CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-1-2008 07:56 AM | Show all posts
01/12/2007 SABTU (Day 17)

Hajarul Aswad ialah batu yang tertanam di Kaabah lebih kurang 1 meter dari lantai dgn panjangnya 25 cm dan lebarnya 17 cm. Pada mulanya merupakan satu bongkah batu sahaja tetapi sekarang menjadi 8 gugusan batu kecil kerana pernah pecah Menurut sejarahnya pernah dicabut dan dipindahkan pada tahun 319 hijrah oleh pengikut Abu Thahir Al-Qarmathi ke sebuah tempat bernama Ihsa . Tetapi dgn izin dan kuasa ALLAH, ia telah dikembalikan ke tempat asalnya pada tahun 339 hijrah. Hajarul Aswad ini diturunkan dari syurga , warnanya lebih putih dari susu pada asalnya, tetapi dosa2 anak cucu adam yang mengucupnya menjadikannya hitam. Batu ini menjadi saksi dan dicium oleh para nabi2 sebelum Muhammad sehinggalah sekarang . Di samping itu, ia menjadi tempat permulaan dan berakhirnya tawaf dan juga tempat mustajab untuk berdoa. Pada hari akhirat kelak, batu ini akan menjadi saksi bagi orang2 yang pernah mengucupnya . Mengucup Hajarul Aswad bukan merupakan satu kemestian, tetapi merupakan sunnah Rasulullah. Sekiranya terlalu sukar untuk mengucupnya akibat jemaah atau orang yang terlalu ramai sehingga boleh mendatangkan kemudaratan, cukup sahaja dengan bertakbir dan melambai tangan kepadanya sahaja . Melalui proses pembaikan dgn dibuat satu lingkaran perak mengelilingginya.

Subuh ini kedengaran bunyi batuk di sana sini dalam Masjidil Haram. Di sini, inilah penyakit yang paling mudah merebak dan berjangkit krn faktor cuaca, habuk dan orang yang terlalu ramai. Alhamdulillah, aku sentiasa berdoa agar dipelihara kesihatan kami . Aku berserah kepada ALLAH disamping berusaha menjaga kesihatan kami.

Pagi ini 9.30 , mengikuti ceramah di hotel penginapan berkaitan isu2 semasa dan yang berlaku di kota suci Mekah dalam merungkai permasalahan yang timbul. Para jemaah diminta berhati2 dan memastikan segala pantang larang dalam ihram dipatuhi . Kami juga dinasihati agar tidak membayar dam kepada orang persendirian krn terdapat sindiket2 penipuan . Juga semasa tawaf, sekiranya ada pihak yang menawarkan diri utk membantu mengucup Hajarul Aswad, cuba elakan krn mereka akan meminta upah yang sgt tinggi selepas melakukannya. Aku sendiri pernah ditawarkan perkhidmatan itu sebanyak 2 kali semasa melakukan tawaf sunat oleh 2-3 orang pemuda yang aku percayai berbangsa indonesia melalui loghat percakapan mereka.


Permandangan Masjidil Haram dari hadapan Bait Al Abraj





Sekumpulan Jemaah Indonesia yang pulang dari Masjidil Haram





Permandangan sebegini dapat dilihat di mana-mana dalam Masjidil Haram . Waktu solat yang lagi 2-3 jam menyebabkan
ramai jemaah yang kepenatan baring dan tidur di dalamMasjidil Haram tanpa menghiraukan orang lain. Kebanyakan dari
mereka merupakan jemaah dari pakistan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2008 12:24 PM | Show all posts
02/12/2007 AHAD (Day 18)

Subuh ke Masjidil Haram agak awal , terus menuju ke laman kaabah untuk melakukan tawaf sunat. 20 minit juga masa diambil utk sampai ke laman kaabah . Ramai jemaah yang duduk di kawasan pejalan kaki sehingga menyebabkan kesesakkan. Ramai jemaah suka duduk di tangga menuruni ke laman kaabah walaupun banyak papan tanda meminta para jemaah agar tidak berbuat demikian. Pada waktu2 pagi begini, tiada anggota polis yang bertugas menyebabkan mereka duduk sesuka hati tanpa memikirkan orang lain . Suasana kawasan tawaf juga agak padat dan mencabar . Pusingan tawaf kerap kali terhenti terutama selepas penjuru Hajarul Aswad menuju Rukun Iraqi. Tolak menolak, siku-menyiku berlaku terutama bagi jemaah yang ingin memotong orang yang di hadapannya. Apabila ini berlaku akan menyebabkan kita seperti mengikut arus gelombang yang besar. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan seperti yang pernah saya katakan, ia ibarat "domino" . Keadaan bertambah teruk apabila ada jemaah yang ingin keluar dari tepi kaabah melintas terus di hadapan kita seperti keretapi dgn 5-6 jemaah "menongkah arus".Begitu juga dgn jemaah yang dari luar yg ingin merapati kaabah. Hampir 1 jam lebih juga baru selesai tawaf. Baju kurung melayu yang ku pakai basah dek peluh. Tapi walau macam mana kesukarannya, hanya hati ini  saja yang tahu betapa nikmatnya melakukan tawaf yang mengantikan solat sunat tahyatul masjid.

