CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Chow Kit / 41 Jln Chow Kit!!

[Copy link]
Post time 1-12-2008 11:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 01:05 AM | Show all posts
  • Konsert di Chow Kit Road
[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Imejhow_kit.jpg][/url] [url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Imejhow_kit.jpg][/url]
Konsert di Chow Kit Road


Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
  • Penghibur Terbaik Asia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 01:28 AM | Show all posts
kalaulah aku dpat rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Kawasan Chow it Tak Berapa Selamat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #21 HangPC2's post

hang.. ko snap gambaq2 tu dari dalam bas ker??   aku tgk kawasan cam tak selamat langsung..  spooky!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #24 amazed's post

Memang Tak Selamat Kalau first time kat sana belakang rumah nih gelap macam lorong haji taib....

[ Last edited by  HangPC2 at 2-12-2008 01:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2008 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-12-2008 01:33 PM
Memang Tak Selamat Kalau first time kat sana belakang rumah nih gelap macam lorong haji taib....



aku rasa lelaki ker  pompuan ker   mmg tak selamat...  pompuan senang2 ajer nanti kena colek / cabul.. yg lelaki  kena samun belasah enitaim ajer tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by kuihkoci at 29-4-2008 06:27 PM
tahun 70an 80an, kawasan jln chow kit, jln mat taib, jln abd rahman, terkenal dan penuh dengan peniaga-peniaga melayu teruatama daripada kelantan setanding dengan kawasan perniagaan org cina di j ...


bro.. now kalu lu p ps street....................lu akan nmpk pertambahan bangla yg niaga

bukan melayu jer laa yg sub meja dorg kat warga luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by Maxx at 29-4-2008 07:19 PM
boleh la cerita sejarah camana lak chowkit nih boleh bertukar milik


aku rasa sbb perubahan tempat.... daripada meniaga tepi jln dorg dipindahkan ke lorong

maybe masa pindah tempat ni laa kot... sapa cepat dia dpt

so pertukaran peniaga pong berlaku...& ganerasi yg dapat sudah sub ke org luar.. jual table
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:13 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Opah saudara saya sejak zaman 60 an sampai 90 an dah berniaga di Chow Kit mula kereta tolak kecil sampailah dapat kedai makan. Zaman gemilang tahun 80an. Selain sudirman buat konsert, dia  ada buat video klip dengan atai lagu "kau buatku berpusing-berpusing-pusing macam gasing gasing"
Artis pun selalu datang makan kat kedai dia. Sekarang dia dah pencen balik kampung. pekerja2 dia pun dah ada kerja dan kerjaya masing2.

Kalau masa kecil dulu bila singgah KL mesti makan satay kat kedai dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #50 usahaone's post

jadik... dah tak dak ke kedai opah sedara ko tu???
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 01:05 PM | Show all posts
kalau cakap pasal chokit, aku teringat Hangkiu Jaya.

Tempat shopping dolu-dolu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:48 AM | Show all posts
Hankyu Jaya sudah Menjadi Sejarah......
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 6-12-2008 08:48 AM
Hankyu Jaya sudah Menjadi Sejarah......




hankyu yang terakhir saya tengok  kat  - bangsar
dekat masjid tu la -

now jadi bangsar village tu -

yang kat chow kit tu... dulu hankyu tu kira grand la juga
teringat beli 'tingkap'  masa balik tution dulu -
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 07:20 AM | Show all posts
Bundle Chow Kit pilihan ramai

Oleh AQMAR ALLADAD


Sehingga kini, kawasan sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur tidak putus-putus dikunjungi ramai meskipun ia pernah dilabel sebagai kawasan hitam.




SEJAK memulakan perniagaan barangan bundle di Chow Kit hampir 20 tahun lalu, lokasi strategik itu masih menjadi lubuk rezeki bagi Taharuddin Abd. Rahman, 50. Walaupun tanggapan masyarakat terhadap Chow Kit tidak pernah positif tetapi ia tidak mematahkan semangat peniaga gigih itu untuk terus kekal di lokasi tersebut.

