CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pendekatan Lebih Radikal utk Kuasai English : BI Tak Jadikan Kita Org Putih

[Copy link]
Post time 17-9-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by <i>my-alja</i> at 17-9-2008 08:44 AM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=25957955&ptid=376091" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
hahahaha...sian kat u, besar sungguh cabaran jadi pendidik sekarang nie kann....<br />
<br />
u mengajar budak aliran apa?..sampai tak paham bahasa..<br />
<br />
kat sekolah anak nie plak, anak2 melayu yg kononnya牋...
<br />


mengajar kat sekolah harian biasa...

ermmm x tahu la.. pengumuman pon sentiasa dibuat dwibahasa.. cina/bm...
diaorgni x de kesedaran sivik langsung nk cakap bm..
even ada cikgu kat sekolah aku pon ade yg x fasih bm.. heran mcm mn leh terlepas jadi cikgu,,,
student2 komplen, kdg2 time2 ngajar terkeluar bahasa cina... tu ajar fizik tuh...
x larat nk pk..

ni baru bincang pasal x faham  bahasa.. belom amik kira exam lagi... hancos terus... kalo x hantar kertas kosong, salin balik soalan... huhu..
kalo essay tu, diorang tulis abc @ 123 penuh kertas...


nk kata pengaruh tv... ermmm.. aku x rasa diorang tgk tv1/tv2/tv3,,,
lagu kebangsaan pon x hafal... lagu merdeka langsung x tahu... keranamu malaysia x penah dgr..
x keterlaluan kalo aku cakap diaorg ni x nak klua dari kepompong China...
kalo tanya sape PM malaysia pon ramai x tahu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 17-9-2008 12:41 PM
Kat Sarawak skarang, murid2 Iban yg langsung takder bergaul dgn org Melayu pun boleh pass bercakap BM dgn baik. Pengaruh TV ada membantu jugak katanya.


tu iban kot... open, blh trime bm...
ni... ntahlaa... x tahu nak cakap...
something wrong somewhere....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:08 PM | Show all posts
kelas peralihan ada lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 04:55 PM | Show all posts
ni memang satu problem yang buat aku menyampah..dekat KL memang ni senario biasa. kat sekolah aku murid india tak de masalah sangat nak bercakap BM sekalipun mother tounge BI (tapi bab tulis karangan tetap hancur). yang problem murid Cina le, yang jenis bertutur BI ni sepanjang masa nak speaking. aku jadi nyampah dan sedikit sebal.

aku mengajar english so memang mudah le tak de masalah (masalah bile nak wat writing. speaking excellent tapi spelling and writing...out!).  tapi aku memang geram budak2 ni tak nak bertutur dalam BM masa subjek BM etc mcm kajian tempatan.aku ajar gak kajian tempatan, so aku dah cakap dengan budak2 "masa KT cakap BM elok2"..at least kite biasakan depa cakap bahasa kebangsaan. tengah exam pun bleh soh cikgu translate kan BM ke BI...

by hook by crook budak2 ni kena fasih BM sebab bahasa rasmi dan spm pun tak kredit BM dapat SAP je (sistem dulu, sistem sekarang aku tak tau). so panitia BM kena buat sesuatu utk train mereka fasih berbahasa melayu.

aku penah ajar MORAL, so masa kelas tu aku speaking le sebab budak2 tu tak faham BM, masa tu aku kena observe dengan nazir pempuan cina..dia cakap masa  bukan BI aku kena guna BM ajar depa tak kira mcm mana keadaan pun...

[ Last edited by  teacher_shakira at 17-9-2008 06:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:27 PM | Show all posts

Reply #9 teacher_shakira's post

ermm.. okla jugak tu.. at least x tau bm, tau bi.. yang ni hampehh... tahu cina jer.. yg len out...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 09:18 PM | Show all posts

Reply #10 fiyass's post

my big boss dr kecik sekolah cina...tak tau langsung ckp melayu..then sekolah & buat degree kt luar.blk sini x amik exam utk jd qualified professional sbb ada subject BM hehehheee....

pelik la kan, dok malaysia xtau ckp bahasa melayu, knp benda ni blh terjadi? so para guru sekalian, apa cara kalian menangani masalah ni? mst pening kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2008 06:08 AM | Show all posts
Kepentingan bahasa Inggeris
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF


Jika seseorang tidak fasih berbahasa Inggeris maka peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan adalah tipis.