9.00 pagi bersiar2 di sekitar Masjidil Haram sehingga ke "pasar zink" . Aktiviti perniagaan sungguh rancak sekali yg rata2 fasih berbahasa melayu. Sebagai tips, semasa musim haji ,jika ada yang berkenan di hati untuk di beli , boleh berbuat demikian dalam masa 2 minggu lagi sebelum wukuf kerana di sini, harga barangan dan juga makanan akan melambung naik menjelang hari wukuf. Barangan di sini tidak mempunyai tanda harga seperti di tempat kita . Jadi kenalah pandai tawar menawar . Tapi kalau makanan, tidak boleh tawar menawar. Sebagai contoh kami selalu juga membeli makanan di TAZA BBQ di Hilton Tower bila ingin menukar selera. Bagi 1 set "whole BBQ Chicken dan roti nan" harganya 12 riyal . Tapi 1 minggu menjelang hari wukuf telah melambung  ke 14 riyal dan 2 hari sebelum hari wukuf sehingga 20 riyal. Begitu juga "barber" atau tukang gunting rambut. Bagi perkhidmatan mencukur kepala sehingga botak, hanya 5 riyal, tetapi apabila tiba hari wukuf bayaran perkhidmatannya meningkat 20 riyal sehingga 50 riyal.

Jemaah berpusu-pusu pulang selepas solat zohor





Jemaah dari Indonesia yang baru tiba di Mekah (bertanda hijau) sedang berkumpul sebelum memasuki Masjidil Haram utk melakukan umrah


Shopping Kompleks Bait Al-Abraj yang terletak berhadapan Masjidil Haram


Dalam perjalanan pulang ke hotel, tertarik dgn sekumpulan jemaah dari India yang sedang menjemur kain putih di tepi tembok berhampiran Masjidil Haram. Bagi jemaah dari India, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang air zam-zam ke negara mereka selepas pulang dari menunaikan haji oleh pemerintah mereka. Oleh itu , mereka akan membeli kain putih yang panjang (sekayu) dan kemudiannya akan merendamkannya dgn air zam-zam. Kain tersebut akan dijemur sehingga kering utk dibawa balik. Apabila tiba ke kampung halaman mereka selepas menunaikan haji, mereka akan merendam kembali kain tersebut dgn air dan "itulah air zam-zam mereka hasil dari rendaman tadi" untuk diberikan kepada saudara atau rakan yang memenziarahi  mereka. . Betapa bertuahnya  kita kerana tidak perlu berbuat demikian.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2008 10:57 AM | Show all posts
03/12/2007 ISNIN (Day 19)
04/12/2007 SELASA (Day 20)

2 hari ini, badan agak kurang sihat . Tekak telah mula terasa sakit. Setelah 20 hari berada di Tanah Suci, aku telah dijangkiti virus demam dan batuk . Seluruh badan terasa sakit dan sengal. Aku telah ke klinik tabung haji di hotel bersebelahan. 4 orang doktor yang bertugas dan kami perlu membawa buku rawatan kesihatan yang berwarna putih bersama. Doktor yang merawat aku juga telah dijangkiti batuk dan selsema. Seperti yang pernah aku katakan, 90 peratus dari jemaah pasti akan terkena jangkitan batuk atau demam atau selsema yang merupakan penyakit paling popular di Tanah Suci kerana orang yang terlalu ramai dan sentiasa berpusu2, berhimpit2, bersentuhan yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang membawa bermacam2 virus. Aku diberikan ubat batuk, antibiotik , ubat demam, "pain killer" dan ubat selsema. Jadi sepanjang 2 hari ini, aku banyak berehat dan hanya mengerjakan solat yang fardhu sahaja. Aku anggap ini sebagai ujian terhadap hambaNYA di dalam mengerjakan ibadat dgn baik utk mendapat haji yang mabrur. Alhamdulillah , aku hanya diuji dgn penyakit begini sahaja berbanding dgn org lain yang adakalanya sehingga tidak dapat melakukan ibadat dgn sempurna. Aku banyakkan meminum air zam-zam sambil berdoa agar dikembalikan kesihatan yang baik kepada ku. Semoga aku dapat melakukan ibadat2 dgn baik dan sempurna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 08:40 AM | Show all posts
05/12/2007 RABU (Day 21)

