|
Tak Ingin Akhiri ada kaitan?Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Rap | | TANGGAL 12 Mei ini, genaplah setahun usia perkahwinan Farah Asyikin Zulkifli, 29, serta pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30. Sebagaimana pasangan suami isteri lain, pastinya Farah juga mengharapkan rumah tangganya sentiasa aman dan berkekalan. | Namun apakan daya, dalam menuju angka setahun perkahwinan mahligai dibina atas dasar cinta terlebih dulu diuji Yang Maha Esa yang sememangnya sentiasa menduga makhluk-Nya sejauh mana kecekalan, ketabahan dan kesabaran mereka mengharungi setiap dugaan.
Dengan perasaan yang begitu berat dan hati yang berbelah bagi, penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan ini akhirnya tewas daripada menyembunyikan terus masalah rumah tangga yang dihadapi ketika ini.
Tanpa setitis pun air mata, dengan tenang Farah mengakui hampir sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.
揃enar, saya akui kami tidak sebumbung sejak sebulan lalu tetapi itu bukan bererti saya dan suami sudah bercerai. Berjauhan seketika, untuk memberi laluan kepada kedua-dua pihak mencari ketenangan diri sekali gus menilai kesilapan masing-masing.
揟erus terang, saya dan suami masih berusaha memperbaiki keadaan. Kalau ada kelapangan, kami keluar bersama. Dia pun kerap menjenguk dan menghubungi saya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|