CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: faridali

Kisah-Kisah Jutawan/Usahawan : Dalam dan Luar negara...mari berkongsi

[Copy link]
 Author| Post time 3-5-2008 09:14 PM | Show all posts
Takziah utk keluarga Allahyarham TAN Sri SM Nasimuddin SM Amin.... Al-Fatihah..


Bermula dengan menjual kenderaan terpakai, minat sejak remaja dorong jenama Naza pilihan terbaik

TAN Sri SM Nasimuddin SM Amin, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Naza adalah tonggak utama yang menyumbang kepada kelahiran satu jenama Malaysia dalam arena automotif antarabangsa, iaitu Naza.

Hasil inisiatif dan daya usaha Nasimuddin, jenama Naza kini muncul sebagai antara produk pilihan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan mengguna kenderaan asing pada harga berdaya saing.

Model kereta seperti Naza Citra, Naza Sutera, Naza Bestari dan Naza Forza adalah antara kereta asing yang dirumus dan dijuruterakan semula anak tempatan daripada versi asal model Kia dan Peugeot. Inisiatif Nasimuddin itu membuahkan hasil dan ini diterjemahkan daripada angka jualan kenderaan berkenaan hingga kini.

Untuk merealisasikan matlamat melahirkan kumpulan anak muda tempatan yang mahir dalam bidang automotif, terutama teknologi Kia, Nasimuddin melabur lebih RM35 juta menubuhkan Akademi Kia.

Kumpulan Naza, antara konglomerat Bumiputera terbesar tempatan, diasaskan pada 1974 terdiri daripada 14 bahagian perniagaan merangkumi perdagangan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, kraf air, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin yang mengasaskan Kumpulan Naza, meninggal dunia kerana kanser paru-paru di Los Angeles, California, jam 1.40 pagi semalam waktu Malaysia.

Nasimuddin, 53, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak tiga minggu lalu.

Isterinya, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Konsul Malaysia di Los Angeles, Ahmad Asmawi dipetik sebagai berkata, Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazahnya ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam Los Angeles.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada jam 1.40 pagi ini (waktu Los Angeles).

Walaupun Kumpulan Naza terbabit dalam pelbagai bidang, ia lebih dikenali menerusi perniagaan automotif, terutama menerusi francais kereta Kia dari Korea, dan kenderaan dari Perancis, Peugeot. Selain dua jenama berkenaan, kumpulan itu juga memegang francais dan permit import bagi kenderaan Mercedes-Benz, Mazda, Ferrari, Brabus dan motosikal Hamann dan Ducati di Malaysia.

Pembabitan dalam kegiatan pengeluaran dan pemasangan kereta bermula pada 2001 apabila Naza Kia Sdn Bhd memasang Kia Spectra pada 2001 dan seterusnya kereta itu dipilih kereta terbaik oleh akhbar New Sraits Times pada 2002. Pada Januari 2005, Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd mengeluarkan Naza Citra (berasaskan Kia Carens).

Nasimuddin lebih dikenali sebagai seorang usahawan yang 'low profile', walaupun boleh digolongkan dalam kelab 'bilionaire' dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan empayar automotifnya yang dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Di Malaysia, nilaian sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.

Sehubungan itu, penganalisis menganggarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion, terutama dengan mengambil kira prestasi dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya yang sudah mengembangkan sayap hingga ke Amerika Syarikat.

Dilahirkan pada 25 Januari 1955, Nasimuddin mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan mengakui meminati kereta dan industri automotif sejak remaja.

Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana membantu bapanya yang juga seorang kontraktor, Allahyarham mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai dengan memanfaatkan dasar permit import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.

Dengan RM80,000 itu, Allahyarham membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok-belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta terpakai dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.

Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, Allahyarham membuka cawangan menjual kereta terpakai di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan. Kampung Baru terus menjadi tapak perniagaannya hingga kini.

Kebangkitan Allahyarham dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Ferrari dan Porche.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata; "Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya."

Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama dari aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukan membolehkannya melalui semua itu dan hingga kini, Allahyarham muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import super mewah seperti Naza-Brabus.

Pada Ogos 2005, Naza membuka sebuah bilik pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu � Naza Auto Mall di Petaling Jaya.

Kumpulan berkenaan mempunyai pembangunan hartanah, TIDI Development Sdn Bhd dan hotel di Malaysia dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.

Selain bidang automotif, kumpulan itu menerokai perniagaan makanan dengan melancarkan cawangan Bubba Gump Shrimp Co di Malaysia pada bulan lalu.

Allahyarham ialah rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan dengan dianugerahi lencana perkhidmatan Anugerah Presiden Korea Selatan pada Januari 2007 sebagai pengiktirafan sumbangannya kepada industri automotif tempatan dan penggalakan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara.

Allahyarham juga dinamakan sebagai Tokoh Automotif dan Anugerah Kereta Tahun ini NSTP-AmBank dan juga Tokoh Maal Hijrah, kedua-duanya pada 2006.


BIODATA:

    * Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
    * 27 Januari 1955 - 2 Mei 2008
    * Lima anak
    * Pendidikan - Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
    * Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri pada Jun 1998
    * Anak ketiga daripada 10 beradik

Antara anugerah diterima Kumpulan Naza pada 2006

    * Kia Motor Corporation (KMC): Naza Kia menjadi satu daripada 15 pengedar kereta global diterima menyertai 'Kelab Zenith' KMC.
    * Anugerah Kerajaan Korea Selatan: Nasimuddin dianugerah Pingat Perkhidmatan Industri Presiden Korea Selatan.
    * Anugerah Reviu Perniagaan Teknologi: Kumpulan Naza dianugerah Pengeluar Automotif Terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2008 10:15 PM | Show all posts