Alhamdulillah, kesihatan ku pulih seperti biasa dalam keadaan yang baik. Pagi ini mengikuti caramah agama di hotel penginapan yang berkisar tentang ibadat haji dan umrah. Cara2 melakukan tawaf dgn sempurna mengikut mazhab Shafie. Isi ceramah juga mengenang kembali pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dan kaitannya dgn sejarah pelaksanaan haji . Bagaimana Siti Hajar dan Nabi Ismail ketika itu yang masih kecil ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di Mekah yang pada masa itu merupakan lembah yang gersang . Setelah ditinggalkan dua beranak itu oleh nabi Ibrahim, Siti Hajar telah berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali utk mencari punca air bagi keperluan anaknya nabi Ismail. Dengan izin dan perintah ALLAH, malaikat Jibrail telah diarahkan memercikkan air dari muka bumi berdekatan tempat nabi Ismail ditinggalkan dikenali sebagai air zam-zam.

Waktu solat Isyak hampir tiba.






Telaga zam-zam terletak 11 meter dari Kaabah. Punca bagi mata air zam-zam ini dari celah2 berdekatan Hajarul Aswad disamping beberapa punca2 yang kecil ke arah bukit Safa dan Marwah. Dahulu terdapat bangunan di sini tetapi telah diruntuhkan untuk memberi ruang dan keselesaan jemaah bertawaf dan dipindahkan ke tingkat bawah. Namun tingkat bawah tanah ini juga telah ditutup beberapa tahun yang lalu dgn di simen serta diletakkan marmar bagi melancarkan lagi jemaah yang bertawaf.

Keutamaan dan keistimewaan air zam-zam antaranya ialah ia berasal dari mata air syurga, merupakan pemberian ALLAH berkat dikabulkan doa nabi Ibrahim, menjadi faktor penentu hidup dan perkembangan kota Mekah, merupakan bukti yang nyata dan dapat dilihat dari ALLAH di tanah suci, menjadi nikmat yang agung serta membawa manafaat besar kepada Masjidil Haram, sebaik2 jenis air di muka bumi, keluarnya air melalui perantaraan Malaikat Jibrail, berada di tempat yang paling suci di muka bumi, air yang digunakan untuk mencuci hati Rasulullah, Rasulullah memberkatinya dgn air ludahnya yang suci, berfungsi sebagai makanan dan ubat penyembuh segala macam penyakit, dapat menghilangkan sakit kepala, sesiapa yang memandangnya dapat mempertajamkan penglihatan, jika diminum dgn niat baik, ALLAH akan memakbulkan, keinginan utk mengetahui sejarahnya merupakan tanda keimanan dan terbebas dari sifat munafik, air minuman utk orang yang baik2, menjadikan badan kuat, tidak akan habis2 airnya dan telah mengalir sejak 5000 tahun yang lalu sehingga menjadi telaga yang tertua di muka bumi ini.

Diantara adab2 minum air zam2 ialah, mengambilnya dgn tgn kanan dan mengadap kiblat dan membaca BISMILLAH sebelum meminumnya . Boleh minum samada duduk atau berdiri dan bernafas 3 kali sekiranya mahu meminumnya sekali lagi. Membaca ALHAMDULILLAH setelah minum dan membaca doa untuk kebaikan dunia dan akhirat kerana ia merupakan waktu yang afdal untuk berdoa.

Rutin kami seperti biasa ke Masjidil Haram cuma perlu lebih awal dari biasa utk mengelakkan kesesakan. 2 jam lebih awal pada waktu subuh , 11.00 pg telah ke masjid untuk zohor dan asar , magrib serta isyak terus beriktikaf di dalam masjid. Malam ini nak ubah selera, jadi tak balik untuk makan malam di hotel. Selepas isyak , terus menuju ke Hilton Tower yang terletak berhadapan Masjidil Haram. Kalau di aras 1, terdapat KFC, Taza BBQ dan Pizza. Di aras 2 terdapat food court dgn 9-10 buah restoran seperti Asyook, Burger King dan bermacam2 lagi . Cuma masalahnya di sini meja untuk makan "sangat-sangat terhad". Jadi sementara seorang memesan dan membeli makanan, seorang lagi kena menunggu di tepi meja yang dah ada penggunanya. Sebaik sahaja ia selesai makan, barulah kita dapat tempat tersebut dan begitulah berulang2 kali untuk orang lain pula. . Bagi yang tak kisah , saya dapat melihat mereka membentangkan kain di atas lantai sahaja di mana2 tempat yang mereka suka dan semacam ":berpicnic" yang merupakan permandangan biasa di dalam Hilton Tower yang mempunyai ratusan kedai membeli belah dari aras 1 - 5. Malam ini kami makan ayam BBQ dgn fries dan roti nan yang dibeli di Taza BBQ Chicken . 16 riyal bagi satu set.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:04 PM | Show all posts
rina insyallah nak pergi umrah 23 april....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:38 AM | Show all posts
En Rezeki ..
terima kasih atas penulisan anda ..
bila terasa rindu pada Kaabah .. saya mesti jenguk topik nih ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2008 07:59 AM | Show all posts
06/12/2007 KHAMIS (Day 22)

