putera raja itu.

Pemergian mereka ke London, diiringi banyak suara sumbang. Kos RM1.9 juta untuk penyediaan pakaian, insurans dan pengangkutan dikatakan satu pembaziran, satu perbelanjaan tidak wajar, satu pembayaran yang mensia-siakan duit tatkala rata-rata rakyat `menderita' dengan pelbagai kenaikan sara hidup.

Lapan pegawai dan 122 anggota Batalion Pertama RAMD diiringi anggota sokongan tiba di kota London April lalu bagi menjalankan tugas kawalan awam selama dua bulan di empat lokasi strategik kerajaan Britain ini.

Satu cabaran yang berat buat anggota yang rata-rata berusia antara 20-an dan 30-an (anggota paling muda berusia 22 tahun), kali pertama bertugas di negara orang, ditambah pula, bahasa dilihat sebagai satu kekangan besar'

Ini diakui Ketua Kompeni London District Public Duties, Mejar Mohd Fuad Md Ghazali, 34. Sungguhpun berbangga dan gembira diberi penghormatan untuk bertugas di Britain, beliau sedar tanggungjawab yang diletakkan di bahunya juga anggota yang lain bukan kecil.

"Kami ditugaskan dengan harapan yang begitu tinggi oleh kerajaan juga pasukan tentera sendiri. Kami bukan hanya harus memberi persembahan baik tetapi membawa imej baik pasukan dan negara. Saya akui, saya takut...saya takut tidak dapat memenuhi harapan ini.

"Oleh itu, kami lalui banyak latihan yang intensif supaya dapat bertugas dalam apa juga suasana dan cuaca. Bahasa adalah satu limitasi yang besar tapi Alhamdulillah, semua berjalan baik, terutama ketika serahan tugas. Alhamdulillah, semua bertugas dengan cemerlang, dengan baik dan akhirnya menerima laporan positif daripada semua pihak," katanya.

Kata Mohd Fuad, hari pertama bertugas pada 18 April adalah saat yang paling menakutkan. Walaupun sudah memperlengkapkan diri sebelum berangkat ke London, dibantu jurulatih tentera Britain, ia tidak menghalang Mohd Fuad untuk berasa amat tertekan.

"Berpuluh-puluh kali saya membaca selawat. Takut tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, bukan saja saya, tetapi semua anggota yang lain. Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan amat lancar. Dengar pula laungan `Malaysia Boleh' dari luar pagar istana, ia cukup memberi semangat buat kami semua. Rasa bangga dan saya percaya, rakyat Malaysia yang menyaksikan kami juga berasa bangga," katanya.

part 1 of 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 10:29 AM | Show all posts
part 2 of 2

Banyak yang dipelajari pegawai dan anggota Batalion Pertama RAMD ini sepanjang dua bulan berkhidmat di negara orang. Tidak kurang juga pengalaman manis yang dikutip, terutama buat beberapa pegawai yang berkesempatan bertemu, berbual dan berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth ketika bertugas sebagai Kapten Pengawal Istana.

Pengalaman bertugas itu mengajar mereka untuk lebih memahami aspek protokol dan istiadat, juga sejarahnya. Bagaimana bermulanya istiadat kawalan istana, atau lebih dikenali sebagai Ceremonial of The Key dan mengapa istiadat cabar-mencabar (istiadat memperkenalkan diri) amat penting ketika menjalankan tugas.

Cerita Mohd Fuad, zaman dulu, ramai anggota tentera Britain ditembak pasukan sendiri kerana ketiadaan sistem cabar-mencabar ini. Tiada sistem memperkenalkan diri menyebabkan pasukan beranggapan rakan pasukan yang menghampiri adalah musuh.

Justeru, istiadat cabar-mencabar diperkenalkan. Antara soalan utama, Who's there (siapa di sana), dijawab dengan kod tertentu menjadi kewajipan buat pengawal istana dan dan sejak 750 tahun dulu hingga kini, istiadat itu masih segar dan terus dilaksanakan. Inilah yang dilalui dan dipelajari anggota Batalion Pertama RAMD dalam tugasan singkat dua bulan di kota London.

Di sana juga, mereka didedahkan kepada sistem pengurusan tentera Britain, yang rata-rata disifatkan anggota Batalion Pertama RAMD ini sebagai lebih sistematik.

Mereka mengakui sistem di Malaysia hampir sempurna, namun ada ruang yang boleh diperbaiki khususnya dari segi logistik. Pengurusan ketenteraan Britain amat terperinci. Aspek dobi, pengangkutan, makan dikendalikan oleh petugas khas bagi memastikan tugas kawalan istana oleh anggota bertugas berjalan dengan lancar.

"Anggota tidak perlu fikir atau risau soal baju mereka, pengangkutan atau makan-minum sepanjang mengawal. Semuanya diuruskan, mereka hanya perlu memastikan tugas mengawal dijalankan dengan baik," katanya.

Justeru, seperti Mohd Fuad, Pegawai Waran Dua (PW2), Hazizy Hussin, 37, berharap pengalaman yang diperoleh di London itu, termasuk dari segi pengurusan tentera dapat dibawa pulang dan dikongsi bersama pihak berwajib di Malaysia untuk menambah baik sistem ketenteraan negara.

Namun, kata Hazizy, yang sudah lebih 17 tahun berkhidmat dalam Batalion Istiadat, satu perkara yang pasti, prosedur kawad serta istiadat yang dilakukan pasukan itu di Malaysia jauh lebih rumit dan ini diakui jurulatih tentera Britain sendiri.