PENGENALAN MENGENAI PENGASAS DAN PENGERUSI EKSEKUTIF :
DR.NOORDIN DARUS

Ada pepatah yang mengatakan "Seseorang itu tidak boleh memilih situasi yang diingininya, tetapi dia boleh memilih untuk berfikir, dan secara tidak langsungnya dapat mewujudkan situasi yang diinginkan". Pepatah ini cukup bermakna bagi DR. NOORDIN DARUS dan ia memahaminya dengan sangat mendalam sekali.
Sebagai pengasas kepada WORLDWELLNESS NETWORK Sdn. Bhd (WorldWellness), beliau berdedikasi untuk membawa kesejahteraan/kesihatan kepada masyarakat melalui produk "YIN dan YANG", program-program kesihatan dan peluang perniagaan. Beliau bukan sahaja yang pertama di Asia yang memperjuangkan kesejahteraan, beliau juga adalah pengasas dan konsultan kepada beberapa program kesihatan seperti "SIHAT SEPANJANG HAYAT" dan "LANGSING SEPANJANG HAYAT". Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa buah buku seperti "MUTIARA ILMU HIDUP SIHAT SEJAHTERA, "WELL FOR LIFE" dan "AIR OH AIR".
Pendekatan beliau didalam mencegah penggunaan ubat-ubatan dan cara pemikiran yang baru mengenai cara pengurusan diri dari segi rohani dan fizikal telah membuatkan beliau sentiasa diburu sebagai pensyarah, penasihat dan penceramah jemputan. Tidak dilupakan beliau juga seorang usahawan yang berjaya.
Tetapi tidak semuanya berjalan dengan lancar pada awal-awal permulaan untuk DR.NOORDIN DARUS. Secara jujurnya, perjalanan beliau dipenuhi dengan pelbagai cabaran, salah satu diantaranya yang benar-benar menduga beliau adalah apabila beliau telah disahkan menghidap kanser. Keinginan beliau untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera dengan cara mencegah penggunaan ubat telah diduga apabila pada tahun 2001, beliau sendiri telah disahkan menghidap kanser darah.
Apabila kebenarannya telah terbukti, tidak dinafikan beliau sangat terkejut, risau dan takut. "Ketika semua orang sedang tidur, saya masih lagi berjaga sehingga ke pagi memikirkan berita yang disampaikan kepada saya tengah hari tadi yang telah merubah segala-galanya". Buat pertama kali dalam hidup saya, saya berdoa kepada Tuhan supaya memakbulkan permintaan saya untuk diberi peluang hidup sekali lagi.
Ianya seperti satu keajaiban. Tetapi ia lebih disebabkan oleh keinginan yang sangat kuat iaitu hidup lebih lama. Disebalik ketenangan, kelembutan dan sifat rendah dirinya, beliau adalah seorang pejuang. "Pemberontakkan dalam cara yang positif", ujar beliau. Sifat positif itu wujud sejak dari zaman kanak-kanaknya disebabkan oleh pengalaman pahit yang datang daripada keluarga berpecah-belah.
"Ketika saya berumur 3 setengah tahun, kedua ibu bapa saya telah menyerahkan saya kepada datuk dan nenek saya", ujar budak kampung, yang berasal dari Kubang Semang, berdekatan dengan Bukit Mertajam di Pulau Pinang. "Ianya mengelirukan saya tetapi lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri seperti kanak-kanak yang lain".
Jauh dilubuk hati, ianya bukanlah sesuatu yang mudah buat NOORDIN yang masih kecil. Beliau sangat keliru dan marah. "Saya terpaksa berpura-pura bahawa saya menyukai ibu bapa saya ketika kami berjumpa dibeberapa acara. Sementara itu datuk dan nenek saya tidak memahami kenapa saya sangat berat hati untuk berjumpa dengan mereka", terang DR.NOORDIN.
Semakin beliau membesar, sifat memberontak dan menentang itu membawa kepada sesuatu yang positif. "Saya tidak mahu menjadi seperti pelajar-pelajar yang lain dan saya menyertai pelbagai jenis kelab, persatuan dan juga mengambil bahagian di dalam sukan walaupun saya tahu saya tidak berapa mahir didalam sesetengah acara sukan itu", ujar beliau. Secara kebetulan beliau telah menjadi ketua didalam sesetengah kelab yang beliau sertai. Selain itu, beliau juga mampu bersaing dari segi akademik dengan pelajar Cina didalam kelasnya. "Ini kerana rakan-rakan saya telah memberitahu saya bahawa saya tidak mampu untuk mengalahkan rakan-rakan Cina didalam kelas saya," ujar beliau ketika mengenang kembali cabaran yang telah diberi.
Oleh itu beliau telah merancang strategi dengan menggunakan gambarajah peta minda, kad memori, 'wall reminders', gambar visual tanpa menyedari betapa berkesannya teknik-teknik ini. "Saya telah mewujudkan teknik sendiri dimana ketika itu tiada Stephen Covey atau Tony Buzan untuk membantu saya ", ujar beliau. Pada tahun itu dia berjaya mendapat tempat pertama.