Hijir Ismail (al-Hath'im) merupakan bangunan yang membentuk separuh bulatan. Pada mulanya Hijir Ismail membentuk lingkaran yang penuh, tetapi semasa zaman Quraisy, separuh lingkarannya terpotong. di sini nabi Ibrahim membina sebuah rumah kecil dari batang pokok yang berdahan rimbun untuk anaknya nabi Ismail dan Siti Hajar. Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang Hijir Ismail "Apakah ia sebahagian dari Baitullah, Nabi menjawab ,"Betul". Dapat disimpulkan di sini bahawa Hijir Ismail merupakan sebahagian dari Kaabah iaitu kira-kira 3 meter . Itulah sebabnya kita tidak boleh menyentuh tepi dinding Hijir Ismail semasa tawaf . Sekiranya tersentuh , tidak sah pusingan tawaf tersebut. Seboleh2 elakkan semasa tawaf berada berhampiran Hijir Ismail kerana ditakuti sekiranya terlalu ramai jemaah dan berlaku tolak-menolak, anggota badan kita tersentuh kepada Hijir Ismail. Bagi kita orang biasa yang memang agak sukar dan mustahil bersolat di dalam Kaabah, sekiranya kita bersolat di dalam kawasan Hijir Ismail (lebih kurang 3 meter dr dinding Kaabah), maka sesungguhnya ia telah solat di dalam Kaabah. Itulah sebabnya semasa musim haji, kawasan di dalam Hijir Ismail sentiasa penuh dan agak sukar utk memasukinya. Anggota polis sentiasa mengawal kedua2 pintu masuk ke Hijir Ismail dan seorang anggota pula akan berdiri di atas tembok di situ. Bagi jemaah yang degil, ada yang memanjat tembok Hijir Ismail tersebut. Hijir Ismail merupa salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa, maka jemaah sentiasa mengambil kesempatan untuk memasuki ke kawasan tersebut. Alhamdulillah, aku dapat bersolat dan berdoa di dalam Hijir Ismail yang sentiasa padat sehingga agak sukar utk sujud. Kebiasaan pada waktu solat fardhu, kawasan hijir Ismail akan ditutup . Sekiranya berhajat untuk bersolat di dalamnya, tipsnya pastikan kita solat fardhu di saf yang berhampiran pintu masuk ke Hijir Ismail dan selepas solat, Insyallah dgn keizinanNYA, kita dapat boleh memasuki kawasan Hijir Ismail yang merupakan tempat tumpuan semua jemaah di Baitullah selain Hajarul Aswad dan Multazam.

Tepat di atas Hijir Ismail di bahagian atas, terletaknya talang air emas atau lebih popular dikalangan kita sebagai "pancuran emas". Ia dibina untuk melancarkan perjalanan air sekiranya berlaku hujan yang mula2 dibina oleh kaum Quraisy. Merupakan tempat yang mustajab berdoa di bawahnya pada waktu sahur.

Kota Mekah telah mula dipenuhi jutaan jemaah dari seluruh dunia. Kenderaan2 yang membawa jemaah yang tinggal agak jauh dari Masjidil Haram telah berpusu2 seawal pukul 3 pagi sebelum subuh . Kalau di kota Mekah jarak 1,2,3 ... KM radius dari Masjidil Haram telah dianggap agak jauh kerana kita terpaksa berjalan kaki . Itulah sebabnya bagi yang jauh mereka terpaksa memperuntukan sekurang2nya 2 riyal setiap waktu solat bagi sehala perjalanan untuk menaiki "van2 sapu atau kereta sapu". Alhamdulillah , hotel penginapan kami lebih kurang 100 m ++ dari Masjidil Haram berhadapan jalan utama menyusuri tepi Hilton Towers ke Masjidil Haram. Suasana di hadapan hotel sentiasa sibuk dgn kenderaan . Bunyi hon dari kenderaan akan berkurangan pada jam 2 pagi hingga 3 pagi. Selepas itu , suasana kembali bising seperti siang hari. Bunyi hon kenderaan dan lori membawa air yang mengepam ke hotel2 berdekatan dah menjadi halwa telinga dan hiburan pada kami setiap malam.

