CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5170|Reply: 18

ANAK MAMI [Setiap Isnin, 10 mlm, TV9]

[Copy link]
Post time 28-4-2008 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Di Sebalik Tabir: Anak Mami cabar kreativiti Razak
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Dua beradik berganding bahu hasilkan kelainan kisah masyarakat Pulau Pinang menerusi sitkom 29 episod untuk disiarkan di TV9

PROFESOR Abdul Razak Mohaideen terkenal menghasilkan filem dan drama genre komedi yang mengangkat kisah hidup masyarakat anak Mami Pulau Pinang sejak awal 90 an lagi. Antara drama yang pernah dihasilkan seperti Anak Mami, Menantu Mami, Cucu Mami dan banyak lagi.

Razak kemudian menghasilkan tujuh buah filem yang masih mengangkat kisah anak mami iaitu Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Nana Tanjung 2 yang mencatat kutipan box office.

Terbaru, sebuah lagi sitkom sentuhan Razak bakal menemui penonton mengambil judul Anak Mami. Bagaimanapun, Razak yang ditemui ketika rakaman sitkom berkenaan di seksyen 7, Shah Alam berkata, sitkom bersiri yang dibarisi Pie, Sheila Mambo, Waheeda, Ainul Aishah dan Azad Jazmin sebagai teraju utama itu tidak sama dengan filem mahupun drama yang pernah dihasilkan sebelum ini.

揝itkom Anak Mami tiada kena-mengena dengan filem atau drama yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Saya cuma mengekalkan genrenya berikutan sambutan yang bagus daripada penonton dengan genre sebegini.

揓alan ceritanya juga tidak sama. Anak Mami mengupas isu yang berlaku dalam kehidupan seharian kita contohnya Jimat Cermat, Orang Gaji, Nyamuk Aedes dan banyak lagi. Watak Piee dalam sitkom ini sebagai Mamu Piee juga berbeza daripada filem kerana dalam sitkom ini, Piee mempunyai isteri serta tiga orang. Berbeza dengan wataknya dalam Nana Tanjung. Saya memilih Piee kerana dia mampu menarik penonton,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 10:55 PM | Show all posts
ler.terlepas lak nk tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 07:01 AM | Show all posts
Komen first episod:
1. Para pelakon sama tapi agak best la
2. Audio tak de kualiti - kejap suara kecil jap suara besar..penat nak kawal remote
3. Macam pakai kamera 90an...
4. Dialog semua recycle filem2 prof razak especially filem anak mami kembali cth
filem : hentak hentak kang aku kerat kaki tu @ sama macam tu
drama : hentak hentak kang aku kerat buat sup @ sama macam tu

Bestnya kat sini: isu yang ditonjolkan agak menarik utk ditonton cam first episode lebih kepada tanggungjawab anak2 kat rumah...jgn biarkan mak ayah je buat kerja2 rumah...anak2 pun kena tolong sekali.

Sheila Mambo mmg best pegang watak mak kecoh2 selamba je cakap sana cakap sini...BEST
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:21 AM | Show all posts
buley la nak.. ske gak tgk drama2 bermotifkan dialek utara ni   tp awat pak piee ngan shila mambo bising sgt hehe.. taley tahan woo ade parents camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #4 jac_diehard_fan's post

bising....x tahan dgr leteran diorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:49 AM | Show all posts
besh gaks citer nie aku tertgk smlm, lewat 5-10mins. mmg lawaks aahh diorg! waheeda dressing cantik.. dia mmg sweet pun.. tp si azad jasmin 2 sapa eks?? he looks familiar 2 me..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2008 07:38 PM | Show all posts

Reply #6 Yuni's post

azad tu berlakon dalam Nana Tanjung 2/Enigma
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 03:17 PM | Show all posts

Reply #7 alltvmas's post

aahh.. betul! betul! smlm nengoks Enigma last epi., baru ingat & pasan!! nway, thanks 4 da info.! ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 12:39 PM | Show all posts
x peminat ke citer nie?? :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 08:03 AM | Show all posts
episode 2 tertido tgh tgk...cam busan la drama ni... kadang2 lawak kadang2 x lawak. lakonan azad tu kekok la kalau berlakon sitkom ni. waheeda plak cam over jek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:37 AM | Show all posts
tak best la....cam drama kosong je tak de lawak pon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 03:46 PM | Show all posts
aduuhhh...aku baru jer tengok citer ni kat tvseries...ada part yg lawak...ada yg lawak recycle....tapi kan...awatttt si dewi aka pojiah gous tu getikkk bebeno.....dgn mulut muncung mengalahkan muncung itik....body language yg keterlaluan...dia igt dah lawak sgt lah tu....geli geleman aku tengok....dasar aku ni anti pojiah gous!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 04:04 PM | Show all posts
aduuhhh...aku baru jer tengok citer ni kat tvseries...ada part yg lawak...ada yg lawak recycle....tapi kan...awatttt si dewi aka pojiah gous tu getikkk bebeno.....dgn mulut muncung mengalahkan muncung itik....body language yg keterlaluan...dia igt dah lawak sgt lah tu....geli geleman aku tengok....dasar aku ni anti pojiah gous!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 08:31 PM | Show all posts
lawak gak cite ni.
lawak ganas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 06:14 AM | Show all posts
benci lah cerita ni
apa fungsi wahida dgn budak pompuan sorang tu (xkenal nama)
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:14 AM | Show all posts
x dapat tgk,same time ngan pearl screen kt tv3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 11:43 AM | Show all posts
x minat arrr..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 02:54 PM | Show all posts
watak poziah gous tu takde pong takpe

nyakitkan telinge aku je
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:46 PM | Show all posts
boring seh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.195158 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list