Untuk menjadi lain daripada yang lain, beliau telah menceburkan diri di dalam bidang Seni walaupun ketika itu beliau berada didalam aliran Sains, "Saya telah menyertai kelas seni dan sekaligus menyertai pertandingan lukisan. Saya menghargai masa ketika saya menyertai pertandingan melukis di tahap negeri, dimana saya telah melukis gambar Perdana Menteri. Dengan hanya menggunakan dakwat Cina dan melukiskan lakaran garisan tiga orang Perdana Menteri terdahulu, saya menyerahkan hasil kerja saya pada hari terakhir pertandingan itu dan saya menang!" Beliau juga telah menewaskan beberapa pelukis terkenal Pulau Pinang.
Sehingga ke hari ini beliau masih gemar melukis (walaupun pada masa yang sama beliau bermain golf) dan hasil lukisannya menghiasi dinding dirumahnya. "Saya sentiasa ingin menyertai apa-apa pun walaupun saya tahu saya tidak begitu mahir atau tidak mempunyai bakat," ujar beliau sambil mengatakan bahawa cara beliau berbeza daripada yang lain. Bukti menunjukkan bahawa impak yang kuat terhadap seseorang itu apabila ditinggalkan sejak kecil lagi akan mengubah dirinya ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, arwah datuk dan nenek beliau telah memainkan peranan yang penting didalam membentuk beliau menjadi seorang kanak-kanak yang lebih daripada biasa.
Beberapa tahun kemudian beliau tamat pengajian di Universiti Malaya dan beliau melanjutkan pelajaran di London sebagai Pakar di dalam bidang Perubatan Sukan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sains Sukan dan Perubatan di Majlis Sukan Negara Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Presiden Persatuan Sukan Perubatan Malaysia. Sepanjang karier beliau, beliau menyedari bahawa kerjaya beliau merupakan "JALAN MATI" dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan kerjaya atas usaha sendiri.
"Saya telah memulakan satu program yang dinamakan Fitness 2020 dimana ia menekankan kecergasan didalam badan korporat tetapi ia sukar untuk dijual. Ia mengambil saya masa selama sembilan bulan sebelum saya mendapat tawaran kerja yang pertama. Di dalam keadaan terdesak saya merelakan program saya dibeli oleh badan kerajaan dan saya sebagai konsultannya", beliau berkata. Tetapi kemudian beliau mula menyedari bahawa beliau tidak selesa bekerja dibawah pengawasan pihak tertentu. Program beliau kemudiannya diambil alih oleh mereka di dalam satu kes mahkamah.
"Saya meneruskan kerjaya saya sebagai usahawan dan berjanji tidak mahu bekerja untuk sesiapa lagi," kenang beliau. Tetapi perjalanan beliau masih lagi gelap. Sekali lagi beliau telah ditimpa musibah didalam perniagaan. Ia merupakan suatu masa yang sangat tertekan dalam hidup DR.NOORDIN DARUS. Di dalam banyak-banyak perniagaan yang beliau ada, hanya WORLDWELLNESS NETWORK yang masih berdiri kukuh.
"Saya sudah bersedia untuk memasuki satu fasa baru bersama-sama WORLDWELLNESS NETWORK sehinggalah sampai satu hari dimana hidup saya seakan-akan musnah", ujar beliau ketika mengenang kembali zaman beliau ditimpa penyakit kanser. Bertempur untuk hidup merupakan satu perjalanan yang sangat panjang, perit dan amat sukar, tetapi Dr.Noordin telah berjaya mengatasi masalah ini. Beliau mengenang kembali apa yang beliau katakan kepada diri sendiri pada masa yang mencabar itu "Saya sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran didalam kehidupan ini dan kehidupan selepasnya. Terima kasih kepada Tuhan kerana telah memberi saya satu undangan untuk ke syurga." Tetapi belum sampai masanya lagi untuk beliau pergi.
Selepas mengharungi segala cabaran, DR. NOORDIN telah berjaya mengatasinya dan telah belajar pelbagai perkara sepanjang kehidupannya. Tetapi perkara ajaib boleh terjadi kerana beliau sentiasa berfikiran positif. "Selepas semua yang terjadi saya telah sampai ke satu tahap dimana saya ingin meninggalkan sedikit cebisan hidup saya untuk dijadikan sebagai iktibar walaupun hanya sedikit."
"Jika anda fikir kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan" - DR. NOODIN DARUS
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 06:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by hanim_rosli at 10-5-2008 06:40 PM