Sebelum zohor, aku sempat melakukan tawaf sunat mengantikan solat tahyatul masjid. Kebiasaannya sebelum zohor , tidak begitu padat utk bertawaf kerana mereka mengelakkan kepanasan akibat pancaran matahari di atas kepala kita. Begitu juga dgn magrib dan isyak, aku bersolat di laman kaabah . Hati terasa tenang dan damai dilaman Kaabah sementara menunggu waktu solat kerana kita sentiasa menatap Kaabah yang tersergam indah yang menjadi kiblat bagi seluruh umat Islam. Selepas Isyak, kumpulan kami  mengadakan bacaan Yaasin di dewan hotel dan diikuti sedikit tazkirah tentang falsafah di sebalik pemakaian ihram . Apabila kita kembali ke Rahmatullah, tubuh badan kita akan dibalut dgn kain kafan yang putih seakan-akan kain ihram . Itu menunjukkan kita ini semua sama saja di sisi ALLAH , Yang membezakan kita hanya amalan dan ketaqwaan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 4-2-2008 02:04 PM
rina insyallah nak pergi umrah 23 april....


Alhamdulillah, semoga dapat mengerjakan umrah dgn sempurna dan diterima ALLAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #86 Pdah's post

saya pun macam tu jugak..bila rindu je terus baca thread ni...terima kasih banyak-banyak kepada rezeki...diharap thread ini akan menjadi bahan rujukan kepada kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #89 IDB's post

Saya juga begitu IDB.  Memang setia mengikuti pengalaman rezeki dan dapat merasakan seolah-olah kita turut berada di sana, tambahan pula bila menatap gambar-gambar yang dipaparkan.  Sentiasa merasa rindu kepada kedua-dua bumi barakah ini dan juga sentiasa berdoa agar  dapat  menjejakkan kaki ke sana lagi . Terima kasih banyak-banyak rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #90 Rosputih's post

Sama-samalah kita mendapat menfaat dari catatan dan pengalaman rezeki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 12:38 PM | Show all posts
07/12/2007 JUMAAT (Day 23)

Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan diberikan  kesihatan yang baik utk terus menghirup udara di bumi ALLAH dan beribadat kepadaNYA. Hari ini subuh Jumaat. 3.40 pagi telah berada di Masjidil Haram yang sentiasa ceria, meriah seumpama pesta . Rasanya pada mulanya hendak melakukan tawaf sunat selepas sampai , tapi terpaksa menangguhkan dulu niat tersebut kerana kesemua jalan menuju ke halaman kaabah berlaku kesesakkan dan ini menandakan kawasan tawaf terlalu padat . Sudah menjadi kebiasaan, setiap hari jumaat, akan berlaku kesesakan yang agak luarbiasa sedikit dari hari2 yang lain terutama pada waktu subuh krn jumaat merupakan cuti umum bagi mereka. Kebanyakkan dari penduduk di sini akan keluar beramai2 menuju ke Masjidil Haram utk melakukan ibadat .

Mengambil tempat yang agak strategik di tingkat yang searas dgn kabaah dan kelihatan kaabah di hadapan dan terus beriktikaf. Masa yang terluang hampir 2 1/2 jam diisi dgn solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat sunat hajat dan bertadarus. Rasanya lagi 1-2 hari lagi , dapat aku khatam Al-Quran di Masjidil Haram. Keadaan bersolat dalam minggu2 terakhir sebelum wukuf ini agak berhimpit-himpit sedikit kerana hampir 2 juta jemaah telah berada di Mekah .Kebiasaannya pada waktu solat subuh , imam Masjidil Haram akan bersolat menghadap ke Pintu Kaabah dan Multazam . Begitu juga solat magrib dan isyak. Bagi solat zohor dan asar pula di belakang tembok Hijir Ismail. Imam sentiasa dikawal ketat oleh beberapa pegawai polis kerana jika tidak diberi kawalan, ditakuti jemaah2 yang berada berhampirannya akan mengerumuninya. Antara imam Masjidil Haram yang terkenal ialah Sheikh Dr Abdurrahman as-Sudais .

