CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6594|Reply: 27

Pernah Lalu Lorong SERAM?----

[Copy link]
Post time 23-4-2008 02:09 PM | Show all posts |Read mode
mungkin ada yang dah bace tapipada mereka yang belum tau tu elok bace... Share Exp saje...



Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 02:15 PM | Show all posts
lorong haji taib pernah laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

ingatkan sapa reply ni ..... rupanya sorang 'LEGEND'... PATUTLA *****
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 02:24 PM | Show all posts

Reply #3 casio's post

weh wa mude belia lg wooo....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by casio at 23-4-2008 02:09 PM
mungkin ada yang dah bace tapipada mereka yang belum tau tu elok bace... Share Exp saje...



Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makh ...

lorong-lorong itam ok tak....ekekeekekek
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 03:06 PM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

memang seram lorong ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by metalacademic at 23-4-2008 03:06 PM
memang seram lorong ni ...


serramm sbb takut terkena aids hiv
kalau terkena,,uuiishhh mmg ngeerii sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:02 PM | Show all posts
aku punye pengalaman bukan lorng tapi laluan jalan kaki... alaaaa lorong gak la... kat kampung2 kan ade lorong2 nak gi umah sapa2...
so aku ni mmg penakut orgnye... pukul 9mlm je sure call mak aku suh tunggu kat tepi jalan mase aku belum pakai motor.. tau kenapa..
hah... jalan nak gi umah aku ade 4 lorong... tapi keempat2nye seram bagi aku...
1.. rumah arwah opah ulung.. serammm terkenal dgn mcm2 hantu, mak aku pun pernah terkene sebab nak buat jampi ketegor kat dia langsung mak aku kene sampuk.. sooo maaf la kalu aku nak lalu..
2...rumah arwah tokngah talib... mak aiii lagi la... antu rayanye.. ramai yg penah nampak macm dia tapi dia dah mati.. langsung laaa...
3...opah gayah.. pun laaaaa... walaupun tak penah dgr dia ade bela ape2 tapi namanye rumah org dah mati aduiiii.... seboleh2nye aku elakkan.. kalu terlalu gak sure seram sejuk mcm perasan jek dia ade kat bawah umah...
ke 4... umah arwah tuk ayob aku selang 2 umah jek dari umah aku kirenye balakang umah aku la.... adoiii.... tuk aku ni pelik dan aneh, merapu2 bela ulor la kala jengking la iguanan pun ade, yg leceh tu opah aku ade citer dia ni kawan ngn pontianak... lagi laaa walaupun tuk aku sendiri...
so mak aku la jadi mangsa... kene tunggu aku turun bas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 05:35 PM | Show all posts
haku pernah jln kat lorong kiri kanan hutan kat sg ramal dolu time mlm...
adalah dlm 100 mter kot laluan dlm hutan tu baru sampai tpt ada lampu jln...
seram siot...haku concentrate tgk lampu jln dan jln cepat2 jerk...
tapi takde apa2 pun berlaku...seram sbb dlm hutan jerk...
bukan takut hantu saja..
takut hanjeng, ular bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 07:48 PM | Show all posts
wa ituhari lalu ilut lorong kat penang kena kejar dgn bapok....
cilakak punyer bapok.....

wa masa tu dr kl naik bas ke penang....
smpai kat komtar kena jalan kaki ke hotel...(kebetulan tak ada teksi...4pagi beb...gilor laju drver bas bwk...btolak jam 12)...

memula derang panggil2 jerk..wa time tu 2 org...lps tu derang satu puak kerumun...gilos mcm org asli yg makan org plak lagak nya...&derang makin ramai....

apa lagi cabuttttt beb.....gilos..sib baik sempat masuk kt hotel...tak psl2 cungap2 dpn receptionist....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:11 PM | Show all posts

Reply #10 t@t's post

bakpe mung gi lari? rezeki tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:45 PM | Show all posts
ermm aku nk tanye penah jd camni kt korang ...agak misteri bg aku lah....

hari tu lalu suatu lorong gelap(samar2 bercahaya)  berseorang la kan ....

tetiber aku rase seperti dilanggar ...oleh something ... bkn langgar cam bese

mase kner ... badan aku motionless...... .... seolah aku dilanggar .... and roh aku cam terkeluar dr badan .....cpat2 pastu masuk ballik.... tu lah gambarannye .... rase cam ade bender terkeluar dr bdan aku .... pastu cpat2 masuk balik ... ketika time keluar dn masuk rase macam nafas dan jantung terhenti sebentar ....and lepas tu rase sejuk yg amat2 pelik ....seluruh badan rase sejuk ....

