CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3935|Reply: 7

bahasa melayu bahasa rakyat malaysia

[Copy link]
Post time 23-4-2008 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia

DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.

Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.

Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.

Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi meskipun di California bahasa Spanish dianggap sebagai bahasa kedua.

Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika. Malahan kebelakangan ini ramai orang asing tertiru-tiru bahasa Inggeris Amerika termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia.

Sebagaimana bahasa Inggeris di Amerika, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Malaysia. Perbezaannya di Malaysia semakin ramai rakyat yang tidak senang dengan bahasa Melayu. Malahan ada yang terang-terang mahu Malaysia mengamalkan dasar berbilang bahasa.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tidak menjadi masalah besar hampirhampir tiga puluh tahun. Namun tekanan dan desakan berkesudahan dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk matapelajaranmatapelajaran matematik dan sains.

Kononnya perubahan ini perlu kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa perdagangan dan komunikasi dunia. Pelajar-pelajar Malaysia mesti mengikuti matapelajaran ini dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka bersaing.

Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi setiap matapelajaran tidak diganggu gugat. Apa yang perlu ialah penumpuan yang lebih serius kepada pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Untuk bersaing di peringkat dunia, negara memerlukan guru-guru bahasa Inggeris yang berkualiti. Kalau perlu guru-guru ini diimport dari luar negara seperti mana yang pernah dilakukan oleh China, Thailand dan sebagainya.

Dasar flip flop ini menyebabkan ada yang menuntut supaya sekolah berbahasa pengantar Inggeris ditubuhkan.

Penulis terbaca berita mengenai pemasangan beberapa nama jalan dalam berbagai bahasa di Kuala Lumpur oleh DAP ketika negara rancak dengan kempen pilihan raya ke-12 lalu. Mungkin juga perkara yang sama dilaksanakan di Ipoh tidak lama lagi.

Apakah tindakan DAP ini boleh dipersoalkan sedangkan beberapa nama jalan di Kuala Lumpur ditulis di dalam bahasa Arab. Untuk menarik pelancong? Bagaimana pula dengan pelancong dari negara-negara lain? Jepun, China, Peranchis atau Jerman.

Selain daripada itu pihak berkuasa mesti mengawasi perlaksanaan bahasa Melayu supaya ia tidak diperlekehkan. Diperhatikan berbagai pihak termasuk pengeluar filem dan drama tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Paling menonjol ialah terjemahan "sub title" drama-drama dan filem-filem asing yang disiar di televisyen. Nampaknya industri terjemahan ini telah menjadi satu industri yang lumayan. Tetapi kualiti terjemahan adalah amat buruk.

Diharap seminar perpaduan Melayu yang bakal diadakan tidak lama lagi akan juga membincangkan nasib bahasa Melayu.

Pada tahun 1977 Universiti Malaya memperkenalkan satu pengajian yang dikenali sebagai Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif (kini dikenali sebagai Jabatan Penulisan dan Multimedia). Program inisiatif Prof. Diraja Ungku Aziz adalah bertujuan mempertingkatkan kualiti Bahasa Melayu.

Kini, selepas 30 tahun penulis percaya program tersebut telah menghasilkan tidak kurang 500 orang siswazah.

Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira berkecamuk. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita. Rakyat Malaysia khususnya Melayu marah setiap kali dituduh menciplak hak orang lain.

Tetapi cuba-cubalah amati bahasa Melayu yang digunakan di dalam filem-filem Melayu, drama-drama, ruangan sukan atau forum-forum di televisyen.

Penulis rasa geli geleman apabila terdengar lagu Burung Kakak Tua dimainkan sebagai lagu latar belakang kontinjen Malaysia di majlis penutup Sukan Sea di Korat, Thailand. Sedangkan generasi tua tahu bahawa lagu tersebut ialah lagu Indonesia dipopularkan oleh Titiek Puspa hampir-hampir 50 tahun lalu.

Malahan anggota-anggota kontinjen Malaysia begitu senang bercakap bahasa Inggeris ketika ditemu bual (di majlis penutup) sedangkan kontinjen dari negara lain bercakap dalam bahasa kebangsaan negara masing-masing. Agak menarik apabila seorang ahli kontinjen Singapura bercakap dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.



baguih betul artikel ni bila aku baca..:victory:  tersedak gak aku dibuatnya aku ni cakap bahasa m'sia mmg wokey.. hari2 pun cakap melayu dgn kawan aku sama kerja... cuma ada mcm slang2 bodo guna perkataan yg tak sesuai dlm kontek ayat tu    al maklum bila kerja janitor ni mcm2 perkataan kitorang guna nak terangkan keadaan atau benda..     malu lak bila baca dia kata  bahasa melayu banyak berkecamuk.. tak guna betul betul..   bagus kalau tahu bahasa asing tapi takkan sampai tak reti nak cakap melayu.  . lidah aku ni cakap melayu  hari hari belasah tempoyak dan sambal belacan.. mmg melayu ler.. tapi aku belajar gak sikit2 bahasa asing utk pengetahuan..
banyak subtitle movies yg tuls bahasa melayu bercelaru.. aku sampai ternganga nganga sib baik lalat tse tse tak masuk.. sbb tak paham terjemahan melayu yg ditulis..    aku harap walau camana baguih pun kita dalam bahasa asing tu  baik inggerih ke, mandarin ke, tamil ke, spansih ke.. french ke..  bahasa melayu sebenar2 bahasa kita rakyat m'sia..   :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 07:26 AM | Show all posts
macam komen APM 08 yg lalu...artis Indon berucap dlm
bahasa diorang...artis kita...berucap macam "I look stupid
if I speak in Malay"...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:17 PM | Show all posts
what!!!!!! Although i am a Chinese,but i not agree the statement"i look stupid if i speak in Malay".
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:19 PM | Show all posts
For me,you will look stupid if you cannot fluent in your mother language,do you agree?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:32 PM | Show all posts
Patah Balek

Jauh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by tana067 at 1-5-2008 10:17 PM
what!!!!!! Although i am a Chinese,but i not agree the statement"i look stupid if i speak in Malay".

well...the one who said that is a MALAY...go figure
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2008 03:56 PM | Show all posts
btol2..aku rase bm aku pon dh mcm teruk skang..bab bhs aku tabik ah kat indon..sume rakyat dia ckp bhs indon..kat sini kalo xde slang2 ala omputih tu xde klas kononnye

tp aku teringat dulu penah tgk dvd devil wears prada
ayat-u looked chic!
subtitle die-awak nampak tahi!

atau kat oprah
ayat-i got screwed by my own bestfriend
subtitle-saya dipaku oleh kawan baik saya


x tahan aku
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 02:49 PM | Show all posts
sejak duduk obersea ni bm aku bertambah baik walaupun aku dpt 7 masa SPM dulu. yelah taking the subject for granted.
penguasaan bahasa melayu aku mmg lemah sgt2. aku tak reti nak compose ayat utk bahasa rasmi.
kat negara luar especially english oriented countries, depa mmg pandang tinggi to people yg boleh ckp lebih dari 1 bahasa.
kalo duk kat europe tu dah biasa sgt. tapi kat UK, Australia & US...if you can converse and practice in several languages including their mother tounge, they will be impressed with you. i am still holding the record for scrabble in my previous hostel, which consisted of about 75% locals and 25% international students.
so berbanggalah jadi rakyat yg menggunakan bahasa malaysia.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079844 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list