Salasilah keturunannya ialah Abu Abdulazeez Abdurrahman Ibn Abdulazeez Ibn AbdullahIbn Abdulazeez Ibn Muhammad Ibn Abdullah as-Sudais. Dilahirkan pada tahun 1382H (1961M) di Riyadh, Arab Saudi. Beliau adalah dari keturunan Bani  Anzah (Kabilah yang terkenal di Arab Saudi) dari Wilayahal-Bakirya di dalam daerah al-Qusaim.
Menghafaz al-Quran semenjak kecil lagi ketika berumur 12 tahun.Bapanya menghantar beliau belajar di dalam Pertubuhan Menghafaz  Al-Quran di Riyadh yang dikelolakan dan dipantau oleh SheikhAbdurrahman Ibn Abdullah al-Faryan (Guru Quran yang masyhur di sana)dan kemudian belajar dengan Qari Sheikh Muhammad Abdulmajeed danbeberapa orang guru yang lain dan guru terakhir beliau adalah SheikhMohammad Ali Hassan. Bagi sesiapa yang pernah ke tanah suci Mekah yang pernah bersolat diimamkan oleh beliau, tentu masih tergiang2 dlm ingatan kita bacaannya . Imam yang bertugas di sini secara bergilir-gilir . Seorang lagi imam yang terkenal ialah Sheikh Dr Saud Ibn Ibrahim as-Shuraim.


9.30 pagi , kami telah ke Masjidil Haram utk solat Jumaat. 10.00 pagi Masjidil Haram telah mula dipenuhi oleh jemaah. Jalan2 masuk disekeliling Masjidil Haram telah ditutup 2 jam lebih awal sebelum waktu solat jumaat dan dibuka 2 jam selepas solat jumaat kepada semua kenderaan . Ada jemaah2 yang terlewat ke Masjidil Haram membuat saf-saf di kaki lima kedai , hotel dan dalam pusat membeli belah yang terletak berhadapan Masjidil Haram. Permandangan sedemikian telah menjadi lumrah di sini terutamanya minggu2 terakhir sebelum tiba hari wukuf . Keadaan seumpama "pesta" tetapi "pesta dalam mencari keredaan ALLAH"

Kawasan tawaf yang sentiasa penuh, begitu juga di tingkat 2 dan 3





Suasana selepas subuh


Suasana selepas solat Jumaat . Jemaah yang hendak pulang ke tempat penginapan menghala Misfala. Kadang-kala suasana begini berlarutan sehingga 1 jam lebih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 08:51 AM | Show all posts
08/12/2007 SABTU (Day 24)

Alhamdulillah, subuh kami telah ke tingkat 3 (atas bumbung) sambil menunggu solat subuh. Kali pertama kami bersolat di atas . Perjalanan menuju ke tingkat 3 boleh menggunakan "oscilator" yang disediakan utk kemudahan jemaah. Masih awal lagi dan jemaah di tingkat atas belum begitu ramai. Namun ramai jemaah yang melakukan tawaf  di situ dan yang menolak kerusi roda pun sama. Suasana di atas sgt tenang dgn berbumbungkan langit . Kami menikmati permandangan kaabah dgn jemaah yang ramai  dari tepi pagar. Sungguh indah, pemandangan dan suasana yang tidak pernah jemu-jemu walaupun setiap hari senarionya sama sahaja.

Cuma kita perlu berhati apabila berada di sini terutama pada waktu subuh kerana terdapat banyak "belalang kunyit" yang besar berterbangan . Cuba elakkan dari terpijak atau terduduk ke atasnya . Teringat beberapa pesanan adab-adab ketika berada di tanah suci, antaranya :
1. Menunjukkan akhlak yang mulia
2. Menyedari diri ini sedang menjadi tetamu agung kepada ALLAH.
3. Menyedari perjalanan haji adalah perjalanan ibadah bukannya makan angin
4. Bersyukur dan reda dgn apa yang disediakan oleh Amirul Haj (pemerintah )
5. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia-sia.
6. Elakkan sikap sombong dan takbur.
7. Bersyukur dan mengambil iktibar daripada kekurangan jemaah negara lain semasa di Tanah Suci.
8. Elakkan pertengkaran dan perlu bertolak ansur.
9. Perbanyakkan ibadat seperti membaca Al-Quran, iktikaf, doa, taubat dan istigfar kepada ALLAH.
10Hidupkan semangat tolong-menolong dan berkerjasama.

Bukan selalu dan senang untuk dapat menjadi tetamu ALLAH. Kuota bagi negara kita hanya sekitar 26,000 jemaah sahaja setiap tahun. Ada yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu sehingga 5-7 tahun sebelum dapat menunaikannya. Ada yang dah dapat pergi, tetapi terpaksa menangguhkan pemergian kerana faktor keewangan dan lain-lain. Ada yang dah kira berkemampuan , tapi mungkin belum terbuka hatinya lagi. Jadi kami mengambil semuanya ini sebagai satu iktibar dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajat kami untuk menunaikan fardhu haji tercapai dalam usia yang masih muda. Kami cuba melakukan yang sebaik mungkin di sini dan berdoa agar segala ibadat kami diterima olehNYA dan dikurniakan haji yang mabrur dan menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya  di dunia dan akhirat .