gelak ala2 jutawan tu..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2008 07:19 AM | Show all posts
Oleh: Datuk A. Kadir Jasin


PERTIMBANGKAN fakta-fakta berikut. Sebuah kereta Proton Waja automatikberharga RM64,176 di atas jalan. Harga minimum sebuah rumah berangkaidua tingkat yang sedang dibina di USJ, Selangor ialah RM219,888. Sebuahpesawat Boeing 747- 400, kapal terbang penumpang terbesar di dunia,berharga RM703 juta.


Sekarang pertimbangkan pula fakta-fakta berikut. Nilai kekayaankorporat usahawan media, telekomunikasi dan judi, Tatparanandan AnandaKrishnan boleh membeli 136,655 buah kereta Proton Wira, 39,888 buahrumah berangkai dua tingkat dan 12 buah pesawat 747-400. Demikianlahkayanya orang terkaya di Malaysia bagi tahun ini mengikut bancian 40tokoh korporat Malaysia terkaya oleh majalah perdagangan MalaysianBusiness (keluaran 16-28 Februari, 2003).



Majalah itu mentaksirkan pegangan saham Ananda Krishnan dalamsyarikat-syarikat miliknya bernilai RM8.77 bilion atau RM8,770 juta.Dengan kekayaan sebanyak itu, Ananda mengalahkan 揜aja Gula
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:11 AM | Show all posts
menarik fakta tu farid...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2008 12:38 AM | Show all posts

Reply #25 faridali's post

baru aku tau diorang ni kaya kerana ditolong oleh kerajaan

tapi kenapa kerajaan tolong melayu - bangsa mereka mencaci pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:28 PM | Show all posts
jutawan dunia byk INDIA mari ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 04:34 PM | Show all posts
Harus berusaha dengan lebih gigih lagi nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 01:26 AM | Show all posts
jom jadi jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 11:44 AM | Show all posts
menarik fakta2 ni...
dan juga tertarik pada ayat ni... "Jika anda fikir kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan" - DR. NOODIN DARUS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 01:29 AM | Show all posts
Insyallah kita sama2 realisasikan fakta2 tersebut...sama2 bantu sesama kita..memartabatkan ekonomi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 05:06 PM | Show all posts

aku nak kongsi cter gak

aku ada kenalan sorang nie.boleh kata jutawan gak.tapi yang peliknya dia nampak macam budak tak terurus je.pakai baju sama,motor plak pecah sana sini.aku tau dia ni jutawan sbab aku pernah folo dia wat satu job untk luluskan satu pojek.yang power nya aku tanya dia bapa byk rm nak lulus.dia kata 'xbanyak...170m je..orang nak meniaga...biarla...'.aku tanya plak bapa komisen dapat?'dia kata'2% je...

bertambah pelik aku dibuatnya bila dia tersengih kata 2%...

aku tanya lagi..'amacam biz?'...dia kata'skang agak slow skit...tapi bole la nak idup'

yang aku tau member aku ni dia bukak firm kat area KL tapi xtau katna...dia wat biz lain gak tapi stail dia mudah...jadi orang tengah dan work happly...stail dia semoi giler sampai orang pun xpasan yang dia ni berduit jugak.

aku pernah tegur cara pakaian dia...dengan sempoi dia jawab'nak wat pa..janji ada baju,seluar...'....aku bukan suka bergaya pun...janji ada'

begitu lah peliknya kawan aku ni..

cuma satu yang aku slalu perati..dia nie suka pakai atau guna satu menda sampai hancusss...conth ketara..seluar JPA dia...dah dekat sebulan kalo keluar asik seluar itu je dia pakai bila lepak hujung minggu ngan kawan2 aku yang lain...

pelik kan kawan aku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 07:52 PM | Show all posts
mmg pelik kawan ko tu......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:26 PM | Show all posts
asal jgn pengotor sudah lusuh tak pe, faded gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 08:19 AM | Show all posts

erk...nak share inteview with CEO Petronas...

ARKIB : 31/10/2004
Saya kedekut, pernah balik kampung naik bas

Tan Sri dikatakan seorang yang kedekut dalam soal perbelanjaan Petronas. Betul ke?

HASSAN: Ya, saya kedekut. Tapi bukanlah dalam erti kata kedekut sebenar. Cuma saya tidak suka melihat pembaziran. Kalau nak kena belanja, walaupun RM10 juta, kalau kita kena belanja dan belanja betul, kita belanja. Tapi kalau kita nak belanja RM10 tapi tak berfaedah, saya kata tak perlu. Saya datang dari satu tempat dulu (semasa menjadi rakan firma audit HRM) kita bagi pen dan pensel free kepada kakitangan buat kerja. Tapi kalau depa mai nak ambil yang baru, dia kena bawa balik yang sudah habis dipakai. Kalau dia tak bagi, saya bagi tahu kepada penjaga stor, jangan bagi. Kalau tidak dia akan membazir. Saya guna amalan ini di Petronas.