Di Malaysia, istiadat pertukaran pengawal membabitkan penyerahan panji-panji dan ini tidak dilakukan di Britain.

Malah, katanya, berdasarkan pemerhatiannya selama dua bulan bergaul dengan tentera Britain, anggota tentera Malaysia mempunyai disiplin yang lebih tinggi berbanding tentera di sana.

"Baik dari segi perlakuan mahupun pergaulan, askar kita jauh lebih baik daripada mereka, juga tentera asing lain yang bertugas di sana," katanya.

Kesempatan mengunjungi mereka di kem penginapan di Royal Air Force Uxbridge, London, mengiakan kata-kata Hazizy ini. Anggota Batalion Pertama RAMD, yang semuanya dipilih berdasarkan kelayakan dan kecemerlangan tugas, dikawal dan tidak dibenarkan keluar sewenang-wenangnya.

Tatalaku serta pergaulan harus dijaga dan `arahan' ini diterima sebaiknya oleh semua anggota kerana mereka sedar kehadiran mereka di kota maju itu bukan untuk bersuka ria tetapi membawa nama baik pasukan tentera negara dan Malaysia, khususnya.

Rata-rata yang ditemui gembira kerana dapat mengutip pengalaman bertugas di negara orang sekali pun tidak terbendung kerinduan pada keluarga dan kampung halaman juga masakan di tanah air. Masakan pedas tentunya menjadi menu utama apabila pulang kelak.

Bukan tidak merasai masakan Melayu tetapi menu yang diubah suai menggunakan bahan Barat tentu rasa dan keenakannya tidak sama, bukan? Penasihat Sajian, Pegawai Waran Satu (PW1), Mohd Nizam Omar berkata, pihaknya berusaha menyediakan sajian Melayu buat semua anggota walaupun pegawai lebih menggemari masakan Barat.

Dalam lawatan singkat ke kem di Uxbridge itu, media Malaysia juga berkesempatan menjamu selera masakan Melayu yang disediakan Mohd Nizam dan anggotanya. Sambal sardin, telur masak kurma, sup sayur, ayam percik - enak tetapi benarlah kata kebanyakan anggota, tidak sama dengan rasa di Malaysia. Namun, memadailah buat mengubat rindu.

Selain mengawal istana dan berkawad, pasukan Batalion Pertama RAMD juga terbabit dalam persembahan tatu, Royal Windsor Tatoo dan paluan berundur dengan Royal Anglian Regiment untuk kawalan kuda.

Setiap tugasan itu dilaksanakan dengan cemerlang hingga mengagumkan sesiapa saja yang menonton. Kelainan yang ditampilkan - dari segi pakaian, cara kawad dan lagu yang mengiringi - membuatkan mereka ingin dikenali dan didekati.

Jika awalnya mereka disangka tentera Nepal atau India, tempoh dua bulan menjadikan mereka `duta' yang memperkenalkan Malaysia bukan saja buat warga London dan United Kingdom malah penduduk dari seluruh pelosok dunia yang menyaksikan keunggulan mereka di kota London.

Sebagai menghargai sumbangan 130 anggota Batalion Pertama RAMD ini, melaksanakan tugas dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama baik Malaysia, kerajaan memberi sumbangan 200 pound (kira-kira RM1,280) setiap seorang sebagai tambahan kepada elaun 300 pound (kira-kira RM1,920) yang diterima sepanjang dua bulan berada di sana.

Sumbangan disampaikan Najib yang juga Menteri Pertahanan, yang sempat bertemu anggota Batalion Pertama RAMD ini pada hari terakhir tugasan mereka di Istana Buckingham.

Satu sumbangan yang mungkin dilihat kecil bagi segelintir pihak, namun, setidak-tidaknya pemberian ini membuatkan mereka berasa dihargai dan diiktiraf. Pengiktirafan lebih penting bagi penulis, andainya pengalaman dan ilmu yang dipelajari mereka sepanjang dua bulan di London itu, diterima dan dikongsi pihak atasan di Malaysia bagi menentukan kesinambungan kecemerlangan pasukan tentera Malaysia.

Selamat kembali wira negara!

http://www.bharian.com.my/Curren ... 0616075653/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 10:12 AM | Show all posts
sekalung tahniah dan penghargaan
pada tahap tertinggi untuk 1 RAMD

Gempur Wira!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 12:51 PM | Show all posts
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas untuk 1 RAMD teruskan usaha anda dalam mengharumkan nama negara ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 07:13 PM | Show all posts
Utk 1 RAMD, TAHNIAH & SYABAS!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 07:43 PM | Show all posts
welkam back 1 RAMD
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 01:30 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by mmc at 12-6-2008 10:04
Najib also announced a special
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #268 mmc's post

Rasa bangga sebab dpt brkhidmat dgn cemerlang...
Rasa terhina sebab menunjukkan seperti kita 'merdaka yg terjajah'
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 06:51 PM | Show all posts

Reply #275 BlackScorpian's post

apsal rasa merdeka yang terjajah..tidak yakin lagi akan kemerdekaan kita? tang mana tu yang kita terjajah lagi kalau kita buat pertukaran diplomasi macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 07:42 PM | Show all posts
Semoga RAMD akan terus unggul
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 08:54 AM | Show all posts
Nak gambar kasut aku kena kilat mat saleh kat Leicester Square ka baru nak kata kemerdekaan 'sebenar'?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #278 alphawolf's post

ade ke?...nak nengok:re:
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 09:09 AM | Show all posts
50 tahun dah merdeka, tapi still sembah penjajah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.172090 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list