Shaadharwaan merupakan binaan yang berbtk melengkung di bawah dinding Kaabah sampai ke lantai kaabah kecuali Hijir Ismail. Di  atas Shaadharwaan inilah, jemaah berdiri sambil berdoa kepada ALLAH dengan merapatkan perut,dada , lengan dan muka mereka. Tujuan asal pembinaannya ialah untuk melindungi kaabah dari aliran air dan untuk mengikat tali kiswah pada gantungan yang berbentuk bulat yang terdapat padanya.Ia juga utk menghindarkan jemaah yang  bertawaf dgn bergesel dgn kiswah dan dinding kaabah. Batu2 yang digunakan utk menutup Shaadharwaan ialah dari jenis marmar yang keras.



Suasana hening subuh di tingkat atas





Keadaan sebelum solat magrib


Peminta sedekah kanak2 yang kudung tangannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 09:07 AM | Show all posts
09/12/2007 AHAD (Day 25)

Alhamdulillah, pagi yang indah dgn keadaan kesihatan yang baik. Kota Mekah semakin ramai dan padat dgn jemaah. Ini dapat dilihat dgn situasi dan keadaan pada masa ini yang berhimpit-himpit semasa menunaikan solat dan para petugas di kawasan Masjidil Haram terpaksa bertugas dgn lebih tegas lagi bagi memastikan tiada jemaah yang duduk membuat saf di jalan2 masuk dari mula memasuki Masjidil Haram ke Kaabah. Teriakan "Haji",Hajjah , tariq, rasta " kedengaran di sana - sini apabila para petugas mengarahkan jemaah2 yang agak degil yang duduk di jalan masuk kerana tidak mendapat tempat utk bersolat. Apabila azan berkumandang , barulah para petugas membenarkan para jemaah bersolat di tempat pejalan kaki dan selepas sahaja selesai solat, mereka terus "menghalau" dan sehingga kedengaran seperti mahu bergaduh . Untuk keluar dari Masjidil Haram selepas solat juga agak menimbulkan sedikit kekecohan kerana bertembung dgn jemaah yang mahu masuk seperti "aliran air yang tersekat " Boleh berlaku insiden yang tidak diingini.

Keluar saja dari pintu Masjidil Haram , terpaksa menempuhi lagi kesesakan di laman luar Masjidil Haram kerana terdapat jemaah yang tidak bangun dan kita perlu berhati-hati kerana takut terpijak mereka . Kesesakan yang luarbiasa timbul terutama selepas waktu subuh dan isyak kerana pada masa itu hampir 90 % jemaah yang berada di dalam Masjidil Haram akan keluar secara serentak setelah selesai waktu solat . Namun itulah kelebihan tanah suci Mekah. Walaubagaimana sesak sekali pun dgn jutaan umat manusia , namun itu semua hanyalah "sekelumit pengorbanan"  dalam mencari keredaan  ALLAH .

Rak-rak meletak kasut juga tidak boleh lagi menampung kasut para jemaah. Seringkali terserempak dgn jemaah yang mencari kasut mereka yang bukan hilang, tetapi kerana telah bertimbun kasut2 di rak tersebut. Kami setiapkali ke masjid akan memastikan membawa beg plastik utk mengisi kasut dan meletakkannya berhampiran tempat kami solat . Para petugas yang mengisi air zam2 ke dalam tong juga agak sibuk kerana dalam waktu yang singkat, air zam2 tersebut habis dan perlu diganti tongnya.

Masalah tempat solat juga timbul kerana berlaku percampuran antara lelaki dgn perempuan dalam satu saf yang bukan muhrim. Adalah haram dan berdosa apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berada dalam satu saf semasa solat. Perkara ini sering terjadi kepada jemaah haji Indonisia . Seringkali juga terserempak dgn petugas2 yang terpaksa "berkhutbah" kepada pasangan2 tersebut di dalam Masjidil Haram .

Berkenalan dgn seorang "bapak" dari Indonesia yang duduk di sebelah ku semasa waktu magrib menyatakan kesyukurannya kepada ALLAH kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah utk mengerjakan haji . Ia tidak menyangka sama sekali akan dapat menunaikan fardhu haji kerana tidak mempunyai pembiayaan yang mencukupi kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya. Namun seorang dari anaknya yang bekerja di Singapura telah mengumpulkan wang utk membiayai pembiayaan tersebut. Sambil ia bercerita dengan linangan air mata kesyukuran, aku mendengar luahan isi hatinya .













