CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17097|Reply: 93

Anything Pasal Kahwin - Part 2

[Copy link]
Post time 17-8-2007 10:01 AM | Show all posts |Read mode
ni sokkabar hari minggu last few weeks la, aku baru dapat scan.
untuk sapa takde sokkabar hari tu.


part 1



part 2



part 3



part 4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 10:08 AM | Show all posts

Reply #2988 deaf4ever's post

wow!

deaf... gambar deaf ngan midori mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-8-2007 10:01 AM
ni sokkabar hari minggu last few weeks la, aku baru dapat scan.
untuk sapa takde sokkabar hari tu.


part 1
http://img297.imageshack.us/img297/4451/img361rw3.jpg


part 2
http://img249. ...



Aku ada baca pasal ni...topik hangat dikalangan my sibs and frens... I mean, pasal couple melayu tu.. Kerja mkn gaji MLM pon nak action, tayang2 kat org...meluat plak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by holmes at 17-8-2007 10:08 AM
wow!

deaf... gambar deaf ngan midori mana?



I oso wondering.....mana gambo korang? Buat tatapan porummer2 tersayangmu disini
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:39 AM | Show all posts
aku sebenarnya berbelah hati nak komen pasal ni
kang tak pasal
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:42 PM | Show all posts

Reply #2992 LoLiPoP's post

yup..rezeki dorang..duit dorang..terpulang kat dorang nak wat camner..majlis 44 hari 44 mlm pun no hal beb..yg penting..tak menyusahkan org lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2007 01:29 PM | Show all posts

Reply #2993 midori88's post

betul... hom setuju...

yg penting dan wajib ijap kabul...yg lein tu bleh buat mana yg mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 11:12 AM | Show all posts
Singapura : 22 Ogos 2007         
         
BANTU PASANGAN MUDA BIJAK PUTUSKAN SOAL KAHWIN

Usaha AMP, PPIS bagi remaja bawah 21 tahun dirasmi esok

Oleh
Farid Hamzah

DUA hab yang menawarkan khidmat kaunseling dan bimbingan rumah tangga bagi pasangan Muslim berusia bawah 21 tahun yang ingin berkahwin akan dirasmikan esok. Diberi nama Inspirasi, hab di Pasir Ris Drive 4 dan Bukit Batok Street 33 itu masing-masing dikendalikan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Kedua-duanya akan membantu pasangan muda dan keluarga mereka membuat pertimbangan bijak mengenai isu perkahwinan. Ini dilakukan melalui khidmat seperti kaunseling sebelum berumah tangga, kursus bimbingan rumah tangga, sesi pengayaan selepas berkahwin dan membimbing mengenai tanggungjawab alam perkahwinan.

Kos pengendalian dua hab itu $1juta setahun.

Memberikan butiran mengenai kedua-dua hab, Pengarah Pusat Inspirasi@AMP, Cik Zaleha Ahmad, berkata setiap hab akan dikendalikan oleh enam pegawai, empat daripada mereka pekerja sosial atau kaunselor.

'Khidmat yang dijalankan di kedua-dua hab itu pernah wujud sebelum ini, iaitu program Pasangan Muda oleh AMP dan Program Titian Kasih kendalian PPIS. Bezanya kali ini kami menyediakan juga sesi kumpulan sokongan untuk ibu bapa pasangan yang ingin berkahwin, dan juga langkah susulan seperti kaunseling selepas berkahwin,' kata beliau.

Pengarah Eksekutif PPIS-Pusat Khidmat Keluarga Jurong, Encik Mohd Ali Mahmood, berkata Inspirasi dibentuk dengan tujuan agar pasangan muda membuat pertimbangan betul adalah mereka wajar berkahwin pada usia muda.

'Mereka perlu memikirkan adakah mereka sudah bersedia untuk berkahwin atau sudahkah mereka bersedia menghadapi risiko kahwin muda. Pasangan muda yang akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin juga akan disalurkan kepada program latihan lain, seperti skim membantu keluarga berpendapatan rendah, atau juga dirujuk kepada skim-skim nasional yang boleh membantu mereka mendapatkan pekerjaan atau latihan,' katanya.