SEJAK dilaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), pada tahun 2003, terdapat segelintir pihak meluahkan rasa tidak puas hati. Malah, ada yang menyarankan supaya ia diberhentikan segera. Mereka berharap supaya murid sekolah rendah dan pelajar menengah kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kebanyakan kelompok pejuang bangsa dan budaya beranggapan dengan berlangsungnya sesi pembelajaran PPSMI dalam bahasa Inggeris, ia mampu membunuh bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Tidak kurang juga yang mencanangkan dengan terlaksananya sistem ini maka generasi muda terutamanya pelajar sekolah akan melupakan bahasa Melayu dan terus-menerus mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Menyentuh isu ini, pelajar Malaysia di Australia, Nur Fatimah Mohamad Radzi, 26, berpendapat seharusnya pendedahan bahasa Inggeris perlu dimulakan sejak tadika lagi. Ia sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke sekolah rendah supaya mereka tidak termangu-mangu apabila mempelajari subjek yang menggunakan bahasa Inggeris.

Apabila inisiatif ini diteruskan maka prestasi dan proses pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dapat dikekalkan sehingga ke sekolah menengah dan peringkat universiti. Lagipun di universiti tempatan atau antarabangsa, kebanyakan buku penyelidikan dan jurnal ditulis di dalam bahasa Inggeris.

"Bagi individu yang merasakan sistem ini membunuh bahasa Melayu, saya pula sebaliknya. Mungkin ada baik dan buruknya apabila kita menggunakan bahasa Inggeris. Bagi para pelajar di bandar, mereka mungkin tidak menghadapi masalah kerana sudah banyak pendedahan yang diperoleh. Tetapi, bagi pelajar di luar bandar yang sentiasa menggunakan bahasa Melayu, mereka mungkin berasa berat untuk menerimanya.


"Namun begitu, jangan pula masalah ini dijadikan alasan untuk kita memberhentikan PPSMI. Mungkin ia dapat diatasi sekiranya pihak Kementerian Pelajaran menghantar kumpulan guru terbaik dan profesional di sekolah luar bandar dan pedalaman," jelasnya yang bersyukur didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam semua subjek ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Kesannya itu, beliau layak melanjutkan pelajaran ke University of Adelaide, Australia dalam Program Kejuruteraan Sistem Komputer dan tidak berasa gentar dikelilingi oleh pelajar asing dari seluruh dunia.

"Bahasa Inggeris banyak membantu dan memudahkan status saya sebagai pelajar. Walaupun banyak menggunakan bahasa Inggeris, saya tetap berbahasa Melayu," ujar siswi berusia 26 tahun ini.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menyarankan supaya pelajar tidak menganggap penggunaan bahasa Inggeris sebagai beban. Sebaliknya, beliau menyarankan supaya ia diterima dengan gembira kerana ia merupakan jalan kepada ilmu-ilmu yang lain.

Apa yang dilakukan oleh kementerian bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan pelajar apabila meningkat dewasa kelak. Tidak bermakna mempelajari bahasa Inggeris maka kita memperlekehkan bahasa Melayu. Hakikatnya, kita tidak mampu untuk memperoleh ilmu baru memandangkan banyak koleksi buku, kertas penyelidikan dan jurnal ditulis di dalam bahasa Inggeris.

"Bayangkan bagaimana kita ingin memahami dan membaca jurnal bahasa Inggeris, sedangkan kita tidak boleh berbahasa Inggeris. Tidakkah ini merugikan diri dan negara? Cuba fikirkan, alangkah baiknya sekiranya kita fasih dan memahami bahasa Inggeris. Dengannya, kita berpeluang membelek buku yang menawarkan pelbagai bahan.

"Bukan itu sahaja, apabila masyarakat mampu menguasai dua bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), mungkin kita dapat menjadi penterjemah. Impaknya, banyak buku dan jurnal penyelidikan Sains dan sebagainya dapat dialih ke bahasa Melayu," tambah Tun Mahathir.