Tan Sri buat macam itu di Petronas?

HASSAN: Falsafahnya sama. Kalau kita nak buat apa-apa sama ada RM1 atau RM10 atau RM1 juta atau RM10 juta itu bukan relevannya, pertamanya anda perlu justify (membuktikan) perbelanjaan itu adalah wajar dan membawa faedah.

Saya mengaku saya kedekut, lagipun ia bukan duit saya, duit rakyat. Saya di sini hanya sebagai pemegang amanah.

Di luar, Tan Sri seorang yang cukup sederhana. Walaupun antara CEO bergaji paling tinggi di Malaysia, Tan Sri masih tinggal di rumah biasa berkembar dua, mengapa?

HASSAN: Saya selesa, lagipun ia hanyalah sebuah rumah. Saya tinggal di Ampang Jaya. Bagi saya ini semua sementara sahaja. Saya beli rumah itu 20 tahun lalu dengan harga RM240,000, tanah dia besarlah juga. Masa itu saya di HRM. Arwah bapa saya dan arwah tok wan (datuk) saya selalu mengajar saya jangan membazir dan jangan hidup menunjuk-nunjuk. Kita hidup sederhana saja. Ini semua cara saya dibesarkan. Tok wan saya kastam dan bapa saya polis, bapa saya pun beli rumah teres di Ampang Jaya sebelum dia bersara sebagai pegawai polis.

Betul ke semasa Tan Sri berjawatan ini, Tan Sri pernah balik kampung di Kedah naik bas?

HASSAN: Ya, saya pernah naik bas balik kampung. Apa salahnya. Isteri saya pun naik bas ke Singapura. Ini semua atas diri kita. Kadang-kadang ada orang tegur kerana kita makan di gerai, tapi bagi saya apa salahnya, bukan kita buat perkara-perkara yang tidak bermoral. Tidak bolehkah kita jadi orang biasa? Di kampung kalau balik, saya naik Honda Cup pak menakan (bapa saudara) saya punya, pakai kain dan kemeja-T keliling sampai Semeling (dekat Merbok, Kedah) (ketawa).

Jadi inilah siapa Tan Sri sebenarnya. Kalau macam itu duit Tan Sri yang banyak itu buat apa?

HASSAN: Apa sahaja kemewahan yang ada, saya letak tepi untuk pendidikan anak-anak saya. Itu sahajalah yang akan mereka ada, pendidikan. Sama seperti bapa saya buat, tak ada harta benda apa pun, pelajaran sahaja.

Tapi jika mengambil kira itu pun, duit Tan Sri masih banyak?

HASSAN: Yalah, kita laburlah sikit sana sikit sini (ketawa).

Benarkah Tan Sri adalah CEO yang paling tinggi dibayar di Malaysia?

HASSAN: Persepsi kata Petronas bayar gaji tinggi sebenarnya tidak benar. Jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan lain, tinggilah sikit. Malah jika dibandingkan dengan naib-naib presiden saya gaji mereka tidak ke mana berbanding pegawai-pegawai kanan di bank-bank tempatan.

Kalau ahli lembaga pengarah, dapat RM3,000 sahaja sebulan, itu pun saya baru naikkan, sebelum ini hanya RM1,000 sebulan sahaja.

Pengerusi Petronas (yang dipegang oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Zainol Abidin) hanya RM5,000 sahaja sebulan.

Saya pernah katakan kepada kakitangan saya, siapa yang sanggup berkhidmat dengan Petronas ialah jenis orang yang luar biasa. Mereka ini, terutamanya di peringkat senior mempunyai semangat nasionalisme dalam darah mereka. Berkhidmat untuk negara. Saya datang dari sektor swasta, ada orang kata apa bodoh sangat masuk kerajaan. Tapi saya kata ini adalah untuk negara dan saya mendapat kepuasan kerana saya dapat bagi balik kepada negara. Cabaran hari ini ialah untuk mendapatkan anak-anak muda dalam organisasi ini, untuk berkongsi dengan jenis orang yang luar biasa itu. Kerana generasi muda ini, dia semua nak cepat, nak tengok material.