Malah kerjaya sebagai peniaga barangan bundle sejak dua dekad lalu tidak pernah membuahkan perasaan kesal di dalam jiwa Taharuddin. Beliau bersyukur dengan rezeki yang diraihnya itu.

Apa yang menariknya membuka perniagaan di kawasan Chow Kit? Menurut Taharuddin, beliau berasa selesa berniaga di situ kerana lokasi itu mempunyai daya tarikan tersendiri meskipun sesetengah golongan memandang rendah terhadapnya.

"Sejak dahulu, Chow Kit sentiasa dikunjungi ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan sama ada barangan basah seperti ikan dan sayur di pasar atau periuk belanga, barangan runcit dan pakaian bundle.




"Begitu juga, sejak dahulu sehingga sekarang, Chow Kit begitu terkenal dengan jualan barangan yang murah harganya. Sudahlah murah, pengunjung yang bijak masih boleh tawar menawar harga barangan yang mahu dibeli," katanya kepada Kosmo!. Beliau menjalankan perniagaan jaket kulit terpakai yang diimport khas dari luar negara seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.

Tinjauan Kosmo! di kawasan Chow Kit tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana kebanyakan peniaga enggan 'membuka mulut' bagi berkongsi cerita mengenai pengalaman pahit dan manis sepanjang mereka berniaga di situ.

Alasan yang diberi adalah kedai yang menjadi tempat mereka meraih rezeki bukan milik sendiri, sebaliknya disewa daripada orang tempatan. Malah, kebanyakan yang ditemui Kosmo! juga mengakui mereka adalah pekerja yang 'makan gaji' daripada tuan punya kedai.

Namun begitu, masih ada peniaga yang sudi berkongsi cerita termasuklah Taharuddin dan beberapa rakannya. Menurutnya, persaingan peniaga di Chow Kit boleh dikatakan begitu mencabar.

"Tempat ini besar dan ada banyak kedai yang menawarkan barangan serupa. Misalnya, saya terpaksa berhadapan dengan kira-kira 20 gerai yang menjual jaket kulit terpakai seperti yang saya usahakan ini.

"Namun begitu, saya tidak berasa tertekan. Ini kerana setiap peniaga mempunyai gaya dan kelebihan sendiri untuk memujuk pengunjung agar singgah dan membeli sehelai dua barangan yang dijual," ceritanya panjang lebar.

Konsep yang digunakan oleh Taharuddin yang juga merupakan antara peniaga bundle paling lama di Chow Kit begitu mudah iaitu tidak berlagak sombong dengan pengunjung.



TAHARUDDIN (kanan) bersama seorang rakannya menunjukkan
antara jaket kulit yang dijual di kedainya di Chow Kit.


"Layanan saya terhadap semua pengunjung adalah sama. Walaupun pengunjung kelihatan selekeh dan tidak terurus, saya tetap layan mereka seperti pengunjung biasa. Ini yang seronoknya berniaga di Chow Kit kerana saya boleh lihat pelbagai ragam manusia," katanya.

Ditanya adakah jaket kulit yang dijualnya mampu memberi pulangan yang besar serta menyara kehidupannya?

Taharuddin berkata, beliau mempunyai pelanggan tetap dan kebanyakannya adalah pelancong dan pekerja asing yang makan gaji di Malaysia.

Menurutnya, pakaian yang dijualnya mempunyai peminat sendiri dan mereka mampu menilai kualiti dengan harga yang ditawarkan.

"Memang benar, mereka boleh mendapatkan barangan yang sama pada harga yang lebih murah. Namun disebabkan mereka bijak menilai harga dan kualiti, mereka tidak keberatan untuk berbelanja lebih bagi mendapatkannya di kedai saya.

"Lagipun, saya begitu menitikberatkan kualiti pakaian. Setiap kali saya menerima jaket atau pakaian dari luar negara, saya akan membersihkan dan menggilap barangan tersebut terlebih dahulu," katanya sambil menjelaskan kesemua pakaian bundle yang diterimanya itu diisi di dalam guni dan setiap guni mengandungi jenis pakaian tertentu.

