CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2753|Reply: 12

Pls ... Pls ... I Need Help ..

[Copy link]
Post time 24-4-2008 12:41 PM | Show all posts |Read mode
As'kum,

Ishh ..  camne nak mula ek, ok ..  tarik nafas dalam2 ...  ermmm ...  (susah betul nak mulakan cerita nie ...)

Buat pengetahuan semua, 8 bulan yang lepas, sy kehilangan kekasih kerana kemalangan jalan raya. Kami bercinta selama 10 tahun dan akhirnya Tuhan lebih menyayangi dia.  Masa tuh sy betul-betul rasa kehilangan yg teramat sgt ..  pandangan gelap dan sy merasakan dunia ini telah berakhir dan segalanya tidak adil utk sy.  Sy menjalani hari-hari yang berlalu dengan hati yang kosong dan tak bermakna.    Begitu payah untuk sy melupakan arwah kerana dia seorang insan yang begitu baik, penyayang dan sempurna dimata sy.  Dia 11 tahun lebih tua dr sy dan sikapnya yang matang dan tenang menyebabkan sy jatuh cinta padanya.

Setiap hari sy menangis sehingga lar keluarga bawa sy berubat kerana tak sanggup melihat keadaan sy yang tak terurus.  Setelah berubat, sy mendapat sedikit kekuatan disamping berdoa, bersembahyang dan mengaji.  Mendekatkan diri pada keluarga dan mula berkawan2.  Itulah kekuatan sy untuk kembali tabah, cekal dan nekad mengorak langkah memulakan hidup baru.

Sehinggalah pada suatu hati, adik mencadangkan supaya sy mula berkenal2 dengan ramai orang supaya sy tidak bosan menjalani kehidupan.  Sy pun mula berjinak2 dengan internet sehinggalah sy diketemukan dgn seseorang yang begitu baik (pada pandangan sy setakat ini).  Kami banyak persamaan sehinggalah terasa chamistry yg begitu kuat antara kami akhirnya membibitkan rasa sayang antara satu sama lain.  FYI, dia 8 tahun lebih muda dari sy. Sy tahu niatnya ikhlas bila dia melamar ingin menjadikan sy isterinya walaupun baru beberapa bulan kami berkenalan.  Dia sudahpun memberitahu seluruh keluarganya tentang sy dan setakat ini keluarga sy maupun dia tidak membantah.  Sikapnya yang bersungguh-sungguh dalam perhubungan ini melembutkan hati sy dan menerima dia seadanya.  Hakikatnya itu dulu, tp sekarang nie ..  punca masalah bukannya dia .....  tetapi SAYA !!

Mula2 mengenali dia, mmg terasa dunia ini indah, rasanya sy boleh menghadapi segala-galanya ..  sy kuat untuk tempuh apa juga halangan yg mendatang tetapi akhir2 ini ..  bila orang-orang mula bercerita, termasuk kawan-kawan rapat sy sendiri mengenai perbezaan umur, pekerjaan dan perbezaan lain yg ketara antara kami, perasaan sy serba sedikit terasa dan terusik.  Buat pengetahuan semua, bukan setakat umur sahaja yg berbeza ..   sy nie bolehlah dikatakan stabil dari segi pekerjaan dan kewangan tetapi dia bekerja biasa saja malah sedang mencari-cari tapak untuk teguh berdiri. Sejak mengenali dia, byk perkara yg tak boleh dari boleh ... betul2 menduga sy untuk menyesuaikan diri ..  tapi sy telan wlpn pahit ..  

Lately, sy sering termenung, terasa ada yang berat kat hati ini, sy tak dapat pastikan samaada sy betul2 mencintai dia kerana sy rasa cinta sy dah lama pergi di bawa bersama arwah ketika meninggalkan sy dulu,  benda2 nie jadi punca perselisihan kami kerana sy kerap membandingkan antara arwah dan dia. Byk perkara yg sy lalui sekarang nie, terlalu berbeza dgn apa yang pernah sy lalui dgn arwah.  Sy tak nafikan ada juga ciri2 yang sy nak dari dia sebagai seorang kekasih tetapi perbezaan diantara kami yang ketara ini mengganggu perasaan sy.  Sejak kebelakangan ini, setiap kali jumpa kami sering bertengkar walaupun kerana benda2 kecil ..  sy semakin tak faham dgn diri sy sendiri, wlpn sy cukup sedar dia dah melakukan yg terbaik bagi hubungan kami.  ermmmm ......................    