Jika sekarang kita kakitangan dan dinaikkan pangkat sebagai naib presiden, dia kena berhenti sebagai kakitangan Petronas dan masuk dalam skim kontrak selama tiga tahun. Apa yang dia nikmati sebagai kakitangan dulu termasuk faedah-faedah persaraan dalam KWSP dipindahkan ke skim kontrak.

Jumlah kakitangan Petronas, termasuk anak syarikat Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) sekarang 20,000 termasuk luar negara semua sekali 25,000.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menafikan bahawa Petronas tidak pernah menyiarkan penyata kewangannya. Walaupun, kami bukan syarikat senaraian awam tetapi kami mengeluarkannya dan menyiarkan dalam laman web, bahan bercetak yang kemudiannya diagih-agihkan. Petronas diberikan penarafan kerana ia memudahkan kami membuat pinjaman untuk operasi.

Tan Sri ada jet Petronas, tapi jika menggunakan penerbangan komersiol, adakah Tan Sri turun gred ke kelas perniagaan?

HASSAN: Saya tidak turun gred ke kelas perniagaan, saya kekal di kelas pertama kerana dua sebab. Pertama, saya boleh sampai ke London dan terus bekerja, jadi saya nak ambil peluang untuk tidur dalam pesawat, kedua, kedudukan yang saya bawa. Kalau tidak naik kelas pertama dan naik kelas perniagaan orang akan perhati dan you adalah CEO Petronas, ini soal imej dan persepsi orang, itu kena jaga juga.

Tapi jika saya pergi London atas urusan peribadi dan bersama keluarga, mungkin saya pergi ekonomilah.

Tan Sri ini betul-betul kedekutlah?

HASSAN: Kalau nak kata kedekut, kedekutlah. Kita kena bagi tahu anak-anak kita benda ini susah, bukan dapat mudah, dapat pi London dan naik kapal terbang itu sudah cukup baik. Ia adalah bagaimana kita membentuk minda mereka, kalau tidak depa ingat kita dapat senang-senang saja. Anak saya ada empat orang, dua masih kecil darjah enam dan tingkatan tiga, seorang di universiti habis tahun depan dan seorang lagi dah kahwin.

Kita pernah nampak, Tan Sri bawa bungkusan dalam plastik ulam dari rumah ke meja makan semasa berbuka puasa dengan para wartawan. Nampaknya Tan Sri adalah peminat ulam?

HASSAN: Betul, saya suka makan ulam. Ulam raja, pucuk janggus (gajus), pucuk putat. Saya tanam sendiri, pokok munggai pun ada di rumah. Di pejabat setiap hari, saya makan nasi bekal. Isteri saya masak dan dihantar ke pejabat. Kalau saya keluar makan tengah hari, habis banyak masa. Puas makan makanan dari rumah, ada gulai ikan ka, dan macam-macam lagi, puaslah. Kerana kadang-kadang kita pun ada macam-macam majlis dan makan malam yang perlu hadir, jadi tengah hari kita ambil kesempatan makan lauk dari rumahlah, sambal ikan kering mesti kena ada (ketawa).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 22-10-2008 08:19 AM
ARKIB : 31/10/2004
Saya kedekut, pernah balik kampung naik bas

Tan Sri dikatakan seorang yang kedekut dalam soal perbelanjaan Petronas. Betul ke?

HASSAN: Ya, saya kedekut. Tapi bukanlah da ...


klu x silap..Tan Sri boleh di anggap seorang Intrapreneur...tp bkn Entrepreneur...

ke mcmana...sbb dia mengembangkan bisnes / duit org lain..dan bukan mengembangkan duitnya sendiri..

papepon..syabas utk Tan Sri..jaga petronas leklok ya..hhehe
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.130507 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list