"Sebab itulah, pakaian ini dinamakanan pakaian bundle," ujarnya.

Menyentuh tentang pengunjung, Taharuddin memberitahu, kedainya didatangi oleh pelbagai lapisan dan kelas masyarakat.

"Kedai saya pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal seperti Rosyam Nor.

"Kebanyakan jaket yang digunakan oleh Rosyam Nor dalam filem Castello dibeli di kedai saya. Malah pelakon itu sendiri yang datang mencuba dan memilih jaket yang sesuai," dakwanya.



KEBANYAKAN kasut yang dijual oleh Suhaimi diimport
khas dari Jepun dan Korea.


Mengulas lanjut tentang minat masyarakat terhadap pakaian bundle, Taharuddin berkata, ia tidak lagi dikaitkan dengan faktor kewangan semata-mata.

Ini kerana selain harga murah yang menjadi keutamaan pembeli untuk memilih pakaian bundle, faktor lain yang mendorong masyarakat menggemarinya adalah jenama yang ditawarkan.

"Minat masyarakat terhadap pakaian bundle semakin meningkat. Ini kerana barangan bundle yang dijual mempunyai jenama mahal yang tidak mampu dibeli mereka pada harga asal," ujarnya.

Sementara itu, seorang peminat barangan bundle yang mahu dikenali sebagai Din, 27, memberitahu, ada juga pakaian bundle yang dijual tidak mempunyai kualiti, misalnya warna yang luntur.

"Walaupun pakaian yang dijual sudah agak lusuh, namun masih ada pihak mahu membelinya kerana harga yang ditawarkan sesuai dengan kualiti.

"Faktor inilah yang mendorong ramai remaja membeli pakaian bundle," katanya sambil memilih sehelai baju-t.

Tambahnya lagi, keseronokan membeli pakaian bundle juga disebabkan oleh keasyikan ketika memilih. Jika pengunjung teliti membuat pilihan, pasti mereka akan menemui pakaian berjenama yang masih kelihatan baru.

"Kadangkala, saya menghubungi peniaga bundle yang biasa dengan saya untuk mendapatkan pakaian bundle yang baru dibawa masuk dari luar negara. Sebaik sahaja saya tahu perkara itu, saya akan 'serbu' ke kedai mereka," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung kedai bundle di Chow Kit, Mohd. Yusof Ismail, 51, berkata, beliau sering berkunjung ke Chow Kit, sekurang-kurangnya seminggu sekali.


PELANCONG asing turut tertarik dengan pelbagai barangan yang
dijual pada harga yang murah di Bundle Chow Kit, Kuala Lumpur.


"Dari muda lagi, saya suka beli barangan bundle dan saya tak kisah apa tanggapan orang lain," katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga kasut terpakai, Suhaimi Abd. Hamid, 31, pula menyifatkan, setiap peniaga bundle mempunyai risiko apabila menerima guni-guni berisi barangan terpakai yang baru tiba dari luar negara.

Katanya, guni-guni itu belum tentu dipenuhi dengan pakaian terpakai yang baik dan berkualiti.

"Itu semua nasib. Di dalam satu guni, pasti terselit beberapa helai pakaian yang kurang bermutu. Terpaksalah kami menjualnya pada harga yang rendah," ujarnya.

Menceritakan pengalaman lain pula, katanya, ada juga pengunjung yang berpura-pura mencuba kasut yang dijual tetapi setelah dicuba, mereka cabut lari.

"Perkara ini lumrah bagi para peniaga di Chow Kit. Sebab itulah, saya akan susun dan pamer barangan berharga di bahagian belakang kedai untuk mengelakkan kecurian," jelasnya.

Bundle Chow Kit dibuka dari pukul 4 petang sehingga 1 pagi, setiap hari di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.