Perangkaan perkahwinan dan perceraian menunjukkan tahun lalu lebih 30 peratus daripada 1,944 penceraian pasangan Islam berlaku dalam tempoh kurang lima tahun perkahwinan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2007 02:46 AM | Show all posts
inikan sample buah tangan yg my sis suh V pilih..
tak tau lah mana bes.. tapi v mesti pilih yg takder shape animal
well... parent anak murid dia beli bende ni setiap satu, less than
a dollar.. murah ek..













yang first tu dlm dia ada sudu dan garfu.. yang tuala kecik tu common sangat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 11:48 AM | Show all posts
first or second one ok..

lain2 me tak suka.. menyemak kan ajer kalo dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #2997 dilah21's post

wakakaka...

yang first ah yg better choice eh
tuala cam common..

ingat yg bunga kaler oren tu ok lagik.. boleh letak kat tandas
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #2996 virgomal's post

gud idea gak tu....

memang kat Thailand bnyk mende ni.. kat sini pong sama gak le V..

hom dpt satu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 08:33 PM | Show all posts

Reply #2996 virgomal's post

V.. yg last one mcm ala style jepun. aku suka yg color oren..cute.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 01:30 AM | Show all posts
Tomorrow my maternal cousin nikah ngan German guy. Hantaran 35K. Cincin tunang dia cartier trinity ring almost 20k.....

Alhamdulillah....rezki dia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 05:49 AM | Show all posts

Reply #3001 chicsee's post

Wow.. alhamdullillah memang rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 06:20 AM | Show all posts

Reply #3001 chicsee's post

bertuahbertuahbertuahbertuah ah dia chics
semoga jodohnya berpanjangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2007 05:45 AM | Show all posts
Ex-wife gets to keep $4m properties on appeal
She had earlier been awarded 35% of two apartments in Bedok
By K.C. Vijayan, Law Correspondent

AN INDONESIAN woman who was initially given 35 per cent of her ex-husband's two apartments in Bedok Court by the High Court in February will now get to keep all 100per cent instead, involving a sum of more than $4million.

This follows a Court of Appeal ruling on Wednesday which, among other things, also ordered Indonesian businessman Aspin Suryanna, 59, to hand over to Madam Alicia Tjia, 50, a Mercedes-Benz and Nissan X-trail.

The increased award came after the court heard arguments from Madam Tjia's lawyers from Harry Elias Partnership that Mr Suryanna's assets in Indonesia had not been fully accounted for and had not been included in the division of the matrimonial assets.

Besides six declared properties in Indonesia, Mr Suryanna is said to have other properties, including three warehouses in Medan and seven other units in Jakarta.

It is understood that the court viewed his assets in Indonesia as quite substantial, on which it was unable to place a dollar value.

As part of the settlement, Mr Suryanna gets to keep his assets in Indonesia, as well as shares in Japan Macro Fund valued at some $2.1million.

In addition, the court - comprising Chief Justice Chan Sek Keong, and Judges of Appeal Andrew Phang and V.K. Rajah - also lowered the lump sum maintenance award for Madam Tjia, from $800,000 to $500,000, taking into account the size of the assets now awarded to her.

Legal observers felt that the outcome was a 'win-win' for both parties - as they stood to gain from the steep rise in asset values since the earlier High Court decision in February.

The couple had been married for 27 years before they split in 2004.

Madam Tjia was a 20-year-old undergraduate when she met Mr Suryanna, who was then 29.

She dropped out to marry him a year later in August 1977, against her parents wishes.

The couple had three sons born in 1979, 1981 and 1984. Some time in 1996, she moved here to look after the children, who were studying in Singapore schools.

Her husband, a businessman selling motorcycle spare parts in Indonesia, visited her once a month but stopped doing so in June 2002.

The couple divorced on the grounds that he had deserted her for more than two years.

In arguing for an equal share of the assets, lawyers Koh Tien Hua and Tan Shin Yi, for Madam Tjia, had argued that she sacrificed her own university education on her husband's orders, and raised their three sons almost single-handedly while her former spouse was amassing his fortune.

They argued that even the High Court did not buy Mr Suryanna's claim that the numerous properties he owned in Indonesia were assigned to his creditors along with his business.

He had also emptied more than US$4million (S$5.8million) from several bank accounts before and during the proceedings, which would otherwise have been matrimonial assets.

Mr Suryanna, through lawyer Syn Kok Kay, had submitted that he was indebted to his suppliers to the tune of more than US$4million.

The money withdrawn was therefore not for his own use, but transferred directly to his suppliers.

Mr Suryanna also claimed that Madam Tjia led a lavish lifestyle, and therefore deserved a smaller maintenance claim.

Madam Tjia declined comment when contacted through her lawyers.

vijayan@sph.com.sg
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 02:25 AM | Show all posts
Komentar : 4 November 2007         
         
HORMATILAH PERMINTAAN TUAN RUMAH

BARU-BARU ini, saya menghadiri majlis perkahwinan jiran lama saya. Majlis itu mengasingkan tetamu lelaki dan wanita.