Beliau turut berkata, orang Melayu tidak akan berkurangan apabila mempelajari Matematik atau Sains di dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, ia dapat melahirkan kaum Melayu Malaysia yang berpengetahuan.

Selain itu, Tun Mahathir turut meluahkan pendapat iaitu jika seseorang tidak fasih berbahasa Inggeris maka peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan adalah tipis.

Lagipun kerajaan Malaysia sememangnya memerlukan rakyat yang bijak dalam bahasa Inggeris.

"Masyarakat luar (antarabangsa pasti tidak mahu menjalin kerjasama kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu," kata Tun Mahathir ketika melancarkan Program Sekolah Angkat Universiti of Teesside bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki.

Mengenai program sekolah angkat ini, ia adalah usaha mewujudkan permuafakatan dan hubungan persepakatan antara SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan Universiti of Teesside di United Kingdom.

Para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang mendapat manfaat secara langsung daripada permuafakatan dan hubungan persepakatan ini terutamanya dalam bidang-bidang yang tidak ditawarkan di universiti awam dan swasta tempatan.

Pada masa yang sama, para pelajar berpeluang meningkatkan pelbagai keterampilan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Sementara itu, warga sekolah lain akan mendapat manfaat secara tidak langsung iaitu pemahaman yang mendalam tentang persekitaran antarabangsa melalui peluang meningkatkan profesionalisme khususnya guru-guru.

Menurut pengetua sekolah, Latifah Mahfod, program sekolah angkat ini boleh menjadi platform dalam mencapai matlamat misi menjadikan SMK Aminuddin Baki sebagai sekolah kluster bertaraf dunia menjelang 2012.

"Kami gembira dengan kerjasama yang dijalinkan kerana Universiti Teesside merupakan institusi yang dinamik di United Kingdom. Ia menduduki tempat keempat di UK dalam menawarkan bidang kejururawatan, seni reka dan perundangan," kata Latifah lagi.

Pengarah Wilayah Asia Tenggara Universiti Teesside, Irene Teng, pula berkata, beliau berharap program ini dapat membakar semangat para pelajar SMK Aminuddin Baki untuk belajar bersungguh-sungguh sekali gus layak menempatkan diri di universiti tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 06:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 09:06 AM | Show all posts
British Council anjur program kuasai bahasa Inggeris
Oleh Basir Zahrom


KEATS menyampaikan cerita kepada peserta
program British Council, baru-baru ini.


BAGI memupuk minat membaca dan belajar bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak, peranan ibu bapa memberi tunjuk ajar serta galakan adalah antara faktor penting, selain bimbingan penjaga atau guru di sekolah.

Salah satu cara menggalakkan kanak-kanak membaca adalah melalui aktiviti penceritaan yang boleh dilakukan ibu bapa bersama anak mereka di rumah secara berterusan.

Menerusi cerita, ibu bapa juga boleh menerapkan perkara lain, contohnya memasukkan elemen persahabatan, hormat-menghormati, cara bersosiol dan kemahiran berkomunikasi yang sangat penting dalam proses kemajuan serta perkembangan diri kanak-kanak.

Menyedari hakikat itu, British Council menganjurkan sesi bercerita menerusi program 慙earning English
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 01:22 PM | Show all posts
Gilap bakat guna bahasa kedua
Oleh Md Fuzi Abd Lateh

PENGUASAAN bahasa Inggeris yang baik di kalangan pelajar memberi impak positif kepada mereka dalam pelbagai urusan kehidupan seharian.

Bermacam strategi digunakan bagi memastikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa, Rawang menguasai bahasa kedua ini pada sepanjang masa.


Justeru, Persatuan Bahasa Inggeris sekolah ini dilihat sangat proaktif menggilap bakat pelajar menguasai bidang pengucapan awam.


Dinobatkan sebagai naib johan Pertandingan Public Speaking Karnival Bahasa peringkat kebangsaan 2007 lalu sudah cukup menterjemahkan pengorbanan besar guru membantu pelajar.

Pengetua sekolah, Maimunah Nazarene, berkata penubuhan pasukan pengucapan awam peringkat sekolah yang digilap menerusi Persatuan Bahasa Inggeris memberikan kejayaan cukup membanggakan sekolah di peringkat daerah Hulu Selangor, negeri dan kebangsaan.