*****************************************************************************************

dah banyak saya beli baju bundle kat chow kit ni... BEST....
dapat yang brand dan murah.... jeans  501 pun hari tu dapat 5 bucks aje
jeans ada lah dalam 4 dah beli bundle... semua best2 comfy -
kena pilih baju2 bundle ni... lama juga... - most of my stuff memang
bundle aje... jimat... lagi pun sengkek sokmo... so beli bundle tak
la mahal sangat... dari beli liz clairborne blouse harga rm200+ baik beli
kat bundle paling mahal pun rm10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by cap_ayam at 5-12-2008 13:05
kalau cakap pasal chokit, aku teringat Hangkiu Jaya.

Tempat shopping dolu-dolu!


sama dengan saya...siap ada kad HJ lagi [ ada lagi simpan buat koleksi antik hehehehe ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 02:20 PM | Show all posts
kalau nak cerita pasal coket nih..banyak!!!
sampai taun depan pown tak abis..
rika da duduk kat chowkit lebih dr 20tahun..
kirenye dr perut mama ada kat coket..

banyak pengalaman menarik dan menakutkan kat sini..
masa kecik2 kat coket ni tak der budak2 sgt..
jadi bekawan ngan anak2 makcik gerai makan area coket tu jer la..
itu pun 1 org jer kawan..
dulu takder kedai borong jual mainan kat coket nih..
jd ada 2 kedai mamak..1 kedai mamak tu jual runcit ngan brg2 mainan sket2..
yg satu lagi runcit biasa jer..
jd apa2 jer barang mainan kat kedai mamak tu rika akan mintak duit kat mama..
so, memain la sepanjang lorong2 haji taib tu..main badminton, tenteng(beli kapur pastu conteng kat jalan), tali panjang, bola sepak, golf(yg plastik punya la), dan macam2 lagi la tak ingat!
pondan2 kat situ tak yah citer la..
mmg sejak lahir lagi dorg da betapak kat situ..
tatau sejak bile dtg..

pengalaman yg menarik+memeranjatkan.....
masa time2 polis rush2 rumah2 pelacuran kat situ..
pergh!!! ada sampai kuar bogel!!! tak sempat pakai baju suar la tu..
kalau yg bogel tu muda mudi tak per..tapi makcik gendut la...
free2 jer nampak tutt makcik2 bergayutan bertempiaran!

pastu pengalaman yg paling mengerikan..
rika nak buang sampah kat tong sampah besar dbkl tuh..jauh sket la dr umah
bile nak campak ke dlm tong sampah gedabak tu..
tenampak mat pit tengah layan...dengar la suara dier mengerang..
pastu bile tgk betol2, rika amati dengan terperinci..
rupa rupanya mat pit tu inject kat anu die la!!!!
ieee..takut giler time tu..balik umah jer pg story mory kat mama..
mama sengih jer..

nak citer lagi satu pasal kedai mamak yg ada jual runcit ngan barang mainan tu..
dulu ada kes mamak tu kene bunuh. kene potong 4 kerat.
pastu sumbat kat peti ais lak tu..
aku dgr citer pakcik2 kat coket ni la ngumpat..
ade sesapa tau ke pasal kedai mamak tu???
rika rapat betol ngan mamak tu..
mamak tu slalu kasik mainan&gula2 free kat rika..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 04:03 PM | Show all posts
ingat nama kedai mamak tuh  ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 02:47 PM | Show all posts
lama dah aku x pi chow kit
kalo dedulu memang selalu aku kuar g carik brg

maklum la....tempat belajo dekat ngan chow kit

~~still ingat, beli kek murah kat cni......ntah ada lagi ke x.....

ingat muda2 dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-4-2009 16:03
ingat nama kedai mamak tuh  ?


dey....
takder nama kedai r..tak nampak..masa tu kecik2 lagi..
mana la aku kesah nama kedai tu..
tapi yg pasti kat coket dulu cuma 2 saje kedai mamak...1 kedai mamak kat sederet bangunan ngan mydin+maybank skang..
yg kedai mamak kene bunuh tu betol2 kat tetengah lorong pasar bundle coket skang nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.080640 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list