CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12953|Reply: 64

Kenali Menteri Besar Anda...

[Copy link]
Post time 21-4-2008 11:00 PM | Show all posts |Read mode
MB Kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2008 11:01 PM | Show all posts
tgh cari info MB Terengganu.....tp x jumpa erk...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #1 t@t's post

39 tahun? lamo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

tot, cari la hok mb ganu baru tu etek, nok tgok latar belake dio
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 22-4-2008 03:00 PM
tot, cari la hok mb ganu baru tu etek, nok tgok latar belake dio


gov tganu tak updated lg website...pok yeh ada ah....
http://www.terengganu.gov.my/pmb/biodatamb.php
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #5 t@t's post

pok yeh nok wat mende
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 08:58 PM | Show all posts
tak silap aku tok guru penoh tanding di parlimen bachok tahun 86 tapi kaloh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 07:55 PM | Show all posts
Biodata MB Terengganu



YB Dato' Ahmad Bin Said dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Kampung Teluk Kalong. Beliau anak bongsu dalam keluarganya hasil perkahwinan Said Bin Mohd dan Wook Binti Ali.

Beliau dibesarkan di Kampung Teluk Kalong dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Politik.

Ayah beliau seorang petani @ pekebun yang mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Juga kemahiran ayahnya ialah menyadat kelapa. Oleh sebab itu, YB Dato' Ahmad Bin Said tanpa segan silu mengaku beliau seorang anak Tok Nyadat di dalam ceramahnya. Pengakuan itu adalah lambang kepayahan seorang anak kampung yang gigih berusaha dan berjaya mengejar cita-cita apabila berusaha bersunguh-sungguh walau dalam kesulitan ayahnya seorang petani.

Penglibatan awal beliau dalam perkhidmatan awam adalah apabila berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Seterusnya, ketokohan beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila beliau diberi beberapa tanggungjawab sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat, Pegawai Pentadbiran Tanah Kemaman, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan YDP Majlis Daerah Kemaman.

Dalam karier politik pula, beliau bermula dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal apabila memenangi kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil 1990. Lawan beliau pada masa itu ialah Ahmad Shabery Cheek (YB Ahli Parlimen Kemaman dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sekarang).

Seterusnya beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000 hingga sekarang. Beliau juga sekali lagi memenangi kerusi DUN Kijal dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan diberi kepercayaan sekali lagi menerajui portfolio Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menerima 3 pingat kebesaran iaitu ASM dan PJK oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud dan DPMT bagi membawa gelaran Dato' oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan pada tahun 2005.

Di dalam bidang sukan, beliau meminati sukan bola sepak, golf dan badminton. YB Dato' Ahmad Bin Said mempunyai 2 isteri iaitu To' Puan Norliza Binti Mahmud dan Nor Hamilah Binti Yahya dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 12:01 AM | Show all posts
rajin sunggoh abe tat neh.....

ada harapan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 12:15 AM | Show all posts
biodata idris jusof takada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 11:21 AM | Show all posts
chaiyooo tat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by reone at 10-8-2008 12:15 AM
biodata idris jusof takada ke?




Y.A.B. Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 12:32 PM | Show all posts

Bekas MB Terengganu...


DATO HAJI ABDUL HADI BIN AWANG



KELAHIRAN



Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.



KELUARGA



Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan Dr. Norzita Taat, 37 tahun. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.



PENDIDIKAN



Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)



POLITIK



Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.



PILIHANRAYA



Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.



ANTARABANGSA



Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

1.       Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.

2.       Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

3.       Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.

4.       Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

5.       Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.

6.       Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.

7.       Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.



BADAN BUKAN KERAJAAN



Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.



PENGALAMAN KERJA



Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978.

[ Last edited by  t@t at 10-8-2008 12:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 04:32 PM | Show all posts
aku nok tanye..bakpe dekat ganu ning..byk signboard hok pasal MB, ye x tulis dirasmikan oleh Dato' Ahmad Said, menteri besar terengganu..tapi ye tulis dirasmikan oleh "YAB Dato' Menteri Besar Terengganu.."

cam ada sumthing jer..ke jaga ati abg derih???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 05:20 PM | Show all posts

Balas #14 ammar_7e\ catat

tgh cakk rappok lg dalang tu....dokkang mu dok tau....


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 05:20 PM | Show all posts

Balas #14 ammar_7e\ catat

tgh cakk rappok lg dalang tu....dokkang mu dok tau....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 05:20 PM | Show all posts

Balas #14 ammar_7e\ catat

tgh cakk rappok lg dalang tu....dokkang mu dok tau....


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:35 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by t@t at 10-8-2008 12:28 PM


http://www.idrisjusoh.com/images/idrisjusoh_potrait.jpg

Y.A.B. Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by reone at 11-8-2008 12:35 PM



pendeknya biodata die..

ab haji hadi..panjangggg

ni tidak adil..hahahahahha



tu ah....dok caya try google....mmg gitu jeh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:12 PM | Show all posts

Reply #8 t@t's post

dalam buku warta hadhari org offce saya ambik kat SUK-
tajuk-MB-Terengganu ke-13
Semangat jitu dan kaya pengalaman..

dalam ni ye x citer bab ayah MB ning jadi pekebun..

ada ah citer:-
mula ceburi bidang politik sms umo 19 tahun
jadi wakil rakyat masa umo 33 thn..
bapa kpd 8 anak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.091259 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list