[ Last edited by  rezeki at 16-2-2008 09:11 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 10:43 AM | Show all posts
10/12/2007 ISNIN (Day 26)

Alhamdulillah, 3.50 pg telah sampai di Masjidil Haram utk solat subuh yang masuk kira2 pukul 5.20 pagi. Terus menuju ke laman kaabah utk melakukan tawaf sunat. Perjalanan menuju ke laman kaabah begitu mencabar kerana terlalu ramai jemaah pada pagi ini dan ramai juga jemaah yang duduk di tangga dan tempat pejalan kaki. 20 minit juga baru sampai setelah melalui di tepi jemaah2 yang duduk di tempat pejalan . Bagi jemaah2 dari negara lain yang agak kasar dan kurang bersopan, kelihatan mereka melangkah di atas bahu dan dan kepala orang lain utk ke hadapan. 2 pusingan terakhir agak mencabar kerana pada masa itu pusingan tawaf seringkali terhenti dan terpaksa menahan diri dari jemaah yang menolak dari belakang. Kawasan tawaf pada pagi ini memang terlalu padat dgn jemaah . Untuk minggu2 terakhir sebelum tiba hari wukuf, beginilah senarionya. 1 jam lebih juga diperlukan utk menghabiskan 7 pusingan tawaf akibat kepadatan manusia dan memerlukan kesabaran krn terdapat pelbagai ragam manusia . Aku sentiasa berhati2 agar niat ku utk bertawaf tidak berubah dan sentiasa memastikan bahu kiri ku tidak beralih dari kaabah yang merupakan salah satu syarat sah tawaf. Kedua2 belah tangan terpaksa digunakan utk melindungi kedua2 belah bahagian rusuk kiri dan kanan dari dihimpit oleh jemaah lain yang boleh menyebabkan kesukaran utk menarik nafas. Apabila telah terlalu ramai , persentuhan sudah tidak dapat dielakkan.

Namun seperti yang diajar dan telah diputuskan dalam "muzakarrah" oleh Ulama dan Mufti dan boleh digunapakai terdapat 3 pendapat dalam mazhab Shafie,

1. Pendapat pertama , jika tersentuh antara bukan muhrim, maka terbatallah wuduk kedua-duanya.
2. Pendapat kedua, jika tersentuh , maka org yang menyentuh batal wuduknya dan orang yang disentuh tidak batal.
3. Pendapat ketiga, tidak terbatal wuduk kedua-duanya jika tersentuh dalam keadaan tidak timbul rasa syahwat.

Jadi kami jemaah haji dari Malaysia dinasihati agar sentiasa mengguna pakai pendapat yang ke tiga itu yang telah diputuskan oleh ulama dan mufti . Salah satu lagi syarat sah tawaf ialah menutup aurat . Bagi wanita aliran ahli sunnah wal jamaah dan berfahaman imam Shafie, auratnya keseluruhan badan termasuk kaki kecuali 2 tapak tangan dan muka. Bagi mahzab Hanafi dan Hambali, kaki bukan diantara aurat. Jadi mereka tidak memakai stokin semasa tawaf. Keadaan orang yang terlalu padat dan ramai semasa tawaf menyebabkan seringkali berlaku persentuhan . Cuba bayangkan sekiranya kita jemaah lelaki seringkali terbatal wuduknya semasa tawaf akibat persentuhan. kemungkinan 2-3 hari pun tidak akan selesai tawaf. Itulah kelebihan agama Islam yang sentiasa ada jalan penyelesaian terhadap hambaNYA yang kita perlu pelajari dan ketahui.

Alhamdulillah , hari ini aku telah khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan terus mengulangi kembali bacaan ku dari mula. Pagi ini kami mengikuti ceramah agama di hotel penginapan berkaitan wukuf di Padang Arafah. Ustaz menyentuh tentang amalan2 yang boleh dilakukan semasa wukuf nanti . Wukuf di Arafah merupakan kemuncak bagi musim haji dan salah satu rukun haji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 10:43 AM | Show all posts


[ Last edited by  rezeki at 18-2-2008 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 12:39 PM | Show all posts

Reply #96 rezeki's post

saya dah tak dapat nak tengok gambar-gambar yang dipaparkan semenjak imej paparan berbentuk 4 persegi tu wujud...macam mana nak tengok gambar tu ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 07:16 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 18-2-2008 12:39 PM
saya dah tak dapat nak tengok gambar-gambar yang dipaparkan semenjak imej paparan berbentuk 4 persegi tu wujud...macam mana nak tengok gambar tu ya?


kemungkinan besar masalah server
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 08:02 AM | Show all posts
rezeki,
Seronok membaca catatan perjalanan anda. Teringat semasa I menunaikan haji tahun 2004. Anyway, macamana kamera U boleh lepas masuk mesjid? Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 08:24 AM | Show all posts

Balas #97 IDB\ catat

ia-kah?...tapi saya access dari rumah...peliknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.639614 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list