Malah, di setiap sudut telah ditampal pemberitahuan tentang perkara tersebut. Namun, masih ada sebilangan tetamu yang tidak peka akan kemahuan tuan rumah.

Walaupun kini ada sebilangan majlis perkahwinan yang tidak memberatkan perkara tersebut, ini tidak bermakna tetamu yang diundang menganggap majlis yang mengasingkan wanita dan lelaki sebagai melecehkan atau kuno.

Ada yang beranggapan cara ini lebih afdal.

Yang selalu juga kita dengar adalah tetamu merangkumi pasangan suami isteri yang menyatakan mereka tidak mahu dipisahkan tempat duduk mereka.

Seharusnya mereka menghormati permintaan tuan rumah.

Siti Sarah Mochtar

*******************

kalau susah sangat, takyah makan la
dah tu, kalau nak salam 20.....kensel...kasi 5 jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 12:27 PM | Show all posts
Singapura : 17 November 2007        
         
MELENCONG KE BATAM II


Tumpuan baru suami yang mahu kahwin tanpa izin isteri

Oleh
Saini Salleh

SEORANG janda anak dua mengaku menjalani akad nikah secara sulit dengan kekasihnya yang mendakwa dalam proses cerai di sebuah kampung setinggan di Batam.

Pernikahan itu dijalankan oleh seorang imam masjid di kampung tersebut dengan wanita berkenaan berwali hakim.

Pengakuan kerani akaun itu menunjukkan Batam kini menjadi tempat alternatif bagi nikah sulit.

Sebelum ini, Golok, di selatan Thailand, adalah pilihan suami-suami dari Singapura yang mahu berkahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama.

Janda mualaf yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Mariam, 30 tahun, menyatakan, suaminya, Nal, 39 tahun, mempunyai dua anak dan pernah keluar masuk pusat tahanan.

Beliau jatuh cinta dengan Nal yang bekerja sebagai buruh kasar di tempat kerja yang sama Ogos tahun lalu.

'Dia ajak nikah di Batam kerana mudah dan tak perlu keluar banyak belanja. Keluarga kenalan saya juga sanggup carikan pak imam untuk nikahkan kami.

'Saya tak kisah asal nikah cukup,' tambah janda bertubuh montel itu lagi.

Mas kahwinnya: Wang tunai $200.

Upacara yang diikuti dengan tukar-menukar cincin platinum itu ringkas dan mereka membayar $150 kepada imam atas khidmat ekpres yang diberikan.

Pihak imam kemudian memberi mereka sijil nikah tetapi berbeza dengan buku nikah rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa agama pulau tersebut.

Menurut Cik Mariam, pernikahan mereka tidak boleh didaftarkan di Batam kerana kedua-duanya adalah warga asing.

Beliau sedar pernikahan tersebut tidak diiktiraf di Singapura.

'Istana' yang dibina tidak kekal lama apabila Cik Mariam ternampak video klip Nal sedang bercumbu dengan isteri asalnya Julai lalu - tanda mereka masih suami isteri.

Beliau juga bosan kerana Nal, yang menganggur, juga selalu memintanya wang kerana sesak.

Mariam mendakwa, Nal telah menghilangkan diri akibat selalu bertengkar dengannya.

Beliau merancang menemui imam di Batam itu untuk menyelesaikan soal perceraian.

Diminta mengulas, perunding cara agama, Al-Qiblah International Consultants, Ustaz Azmi Abdul Samad, berkata:

'Kita tak dapat pastikan sah atau tidak kerana kita tak tahu sama ada mereka memenuhi syarat-syarat hukum hakam atau tidak.

'Tetapi yang pasti, pernikahan sedemikian tidak diiktiraf negara dan akan mengundang banyak masalah di belakang hari. Sekarang ni, Cik Mariam nak minta cerai pun susah.'

Pada Februari tahun lalu, seorang duda rakyat Singapura, Suleiman Abdullah, 42 tahun, dipenjara dua tahun 10 bulan atas kesalahan menggunakan buku nikah palsu untuk 'berkahwin' dengan 23 wanita di Batam.

Dia mengaku salah menggunakan buku-buku nikah palsu untuk membawa 'isteri-isterinya' ke sini untuk bekerja sebagai kupu-kupu malam di pusat-pusat hiburam malam di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #2 holmes's post

dah nak setahun posting holmes tak berjawab
sebagai sahabat.. wa sebak beb.. sebak



ok sk.. dah jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.233722 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list