CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 6

hetty

[Copy link]
Post time 28-4-2008 12:52 PM | Show all posts |Read mode
BAGI penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang, manusia tidak mampu melawan usia kerana ia pasti ber tambah setiap tahun. Apabila mengaitkan usia dan pe ngalaman, tiada siapa dapat menyangkal kehebatan Hetty di pentas.

Dalam usia 50 tahun dan sudah menyanyi selama 38 tahun, Hetty masih memiliki tenaga yang luar biasa ditambah lontaran vokal mantap. Ibu dua anak ini membuka rahsia penjagaan kesihatan dengan makan jamu sejak muda di tambah pengambilan Vitamin C. Tidak lupa bersenam ae robik dan yoga serta berkunjung ke spa menjadi amalannya.

Majoriti peminatnya pula golongan seusia dengannya, tidak hairanlah apabila Hetty diundang menjayakan Minggu Se tiausaha baru-baru ini, Dewan Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dipenuhi bos berstatus Tan Sri, Puan Sri, Datuk dan Datin.

Untuk persembahan dinamakan Kemesraan...Hetty Koes Endang, Hetty benar-benar menimbulkan rasa dekat dan mesra dengan penonton sebaik saja muncul dari depan pentas jam 9.55 malam dengan lagu Kemesraan hinggalah lagu akhir, tepat jam 11.50 malam.

Pemilihan lagunya juga pelbagai dari lagu popularnya hinggalah lagu penyanyi lain. Antaranya lagu popular 1970, One Day I Fly Away. Kata Hetty, lagu itu tidak pernah dinyanyikannya sebelum ini dan ia khusus untuk tetamu istimewa malam itu.

Hetty juga mempersembahkan lagu Biar Bulan Bicara yang ditujukan khas buat rakan seperjuangan yang sudah pergi, Broery Marantika.

Katanya, ramai artis Indonesia mendapat tempat di hati orang Malaysia dan seorang daripadanya ialah mendiang Broery.

Khusus untuk setiausaha pula, Hetty hadiahkan lagu You Raise Me Up. Kata Hetty, nasib baik persembahannya diadakan waktu malam kerana pejabat sudah tutup dan setiausaha boleh menikmati persembahannya.

揃ayangkan kalau waktu siang, semua setiausaha tiada di pejabat sudah tentu bos kelam kabut,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 12:58 PM | Show all posts
kot ye pon taip la nama penuh ibu Hetty.

haku hengatkan cerita Hetty Sarlene tadik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:04 PM | Show all posts
itu la aku pn dh confius kejap....apa2 pn ibu hetty mmg best...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:10 PM | Show all posts
aku minat banget sama ibu hetty...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:23 PM | Show all posts
cakap banyak la makcik hetty tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:27 PM | Show all posts
ler.. kupikirkan hetty sarlini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2008 01:30 PM | Show all posts
mmmmmmmmmm thread indon ker ni???

wa engak paham...seh!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.579171 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list