Sy sepatutnya tidak menghiraukan kata-kata orang, tidak patut mengalah sebelum mencuba tapi hakikatnya sy terlalu lemah serta perlukan bantuan kawan-kawan semua memberi pandangan dan nasihat ikhlas apa yang seharusnya sy lakukan ...  Apakah sy tak bersedia untuk bercinta lagi atau perlukah sy kuatkan semangat, tetap meneruskan perhubungan ini dan biar masa menentukan segalanya ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 12:49 PM | Show all posts
sinopsis plisss...

wa ni dah ler malas membaca... lu pi cerita panjang lebar mcm karangan buku sejarah SPM...

apa sinopsis di balik cerita lu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by asmierah_sarah at 24-4-2008 12:41 PM
As'kum,

Ishh ..  camne nak mula ek, ok ..  tarik nafas dalam2 ...  ermmm ...  (susah betul nak mulakan cerita nie ...)

Buat pengetahuan semua, 8 bulan yang lepas, sy kehilangan kekasih k ...

lu ada hati, akal, fikiran n iman....tanya iman lu dulu...ade jawapan kat situ...

kalau tak dpt jawapan gak...takyah la bercintun...buang masa jekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:57 PM | Show all posts
entah la... kawan la lama sikit, kenal lebih rapat... jgn hanya sebab nak melupakan arwah, kita terima sapa saja yg hadir dlm idup kita. itu tak menjanjikan pilihan yg tepat.. so pertimbangkan secara waras, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut akal insyaallah selamat.... lelaki nie lmbat matang.... klu i suke yg lebih tua....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by Amiin_al_Kalam at 24-4-2008 12:49 PM
sinopsis plisss...

wa ni dah ler malas membaca... lu pi cerita panjang lebar mcm karangan buku sejarah SPM...

apa sinopsis di balik cerita lu ni?



dia tulis panjang sebab nak luah kan perasaan dia .mesti dia rasa lega lepas taip apa yang terbuku di hati tu .
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 01:37 PM | Show all posts
8 tahun beza?...make it 13 years actually bcoz women is 5 years advance than man
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 01:40 PM | Show all posts
jwapan tu ada pada Allah..buat solat isthikharah pasti ketemu jawapan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by Amiin_al_Kalam at 24-4-2008 12:49 PM
sinopsis plisss...

wa ni dah ler malas membaca... lu pi cerita panjang lebar mcm karangan buku sejarah SPM...

apa sinopsis di balik cerita lu ni?



Sorry ..  nak pendekkan jadi sinopsis tak ngethi ...  nanti citer jadi tergantung then org pun tak faham akhirnya ..  xpelah ..  agak2 malas toksah baca ..  sesiapa yg sudi baca, dengar dan bagi pandangan yg ikhlas dialu-alukan ...  terima kasih !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by mrssazali at 24-4-2008 01:40 PM
jwapan tu ada pada Allah..buat solat isthikharah pasti ketemu jawapan



ermmm ..  ada jgk terfikir nak buat ..  insyaallah ..  

tp ..  kalo boleh nak jgk tahu pendapat org lain .. selain memohon dariNYA .. itu sudah pasti ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by white_orkid at 24-4-2008 12:57 PM
entah la... kawan la lama sikit, kenal lebih rapat... jgn hanya sebab nak melupakan arwah, kita terima sapa saja yg hadir dlm idup kita. itu tak menjanjikan pilihan yg tepat.. so pertimbangkan se ...




lelaki lambat matang ...    betul lar kadang2 ..  bila kawan dgn org lebih muda nie mmg terasa lar jgk benda nie ..

tetapi adakalanya dia matang dalam membuat keputusan sbb tu lar bleh terima dia at the 1st place dan adakalanya sy menghela nafas panjang sbb tak boleh nak terima cara dia ..  

sy terima dia bkn kerana nak melupakan arwah, tp dlm masa berkawan sy senang dgn cara dia, ada org syg kat kita ..  dan lama2 rasa ok lar kalo bercinta ..  at the same time sy tak pernah nak melupakan arwah .. pada sy kenangan tetap kenangan tetapi ia meninggalkan kesan yg begitu mendalam di hati kita ..  lagi2 kami berpisah mati .. bkn berpisah kerana sakit hati atau dah takde sefahaman ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by mikasa at 24-4-2008 01:00 PM



dia tulis panjang sebab nak luah kan perasaan dia .mesti dia rasa lega lepas taip apa yang terbuku di hati tu .





  terima kasih mikasa kerana memahami ....   sy cuma nak luahkan apa yg sy rasa .. nie dah rasa lega skit2 dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 05:11 PM | Show all posts
ala apa apa pn , janji u bahgia udah lar, wat per nak pikir psl dia kerja apeke, umur dia apeke.. man life start with 40 man! eh woman...apa2 pon lek jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:18 PM | Show all posts
kalau lelaki lg tua dr perempuan x jd mslh... tp kalau pompuan lg tua dr lelaki mmg akan ada mslh... kalau dua2 boleh tahan dan sabar... o.k la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.326683 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list