Katanya, pelajar dibimbing Nirmala S S Nathan sejak empat tahun lalu untuk terus cemerlang dalam bidang ini bagi mengharumkan nama sekolah.

"Seramai lima pelajar tingkatan tiga hingga lima dipilih mewakili sekolah setiap tahun dalam pertandingan itu mampu menyerlahkan potensi mereka dalam bahasa Inggeris.

"Tahun lalu, pasukan pengucapan awam sekolah ini muncul johan peringkat daerah dan negeri Selangor dalam Karnival Bahasa yang disertai beberapa pasukan.

"Kami turut melayakkan diri ke separuh akhir di Pertandingan Debat Jemputan Institut Pengajian Tinggi Awam di Universiti Islam Malaysia Antabangsa (UIAM) baru-baru ini," katanya.

Ketua pasukan pengucapan awam mereka, Natasha Chandran, berkata pembabitan pelajar secara aktif membantu kejayaan sekolah itu.

"Setiap hari kami membuat rujukan, kajian dan pembacaan pelbagai bahan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat terkini dalam memberi hujah yang bernas.

"Selain itu, kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk melayari Internet turut membantu kami menambahkan pengetahuan. Kami berlatih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan penggunaan tatabahasa yang betul," katanya.



****************************************************************************************


hopefully apa yang SMK Bukit Sentosa tu buat... dapat jadikan motivation dan
perangsang pada sekolah2 lain dan panduan pada guru2 untuk majukan
ESL di sekolah masing2 juga ---  all the best --
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:18 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by fiyass at 17-9-2008 12:15 AM
salam...

sekali lagi nak berkongsi idea ngan cikgu2 seluruh malaysia yang de problem sama cam aku..

kalo kat sekolah korang ade pelajar
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 07:46 AM | Show all posts
'BI tidak jadikan kita orang putih'

JOHOR BAHRU 12 Jun - Belajar bahasa Inggeris tidak menjadikan seseorang itu 'orang putih', sebaliknya ia memudahkan orang ramai berkomunikasi, kata isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.


Menurut baginda, matlamat utama mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berkomunikasi dengan orang luar, selain ia merupakan bahasa ilmu.

''Sebagai contoh, saya yang belajar di London tidak pula menukar warna rambut kepada perang.

''Saya tetap suka pakai baju kurung seperti wanita Melayu lain. Belajar bahasa Inggeris juga tidak pernah menghalang saya menikmati sambal belacan,'' katanya.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Bahasa Inggeris Malaysia itu berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA) 2009 di Hotel Puteri Pacific di sini semalam.

Lebih 500 peserta dari seluruh negara menghadiri persidangan tiga hari yang bermula kelmarin.

Tambah Raja Zarith Sofiah, gesaan mempelajari bahasa Inggeris juga bukan merupakan agenda politik, sebaliknya bahasa itu perlu dipelajari kerana ia adalah bahasa antarabangsa.

Kata beliau, bahasa tersebut juga dapat membantu pelajar mencari ilmu pengetahuan kerana melaluinya seseorang itu akan mendapat sesuatu maklumat dengan lebih pantas.

''Jadi, belajarlah bahasa Inggeris kerana ia memberi banyak manfaat,'' katanya.

Mengenai cadangan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia, beliau berkata, kerajaan harus mengkaji secara teliti sebelum membuat keputusan mengenainya.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu mengambil kira pandangan golongan pendidik kerana mereka lebih arif dan mempunyai banyak pengalaman dalam memastikan cadangan itu boleh dilaksanakan.

****************************************************************************************

...banyak sangat dah cerita2 pasal BI ni.....
sendiri juga tahu nak improvekan BI or not
or penting tak pentingnya untuk menguasai BI ini -

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 11:18 PM | Show all posts
rasanya bahasa inggeris tak menyebabkan kita lupakan bahasa rasmi kita.bahasa inggeris is universal.cuma masalah kita,minda kita tertutup bila dgr atau diminta utk bercakap dlm bahasa inggeris...mungkin sukatan mata pelajaran bahasa inggeris harus dijadikan lebih menarik...ditambahkan cara penyampaian gurunya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062309 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list