pastu tetiber rase mcm ade pergerakkan ... tk nmpk but rase cam ader pergerakkan menjauhi aku...dr arah aku kene langgar....tak tau lah .... mungkin mase tu otak aku lag skit ker ....senses aku dh biol skit .... aku leh rase seakan akan pergerakan....

camne explain ... dier cam kene langgar but bkn secara fizikal ..... secara spiritual ...but that moment cam .... ntah lah susah nk explain ..... biler citer pasal lorong gelap baru aku teringat ... tp takpela aku biar kejadian tu kt situ ajek ... tk nk kait ngan paper .... nk kate aku ader penyakit tk jugak .... hmm ntah lah ... huhu ... just sharing seh ...mane tau ade org lain kene cam aku ker

ader lg nk citer ...mase sekolah dulu .. separuh badan aku cam dikawal oleh bende lain ...but tu next time laa ....malas nk tulis ...

[ Last edited by  fish_o7 at 23-4-2008 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:10 AM | Show all posts

Reply #9 ashna's post

aku rasa
makhluk tu risau nak ketemu or selisih dgn ko,

tak larat dia kena maki

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #13 me_ai's post

...adeh2 tergeliat usus ku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 02:12 PM | Show all posts
dia tak sengaja la tu... kan org org kata bende2 tu lut sinar, bermakna depa leh celus badan kite mana tau la mase dia terlanggar hg tu dia tak sempat nak celus tu yg hg terasa tu... adoiii.... mase tu hg sure terperanjat... tu yg rase cam putus nyawa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 03:02 PM | Show all posts
aku penah gak lalu lorong yg menyeramkan..

tobat aku x p dah..

hehehe..

bahaya seh..!!!

Lorong Haji Taib..

beware...!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 03:11 PM | Show all posts
penah hari tu aku nak masuk hutan kat sg.pisang gombak tu kan..masa tu adala nak uat training turun bukit pakai tali and buat flying fox... disebabkan tumpang kawan lepas keje aku then pukul 11 mlm baru betolak.. then park kat tepi jalan nak pegi karak tu.. nak jalan kedalam takla jauh tapi kawan aku ni confident giler nak redah semak samun tinggi lebih kurang aku jer..kawan aku pendek skitla..nasib baik masa tu bulan penuh so xla gabra sangat.. tapi bila nak dekat sampai tapak perhemahan tu aku mcm ada dengar org gelak2 jer tapi xjelas so aku pun jalan lagi sampai kt kemah kira fuhhh  lega..  kekawan yang dari siang dah sampai sibuk buat firecamp lagik... so aku join dok borak tepi pokok besar..then kitaorg pun borak2 sampai la satu kes tu kitaorg gelak sakan la..gelak klakor imagine ler kan..

Then yang aku perasan bile kitaorg dah abes gelak.. tetiba ada mcm satu puak lain yang tak abes GELAK...aku kira msti ada group lain camp kat bawah tempat kitaorg... then bila borak yang takde gelak..mmmm yang yang tu punyela gelak baikk punyaaaa.... mengilai siap nyaring lagik.... kitaorg pun apalagi suh member yang berhati waja check PERIMETER ... ingatkan berani.. pastu dia kata sekor manusia lain pun takde kat area tu...  then kita org sepakat tido satu kemah..... tau kemah apa?


esoknyakan.... 3org geng aku demam, sorang lagi tido bawah pkok besar


cont jap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 03:58 PM | Show all posts
ermm...bila nak sambung nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 09:58 PM | Show all posts

Reply #18 ikasafia's post

rupanya tempat yang kitorg tido tu mmg keras pun...mlm yang ada org gelak tu rupanya PONTIANAK yang mengilai kat situ.. orang asli yang kita org jmp masa nak balik bagitau.. depa kata tempat yg kitaorg dok berkemah n lepak ml tu tmpt dorg jugak.. sbb tu dorg pun gelak sama...

aku tak pegi dah tempat tu la ni... depa kata ada keranda terbang plak kat situ.. sapa nak nengok?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 12:29 AM | Show all posts
lorong haji taib bkn setakat seram..ngeri..meremang bulu ketiak suma ada...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.147252 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list